"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Friday, June 30

UNTUK ABANG SAYANG

DEMI CINTA : kidz
.
.
Percayalah...
Cinta itu amat bermakna.....kasih,
Tanpa cinta kita akan jadi lebih sengsara,
Namun aku berpegang pada cinta yang satu,
Kali pertama aku ucapkan,
AKU CINTA PADAMU...
.
Percayalah...
Cinta itu memangkan bermakna,
Tak terdaya jika kita cuba untuk menghalangnya,
Kerna cinta di ibarat bagaikan rembulan,
Menyinari seluruh malamku,
Begitulah cintaku...
.
c/o
Tak bisa aku membohongi,
Segala apa yang telah terjadi,
Akan ku telan segala pahit demi cinta....
.
Andainya cinta tiada lagi,
Pasti aku kan pergi oh kasih,
Tetapi kini ku telah berpegang pada janji...
.
Namun kasih....
Harus ku ingat semua ini,
Berjanjilah kita tak akan berpisah lagi kasih,
Ku bersyukur padaMu tuhan kerna memberikan,
Daku segala petunjuk arah,
Demi cinta sejati...
.
Kerna cinta diibarat bagaikan rembulan,
Menyinari seluruh malamku,
Begitulah cintaku....

Posted by Ujang_MD :: 6/30/2006 06:06:00 PM :: 3 Comments:

Post a Comment

DARI LUBUK HATI SAL

Abang...
Sal tak salahkan abang di atas keterlanjuran abang. Dan sebagai manusia, memang sepatutnya Sal terluka dengan keterlanjuran ini. Dan abang sedar akan kenyataan ini, kan? TETAPI, hakikatnya, Sal nak abang tahu dan sentiasa sematkan dalam hati abang bahawa Sal TIDAK AKAN sekali2 menyalahkan abang di atas apa yang telah berlaku. Pada Sal, kita berdua masih lagi dalam proses untuk belajar tentang erti cinta dalam kehidupan seharian kita. Dan sudah pasti kesilapan akan berlaku kerana kita adalah manusia biasa. Manusia biasa tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Dan dari kesilapan itulah nanti kita akan belajar tentang erti kehidupan. Tetapi, perlu juga diingat. Kesilapan yang berulang tidak wajar berlaku kerana manusia telah dianugerahkan dengan akal yang boleh dibentuk agar menyatakan sesuatu perbuatan itu adalah silap dan salah. Dan jika masih tetap melakukannya, hasil negatif yang dijangkakan pasti akan berlaku.


Abang...
Kehidupan ini merupakan sebuah sekolah yang amat besar. Lagi lama seseorang manusia itu hidup, lagi banyak ilmu yang akan dia pelajari. Cinta pula merupakan salah satu dari cabang ilmu yang akan kita pelajari di Sekolah Kehidupan. Dan inilah ilmu yang kita sama2 sedang pelajari pada ketika dan saat ini. Ilmu tentang cinta.


Abang.....
Ilmu tentang cinta amat luas.....terlalu luas. Cinta yang teragung ialah cinta kita kepada tuhan. Manakala cinta di antara kita menuntut kejujuran dan kesetiaan yang amat tinggi dari kedua2 belah pihak kerana hakikatnya; jarak di antara kita amat menuntut kita supaya 100% yakin dan percaya pada pasangan kita. Ini bukan mudah untuk dilakukan bagi sesetengah orang. Tetapi bagi Sal, kita berdua telah berjaya melaluinya, kan?


Abang....
Pintu kemaafan sentiasa terbuka. Sal tak pernah membenci atau berdendam dengan abang kerana abang ialah nyawa dan jiwa Sal. Sekiranya Sal membenci abang, itu bermakna Sal telah membunuh nyawa & jiwa Sal sendiri. Sal tidak akan sekali2 buat begitu. Dan jika abang meninggalkan Sal pula, itu bermakna abang sendiri telah membunuh nyawa & jiwa Sal. Sanggupkah abang buat begitu?...


Abang.....
Sebenarnya tidak sukar menanam kepercayaan dalam diri seorang manusia yang bernama Sal. Cukup sekadar abang menutup terus pintu dan ruang yang boleh menghanyutkan abang bersama dengan nafsu yang boleh merosakkan hubungan kita. Tutup terus pintu tu. Jangan sekali-kali bagi ruang walaupun sedikit. Sal sudah berkali2 menasihati abang tentang perkara ini tetapi abang masih berpegang dengan kata2 abang, "bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi". Dan sekarang ni abang lihatlah. Walaupun bukan tangan abang yang memulakan tepukan, tetapi kekuatan tangan yang satu lagi telah membawa abang hanyut bersama2 dengannya. Mengapa ini terjadi? Ini terjadi kerana abang telah membuka ruang kepada tangan yang satu lagi untuk mendekati diri abang. Abang terlalu yakin dengan diri abang bahawa abang tidak akan sekali2 hanyut TETAPI hakikatnya abang juga manusia biasa yang akan tewas dengan nafsu. Berkali2 Sal sudah mengingatkan abang tentang perkara ini, kan?


Abang.....
Bukan niat Sal untuk mengongkong abang. Jauh sekali mengawal hidup abang. Tetapi, sekiranya abang jujur dan ikhlas mencintai Sal, Sal rasa tak perlu ada ruang yang membolehkan abang bersama2 dengan orang lain tanpa kehadiran dan pengetahuan Sal. Maksud Sal, ruang bagi orang2 yang mempunyai niat **x dengan abang. Ruang ini perlu diberi perhatian dengan mewujudkan Sal di dalamnya. Atau dengan cara lain, tutup sahaja ruang itu kerana apa yang Sal nampak, kesan negatifnya lagi besar berbanding dengan kesan positif.


Abang....
Sekiranya abang benar2 mencintai Sal, hanya ini jalan yang terbaik. Berkongsi segala2nya. Sekurang2nya dengan cara ini abang akan rasa bersalah untuk curang kerana Sal sentiasa ada di samping abang.... Dan Sal nak abang tahu, keputusan untuk memutuskan hubungan bukanlah satu keputusan yang terbaik walaupun dalam hal ini jelas kelihatan abang yang bersalah. Ini kerana Sal masih memegang erat tali cinta kita dan Sal tidak akan sekali2 melepaskannya walaupun setinggi gunung ombak dan badai melanda. Dan sekiranya abang meninggalkan Sal, itu bermakna abang telah meletakkan racun pada hati Sal yang sememangnya sudah terluka dan sudah pasti ianya akan membunuh nyawa dan jiwa Sal.


Abang....
Sekiranya abang sayangkan Sal.....sapukan ubat pada hati Sal yang terluka. Dan janganlah pula abang sapukan racun yang boleh membunuh Sal....

Abang....
Ketahuilah...
Sal sayang abang....
..... sampai mati.

Posted by Ujang_MD :: 6/30/2006 03:10:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Thursday, June 29

IZINKANKU BERUNDUR!!

Bila cakap manusia jer.. dapat kita bandingkan bukan?? Salah satu sikap manusia akan lupa.. dan lupa itu datang bila adanya nafsu.. dan bila nafsu mengusai jiwa.. habislah manusia itu.. dan ujang juga seakan sama.. Yup.. ujang akui.. dalam hubungan ujang dengan Sal.. ujang lah yang selalu curang…Dan curang di sini bukan beerti ujang tidak ingat akan Sal.. bukan untuk mendabik dada.. bukan untuk tegakkan benang yang basah.. walau dah ternyata depan mata Sal ujang memang bersalah..!! Tidak perlu di pertikaikan..
Cuma satu sayang maafkan abg.. Maafkan keterlanjuran abg !! Abg akui sayang dalam hubungan kita ini sayanglah yang banyak menjaga hati.. sayang lah yang banyak bersabar.. dan menepis segala ego abg.. yup abg tahu..Tidak perlu ujang ulaskan disini apa yang terjadi.. Cuma Sal maafkan abg.. Abg malu.. Malu nak bercakap apatah lagi berjumpa..!! Mungkin setelah apa yang terjadi.. kesangsian dalam diri sayang terhadap abg makin bertambah bukan?? Keraguan sayang lagi bertambah dalam bukan??
Kepercayaan sayang terhadap abg mungkin sudah luntur bukan?? Macam mana abg nak tanamkan semula kepercayaan sayang terhadap abg?? Bila sayang mula mengetahui yang abg #@$%@# Sayang tetap cool.. sayang tak marah abg.. dan abg tahu sayang cuba pujuk diri sayang.. sayang cuba tenangkan diri sayang agar sayang tidak selubungi rasa sedih!! Sayang cuba selamatkan hubungan kita.. walau sayang sendiri terluka dengan tindakan abg!! Tapi abg ketika itu.. cukup ego walau salah sendiri telah sayang lihat di depan mata bukan??? Sayang maafkan abg..
Abg bertindak begitu sebab abg malu.. abg malu nak berdepan dengan sayang.. rasa bersalah sangat terhadap sayang..Maaf!!!Sayang.. sudah hukum dunia ini, dalam kita memlih langkah, dalam kita memilih hala tuju, adakalanya sesuatu itu amat perit sayang dan adakala sebaliknya! Sayang ingat time dulu-dulu.. saat manis kita bersama…Namun cuba sayang fahami bila ketika kita akan berpisah!!
Walau hati kita sendiri tak sepenuh rela mempersetujinya! Bila itu berlaku sayang.. ketahuilah bukan abg sengaja timbulkan masalah ini.. tapi kehendaknya menyebabkan kaki abg turut juga melangkah kerana ada juga waktunya diri abg ini dapat beralah dan adakalanya juga ada getir yang abg tak berdaya untuk menangkisnya.. sayang tahu bukan??? Yup sayang tahu.. sebab sayang pernah bagi tahu abg.. “Orang tak faham hubungan kita.. hanya kita berdua saja”..
Yup sayang.. betul kata sayang!! Sayang di sebabkan perkara ini.. andai lagi kita tak kan bersama… Namun kenangan antara kita tetap terus membara di lubuk jiwa abg sayang!! Sejujurnya.. abg akui.. selama hubungan kita ini tak pernah sekali sayang sakiti hati abg malah sayang pastikan abg tak pernah tersisih dalam hidup sayang.. Ye kan sayang?? Sayang mungkin jodoh kita telah tiada.. andai ini terjadi.. abg perlu memikirkan suatu ketika nanti mana sayang dan mana pula abg.
Tapi sayang ketahuilah sayang tetap bersinar walaupun tak seiring sepertimana yang pernah kita lewati selama ini. Abg terasa patutkah abg memilih…. Cuma satu jalan.. dan mungkin tiada duanya.. izinkan abg berundur.. Yup.. mungkin terkilan dihati.. Tapi.. abg malu sayang.. malu dengan tindakan abg sendiri..!!! Andai sayang dapat terima semua ini.. Cuma satu yang abg pinta agar diri sayang tidak menyimpan dendam dan benci..
Maafkan abg sayang..Maafkan abg!!! Jauh di sudut hati abg.. sayang bukanlah suteru bagi diri abg.. Sayang andai panjang umur tapi mungkin sesekali berbeda bagi diri ini.. Tapi yang pentingnya kita sama-sama mendapat mencapai cita-cita hidup kita ye sayang..Abg tak salahkan sayang andai sayang ingin putuskan… Sebab abg tahu semua yang berlaku salah abg sendiri…. Maafkan abg sayang.. Tak sangka sayang begitu sanjung hubungan kita ini. Maaf!!!

