"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Saturday, September 30

Seadanya.....

Oh.. hari ni agak lewat ujang posted entry. Alhamdulillah.. Ujang dengan makcik zainung makin ok.. makin bertambah mesra. Tapi sakit hati ada gak.. Ada ker cakap kat ujang bulan pose tak nak buat keropok.. Eh.. tak ada hujan ribut kejutkan uajng semalam mintak tolong mesinkan keropok untuk dia... Haa.. macam mana makcik zainung janjimu itu?? kan dah janji tak nak bua keropok bulan pose nih.. Dah bohong dah.. Bila ujang membebel pulak tahu mak kata apa?? Aku wak kepok pong nok wi kedaroh makang ke mung gok... Huk oloh... sedihnya kata-kata makcik zainung. Sabar jer lah. Syukur jugak.. kesihatan uajng semakin ok sekarang.. Dah beransur kurang pening2 cuma kalau tak kawal makanan tu yang sakit memanjang.

Sal??? Yup.. hari2 sekarang uajng sama dia. Rindu makin menjadi2. Sal ajak ujang jumpa.. Insya allah sayang.. dalam masa 2 minggu lagi abg akan ke KL. Kita bukak pose n sahur sama2 ekk?? ehehe.. Riang sungguh uajng sekarang... Makan pun berselara bila hati senang. Mudahan kebahagian uajng berpanjangan bersama Sal... Tapi... perasaan ujang macam sesuatu pada Sal.. Ujang bukan nak cari krisis lagi.. tapi.. ujang rasa macam ada kelainan pada diri Sal... Tak macam selalu... mungkin sal mahu ubah cara dia?? Entah lah..Cuma satu uajng pinta agar hubungan ujang dengan Sal tak berantakan lagi..

Bulan Puasa macam ni, ujang banyak habiskan masa di rumah..Bila duk kat rumah ada hal dan ragam kat rumah pulak. Gelagat anak saudara. kadang2 buat ujang geram.. kadang2 ujang suka bila dengar hilai tawa mereka. Mungkin ujang nak jadi giler kut.. perasaan tak menentu hahaha!! Ujang pun dah ubah style rambut.. ala2 botak dah... janggut pulak dah di trim nipis ngan misai sekali.. Sal pun katanya dah ubah style.. heeheh tak sabar nak tengok wajah baru sayang.. mesti tambah cun kan?? ehhehee....

Baru terlintas di fikiran Ujang bahawa hidup ini sememangnya macam naik basikal. Ujang rasa tak ada orang yang lahir terus ada kemahiran menunggang basikal. Ujang sendiri belajar naik basikal bila masuk sekolah rendah. Masa umur lebih kurang 8 atau 9 tahun. Ujang tak dapat ingat tarikh yang tepat. Tapi sampai sekarang Ujang dapat ingat segala kesusahan yang terpaksa Ujang tanggung untuk naik basikal. Ujang perlukan roda kecil untuk mengimbang. Roda kecil di kiri dan kanan. Membantu untuk memberi kesimbangan. Roda kecil yang bising. Sangat bising.

Bila tiada roda kecil Ujang perlukan mak Ujang untuk memegang basikal agar tidak senget. Agar tidak terus sendeng dan jatuh. Agar basikal dan Ujang tidak jatuh dan seterusnya tergolek. Ujang lambat belajar menunggang basikal. Bebal dengan kemahiran mengimbang. Ujang tak pandai mengayuh sambil memegang hendal basikal. Ujang pernah mula dengan menunggang dari atas bukit kecil agar Ujang boleh belajar apa itu keseimbangan. Ujang turun laju, dan laju dan senget, dan senget dan kabushhh… tersadai dalam semak. Ujang tak pandai pakai brek.

Begitu juga dengan hidup ini. Setiap insan perlu hidup seperti mana menunggang basikal. Perlu belajar mengenal erti kesusahan. Mengenal keseimbangan. Mengenal kegembiraan. Mengenal keperitan. Belajar mengenal hidup sebagai manusia.Hidup ini umpama menunggang basikal. Teruskan berkayuh. Elakkan dari terjatuh. Elakkan dari memilih jalan yang sukar dan merbahaya. Buat pilihan yang sewajarnya. Pilihlah mengikut kata hati. Kayuhlah mengikut jalan yang berdestinasikan kebahagiaan.

