"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Thursday, August 10

BILA MELIBATKAN PERASAAN!!

FULL ALBUM ARTIST UPDATED!!

FULL ALBUM AMY MASTURA (LEBIH BAIK)
FULL ALBUM ERRA FAZIRA (YA ATAU TIDAK)
FULL ALBUM AWIE (SANTAI)
FULL ALBUM ELLA (TRIBUTE TO ELLA)
Susah betul hendak mencari seorang kawan yang betul2 memahami jiwa dan perasaan kite. Pada pemerhatian Ujang, kebanyakan berkawan kerana satu course, tinggal serumah, satu universiti. Atau dalam erti kata lain berkawan kerana mempunyai satu atau dua persamaan.Memang Ujang tidak nafikan ade yang ikhlas bila berkawan. Tetapi hakikatnya.......
Apabila persamaan itu sudah tiada, maka "kadar persahabatan" itu akan berkurang. Malah ada yang lebih teruk lagi, sampai tak ingat name. Sebagai contoh, mase sekolah menengah dulu, kita berkawan hampir dengan semua ahli kelas. Bile dah habis sekolah dan bermula lah masing2 mencari hala tuju memasing, maka secara tak langsungnya talian persahabatan terputus begitu sahaja. Adakah nilai persahabatan hanya serendah itu??
Memang tidak dinafikan ader kawan yang kita "kamceng" dan ade jugak yang tidak. Itu normal pada pendapat Ujang. Yang menghairankan ada sesetengah yang kamceng mase dulu2, sekarang ini dah tak boleh kamceng. Ujang rujuk kepada diri Ujang. Mungkin ini alasannya. Dunia kita sudah berbeza. Kita sudah dewasa. Ujang tak suka perubahan diri.Mungkin juga sebab dah ber"dua".Dan berkawan hendaklah dalam bentuk 2 hala. Macam jugak orang bercinta.
Sebab semua ini melibatkan hati dan perasaan. Sesetengah orang cepat terasa. Dan ade jugak yang buat selamba. Sebab itu tuhan jadikan manusia berbagai-bagai bertujuan utk kita berkenalan sesama kita dan untuk kita membaiki kesalahan diri kita. "Bumi mana tidak ditimpa hujan".
Begitu jua dengan keadaan kita yang bergelar manusia. Allah S.W.T menghadiahkan kita satu naluri untuk berkawan atau berpasangan. Kita pastinya sunyi bila keseorangan. Seperti nabi Adam A.S mula2 diciptakan dulu. Beliau merasa sunyi tanpa orang lain disisiya. Maka Allah menjadikan Hawa. Kalau rujuk balik kembali ke dalam talian persahabatan, Ujang rase ia masih relevan. kesimpulannya...berkawan biar seribu, nak 3000 boleh jugok..hehe.Tapi yang PASTI BERCINTA BIARLAH SATU!!!

Posted by Ujang_MD :: 8/10/2006 10:46:00 AM :: 2 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.