Posted by Ujang_MD :: 6/29/2006 09:09:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

Sunday, June 25

PENATNYE

Hari ni awal2 pagi lagi abg ujang dah sent sms pada sal. Mengadu tentang sakitnya. Risau jugak pada mulanya. Tapi lama-kelamaan keadaan kembali normal. Alhamdulillah...

Anyway, pagi tadi Sal pegi dusun abah. Sesaje nak tengok buah durian & manggis. Kalau ikut kebiasaan, pertengahan bulan Julai nanti masaklah buah2 tu. Tapi nampak gayanya tak banyak buah yang lekat. Cuaca yang kurang baik sejak 2-3 hari ni menyebabkan byk buah gugur kerana ditiup angin ribut.... Alahaiiii....besar2 pulak buah yang gugur tu. Sedih jugak bila tengok buah2 durian yang dah dekat nak masak gugur ditiup angin ribut. Tapi takpelah.... ada banyak lagi yang masih lekat pada pokok..insyaAllah boleh jamu satu kampung...ngeh ngeh ngeh...

Masuk tengahari, Sal online dgn abg ujang. Abg ujang mintak gelapkan sikit video clip yang Sal dah siapkan semalam. So sepanjang hari ni, itu je la keje yang Sal buat sambil2 chatting dengan abg ujang...

Kejap tadi bersms lagi dgn buah hati Sal ni. Pehtu calling2 henset plak. Tgh syok2 bermanja-manjaan tu, tetiba my sweetheart ni tertido plak...isk isk isk....tengah bercakap pun boleh tertido. Memang kuat tido buah hati Sal yang sorang ni...huhuhuuhu....

Ape2 pun, Sal pun dah mengantuk ni. Nak tido dah. Sebelum tu, ada satu lagu Sal nak dedicate pada buah hati Sal yang tersayang ni.....


TENTANG DIRIMU :: dygta

Ku tatap matamu....sejukkan hatiku,
Lembut belaimu .....hapuskan rinduku,
Saat semua pergi.....
Kau tetap di sini....

Indah senyummu..... sejuta mimpiku,
Hangat pelukmu.....damaikan hatiku,
Ku takkan pernah pergi......
Ku kan tetap di sini...

Di senyum mu tersimpan semua rasa,
Imagineku terbuai melayang....
Hingga aku pun yakin ,
Takkan pernah mencuba tinggalkan dirimu...

Kau....
Semua mimpiku tentang dirimu,

Kau.....
Yang selalu damaikan hati,

Indah....
Semua mimpiku tentang dirimu,

Kau....
Yang selalu damaikan hati,

Indah...
Semua mimpiku tentang dirimu,

Kau...
Yang selalu damaikan hati....


Posted by Ujang_MD :: 6/25/2006 11:17:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

Saturday, June 24

IKUT RENTAK!!

Bila baca posting dari Sal.. tergerak tangan ini untuk menulis!! Bila rentak menjadi ukuran.. bila tangan menjadi persoalan dan bila kaki menjadi andaian.. cuba korang pikirkan?? Uhuks!! Merapu?? Adakalanya!!! Baca posting Sal buat ujang tersenyum sendiri.. Dalam diri betanya… Famous kah aku???” Layak kah aku??? Sepadankah aku??? Banyak persoalan yang bermain di fikiran!! Bukan mahu menunjuk siap yang kalah dan siapa yang menang.. Cuma ingin menjelaskan apa yang bermain di benak fikiran!!
Bila dapat Sms dari Sal..
“Anyway, Sal harap abg tak pergi jumpa orang. Sal tahu hati abg hanya untuk Sal. Dan Sal percaya 100%..Tapi Sal rasa abg boleh fakir dan rasaadakah tindakan abg itu boleh menyebabkan Sal rasa sedih atau tidak? Kalau kita sayang seseorang tu, sudah pasti kita akan sanggup berkorban untuk tidak melakukan perkara-perkara yang melukai hatinya kan? Maaf kalau sms ini mengganggu ketenangan abg. Lepas nie Sal tak nak cakap pasal isu ini lagi. Cuma Sal nak abg tahu, benda nie yang paling sedih buat Sal K??!!”
Hanya tersenyum bila membaca bait-bai ayat Sal.. Apa yang di fikirkannya tentang diri ini?? Adakah seburuk yang di sangka.. Mulut mengiyakan tapi bagaimana dengan hati?? Adakah turut sama mengerti?? Adakah turut sama emniyakan bagaimana mulut berbicara?? Entahlah .. hanya Sal yang dapat menilai sejauh mana.. !! Pernahkah Sayang terfikir hati abg?? Yer.. kekadang abg ada buat salah.. abg ada melukakan hati sayang hingga sayang menangisi tindakan abg terhadap sayang.

Pernahkah syg terfikir .. bagaimana pula hati abg?? Bila kesetiaan abg di ragui?? Yeah.. sekarang syg dah mula buang sifat itu semua namun abg tahu sisa2 masih ada kan? Abg tahu perasaan syg bila ada kawan2 yang sms abg serta email abg.. dan abg selalu katakan yang “bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan??”So syg abg rasa dapat fikirkan yang mana baik dan yang mana buruk.. Ingat bila hati dah membungkam perasaan sayang kelak badan yang merana syg..Bila badan dah merana jiwa pulak yang terseksa.. Bila jiwa dah terseksa hancur berkecailah jawabnya..!! Siang abg selalu terbayangkan wajahmu.. Malam pula rindu menggamit kalbu.. Dan abg tahu yang syg pertikaikan sesuatu.. Tapi syg tak luahkan!! Kenapa abg menolak syg datang ke Terengganu??
Abg tahu syg terkilan.. tapi abg rasa syg tahu kenapa kan?? Kita masing2 sudah dewasa syg.. boleh berpikir yang mana putih dan yang mana hitam.. dan kita sendiri pun dah tahu macam mana nak mencorakkannya agar hubungan kita “SEPERTI DULU” kan?? So.. abg mintak maaf andai abg terkasar bahasa terlanjur kata.. ingat cinta abg padamu setulus hati tau.. huhuhu muahaha!!! Gelak dalam tangis nie.. huarghh.. Opss lupa.. makcik zainung kirim salam kat korang semua.. Mak dah hilang gigi satu batang lagi. Ehhe.. sekarang dah tinggal 5 batang lagi wakkaa!!! Chow!!!

Posted by Ujang_MD :: 6/24/2006 01:27:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

RINDU

Aduh.....rindunya kat abang. Tengah makan teringat kat abang. Tengah mandi teringat kat abang. Kat opis teringat kat abang. Nak tido teringat kat abang. Kluar pegi kedai teringat kat abang. Keluar gi ambik angin pun teringat kat abang....adeh....Buat ape2 pun mesti teringat kat abang. Ahhh rindunya hati Sal ni......
.
.
.
SEPERTI DULU : exist
.....
.......
Semenjak kau datang di hatiku sayang,
Semua resahku hilang,
Diriku bukanlah seorang yang mudah,
Menyerahkan cinta semudah kata...
Aku dambakan cinta indah seperti dulu,
Kerna cintaku tak pernah rasa jemu,
Biar hati bimbang,
Aku terus menunggu,
Benar ku tahu kau tak pernah jauh,
KAU DIHATI KU...
Di hari yang datang,
Janganlah kau ulang lukai hatiku sayang,
Aku pun bukanlah seorang yang bisa,
Menggantikan cinta sekelip mata....
Aku inginkan cinta indah seperti dulu,
Kerna cintaku tak mudah rasa jemu,
Biar hati bimbang,
Aku terus menunggu,
Dan aku tahu kau tak pernah jauh,
KAU DIHATI KU...