Namun, seringkali ada yang terleka. Terbuai dek pemandangan indah. Terlena dek rasa ceria. Terlena yang terbuai lalu terjatuh. Terlupa mengayuh. Tersilap mengimbang. Terlajak mengelak. Usah risau. Usah ragu. Usah pilu. Jatuh itu biasa. Bangunlah kembali dengan hati membara. Bangun dan kayuh kembali seperti biasa. Jatuh itu membuka minda. Jatuh itu membuka mata. Jatuh itu membuka rasa. Jangan mengalah. Teruskan kayuhan selagi hayat basikal itu masih ada. Amen.....

Posted by Ujang_MD :: 9/30/2006 04:50:00 PM :: 3 Comments:

Post a Comment

Thursday, September 28

Tak betul...

Alhamdulillah... mak dah ok dengan ujang.. cakap pun dah macam biasa.. rasa tenang diri bila dah ok dengan makcik zainung kesayangan ujang nih. Hmm cakap ngan ujang pun mungkin ada sebab kut ehehee.. mana tak nya. Mak ujang nih kan korang sedia maklum lah kan.. suka sangat Wrestling.. Korang cakap jer apa.. WCW?? WWF??TNA??? Makcik zainung mudah jer jawab jawapan yang korang bagi. Betul.!! Mak memang dari muda dah memang suka dan tak pernah missed. Semalam dalam channel sports ada live TNA WRESTLING so mak nak tengok tapi mak tak pandai nak bukak astro.. so dia suruh ujang bukak dari situ lah uajng mula cakap dengan mak sehingga ada gelak ketawa.. Happynya.. biarpun berdua suasana sekarang cukup ceria. Ujang nak ucap terima kasih pada kawan2 terutama Ikmal.. Thnxx kasi nasihat semalam..Email Ikmal betul2 buat ujang tersedar dan sebak.. Sama-sama kita jadikan teladan dan renungan. CLICK DI SINI.

Sal?? Entah.. kekadang uajng dengan Sal still on.. kadang-kadang off. Yup.. sms sekarang dari Sal hanya sekeping dua sahaja satu hari.. memadai lah dari tiada langsung. Entah ujang pun tak pasti dengan hubungan ujang dan sal sekarang. Masing-masing banyak diamkan diri.. terutama Sal sekarang. Kekadang pernah jugak datang prasangka buruk kat Sal... tapi uajng buang jauh-jauh.. Ujang tak nak keruhkan keadaan. Lagipun ini yang ujang nak.. so kenapa ujang tak leh nak terima walaupun agak susah kan?? Mungkin jugak Sal betul-betul bz sekarang.. yer lah.. semalam uajng ada called dia.. katanya banyak keje nak kene buat.. nak mark kertas student lah.. nak siap report la.. itu la. ini la... tapi... rasa macam tersisih pulak bila Sal buat macam nih... arghh mala nak pikir makin kacau-bilau nanti... Ujang jugak yang tak nak Sal over.. tapi uajng jugak sekarang yang terkebil-kebil.. Oh... ujang cuma nak ikut rentak dan masa jer yang menentukan hubungan uajng dengan Sal.. mudahan ok selamanya.

Di Bulan Ramadhan nih macam-macam dugaan .. pheww nafsu.. Entah kenapa uajng begitu horny jer.. Uwaa.. dah masuk ruangan 18sx nih... Tak per di tapis ehehee!! Rasa nak melancap jer kejenya di siang hari huwaa.... dugaan oo dugaan.. serius kelmarin nyaris nak lancap.. tapi cepat2 cover.. kang terbatal puasa.. pujuk hati tunggulah malam menjelma.. nak melancap sampai habis semua air #$%^ pun tak per janji malam.. jangan di siang hari hehehhe. Susah nak lawan nafsu nih di bulan puasa.. pualk tuh keje duk depan PC... kekadang tangan menggatal nak tengok pic xxx. Itu lah manusia kan??? ehehee.... Ujang pun tak terlepas nih.

Satu lagi ujang bengang sangat dengan diri uajng sendiri huhuhu.. Ujang nie jenis cepat tumbuh bulu.. kalau cukur janggut and misai esoknya dah mula tumbuh.. pergh.. sakit hati tul.. macam manalah nak kasi lambat tumbuh bulu nih. Kalau cakap kat Sal. sure suka bebenor dia nih ehehee.. kan kan sayang?? wakakaaa..Kalau cukur hari-hari rosak jugak kulit muka nanti.. huhuhu.. Kenapa lah di lahirkan banyak bulu?? huwaa.... bodoh nyer soalan. any idea geng??


