"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Monday, September 11

Betul kata abang....

Betul kata abg Ujang. Sebenarnya, dalam percintaan ni, jaraklah yang banyak menyedarkan kita tentang dimana cinta kita. Jaraklah sebenarnya yang menjadikan pasangan itu semakin intim. Jaraklah yang banyak menguji kesetiaan dan pengorbanan. Jaraklah yang akan menyebabkan satu pasangan berfikir dengan mendalam sebelum mengambil apa2 keputusan terutamanya bila hubungan dilanda krisis. Semakin jauh jarak di antara dua pasangan yang bercinta, sebenarnya semakin kuat ikatan cinta tu. Benar kata abang ujang. Dan itulah rasa yang sayang alami hari ni….

Dan benar kata abang ujang. Bila abg ujang mengambil keputusan untuk mendiamkan diri, sayang semakin banyak berfikir dan terkenang tentang kesilapan demi kesilapan yang sayang telah lakukan. Semakin lama abg ujang berdiam diri, semakin lama juga sayang merenung diri. Dan semakin jelas kesalahan yang sayang dah buat. Memang benar, sayang selalu mendesak dan menyusahkan abang. Sayang selalu fikirkan tentang “sesuatu” yang abg Ujang harus buat untuk sayang. Tapi sayang sendiri jarang memikirkan tentang “sesuatu” yang sayang sendiri harus lakukan untuk abg Ujang…. Sedangkan kesudian abg Ujang untuk menerima sayang dalam hidup abg Ujang itu sendiri merupakan rahmat yang paling besar untuk sayang…. Tapi sayang alpa….

Kekadang sayang terfikir. Mungkin kerana sifat sayang inilah tuhan banyak menguji hidup sayang. Sayang dilahirkan dalam keluarga yang kuat pegangan agama dan dikelilingi oleh adik-beradik yang hebat2. Tapi sayang sendiri sebenarnya merupakan pemusnah kepada reputasi keluarga. Sayang tak bijak dalam pelajaran. Sayang juga pernah terlibat dengan kes polis. Dan pagi ni selepas solat Subuh, sayang teringat kembali betapa malunya arwah abah semasa sayang terlibat dengan kes polis tu. Sayang terkenang balik betapa malunya mak bila melihat result SPM sayang yang jauh lebih teruk berganda2 berbanding dengan adik-beradik yang lain. Abang ujang sendiri pun, senakal2 abang, abang masih bijak dalam pelajaran. Abang masih mampu membanggakan keluarga. Tapi sayang tidak. Sayang cepat lupa diri dan sukar ambil pengajaran. Sayang selalu memikirkan tentang tanggungjawab orang lain tanpa memikirkan tanggungjawab sayang sendiri. Kerana itulah Tuhan mengambil abah tanpa sayang berada disisinya. Sayang terseksa tapi sayang masih alpa… Terukkan sayang ni?

Bila abg Ujang hukum sayang macam ni, baru sayang mengerti dan nampak di mana silap sayang. Sayang banyak menyusahkan abang…. terlalu banyak. Tak terhitung dan tak mungkin dapat dimaafkan dengan kata2… Patutlah abg ujang membisu dan terus membisu. Phone tidak berangkat dan sms tidak berbalas. Mungkin kata2 “abg maafkan sayang” dah tak terluah lagi kerana terlalu banyak kesalahan yang sayang dah buat…

“Oh tuhan, sudah terlalu banyak Engkau berikan ujian pada abg Ujang. Dari abg Ujang kecil hinggalah sekarang. Mengapa Engkau hadirkan aku sebagai penambah ujian dan beban dalam hidupnya? Mengapa Engkau hadirkan aku sebagai kaca dan bukannya permata dalam hidupnya? Mengapa Engkau terus menguji abang Ujang dengan pelbagai cara termasuklah ketika dia berusaha mencari sinar kasih sayang? Mengapa tuhan? Mengapa?... Aku ingin menjadi permata dalam hidup abg Ujang. Aku tidak mahu menjadi kaca yang hanya berkilauan kerana di panah mentari dan bukannya berkilau kerana dirinya sendiri. Tolonglah tuhan. Kasihanilah abg Ujang. Bantulah aku…”

Sayang tau mesti ramai yang kata sayang mengada2 bila tulis posting macam ni. Mesti ada orang kata sayang macam nak raih simpati. Biarlah. Biarlah apa orang nak kata. Sayang dah serik menyusahkan abang ujang…. Sayang benar2 serik….. Tak pernah rasa serik sehebat ni…

“Tuhan, ampunilah dosa aku. Bantulah aku menjadi yang terbaik. Yang terbaik untuk diri sendiri dan yang terbaik untuk orang lain termasuklah abg Ujang. Aku insan yang amat lemah… terlalu lemah dan selalu alpa. Bantulah aku, tuhan. Aku inginkan kebahagiaan dalam mencari kasih sayang dan bukannya kesedihan dan kesepian”….

Maafkan Sal kerana terlalu emosi hari ni. Tapi ntahlah… semakin hari, semakin besar dan jelas kesalahan yang Sal lakukan… maafkan sayang, abang.. berilah sayang peluang yang seterusnya untuk perbaiki diri sebelum masa terus mengejar usia…..……

Posted by Ujang_MD :: 9/11/2006 01:30:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.