Posted by Ujang_MD :: 6/24/2006 10:37:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Friday, June 23

DEFINASI CEMBURU

SITUASI
Andaikan si A & si B is a couple. Si A suka berkenalan dan berjumpa dengan ramai orang. Ini memang dah jadik hobi si A sejak dari dulu lagik. Dan sememangnya ramai pulak orang yang suka nak berkenalan dengan si A ni. Walaupun si A beriya2 mengatakan bahawa takde orang yang nakkan dia sebab dia tak hensem(interm of love) TAPI hakikatnya orang still nakkan kat dia untuk s** walaupun orang tu dah tau si A ni dah ada couple. Ini adalah kenyataan yang rasanya semua orang dah tahu berdasarkan kisah2 sebelum ini. WALAU BAGAIMANAPUN, kenyataan ini boleh berubah sekiranya si A berpendirian tegas dan telah membuat keputusan untuk berubah kepada sesuatu yang lebih baik & tidak mahu menjadi seperti dulu lagi. Dan perlu di ingat, daya tarikan sexual bukan hanya berkaitan dengan paras rupa wajah sahaja. Ada orang yang suka melihat kepada style kerana kadangkala "style" itu juga mampu mewujudkan daya imaginasi sexual. Ada juga orang yang suka melihat kepada bentuk tubuh yang berketul-ketul. Dan tidak mustahil juga ada orang yang mampu melahirkan daya imaginasi sexual hanya apabila mendengar suara (contohnya suara orang mengerang) walaupun dia tahu muka orang yang mengerang tu tak hensem mane pun. Kalo tak percaya, cuba anda fikirkan dari mana wujudnya istilah "main sambil tutup muka dgn bantal" atau "cyber/fon sex"? Bukankah itu bukti nyata bahawa sex itu bukan hanya berdasarkan paras rupa sahaja? Ok. Untuk mendefinasikan cemburu, mari kita kaji kes di bawah ini (macam nak ngajar orang cara menjawab soalan SPM pulak..huhuhuuhu)...


KES 1
Selepas bercouple, si A dah buang hobi dia yang suka berkenalan dengan ramai orang sebab dia dah jumpa somebody yang betul2 boleh jadik couple dia iaitu si B. So si A nak bagi full commitment pada si B dan dia dah malas nak ambik port pasal orang lain. Sesiapa yang ajak si A dating ke, jumpa ke, romen ke, s** ke, ape ke.... semuanya si A tak layan 100%. Si A ni telah menerima hakikat bahawa manusia ni memang mudah kecundang kalo digoda. So, untuk mengelakkan godaan2 tu, si A cuba untuk mengelakkan diri dari bertemu dgn orang2 yang kebanyakkannya suka sgt nak tgk gambar 18sx dan separa 18sx dia (of course daya tarikan sexual dah bermula di sini). Kalau direnungkan kembali, dalam sejarah pun dah tertulis tentang kisah "godaan" ni. Ahli ibadah yang dah beribadah selama 70 tahun pun akhirnya kecundang hanya dengan godaan s**. Apatah lagi kita ni yang tak se-alim itu, kan?.

TAPI malangnya si B masih tak percaya pada kejujuran si A yang dah tak layan orang lain dan dah bagi full commitment pada dia. Si B masih menuduh si A menggatal dengan orang lain walaupun si B dah bagi penerangan dengan panjang lebar. Si B terus-menerus menanam rasa cemburu dan syak-wasangka walaupun si A sudah explained dan memujuk si B berkali-kali.

KESIMPULAN
Si B amatlah bongok..Ini lah namanya CEMBURU BUTA. WAJIB di elakkan kalau pasangan inginkan perhubungan yang bahagia & berkekalan. Kalau si B masih taknak berubah, si A WAJIB bagi tempeleng 88 kali sehingga si B pengsan dan sedar balik dan bagi tempeleng lagi sebanyak 8 kali sehingga si B pengsan semula dan tersedar balik lalu terus meminta maaf atas keterlanjurannya menuduh si A yang bukan2. AWAS !!




KES 2
Sama seperti KES 1. Cuma bezanya, si A suka melayan orang melalui telephone. Berjumpa dan berkenalan dengan orang secara LIVE tidak berlaku sama sekali kerana si A tau pasangannya akan berasa kecik hati kalau dia pergi berjumpa & berkenalan dengan orang lain.

Si A TIDAK menyedari bahawa orang ramai nak berkawan dgn dia disebabkan oleh s** (walaupun ada yang ikhlas berkawan namun mungkin tak ramai). Kalau dinilai, byk email2 dan sms2 yang boleh dijadikan bukti. Sikit2 nak password sikit2 nak password (18sx), betul tak? Pehtu nak fonsex la ape la... Namun si A masih menafikan bahawa ramai orang suka nak berkenalan dengannya kerana pada anggapannya dirinya tidak sehensem mana (dia terlupa bahawa daya tarikan sexual boleh wujud dari pelbagai sebab). TAPI yang pastinya, dia tetap tak berjumpa dengan orang lain kerana dia tidak mahu menimbulkan perasaan curiga pasangannya. Kadangkala si A bergurau dgn mengatakan bahawa dia nak berjumpa dengan orang lain tapi sebenarnya dia tidak melakukannya. Dan sebagai pasangan, sudah pasti si B ade sedikit rasa cemburu bila si A melayan orang lain melalui telefon walaupun dia tahu si A takde niat ape2 pun. Walaupun dia tahu cinta & sayang si A hanya untuknya, si B tetap ada sedikit rasa cemburu. Biasala kan..buah hati..... Walau bagaimanapun, cemburu si B tidaklah lama. Paling lama pun 1 malam jek. Esoknya kembali normal seperti takde ape2 yang berlaku..

KESIMPULAN
Inilah yang dinamakan CEMBURU TANDANYA SAYANG. Rasanya, perasaan macam ni memang tak dapat dielakkan oleh setiap pasangan kerana perasaan cemburu yang macam nilah sebenarnya bukti yang kita sayang pada pasangan kita, betul tak? Rasenya, tak wujud pasangan di dalam dunia ni yang langsung takde perasaan cemburu antara satu sama lain. Kalau perasaan seperti ini tidak wujud, ini bermakna mereka bukanlah satu pasangan (bercouple). Mungkin si A dan si B merupakan jiran satu taman perumahan sahaja. Atau mungkin juga mereka merupakan jiran sekampung. Atau yang paling tidak pun, mungkin mereka merupakan rakan sepermainan sewaktu kecil2 dolu.......huhuhuhuhu.. sentimental beb. Tangkap ikan puyu guna tangan sambil libas belut buat macam kipas helikopter yang sedang berputar....huhuhuhuhu....sadis...




KES 3
Si A masih nak berjumpa & berkenalan dengan ramai orang. Si A mahu si B menerima hakikat bahawa dia berkenalan dengan orang lain hanya untuk suka2 dan takde tujuan lain. Walaupun email2 dan sms2 yang di terima oleh si A telah menunjukkan unsur2 aktiviti seksual, namun si A masih berkeyakinan bahawa "bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi". Si A dengan sengaja membiarkan diri berada di dalam situasi yang berisiko. Si A tidak menyedari bahawa manusia ni sebenarnya amat lemah bila berhadapan dengan godaan s**. Si A terlupa bahawa ahli ibadah yang dah bermunajat dengan tuhan selama 70 tahun pun tewas kerana godaan s**. Ini adalah pengajaran yang paling besar yang pernah tuhan tunjukkan.

So of course si B akan merasa cemburu. Tapi si B tak boleh nak voice out kerana si A masih tetap dengan pendiriannya bahawa "bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi" tanpa mengambil kira pengajaran yang tuhan dah tunjukkan pada ahli ibadah tadi. Pada si A, semua orang berniat baik. Semua orang ikhlas nak berkawan dengannya walaupun hakikatnya sms2 dan email2 dari orang2 tu ada terselit unsur2 godaan.

Si B tidak boleh berbuat apa2 walaupun perasaan cemburu menyelubungi dirinya. Yang hanya boleh di lakukan oleh si B hanyalah pasrah pada tuhan dan berharap tuhan melindungi diri si A dari godaan2 seperti yang pernah dilalui oleh ahli ibadah tadi. Di samping itu, si B berusaha untuk menanam keyakinan bahawa si A tidak akan tertewas dengan nafsu walau hakikatnya si B tahu manusia itu amat lemah bila berhadapan dengan godaan s** kerana tuhan pernah memberikan pengajaran mengenainya....

KESIMPULAN
Taktau macam mana nak definasi jenis cemburu yang macam ni. Mungkin CEMBURU WAJIB kot. Maknenya MEMANG WAJIB ada perasaan cemburu. Atau mungkin boleh didefinasikan sebagai CEMBURU MAKAN DALAM. Jenis cemburu dimana situasinya seperti "di luah mati emak, di telan mati bapak". Rasanye si B memang betul2 insan yang kuat kalau dia berupaya menanam keyakinan bahawa si A tidak akan tunduk pada godaan s** (atau cinta) yang mungkin akan di hadapi oleh si A....semoga tuhan memberikan kekuatan kepada si B.....

Posted by Ujang_MD :: 6/23/2006 10:45:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

Thursday, June 22

BILA KESETIAAN DI RAGUI!!

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul, supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan mengetahui bagaimana hendak bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah "ia datang". Bila ujang memberi seseorang seluruh cinta bukanlah satu kepastian yang si dia akan menyintai ujang kembali!! Dan kini bila tiba pulak satu ketika, bila ujang betul2 merindukan seseorang sehingga ujang ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar. Cinta bermula dengan senyuman,mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Hmmm renungkanlah sayang!!


Terima Kasih
Untuk segala yang telah kau beri untukku
Terima Kasih
Untuk perhatian dan kasih sayangmu untukku
Terima Kasih
Untuk waktu yang telah kau luangkan tuk bersamaku
Terima Kasih
Untuk Do'a yang selalu kau panjatkan untukku

Tak ada yang dapat abg berikan untuk membalas semua pengorbananmu, hanya seuntai kata Terima Kasih dan sejemput Do'a serta sebingkis cinta, kasih sayang, dan kesetiaan yang tulus dari dalam sanubari abg. Walau abg tak pernah tahu apakah semua itu kan mampu kita jadikan perisai dari keangkuhan masing2!
Akankah Kita kan mampu mendayung biduk cinta kita ke dermaga impian ?
Akankah Kita dapatkan sebait restu dari mereka ?
Akankah Kita berhasil merawat taman hati kita ?