Bersyukur yang teramat sangat kehadrat Ilahi kerana gembira seindah ini. Terima kasih sahabat kerana sudi meluangkan masa. Semestinya ia menjadi antara kenangan yang terindah
Secara keseluruhan Ujang gembira, ada pengajaran yang dalam telah dibekalkan... cuma Ujang yang masih termengah mengutip pengertian untuk memahami setiap satu petunjuk yang diberikan Tuhan ini. Semoga Ujang diberi kelapangan dan kemudahan untuk mengutip dan menghadam setiap satu darinya.Amenn..

Posted by Ujang_MD :: 9/28/2006 10:48:00 AM :: 1 Comments:

Post a Comment

Wednesday, September 27

Terima Kasih....

Larian waktu terlalu pantas. Tidak terkejar oleh ujang. Ia ibarat pedang yang memotong kehidupan. Waktu yang terpotong hanya boleh diabadikan. Waktu yang diabadikan adalah tulisan kehidupan. Tulisan kehidupan mungkin dapat memberi makna, menjentik intuisi, memperkaya inspirasi,merakam masa lalu dengan kesyukuran, masa depan penuh harapan.. namun ujang??? Pernah tak korang rasa bersalah?? Ketika ini ujang rasa bersalah sangat... balik kerja nak menyapa mak agak malu... mungkin di sebabkan tindakan ujang semalam. Ujang malu nak minta maaf dengan mak.. malu nak mengadap mata dengan mak.. Entah lah... Mungkin kali nih silap ujang agak besar...

Tapi sampai bila??? Ujang lebih suka bertanya dan menjawab sendiri soalan yang ujang ajukan itu... Kalau di fikir uajng sebagai anak.. Ujang lah yang patut minta maaf.. kenapa uajng nak berkeras??? Ujang tahu tu semua.. tapi arghh..Tapi kalau di fikir nak malu apa??? Lagi malu kalau jadi anak derhaka kan?? Tak berkat hidup. Ujang pikir lagi.. ujang hanya duk berdua dengan mak.. kalau tak bercakap macam nih bertambah sunyi lah rumah yang dah sedia maklum sunyi sepi...Hati mendesak mahu mintak maaf tapi...Tanpa fikir panjang ujang tegur mak..Bertanya juadah apa berbuka hari nih.. Mak cakap dia tak masak apa sebab nak berbuka rumah kakak.. di ajaknya uajng sekali nanti tapi ujang menolak.. Biar uajng makan kat luar saje lah... Ujang mintak maaf dengan mak.. Mak cuma mengangguk... Ujang tahu mak masih terluka.. tapi ujang tahu hati ibu.. begitu bersih.. Oh... lega bila dah minta maaf.. Thnxx mom.. baru rasa bebas sikit.. baru rasa tenang sket.. Betul.. uajng rasa macam dah bebas dari masalah besar....

Sekarang ujang kerap habiskan masa di rumah..tersentuh ujang dengan mak.. begitu mudah mak maafkan ujang.."Ya Allah, ampunkanlah dosa Ujang, ampunkan dosa mak ujang dan rahmatilah dia dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangi Ujang ketika diri ujang masih kecil". Itulah doa Ujang sebentar tadi, semasa bersolat maghrib. Entah kenapa, tiba-tiba hati Ujang terlalu tersentuh dengan doa tersebut. Sedangkan sudah berkali-kali Ujang membaca doa yang sama. Adakah kerana peristiwa sebentar tadi?? Entah lah.Tetapi malam tadi, Ujang tidak hiba kerana itu. Ada sesuatu yang lebih halus darinya. Mungkin sebentar tadi, buat kali pertamanya Ujang dapat merasakan apakah sebenarnya yang Ujang minta dari Allah, Tuhan yang telah memberikan seorang ibu yang pengasih kepada Ujang walaupun kadang2 membingitkan kerana suka membebel.

Mengapakah apabila Ujang merintih keampunan dari Allah, Ujang kaitkan ia dengan kasih sayang mak semasa Ujang kecil? Hari ini Ujang berusaha memikirkan jawapannya. Semasa berdoa tadi baru Ujang sedar, mak ujang amat pemaaf. Dia memaafkan ujang tanpa menyoal apa-apa walaupun ujang tahu hati mak masih lagi terasa. Mak ujang amat mudah memaafkan Ujang. Tidak kira apa sahaja karenah Ujang, dia memaafkan ujang seadanya. Dia menerima Ujang sebagai anak yang banyak kelemahan dan atas penerimaan itu, dia mengasihi Ujang tanpa sebarang syarat. Begitu tulus hati mak..

Mak menerima Ujang atas segala yang ada pada diri ini. Ujang taat atau degil, Ujang rajin dan Ujang culas, Ujang senyum atau Ujang menjerit, mak menerima Ujang seadanya. Mak terus menyayangi dan mengasihi Ujang. Mak tidak pernah memberitahu Ujang bahawa semua kebaikan yang dia buat selama ini, mesti dibalas apabila Ujang telah dewasa. Ujang balas atau tidak, Ujang ingat atau lupa, tugas mak hanyalah membesarkan Ujang dengan penuh kasih sayang. Thnxx Mak.. Ujang sedar!!!

Maaflah terlalu emosional... Ujang nak luahkan apa yang terbuku. Apa yang pasti, hanya Mak sahaja yang mampu mengasihi Ujang tanpa syarat. Sebab itulah Ujang tidak mampu membalas kasih itu. Jika Ujang jatuh sakit, Mak sanggup berjaga malam dan berdoa agar Ujang sembuh dan dipanjangkan umur. Namun apabila tiba giliran UJang menjaga Mak??Harapan ujang moga uajng dapat buat yang terbaik untuk diri mak.

Ujang, jiwa tidak sebesar Mak. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai kepadanya. Namun Mak, mampu menahan pedih dan perit membesarkan Ujang. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia. Mak mampu membelai, mudah memaafkan, kerana mak kasih dan cinta pada ujang.. Ujang sedar Mak.!! Ya Allah, Ujang lemah, Ujang banyak dosa. Ujang suka mengeluh, Ujang kerap lalai dan alpa. Ampunkanlah Ujang ya Allah. Ampunkan diri Ujang dengan pengampunan oleh sifat-Mu yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ampun dan kasihanilah Ujang, mudah-mudahan tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat, sebagaimana mak memaafkan Ujang tanpa syarat, mengasihi Ujang tanpa mengharapkan balasan. Ampunkan jua mak, dan limpahkan Rahmah-Mu kepada Mak. Mak yang mengasihi ujang tanpa syarat, Kau maafkan mak dan limpahkan Kasih-sayangMu kepada mak, tanpa hisab dan syarat...Aminn....


Namun...Mungkinkah semua itu, Allah kurniakan kepada Ujang? Siapakah Ujang untuk meminta pengampunan yang terus tanpa syarat? Malah jika setiap detik hidup dalam sehari itu dihitung, terasa betapa dosa sahaja yang banyak berbekas. Sedangkan tanpa Ujang sedar Ujang banyak meletakkan syarat terhadap Allah. Ujang ingat kepada-Mu, dengan syarat Ujang sudah hilang penyelesaian. Ujang sanggup lakukan apa yang Engkau suruh, tetapi selepas Ujang melihat apa kebaikan yang Ujang dapat! Hinanya diri Ujang. Lupa sudah pada hakikat diri sebagai hamba. Hamba yang tidak layak meminta, apatah lagi untuk meletakkan syarat kepada Tuhannya. Astaghfirullah.

Sama-samalah kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita. Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.

"Ya Allah, ampunkanlah dosa Ujang, ampunkan dosa Mak dan rahmatilah dia dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana dia menyayangi Ujang ketika diri Ujang masih kecil". Ameen.

Posted by Ujang_MD :: 9/27/2006 10:20:00 AM :: 1 Comments:

Post a Comment

Tuesday, September 26

Maafkan Ujang Mak...

Hari ini ujang berasa bodoh sangat.. kenapa ujang buat macam tuh? Kenapa tak pernah terfikir sebelum bertindak?? Kenapa ujang duk ikut amarah Ujang yang membabi-buta tuh.. Nak marahkan orang lain.. orang lain pulak yang menjadi mangsa. Sekarang Ujang betul-betul rasa menyesal..Soalan yang sama still bermain dalam kepala otak sempit ujang nih.. Kenapa Ujang buat macam tu kat Mak?? Kenapa Ujang tak jaga hati mak.. Ujang jugak pernah cakap.. uajng dah takder orang lain selain mak dalam dunia nih.. Tapi kenapa uajng lawan cakap mak?? Bodoh kan Ujang??