Biarlah semua itu tetap menjadi rahasia-Nya Dan biarlah waktu yang akan menjawab semua itu.
Bukankah waktu jua yang telah mempertemukan kita dan mengizinkan kita merajut benang-benang cinta ini.
Namun satu yang mebingungkan abg??? Di manakah kepercayaan sayang terhadap abg?? Mungkin kita berjauhan dan membawa seribu persoalan di benak fikiran sayang,, dari dulu.. tidak boleh kah tanam sedikit kepercayaan???Maafkan abg sayang!!!coass!!!

Posted by Ujang_MD :: 6/22/2006 02:49:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

Tuesday, June 20

RASA DARI HATI!!!

Boring betul Ujang!! Tak tahu nak buat apa.. Masuk blog UjangMD tapi Sal tak updated.. Perghh bz agaknya!! Yang Practical2 jugak.. makan jangan lupa ekk.. kasi tembam huhuhu!! Mesti kene sabotaj nie huhu!! Tak tahu nak tulis apa dah blank otak.. keh keh!! Oh.. aper??? Korang rindu makcik Zainung korang ker?? Ohh.. Makcik Zainung tak berapa sihat sikit sejak kebelakangan nie. Mak sakit2 badan.. kaki bengkak.. entah kene apa.. ujang dah urut ok sekejap.. esok pi buat keropom pulak.. perghh degil orang tua nie.. kalau ujang marah dia cakap pulak.. "Kalau aku dok wak kepok nok wie mung kedaroh pasir???? (kalau aku tak buat keropok, nanti nak bagi mu makan pasir??) So.. APA NAK DIKATAKAN??? Diam je lah ujang malas nak membangkang hehe~~ Nanti ujang jugak yang tanggung malu.. ala.. tak kan korang tak tahu mulut makcik zainung kan kan?? ehheeh!!! Apapun Makcik Zainung tetap di hati Ujang tau!!! Tak ada pengganti dialah ibu dan ayah ujang sampai bila2.. selagi hayat di kandung badan selagi itu ;lah jasamu di kenang oleh anakmu ini makcik zainung walaupun tak smpurna macam orang lain.. degil.. sedikit giler.. dan lain2 lagi.. huhuhu!!! Ditambah pulak dengan kehadiran Sal!!! Perghh.. semalam bila sms.. ada ke patut... bila ujang tanya.. "Yang kenapa yang suka abang.. dan part mana yang sayang suka??? Nak tahu dia jawab apa..??? "Hehehe. Hahahaha. Ilike your lips. Makes me wanna kiss u all the times. Then bulu kat tangan. Nampak Cool. Then of course yang terselindung macam "adik Sal". Helmet dia seksi. Then puting sayang, puting tu keras *****!! Seksi. Then bulu bawah pusat dan bulu celah ******! Pastu bulu peha. Then bulu dada. Last sekali bulu kaki!! (Sayang awak ingat abg nie bigfoot ker????) Satu lagi...y perkataan seksi tu tak pernah lekang kat bibir awak ehh??? aduss!! Sabar jer lah!!!
Nie haa ada sedikit rasa hati dari abg nie muahahaa..!!!
1) Sal jenis makhluk yang kuat cemburu. Walau kita hanya menghantar pesanan ringkas kepada kawan kita seperti "Awak nampak seksi hari ini", Sal akan senang menjadi cemburu.
2) Sal adalah spesis yang sensitif. Bila Sal dah mula marah, Sal harapkan abg menenangkan Sal balik.(Arghh tak kuasa melayan) (Yang nie abg pun tak terkecuali heheee)
3) Sal teramat sukalah jika ujang memanggil Sal "Baby.
4) Sal rasa selamat bila di peluk.
5) Sal yang mencintai habis ujang (perghh perasan, yang abg pun sama hehe), Sal akan bagitau setiap masalah dan tidak takut untuk menyembunyikannya kerana Sal percaya dengan ayat power "lautan api ku sanggup renangi".
6) Sal akan rasa bersalah teramat sangat jika Sal terlebih menggatal. Sal akan datang dengan penerangan penuh terhadap setiap kejadian penggatalan Sal sebab Sal tidak mahu kehilangan teman lelaki yang dicintai. Tetapi, jika Sal mengelak atau tidak mengakuinya, faham-faham jelah ... eheeheh(sebenarnya WARNING nie hehe)
So akhir kata.... buhbye sayang huhuhu!!! Pasti kene kutuk balik nie huarghh wakakaa!!!! Terima ngan hati terbuka yer huarghh!! muahaha!!! kui kui keh keh!!!

Posted by Ujang_MD :: 6/20/2006 06:33:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

Sunday, June 18

TAK SANGGUP

Waaa....DEBAT BERDEBIK katenye. Huhuhuhu...sayang jgn buat bergurau bende2 brutal ni sayang. Nanti otomatik Sal pun akan ikut jadik brutal. Susah sayang nanti. Sayang ingat tak lagi kisah tali pinggang kat Cameron? Ingat lagi tak? Haaaaa.....brutal tuuuuu. Jangan main2......kehkehkehkeh.

Hari ni macam biasa. Seperti hari2 minggu yang lain. Seperti hari Ahad yang lepas2. Hari ni merupakan hari wajib untuk membasuh pakaian yang dah seminggu dikumpul. Dari pagi sampai tengahari "mengerjakan" pakaian. Penat banget.....

Dan hari ni, my sayang dapat tender baru. Alhamdulillah. Maassyyuukkkk jugak. Gembira hati Sal bila tengok sayang happy time dapat tender baru. Gembira hati Sal bila tengok sayang sibuk buat kerja. Gembira hati Sal bila tengok sayang penuhkan masa2 sayang dengan kerja2 macam tu........gembira hati Sal....

Hari ni tak byk sgt aktiviti. Petang tadi Sal buat presentation untuk satu occasion yang akan berlangsung hari Khamis ni. Pastu sambung pulak buat clip video untuk holiday kitaorang kat Cameron hari tu. Ermmm. Rasa rindu kembali membuak2 bila tengok video yang kami rakam sewaktu kat Cameron dulu. Jelas terpancar rasa gembira di wajah my sayang... aahhh...rindunya saat2 bersama2 dengan orang yg tersayang....

Dan hari ni, my sayang masih maintain dengan cerita2 yang menggembirakan hati Sal. Sejuk je hati bila baca sms2 daripada my sayang. Ketahuilah sayang. Sal amat merindui sayang. Sal terlalu mencintai sayang. Sal rasa rindu bila dengar suara sayang dalam telefon. Sal rasa rindu bila dah dekat 2 minggu kita tak jumpa. Sal rindu nak dengar ketawa sayang macam malam semalam. Sal rindu nak tengok sayang ketawa mengekek2 secara live. Sal rindu nak belai rambut sayang. Sal rindu nak cium bibir sayang. Sal rindu nak tidur dalam pelukan sayang. Sal rindu nak sayang suapkan time makan. Sal rindu sayang. Sal rindukan segala2nya....

Sayang....
Malam ini aku sendiri...
Tanpa dirimu memeluk aku...
Kasih...

Kau dimana...ku ingin bertemu...
Ucapkan semua rasa rinduku...
Haruskah aku berlari...
Haruskah aku menangis lagi...

Ku tak sanggup bila aku jauh dari dirimu...
Ku tak sanggup bila aku jauh dari kasihmu....

Hanya tuhan yang tahu segalanya...
Rasa rindu yang aku punya...
Padaku hanya dirimu...





Posted by Ujang_MD :: 6/18/2006 11:43:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

DEBAT BERDEBIK!!!

Kenapa Sal suka baling pinggan mangkuk bila bergaduh dengan Ujang??
SAL : Bukan suka tapi tak sengaja akibat terlalu marah di bawah sedar!
UJANG : Eleh.. sebenarnya nak uji kekalisan pinggan mangkuk disamping bertujuan untuk tukar yang baru!

Kenapa Ujang suka pukul dan dera Sal bila bergaduh??
SAL : Dah sifat semula jadi lelaki yang hanya berani memukul Sal yang bersifat lemah ini huhuhu!
UJANG : Bukan suka tapi tak sengaja akibat terlalu marah dibawah sedar.. pekh!!

Betul ker Sal pernah jatuh cinta hanya sekali saja dalam seumur hidup??
SAL :
Betul kerana cinta Sal hanya lahir sekali saja dalam seumur hidup!
UJANG : Betul.. dalam seumur hidup Sal hanya bercinta sekali tapi pada ramai lelaki.. opss!!!

Betul ker Ujang suka bertukar pasangan macam tukar baju??
SAL
: Tak betul... yang betulnya macam tukar puntung rokok. Ujang bukan suka sangat tukar baju hehe!!!

UJANG : Memang betul.. buat apa nak pakai baju yang tak sepadan dengan ukuran tubuh.. Falsafah nie hehe!!

Kenapa Sal cukup risau dan takut berat badan akan bertambah??
SAL : Mestilah sebab kalau badan obesiti, macam-macam penyakit boleh kena!
UJANG : Sebab takut tak boleh nak pakai baju ikut trend lagi hehehe! Kesian Sal sanggup berlapar untuk tayang body pada Ujang muahaha!!

P/S: Yang.. abg ujang gurau2 jer.. ihiks!!! Kepingin nak menulis muahaha!! Jangan marah erk??

Posted by Ujang_MD :: 6/18/2006 03:58:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

Saturday, June 17

RAHSIA JARI

Put ur hand on the table, perhatikan. Start dari jari kelinking yang kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dari kecil then besar & terus membesar. Itu fitrah alam dan insan seluruhnya. Whatever we do semua start from kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri kesan/ impact yg besar pd masa depan.

Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet..manis mcm jari manis. Masa remaja kita selalu diduga dgn cabaran & dugaan. Hanya iman & takwa akan tunjuk jalan kebenaran.

Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yg stabil buat kita kena careful sebab masa ni la banyak " hantu-hantu pengacau" yg dtg mengoda. Hantu dengki , hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam - macam hantu lagi. Kalau kawal gagal emosi khuatir kita masuk perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.

Jari telunjuk - Jari ini yg mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari jari sebelahnya. Mcm tu juga dgn kita perlu jadi role model to the new generation....jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.

Lastly renunglah ibu jari... pendek compare to the others. Ibarat manusia yang sudah tua dimana saiz badannya kembali kecil...membongkok. But it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkanlah kalau tiada ibu jari..nak pegang something pun susah..nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa apa rujuk lah kat orang tua & berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka , then boleh kita say "good" or "yes" sambil buat thumb-up itulah rahsia kejayaan kita.

See all ur fingers and renung. Fikir dalam-dalam. Dimana anda sekarang. SILA RENUNG.....jari jari.....

Kejadian tuhan ada pengertiannya.

Posted by Ujang_MD :: 6/17/2006 07:35:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

Friday, June 16

A HAPPY DAY !!

Waa......hari ni Sal rasa happy sgt. Bermula dari semalam (Khamis), buah hati Sal dah mula tunjuk tanda2 nak bermanja2 semula dengan Sal. SMS tak putus2. Pagi tadi, awal pagi lagi abg ujang dah start call hp Sal. Bila terdengar je suara abg ujang time baru bangun dari tido, terus Sal rase stim semacam...huhuhuhu. Jgn marah ek yang. Hari ni bersemangat sungguh Sal pegi office tempat praktikal & masuk meeting. Asyik tersenyum sepanjang hari. Beginilah Sal. Bila hati sudah happy, idea pun mula dtg mencurah2. Perform dalam meeting pagi tadi pun rasa macam bestttt jek. Makan tengahari pun sampai 2 kali. Pehtu, petang tadi makan nasik lagi. Lepas ni nak dinner pulak. Makan nasik lagi laaa...huhuhuuhu....habislah Sal nanti jadi gemuk. Sayang jgn lari bila tgk Sal dah gemuk nanti tau! Hahahahahahahaha......

Erm, petang tadi Sal bikin projek sket dgn abg Ujang. Nak tau ape projeknya? Hehehehehehe...... Mane boleh bgtau. Bende ni tertakluk di bawah akta rahsia rasmi kerajaan oke, hahahahaha....

Malamnya pulak Sal tengok One In A Million kat TV8 sambil bersms dengan abg Ujang. Tapi lama-kelamaan mata Sal dah tak concentrate pada TV lagi. Asyik sgt bersms dengan abang Ujang hingga tak sedar masa berlalu begitu pantas. Sal terus hanyut bersama sms2 abg Ujang yang begitu menyenangkan hati Sal.....I love u SAYANG...

engkau saja yang sentiasa,
bermain di fikiran tiap masa dan ketika,
tak terlintas di hati ini,
untuk curang kepadamu oh kekasih...
aku harap pendirian engkau juga,
sama-sama pertahankan kesetiaan,
walau diacu belati tajam mengugutku,
CINTA aku KASIH aku tetap untukmu,
hingga ke mati...
hanya itu mampu ku beri....

Posted by Ujang_MD :: 6/16/2006 11:31:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

Thursday, June 15

HANYA INI DAPAT KU LUAHKAN!!!

Di keheningan malam yang panjang
Mata ku matamu bertentangan
Terjalin semangat yang
Membuka rahsia di jiwa

Dengan getaran rasa kau bisikkan
Ungkapan katamu bernafas cinta
Indahnya debaran saat pertama.
Bersua...

Tak pernah ku harapkan
Kau bersumpah setia
Demi kerana alam dan malam telah
Menjadi saksi kita
Ikrar cinta abadi yang bersemi...

Lena di buai angin malam ini
Kita berdua bertemu rindu bersaksi purnama
Kita bersama saling bercinta sehati dan sejiwa
Kita bersama saling berdoa berkekalan akhirnya

P/S: Kemudahan mendownload dalam Savefile!! Harap maklum!

Posted by Ujang_MD :: 6/15/2006 01:05:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

12.14 tengah malam...

Masuk satu sms ke dalam 6260...

SMS AU : x sng hati td. K la skrg bru leh tdo. Best posting hari ni. Nite. (Posting bertajuk SYAHDU)
SMS Sal : Takpe la bang. Takde good nite. Takde miss u. Terus letak fon. Sama mcm yang tadi.
(Masih menangis...)

Tiba2 abg ujang call...

AU : Sal, abg mintak maaf sebab berkasar tadi. Ok, Sal tido ye. Mimpikan abg tau. Good nite. Miss u. Love u.
(Sal tertanya kenapa bila Sal mintak dan cakap baru abg ujang nak buat bende2 ni..kenapa tak ikhlas dari hati dia sendiri. Tapi takpe. Sekurang2nya dia dah cakap....)

Sal : Erm....tapi kenapa abg ckp mcm tu tadi?
(Sal masih lagi sedih sebab tak sangka tiba2 abg ujang boleh marah2 macam tadi)

AU : (terdiam...macam nak marah semula...)
Sal : Ok la. Good nite. Miss U. Bye.
AU : Bye..

Erm....Sal termanggu2. Betul2 terkejut & tak faham dgn apa yang dah berlaku malam ni. Perkataan maaf terlalu mudah dilafazkan walaupun ade hati yang sudah terluka atas tindakannya. Sal betul2 confuse, kecik hati dan sedih. Sure malam ni Sal tak boleh tido lagi. Masih terngiang2 ayat2 abang ujang kat telinga Sal. Dan malam ni sudah pasti Sal menangis lagi ....

Posted by Ujang_MD :: 6/15/2006 01:10:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

12.10 tengah malam...

Tiba2 ada panggilan masuk ke 6260....

AU : Sal, abg call ni sebab nak mintak maaf.
(Sal speechless. Tergamam sebab abg ujang call. Tadi abg ujang bgtau dia takde kredit...)

AU : Sal, abg call ni sebab nak mintak maaf. Tadi berkasar dgn Sal...
Sal : Erm. Sal maafkan. Bila abg topup?
AU : Tadi. Suruh kawan topup. Ok la, abg nak tido dah.
(Sal hairan. Bagaimana abg ujang boleh call kawan dia mintak tolong topup. Sedangkan kredit dia habis. Kredit abg ujang betul2 dah habis ke? Atau abg ujang masih ade kredit tapi sengaja tak reply sms Sal sepanjang hari ni?. Isk...Sal tak boleh syak wasangka pada org yang Sal sayang. Itu janji Sal pada abg ujang. Cepat2 Sal lupakan persoalan ni)

Sal : Erm...abg...
AU : Ye..
Sal : Kenapa abg cakap mcm tu tadi?...
(Sal masih lagi kecik hati & sedih)

AU : Erm...abg nak tido ni..
(Phone line tak brape clear. Tapi kedengaran macam abg ujang taknak jawab soalan Sal)

Sal : Aaa...ape abg ckp Sal tak dgr sgt...
(Abg ujang senyap)

Sal : Elo..abang?
(Abg ujang terus letak telefon.....sedih Sal bertambah2 lagi. Abg ujang dah call untuk mintak maaf tapi cara dia mintak maaf buat Sal lagi bertambah sedih & kecik hati...)

Posted by Ujang_MD :: 6/15/2006 12:15:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Wednesday, June 14

11.20 malam...

Sal nak mintak pendapat pembaca semua tentang conversation Sal dgn Abg Ujang kejap tadi (11.20 mlm). Conversation tu lebih kurang macam ni :

Sal : Abang..
AU : Yep.. (batuk2)
Sal : Abg demam yer
AU : Ha`ah..sakit dari semalam ...
Sal : Oh, sakit sebab buat kerje berat untuk preparation kenduri semalam ye.
AU : Ha`ah.
Sal : Abg, knp abang tak reply lgsg sms Sal hari ni.
(Tiap2 hari kami x pernah missed sms @ call)

AU : Maxis abg tinggal 0.00 sen.
Sal : Ok takpe. Ngape abang tak topup?
AU : Takdok duit.
Sal : Ok takpe. Abg online kejap ptg tadi kan?
AU : Ha`ah. Tapi awak takde.
(Abg Ujang online lebih awal dari Sal dan Sal tak tau dia dah online & mungkin tengah tunggu Sal)

Sal : Sal tegur abg. Tapi masa tu abg pulak away. Sal tunggu jugak....tapi abg takde. Sal pegi solat maghrib.
AU : Ok.
Sal : Tapi lepas solat Sal tengok abg dah quit. So, Sal anta sms pada abg. Sal bgtau Sal rindu sgt pada abang sebab hari ni satu sms pun abg tak reply (sebab takde kredit). So, kalau2 abg nak sembang dgn Sal, Sal online balik pukul 9 nanti dan tunggu abg sampai pukul 10. Abg dapat tak sms tu?
(Pernah satu hari Abg Ujang rindu sgt nak bercakap dgn Sal. Tapi Sal tak dpt nak reply sms dia dari pagi sampai ke petang kerana takde kredit. Malam tu Sal hantar jugak sms pada abg ujang lepas Sal dah topup handset. Tapi abg ujang terus cakap yang Sal bersikap dingin dgn abg ujang, nak jauhkan diri dr abg ujang dan abg ujang terus merajuk hanya kerana Sal tak reply sms dia dari pagi sampai ke petang. Jenuh Sal pujuk dia balik. So, hari ni Sal taknak lagi jadi kes macam ni. So, walaupun Sal tau dia takde kredit, Sal cuba jugak hantar sms pada abg ujang dengan harapan dia takkan cakap lagi yg Sal bersikap dingin dengan dia. Sal tak bole nak call dia sebab Sal pun memang takde duit sgt. Jadik Sal bajet untuk try hubungi abg ujang walau dgn ape cara sekalipun : sms, call atau ym)