Ujang akui.. ujang cepat marah.. dan bila marah ujang tak kisah dah apa nak jadi.. so jadi lah..Bila dah buat.. baru lah rasa menyesal.. baru lah rasa bersalah.. baru lah pikir apa perasaan orang yang ujang marah tu.. Ujang cuba kawal.. ujang cuba ubah.. tapi so hard... Kaunseling?? Hmmm Sal dah bertubi-tubi hentam uajng bab marah nih.. Entah lah.. ujang rasa mak kecik hati dengan uajng semalam. Memang salah ujang.. Kenapa mak jadi mangsa ujang semalam.. Orang tua tuh tak tahu apa-apa pun.. sebaliknya kena marah pulak..

Kadang-kadang ujang berfikir.. layak uajng masuk syurga?? Selalu melawan cakap mak.. sedangkan kita sedia maklum syurga di bawah tapak kaki ibu... Ujang tahu itu semua.. Ujang tahu tak baik melawan cakap mak.. apatah lagi sehingga ibu kita mengeluarkan air mata..berdosa benar seseorang anak tuh.. bau syurga pun tak dapat. Ohh Tuhan.. Ujang rasa menyesal sangat..Macam mana perasaan mak yer ketika itu??

Begini, semalam mood ujang dari tempat kerja memang kurang elok sket.. rasa nak marah memanjang.. tak tahu kenapa?? So balik rumah terus landing.. penat berpuasa lagi... Mak tak de kat rumah.. entah kemana perginya. Hampir nak maghrib mak called ujang suruh ambik dia. Ujang pulak baru bangun tidur time tuh.. badan mamai.. fikiran pulak bercelaru..Ujang duk marah2 mak.. kenapa tak suruh kakak ke hantar.. kenapa tak naik kereta sewa ker.. nak tak hendak uajng kene ambil jugak.. kata mak cepat sket..

Sampai jer.. uajng muka dah masam.. entah syaitan mana duk belenggu diri uajng nih.. tengok mak pun rasa geram.. Mak tanya kenapa lambat.. katanya dia tak selesa...rasa sunyi dan macam takut sikit...sebab ye lah dah nak maghrib.. dan orang pun dah duk dalam rumah nak tunggu waktu berbuka puasa. Ujang marah-marah mak.. macam- macam uajng melawan.. mak diam jer.. mungkin dia malas nak panjang-panjang citer.. tapi uajng sebagai anak kenapa tak leh beralah dengan mak sendiri... kenapa sekarang uajng baru menyesal.. Ya Allah.. ampunkan dosa ujang Ya-Allah.. baru uajng terfikir.. macam mana perasaan mak ketika itu.. sedihkah dia?? kecewakah dia??? terkilankah dia dengan perangai uajng yang suka marah membai buta sajer nih??

Ujang faham, sebenarnya secara tak langsung mak tegur Ujang kenapa lambat sangat, janji nak ambil awal sedikit. Ujang patut terima teguran mak sebab memang Ujang bersalah, lagipun teguran mak sebenarnya secara tak langsung adalah untuk mengajar Ujang agar lain kali, jangan lupa tepati masa dan janji.Marah mak adalah kerana dia risau bukan kerana dia benci atau sengaja suka marah. Risau mak adalah kerana dia sayang bukan sebab dia mengongkong dan teguran mak bukan kerana kita tak pernah betul dimata dia tapi kerana dia mahu kita jadi lebih baik dari sekarang.Kadang kadang dengan mak , tak semua benda is as clear as night and day. Banyak kali dalam perhubungan antara anak dan ibu b, dua dua pihak kena belajar untuk membaca maksud tersirat disebalik setiap pernyataan. Anak kena faham apa yang sebenarnya disampaikan oleh mak, dan mak perlu faham apa yang sebenarnya yang dinginkan oleh anak. Dalam hubungan anak dan mak (or even hubungan dengan orang lain), tak segala benda mampu diucap dengan penulisan atau kata kata, kerana adakalanya, sesetengah perkara itu hanya mampu dijelaskan dan difahami melalui bicara hati and penelitian terhadap maksud tersirat yang ingin disampaikan.

Mungkin uajng cakap macam tuh sebab nak sejukkan hati uajng sendiri... Ujang dah jadi anak derhaka time bulan ramadhan nih.. Kenapa uajng tak bersyukur kerana masih mempunyai ibu di muka bumi ini? Macam mana dengan anak-anak yatim?? Macam mana perasaan mereka tanpa ibu dan bapa di sisi?? Kenapa ujang tak pernah nak bersyukur selagi mak ujang masih bernyawa??? Kenapa uajng tak menjaga hati dan perasaanya ketika dia masih hidup?? Maafkan ujang mak... Maafkan ujang.. Ujang cuba ubah diri ujang... Ujang try.. maafkan uajng mak...

Tapi... dari segi perspepsi lain Tak adil...memang tak adil. Kenapa tiap kali hati Ujang perlu sentiasa akur pada akal? Kenapa tiap kali akal perlu sentiasa menang dan hati perlu sentiasa mengalah? Kenapa tiap kali hati yang perlu duduk terdiam dan mengalirkan air mata sedang akal puas misinya mendominasi hati dah berjaya? Hari ini itu tidak akan terjadi. Hari ini Ujang akan biar hati menang. Ujang nak biar hati memberontak. Dan Ujang nak saksikan akal terduduk mengenangkan bahawa buat julung kalinya dia telah tewas.Kebelakangan ni, dah telalu banyak nasihat yangUjang dengar. Terlalu banyak kata kata dorongan, sokongan dan tak kurang juga kata kata sindiran dari orang yang terdekat dengan Ujang.

Ujang bersyukur atas semua itu...bukan Ujang tidak bersyukur...terima kasih Ujang ucapkan. Ujang jugak selalu jadi penasihat kawan kawan Ujang. Dan kadang kadang bila duduk sendirian, akal ujang bagi lecture pada hati Ujang. Diri sendiri nasihat diri sendiri. Kadang kadang jadi...kadang kadang tidak. Kadang kadang Ujang rasa Ujang dah tau segala kata nasihat yang ada dalam kamus nasihat. Semuanya pernah dan telah Ujang ucapkan terutamanya pada diri sendiri. Tapi sejak akhir akhir ni satu kata nasihat pun Ujang tak boleh nak pakai. Pelik kan...kadang kita tau apa yang sepatutnya dilakukan dan dikatakan...tapi bila kena pada diri sendiri...semua tu tak register dalam otak. Macam PC yang hang atau jadi bluescreen...tekan apa benda pun takkan jalan...sebab dah keras macam hati batu....

Maafkan ujang mak.... Ujang tahu mak sedih sebab ujang tengking mak semalam... Ujang terlalu ikut kata hati.. uajng menyesal..maafkan ujang yer mak.. Dalam pc ada video ngan lag anak derhaka.. Beberapa kali uajng mainkan.. biar insaf sket diri ini yang tak seberapa nak insaf...

Download - Lagu_Anak_Durhaka.mp3
Download - Video_Anak_Durhaka.asf

Posted by Ujang_MD :: 9/26/2006 10:26:00 AM :: 2 Comments:

Post a Comment

Monday, September 25

Lepas Geramm...

Hari ini ujang tak nak merewang... Tak kisah lah.. bulan Ramadhan kene banyak bersabar ke apa ker??? Ujang betul-betul geram sekarang. Geram tahap maksima nih.. Kenapa manusia Tuha jadikan Mulut? Baik bisu jer kan.. senang.. hati pun tak sakit. Betul lah kata orang tua... "Kata-kata lebih tajam dari mata pedang".. Sesuai sangat dengan diri Ujang tatkala ini. Maaflah kalau bahasa-bahasa ujang nih buat korang semua kurang senang.. Biarlah.. hanya blog tempat ujang curahkan apa yang terpendam.. sekurang-kurangnya hilang gak rasa beban kat kepala nih.

Tak perlu bertanya lah kenapa ujang geram..kenapa ujang marah.. rasanya korang sendiri pun dah tahu kan?? Biarkan uajng lepas geram dulu...yak ptui.. kenape ko tak paham lagi ha? kenape ko bengap sangat? kenape ko buat Ujang macam anjing.. sialan tol. kekadang tuh Ujang rasa ko bebuat tak paham la yang Ujang memang tak suke ko buat macam tuh. tapi ko sengaja nak cabar Ujang. Ujang tahulah mana yang buruk... dan mana yang elok.. tak perlu nak ajar... im not a child lol.... Ujang dah besar..dan ujang akui dalam kedewasaan uajng nih... ada jugak kurang matangnya kita nih... boleh nak kasi advised tapi biarlah berpada.. jangan sampai boleh makan diri ujang pulak... jangan sampai dalam selimut ujang pun habis nak selidik.. walau ko nih ujang punyer...!!!!%^^..Ingat...selagi Ujang mampu bersabar, Ujang bersabar... kalau dah ilang sabar Ujang nanti, ALLAH jer tau tindakan Ujang..