AU : Dapat.
Sal : Kenapa abg tak online?
(Sal bertanya dalam nada yang lembut)

AU : Malas. Saya tido.
(Sal tergamam kejap. Tapi Sal paham. Abg ujang mungkin tak brape sihat. Mungkin perlu rest. Sal pujuk diri Sal)

Sal : Abg malas nak ckp dgn Sal ke?
AU : Ha`ah malas. Awak tau tak kat sini ribut petir? Takkan saya nak online bende tu time macam gini?
(Tetiba abg ujang tinggikan suara. Sal taktau pun tgh ribut petir kat sana. Takpe. Sal pujuk diri Sal supaya tak ambik hati dengan sikap abg ujang)

Sal : Ok takpe. Esok abg topup ke?
(Sal bertanya dengan penuh harapan)

AU : Ha`ah. Esok saya bayar hutang sekali. Saya ade hutang awak kan? Masuk **** hari tu. Saya tak makan harta orang.
(Sal rasa kecik hati sgt bila abg ujang cakap mcm ni)

Sal : Abg, duit Sal duit abg jugak. Abg pun penah ckp duit abg duit Sal jugak. So nak berkira apa.

AU : Tapi awak pernah cakap saya hutang awak masuk ****
Sal : Sal tak pernah cakap abg hutang Sal pun. Sal cuma bagi contoh.
(Sal pernah ckp sepatutnya dia yg bayar untuk Sal bila masuk **** malam tu. Sal ckp mcm tu bukan kerana ape pun. Sal ckp mcm tu sebab sblm tu abg ujang ada kluarkan duit abg ujang untuk orang lain (&Sal). So, bila nak masuk ****, dia sendiri pulak dah takde duit. So, Sal rasa tak patut dia gunakan duit dia untuk orang lain (& Sal) hingga dia sendiri takde duit untuk enjoykan diri dia bersama2 dgn Sal.)

AU : Tak kira tak kira. Esok saya topup handset saya & saya bayar hutang awak.
(Terlintas dlm fikiran Sal. Tadi abg ujang kate dia takde duit nak topup. Tetiba ade pulak duit. Siap nak bayar duit pada Sal lagi. Erm, mungkin esok dia akan cuba buat sesuatu untuk dapatkan duit dan bayar duit Sal serta topup henset dia).

Sal : Tak payah la bayar duit Sal tu. Abg tu, topup je henset abang. Yang pasal duit masuk **** tu takde mende la. Lupakan je. Lagipun dulu abg penah menangis sebab Sal tak bagi abg bayarkan saman untuk Sal, kan? Abg cakap abg kecik hati & ckp yang Sal ni mcm nak pinggirkan abg sebab taknak bagi abg susah & senang sama2 dengan Sal. So sekarang Sal berada pada kedudukan abg. Sal pun rasa kecik hati sebab abg taknak ambik duit dari Sal. Sal mcm abg jugak. Abg rasa kecik hati bila Sal buat macam tu. Sal pun rasa kecik hati jugak bila abg buat macam tu.
AU: Siapa suruh awak ikut saya?
(Sal terkejut bila abg ujang cakap macam ni. Sal sedih dan tertanya2. Perlu ke abg ujang ego dengan Sal hanya untuk bende2 yang macam ni...:-( )

AU : Erm. Ok la. Ade ape2 nak cakap lagi? Saya takde ape nak ckp dah.
(Kecik hati Sal. Dulu abg ujang pernah ckp Sal bersikap dingin & cuba nak jauhkan diri dari dia bila Sal tak reply sms dia. Tapi hari ni....usahkan nak reply sms, ckp dgn Sal pun dia macam taknak dah)

Sal : Eh, abg taknak ckp dgn Sal ke?
AU : Ha`ah. Saya nak tido.
Sal : Abg nak jauhkan diri dari Sal ke?
AU : Ha`ah.
(Sal terkejut. Kalo dulu Sal pujuk dia bila Sal tak reply sms & hubungi dia. Tapi hari ni bila abg ujang sendiri yang tak reply sms & hubungi Sal, usahkan nak pujuk malah abang ujang siap mengaku yang dia nak jauhkan diri lagi. Sal tergamam. Mata Sal dah mula berair....Sal pujuk diri Sal sendiri. Abg Ujang tgh demam. Kalau tak dia takkan buat mcm ni....)

Sal : Ok la.
AU : Ok bye.
(Tanpa good nite, tanpa take care, tanpa miss u dan tanpa love u seperti yang biasa kami buat. Abg ujang terus matikan panggilan)


Sal kecik hati sangat malam ni. Kenapa abg ujang boleh cakap mcm ni pada Sal? Seharian tak berhubung. Tiba2 bila dah berhubung dia ckp mcm ni pulak....Sal menangis lagi.....

Posted by Ujang_MD :: 6/14/2006 11:50:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

SYAHDU

Hari ni balik dari praktikal terus tido. Pehtu pegi tempat praktikal semula kerana ada beberapa dokumen perlu disiapkan untuk meeting hari Jumaat ni. Balik ke rumah semula dalam pukul 5 petang. Baru nak letak kepala atas bantal, ibu pulak mintak tolong packing barang2 untuk kakak Sal yang stay kay Indy, US. Kebetulan member kakak Sal balik holiday ke Malaysia. So kakak Sal mintak tolong member dia tu bawakkan sekali beberapa jenis makanan kering, rempah ratus dan lain-lain bila balik ke US nanti. Mula2 Sal nak jugak tolong. Tapi bila dah banyak sangat kelengkapan untuk packing barang takde, jadik mood nak tolong tu tiba2 hilang. Jenuh la ibu membebel marahkan Sal. Sal melawan jugak sket2. Tapi last2 Sal diam jugak sebab ibu tiba2 diam.....huhuhuhu...sori ek bu...

Pehtu Sal sambung tido. Memang mengantuk sangat. Semalam balik ke rumah dalam pukul 7 malam. Pehtu bergayut dengan buah hati intan payung busuk dari pukul 12 mlm sampai pukul 4 pagi....macam2 yang dibualkan. Tu sebab mengantuk sgt hari ni...

Bangun balik dari tido dalam pukul 7 malam tadi. Bukak 6260, ade sms dari member ajak main squash kat dewan. Dah lama tak main sama2 katanya. Alahai...malasnya nak kluar rumah sejak akhir2 ni. Sal lebih suka duduk memerap dalam rumah. Paling tidak pun pegi dusun arwah abah. Lebih kurang 17 kilometer dari rumah. Saje jenguk2 kot2 ade semak yang perlu ditebas. Sekarang ni musim manggis keluar putik. So kena la tebang semak2 yang tumbuh kat bawah pokok tu supaya akar senang nak serap air hujan. Nanti barulah buah tu jadik sihat. Erm...lagipun, semenjak dah ade abang Ujang dalam hidup Sal ni, Sal lebih suka tunggu sms atau call dari buah hati Sal tu berbanding dengan menyibukkan diri dengan orang2 lain...

Erm, sementara tunggu azan maghrib. Sal duduk termenung tepi tingkap. Pandang langit senja. Ntah kenapa tetiba hati ni rasa syahdu sangat. Bila tengok burung2 terbang pulang ke sarang masing2. Bila tengok matahari terbenam slow2 di balik bukit. Jelas terbukti semua makhluk Tuhan kat bumi ni ada rutin kehidupan masing2 yang dah ditentukan oleh tuhan. Begitu jugak dengan hidup Sal. Hati ni makin bertambah syahdu. Rasa kecik je diri Sal ni jika nak dibandingkan dengan langit yang terbentang begitu luas........

Sebenarnya.
Hati ini cinta kepadamu.
Sebenarnya.
Diri ini rindu kepadamu.
Tapi aku tidak mengerti mengapa cinta masih tak hadir.
Tapi aku tidak mengerti mengapa rindu belum berbunga.
Sesungguhnya, walau ku kutip semua permata di dasar lautan.
Sesungguhnya walau ku siram dengan air hujan dari tujuh langitmu.
Namun cinta takkan hadir.
Namun rindu tak akan berbunga.
KUCUBA MENGHULURKAN SEBUAH HADIAH KEPADAMU.
TAPI MUNGKIN KERANA ISINYA TIDAK SEMPURNA TIADA SERI.
KUCUBA MENYIRAMNYA AGAR TUMBUH DAN BERBUNGA.
TAPI MUNGKIN KERANA AIRNYA TIDAK SESEGAR TELAGA KAUTHAR.
Sesungguhnya, walau ku kutip semua permata di dasar lautan.
Sesungguhnya walau ku siram dengan air hujan dari tujuh langitmu.

Namun cinta takkan hadir.
Namun rindu tak akan berbunga.

Jika tidak mengharap rahmatmu.
Jika tidak menagih simpati pada mu ya Allah.
Tuhan HADIAHKANLAH kasihMu kepadaku.
Tuhan KURNIAKANLAH rinduku kepadaMu.
Moga ku tahu syukurku adalah milikMu...

Sal nak solat maghrib dulu...tata~. Mwah.

Posted by Ujang_MD :: 6/14/2006 07:52:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

Tuesday, June 13

BODOH !!!