Ujang tahu lah.. ujang pun ada salah,... ujang pun banyak tak jujurnya.. tapi di sebabkan benda nih.. jangan lah sampai habis mak nenek ko selidk hal ujang.. Sampai habis kawan2 ujang... Ha... nanti report kat makcik zainung pulak??? Ha... do it la.... Satu lagi.. jangan ingat kite nie jer yang betull.. sebab tu suka kasi nasihat kat orang kan??? cermin jugak diri kita dulu.. Ingat selagi ujang leh sabar.. ujang sabar.. but carefully.. ujang bukan nak ugutke apa.. seperti yang ko ugut ujang semalm nak report polis coz ujang ^^$$%^^^ ko kan??? Fikir lah... kalau ko buat macam tuh pun uajng tak malu mana.. yang malu ko jugak... kan?? Ingat benda nih ^%$^^ tak kan terjadi kalau ko pun tak sama gatalnya..(bertepuk sebelah tangan tak berbunyi kan??)


So... ingat.. berpada2 lah.. kalau sayang pun sayang lah.. ujang pun sayang kat ko lebih dari segalanya.. tapi bila ko membangkit itu dan ini buat uajng berdesing balik.. Nih biar ujang pulak yang kasi nasihat.. asyik ko jer kan yang bagi kan?? Ingat kalau dah janji tak nak cakap hal ungkit-mengungkit apa hukum dia kalau mungkir??? haa... pikir ekk... dan kalau tak ihklas nak bagi sesuatu benda tuh.. jangan di bagi.. kesian.. si tukang pemakai kan??? so.... senang citer tak yah kasi apa2 kalau berbaik.. sebab dah tahu jenis ko suka mengungkit.. TU AKU TAK PERNAH UNGKIT APA YANG PERNAH AKU BAGI TUH..............

Maaf lah...ujang mintak maaf banyak2.. puas dah lepas geram.. puas dah... so.. ujang mintak maaf kalau apa yang ujang cakap nih ada yang terasa ker.. maafkan ujang.. Ingat.. uajng terima segala nasihat tuh... dan please yah.. lepas nih.. jangan buat macam nih lagi.. ujang dah penat melayan kerenah ko... please yer... jangan sampai ujang jadi haru-biru pulak nanti ok?? chow...

Posted by Ujang_MD :: 9/25/2006 10:42:00 AM :: 4 Comments:

Post a Comment

Sunday, September 24

Permulaan Puasa...



Yang dinanti-nanti sudahpun tiba… Hari ini, datanglah dia. Moga kedatangannya boleh menyiram hati-hati yang ketandusan rahmat. Moga kehadirannya kembali membangkitkan pesona iman dan ihsan. Dan moga kemeriahan yang dirasai menjelma akan memupuk kembali semangat yang kian layu….Ramadhan… dia yang ditunggu-tunggu… dia yang dirindu-dirindu… Sekarang ianya sudah tiba. Ramadhan… Engkau hadir membawa kegembiraan… Engkau datang bersama rahmat-Nya… Engkau kembali muncul bersama harapan…. Harapan untuk hamba-hambaNya kembali memperbetulkan diri, meluruskan kembali hati-hati yang sentiasa terpesong, untuk kembali melazimi ibadat dan munajat pada-Nya… yang sekian lama ditinggalkan kerana kesibukan duniawi.

Hari-hari bersamamu Ramadhan…. Penuh nikmat dan berkat… walau diuji dengan pedih lapar dan kelesuan. Namun ujian inilah yang membangkitkan keinsafan kami.. terhadap derita saudara-saudara kami yang saban hari menahan derita kebuluran… Sedang kami hanya merasai secebis sahaja dari apa yang mereka rasa. Dengan itu, moga kami mampu menyucikan karat-karat dosa kami yang sekian lama berkumpul di dalam segenap pembuluh darah.. Yang selama ini menyumbat hati-hati kami dari melihat kebenaran…Amen.... Mudahan-mudahan Ujang harapkan..