Sal geram betul hari ni. Memang geram yang amat sangat tahap dewa langit. Penah tak korang alami dalam hidup korang dimana kete korang di BLOCKED dari pagi sampai ke petang? Kat opis pulak tu. Nak kuar makan tak bleh. Nak balik rumah pun tak bleh. Lahanat betul lahh....arghhhhhh. Sal cuba call abg ujang, kot2 dia boleh temankan Sal yg dah tinggal sorang2 ni. Call punya call tak angkat2. Bila dah angkat, abg ujang ugut taknak cakap sampai bila2 pulak. Aduuhhhh....kita tak angkat fon dia marah. Kalau dia tak angkat fon takpe pulak. Berpuluh kali kita call & dia tak angkat. Tak pernah pulak kita ugut taknak cakap sampai bila2.....aduhhh. Sal pun taktau kenape jadik sampai mcm ni....

Malam tadi tercekik tulang ikan. Terasa sangkut kat anak tekak sampai la ke hari ni. Kereta pulak kena blocked. Nak kuar mkn tak bleh. Nak balik rumah tak bleh. Abg ujang pulak ugut taknak cakap sampai bila2....eiiii....pembawa **** ke aku ni? Arghh.....

Nak try call abg ujang sebab dia ada ckp tadi yang PC dia kat opis kena brontox. Tapi kredit handphone dah tinggal 58 sen pulak. Eiiii..ya robbi....apelah musibah yang menimpa aku hari n
i....

Arghh....tatau nak tulis ape dah. Nak balik rumah tak bleh lagi ni. Tuhan, kurniakanlah kesabaran pada aku...... huwaaaaaaaa..............


Jap, tetiba rasa nak nyanyi pulak....Nah, ambik lirik lagu yang aku tengah nyanyi skrg ni...

BuLAn SaBit MErAh Di MaLaYsiA,
Giat berjasa untuk negara,
Tanpa mengira kaum, puak & agama,
Waktu aman atau bahaya..tet tenet..
(ulang banyak2 kali sampai korang lalok)

Posted by Ujang_MD :: 6/13/2006 06:25:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

Monday, June 12

HARI PERTAMA

Hari ni lambat skek update blog. Memang busy giler. Sal busy dengan urusan praktikal & abg ujang pulak busy mendengar orang atasan dia membebel. Nak tau kenape orang tu membebel?Kerana.......buah hati Sal ni dengan sengaja telah memontengkan diri dia dari pergi ke opis. So sape yang kena marah? Sape yang kena tanggung?....Dieeeee jugak...kehkehkehkeh. Gurau ek yang. Jangan ambik hati.

Hari ni seperti biasa. Menjalani kehidupan sama seperti orang2 yang lain. Cuma pagi tadi Sal rasa gembira sangat sebab sempat membuat lawak jenaka & bermanja2 dengan buah hati sebelum Sal pegi buat praktikal. Hati Sal gembira tak terkira bila tengok buah hati Sal gembira. Gembira sangat. Terlalu gembira. Cuma rase geram sikit sebab di akhir lawak jenaka tu, buah hati Sal end-up conversation kitaorang dengan menoceng adik botaknya. Alasan dia ialah sebab dia rasa gersang bila bercakap dengan Sal. Waduhh..kapan dibilang usah dikocok, kok lagi mau dikocok adiknya si Sal itu. Brapa kali udah dibilang, jangan dikocok jangan dikocok Tunggu saja datangnya hari pertemuan kita nanti. Sal boleh membantu...ekekekekeke. Buat masa ni, sayang dengarin saja lagu Inul yang tajuknya dikocok2 itu.....muahahahhaha. Paham ke apa yang Sal merepek ni? Isk....

So, ptg tadi balik dr praktikal, Sal berwebcam pulak dengan abg Ujang. Tapi ntah cemane, sedang kami asyik bergurau senda tu, tiba2 Sal terkeluar perkataan yang telah mengguris hati buah hati Sal. Aduh.....Sal ni jahat la. Suka sgt buat buah hati Sal kecik hati. Sayang, Sal mintak maaf ye. Sal tak sengaja. Takde niat ape2 pun. Maafkan Sal ye sayang...

Dinner tadi, Sal makan nasik berlaukkan ikan sungai masak tempoyak. Tengah best2 makan tu, ntah cemane tetiba tercekik tulang ikan pulak. Aduh..sakitnye. Sal tak tau nak buat ape. Sal stop makan, minum air, on laptop & terus tulis entry yang korang tengah baca ni...huhuhuhuu. Aduh! sakitnye kerongkong ni.....:-(

Posted by Ujang_MD :: 6/12/2006 10:13:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

Sunday, June 11

HONEYMOON (PT II)

Wokey..... Hari ni Sal nak update mengenai honeymoon kami di Brinchang, Cameron Highlands. Mula2 dulu dah planned nak update early last week. Tapi bila mengenangkan berbagai2 peristiwa yang telah berlaku sepanjang minggu lepas hingga menyebabkan Sal tak boleh mengadap PC lama2 (kalau mengadap PC sure menangis), so hasrat tu tertangguh hinggalah ke hari ini.

Sepanjang berada di Brinchang, kitaorang sempat melawat kilang Tea Boh. Kebetulan suasana pada hari tu mendung seperti nak hujan, so pemandangan di ladang teh memang sangat mengasyikkan. Kat lereng2 & lembah2 yang menghijau dengan daun teh, angin pulak bertiup sepoi2 bahasa membawa bersama kabus yang agak tebal di celah2 pokok rhu, perghhh.....terasa macam kitaorang tgh shooting iklan "Salem" pulak. Korang ingat lagi tak iklan "Salem" zaman dulu2 tu? Hah, kitaorang terasa macam dalam iklan tu lah. Berangan jadik model jap...kehkehkeh (***kami ada bawak video camera...huhuhu)

Pastu, kitaorang pegi ladang Strawberry pulak. Dengan charge RM20.00/500 gram, kitaorang petik sendiri Strawberry kat ladang tu. Sempat la berangan petik Strawberry macam kat oversea....huhuhuhu. Entry pasal cerita kat ladang Strawberry ni Sal dah buat dalam posting sebelum ni. Check it out!

Dah puas snappy2 gambar kat ladang tu, kitaorang pegi try ice-cream & fresh strawberry shake pulak...perghhh....sedap gile (**sedap bg Sal tapi Abg Ujang kata tak sedap...huhuhu). Tapi Sal rasa, harganya sangat tak berpatutan. Shake je dah rm6.90. Ice-cream pulak rm5.90. Kalau banyak takpe la jugak, ini alahai...orang tua2 ckp macam lekat kat celah gigi jek.....tapi takpe. Yang penting kami dah "try" bende tu. Dan yang paling best, Abang Ujang suap ice-cream tu ke mulut Sal. Romentik plak rasenya.....ahaks! (***malu)

Malam tu, kitaorang sempat usha pasar malam kat sana. Takde banyak perbezaan dengan pasar malam kat bawah ni kecuali suhu persekitaran yang agak dingin. Kerana suhu yang macam tu, kebanyakan makanan jadi cepat sejuk dan keras. Hati ayam yang kitaorang beli pun rasanya kalau dilempar kat anjing sure anjing tu boleh terjerit2 kesakitan...muahahaha.... Esoknya, kitaorang pegi usha gerai2 buah-buahan kat sana pulak. Sempat la beli variety of fruits macam limau sunkist (bersaiz besar), epal cameron & buah cinta (rupa je cantik tapi rase..... makk aiiiiiii)....

Turun dari Cameron, kitaorang terus shoot ke KL. Lepak dua malam kat rumah Tenuk. Sal sempat bawak Abg Ujang berjumpa dengan beberapa orang rakan yang Abg Ujang nak sgt jumpa sejak dari dulu...puas hati Sal sebab dapat tunaikan hasrat Abg Ujang untuk berjumpa dengan diorang....hehehhehe...

Last word. Memang best kalo korang honeymoon kat kawasan tanah tinggi ni. Terasa lain sangat. No words can say. But, yang paling penting, Sal & Abg Ujang memang really enjoy dengan percutian kami tempohari kat Brinchang, Cameron Highlands.....memang BEST GILERRR !!! I LOVE U HONEY.....

Posted by Ujang_MD :: 6/11/2006 12:27:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

Saturday, June 10

SEMINGGU BERLALU

Mula2 sekali Sal nak mintak maaf pada semua pembaca blog ni kerana sudah lama Sal dan Abg Ujang tak mengupdate blog. Petang tadi Abg Ujang mengadu pada Sal. Katanye blog ni sudah tidak berseri seperti dulu. Kalau dulu, setiap hari ada sahaja entry baru yang boleh dibaca dan dijadikan iktibar. Tapi sekarang, nak buat satu entry pun susah. Jadi untuk mengembalikan seri blog ni, mulai hari ini Sal akan kembali menulis bersama2 dgn Abg Ujang.

Sebenarnya, terlalu banyak perkara telah berlaku dalam tempoh seminggu yang lalu selepas kami pulang dari Cameron Highlands. Terlalu banyak peristiwa aneh telah berlaku. Sal tidak pernah mengalami keadaan seperti ini dan sudah tentunya ia akan menjadi satu pengalaman yang mendebarkan diri Sal. Ada di antara peristiwa2 yang berlaku telah membuatkan Sal terfikir tentang kebesaran Allah dan fitrah kejadian manusia. Sal tak boleh nak beri komen dengan panjang lebar tentang perkara ini kerana ianya terlalu peribadi. Lagipun, ilmu agama Sal masih belum mencukupi. Cuma satu Sal harap, Allah mengampuni dosa2 kita semua kerana kadangkala mungkin tindakan kita agak tersasar dari norma kehidupan dan kalimah tauhid. Na`uzubillah...

Kepada sayang,

Sal mintak maaf kerana melarang sayang pergi ke Tok Bali. Sal tahu sayang terkilan tapi sayang taknak luahkan kerana nak menjaga hati Sal. Sayang, jangan macam tu. Kalau sayang nak pergi jugak, pergi je. Sal ni berfikiran terbuka. Pusing ikut mane sekalipun, last2 mesti Sal mengalah jugak....percayalah...

Sayang, Sal harap sayang banyak bersabar dalam menempuh ujian hidup. Sayang adalah insan yang terpilih. Allah menguji sayang dengan pelbagai ujian yang berat2 supaya dosa2 sayang yang lalu terhijab dari api neraka, insyaAllah.

Sayang, Sal pinta agar sayang tidak memberi peluang kepada syaitan laknatullah untuk menakluk diri kita. Syaitan2 ni sentiasa berusaha mencari jalan untuk merosakkan diri kita. Sasaran mereka ialah JIWA2 manusia yang KOTOR dan LEMAH. Sebelum mereka berjaya menguasai diri kita sepenuhnya, kita wajib bertindak lebih awal. Caranya ialah JANGAN biarkan mereka bermain2 dengan jiwa dan perasaan kita. Mereka berupaya menakluki diri kita, menghasut kita supaya BERTINDAK secara tidak waras dan akhirnya membawa kita ke dalam neraka sekiranya kita terlalu menurut kata hati dan mengabaikan kewujudan serta keesaan Allah SWT.

Sayang, Berjanjilah dengan Sal. Kuatkan hati. Kuatkan semangat. Jangan biarkan diri kita terbuai dengan perasaan yang melalaikan kita secara total dari mengingati Allah. Biarlah sejahat mana kita sekalipun, asalkan kita sentiasa mengingati dan menempatkan Allah di tempat yang pertama.

Sayang,
Sal sayang abang sampai mati tau.....


Posted by Ujang_MD :: 6/10/2006 11:48:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

Thursday, June 8

HONEYMOON

Ini merupakan first posting dari Sal. Abg Ujang serahkan blog ni pada Sal. Sal tak pandai nak handle blog yg kompleks ni. Banyak sangat aplikasinya. Jadik, Sal ambik keputusan untuk handle blogging part saja. Yang lain-lain biar Abg Ujang yang uruskan...

Holiday kat Cameron tempohari memang banyak meninggalkan kenangan buat kami berdua. Terasa begitu indah sekali bila saban hari kita terjaga dari tidur dan melihat orang yang kita sayang berada di sisi dan sedang enak dibuai mimpi indah (bukan mimpi basah ye sayang..hehehehe). Bukan kat sebarang tempat pulak tu tapi nun jauh di puncak dunia.... hehehehehe...

4 hari kami bersama terasa waktu berlalu begitu pantas. Memang terasa MASA amat mencemburui kami berdua. Saat yang paling aku tak dapat lupakan ialah bila Abg Ujang suruh aku stop driving sekejap di tengah-tengah hutan belantara dalam perjalanan ke Cameron. Masa tu aku dah gabra gile. Ingatkan Abang Ujang kena rasuk ke ape ke. Ye la, tak pasal2 suruh aku berhenti driving. Kat tengah2 hutan pulak tu. Rupe2nya, Abang Ujang nak kiss pipi aku sambil wish hepi besday. Aku tergamam sekejap. Bila tgk jam kat dashboard kereta, baru aku perasan masa tu dah pukul 12.00 tengah malam. Waaaaaaa........ dah bertambah lagi umur aku rupenye. Patut la rasa lain macam jek....huhuhuhu. Aku rasa terharu sangat bila Abang Ujang buat macam tu. Benar2 rasa diri ni dihargai....

Di puncak gunung tu, kami jadi macam belangkas. Ke hulu ke hilir seperti pasangan yang sedang mabuk dalam dunia percintaan mereka sendiri. Rasa macam best gile bila Abang Ujang dengan selambe suap aku makan kat tengah2 orang ramai. Langsung takde segan2. Waaa..... tak pernah aku rasa macam ni punya daring time bercinta...first time neh....huhuhuhuh....

Banyak tempat yang kami lawat semasa di Cameron Highlands. Siap ambik gambar guna video camera lagi. Ada satu part tu, semasa kami petik Strawberry kat ladang. Kami ada mengajar sorang nyonya ni buat keje jahat mencurik buah-buah Strawberry kat satu partition ni. Tokey ladang ni bijak tau. Partition yang ade buah Strawberry yang besar2 dia tak bagi masuk. NO entry katanya....cessssss. Customer dah bayar mahal2, dia bagi petik Strawberry yang bantut2 je ek. Siap la kauuuu.....So, aku & Abg Ujang pun memulakan aktiviti mencurik Strawberry. Best woo....buat keje jahat dengan mencurik buah Strawberry. Buah tu pulak memang besar2 & rangup2. Kecur air liur. Memang suka sgt bila dapat petik strawberry yang besar2 dan merah menyala macam tu.

Berbalik pada kisah nyonya tadi. Nyonya ni dah penah kena sound dengan tukang kebun kat situ sebab petik Strawberry kat kawasan larangan. Tapi nyonya ni tak pernah serik. Bila kami ajak dia mencurik Strawberry, dia boleh ikut lagi. Kami ni pulak jenis manusia yang tak tamak. Jadik kami petik ala kadar je la. Yang aku heran tu, nyonya ni tak pernah puas. Dia terus sambung petik Strawberry walaupun kami dah siap memetik. Nyonya tu siap terbongkok2 menyorok di balik rimbunan daun Strawberry yang menghijau. Dia igt tukang kebun kat situ tak nampak dia mengendap2 macam tu. Sekali KANTOI !!!....Apa lagi, kaw-kaw si nyonya tu kena sound...huhuhuhuhu. Part yang kelakar tu bila si Nyonya ni boleh buat muka paling bodoh dan paling selamba dalam dunia walaupun dia dah kena sound bertubi2. Boleh nyonya tu buat muka tenggiling macam tu. Memang takde perasaan langsung...ekekekekeke...

Dalam saat manis bercinta tu, sudah pasti ada satu dua peristiwa yang membuatkan kami bertengkar & merajuk, kan. Tapi aku rasa benda tu makin merapatkan hubungan kami berdua. Aku makin mengenali diri Abg Ujang dan Abg Ujang juga makin mengenali siapa diri aku.....Sepanjang tempoh holiday, memang banyak peristiwa pahit manis yang telah mengajar kami tentang erti kejujuran, tanggungjawab, cemburu & kasih sayang yang sejati. Aku sgt bersyukur pada tuhan kerana dalam meniti kehidupan di atas mukabumi ni, aku telah dipertemukan dengan insan seperti Abg Ujang yang amat jujur & ikhlas dalam menghargai cinta... Dan setiap kali aku mengenangkan tentang ini, sudah pasti airmata aku akan gugur kerana gembira.....

Abang Ujang,
Sal amat mencintai Abang Ujang. Sal nak kita sama2 bahagia. Sal nak Abg Ujang jadi insan yang paling bertuah dan paling gembira kat atas mukabumi ni. Sal tak hiraukan pasal orang lain dah. Apa diorang nak cakap, cakaplah. Pada Sal, Sal dah ada plan yang tersendiri untuk menentukan masa depan Sal. Sal akan handle plan ni slow2 dan berhati2 supaya kita tidak tergelincir. Sal taknak tergesa2 kerana sekali tersalah step, padahnya akan menimpa diri Sal dan diri abang sendiri....

Sayang,
Sal harap sayang tak khianati cinta kita. Sal sekarang bukan Sal macam dulu lagi. Abang Ujang sekarang pun bukan macam Abang Ujang yang dulu lagi. Kuasa cinta telah berjaya mengubah diri kita berdua. Kita berdua menjadi insan yang amat menghargai dan mengkagumi cinta....

8 June 2006, 8:34 am.
Sayang,
Sal tau. Ketika ini, saat ini. Ada satu perkara besar telah berlaku dalam hidup sayang. Perkara yang bakal menentukan halatuju jatidiri insan yang dikenali sebagai UjangMD. Perkara yang akan menjadi sejarah penting dalam hidup insan yang dikenali sebagai UjangMD. Perkara yang bakal menjadi pertarungan antara maruah dan kasih sayang insan yang dikenali sebagai UjangMD. Dan perkara ini juga bakal menentukan masa depan hubungan kita.....

Sayang,
Perkara ini bukan datang dengan sendiri TAPI kita sendiri yang mencarinya. Semuanya kerana terlampau jujur dengan perkara2 yang MEMANG WAJIB kita merahsiakannya. Kejujuran itu memang penting dalam sesuatu perhubungan. Tetapi kejujuran yang membabi buta kelak akan memusnahkan diri kita sendiri.....

Sayang,
Inilah realiti kehidupan kita semua sebagai makhluk tuhan di mukabumi ni. Kita dijadikan bersuku2 dan berpuak2 agar kita belajar mengenali antara satu suku dengan suku yang lain. Tapi perlu di ingat, tidak semua suku boleh menerima suku yang lain. Tidak semua puak boleh menerima puak yang lain. Dan kerana itulah sejak dari dulu, sejak dari zaman Adam as, manusia tidak pernah berhenti berperang. Semuanya kerana sifat ingin menakluki PEMIKIRAN dan CARA HIDUP suku yang lain. Inilah realiti kehidupan.

Sayang,
6 June 2006. Pada tarikh ini, kita telah menyalakan api peperangan. Kita bertempur di medan peperangan tanpa persediaan yang rapi. Kita berdua berhadapan dengan 1000 musuh yang lengkap bersenjata. Tapi sayang, kita ada panah kasih sayang dan busar cinta yang sejati... Kita akan gunakan panah & busar ini untuk menentang musuh kita. Walaupun perlahan dan memakan masa berpuluh tahun, kita TAKKAN TEWAS sayang....ini janji Sal. Ini sumpah Sal. Semoga kasih sayang kita kekal hingga ke akhir hayat.

Sayang,
Saya cintakan awak sampai saya mati.....

Posted by Ujang_MD :: 6/08/2006 09:22:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.