Di bulan yang mulia ini... ada bibit2 kemesraan yang hadir dalam hidup ujang. Ujang bersyukur pada DIA, kerana memudahkan perjalanan hidup Ujang hari ini. Alhamdulillah. Itulah perkataan yang sering Ujang lafaz kan dibibir mahupun dihati kecil Ujang ini. Tuhan itu tidak pernah bersikap tidak adil. Ujang amat faham akan aturan hidup yang telah DIA rancangkan untuk Ujang. Saban hari, manusia tidak akan berasa gembira hingga malam tiba. Perasaan itu kerapkali bertukar-tukar rasanya. Itu juga yang ujang rasa...

Pergi ke surau solat terawih bersama mak.. ohh alngkah indah.. Dengan Sal pun ujang dah ok sedikit walau tak se akrab dulu.. Rindu??? Yup ujang memang merinduinya.. Insya-Allah ujang akan jumpa Sal dalam masa terdekat nih.. rindu tak tertahan rasanya!! Semalam sembang ngan sal pun agak lama dalam pone.., rasa bercambah balik kemesraan yang dah ujang lenyapkan 2 minggu lalu bersama Sal...

Makcik zainung pun sekarang banyak duk kat rumah... Ujang gembira sangta sebab ada jugak tempat uajng nak sembang2.. ada jugak tempat ujang nak gurau-senda seperti dulu... Ohh paling best bila bersahur2 sama mak... Pheww.... makan agar2 jer.. huhuhu.. makcik zainung malas nak masak katanya.. huk oloh.. sabar jer lah... tak per lah janji kenyang... Mak O mak.. huhuhu.

Alhamdulillah... pi hospital hari nih.. cuma darah ujang jer yang naik sedikit.. sebab tu lah asyik pening2... Doctor banyak bebel.. supaya jaga peraturan makanan.. perghh membebel macam makcik zainung gak doctor pompuan nih... sabar jer lah...Apapun ujang syukur coz tak der penyakit lain dah.. syukur sangat2... Harap permulaan puasa ini membawa seribu kerahmatan dalam diri ujang dengan mak..s erta sal yang di sayangi selalu.. amennnn

Posted by Ujang_MD :: 9/24/2006 12:26:00 PM :: 1 Comments:

Post a Comment

Saturday, September 23

Tak Pasti....



Hari makin hari ujang rasa tubuh ujang makin tak bermaya.. Kekadang ujang rasa ok sangat.. kekadang ujang rasa tak ok.. Ujang pum bingung. Lambatnya esok.. ujang nak ke hospital.. janji temu dengan doktor 1 minggu lepas. Ujang sebenarnya takut... orang kata kalau muka naik sembab... ada penyakit buah pinggang?? ishh takut ujang...Apapun ujang pi hospital esok.. Bukan apa.. tubuh ujang rasanya makin susut... kalau buat keje cepat sangat rasa letih..dulu pun ada gak lah letih tapi tak lah seperti sekarang nih.. kalau mak suruh tolong dia buat keropok pun dah rasa lenguh habis satu badan.. mengalah kan orang tua..Malas dah nak cakap pasal penyakit nih.. buat ujang runsing jer... Ujang malas nak cakap hal macam ni ngan mak... kalau cakap pun.. suruh pi hospital tuh jer..!! So baik ujang diam... Nak salahkan mak tak leh jugak.. sebab ujang pun dah besar... Walaupun ujang anak bongsu tak semestinya semua kene bagi tau mak kan?? Tapi.. kalau bab penyakit nih kalau tak bagi tau nanti.. kalau dah teruk macam mana ek?? arghh entah lah... Ujang nih selalu pikir yang bukan2.. Maaflah kawan2...

Walau di himpit apa jua keadaan ujang patut teruskan kehidupan.. Yup.. esok dah start puasa... Tak sabar rasanya!! Yang paling heppy.. sebab mak ujang tak kan buat keropok di bulan puasa so.,.. Mak mesti duk rumah jer lah.. ada jugak peneman ujang di rumah nanti.. ehehehe.. Semalam pun ujang rasa happy sangat.. mak seharian duk sembang dengan Ujang. Alangkah indahnya kalau hari2 macam nih.. Ujang langsung tak boring duk kat rumah semalam. Macam2 ujang suruh mak buat.. Mak masak untuk ujang ikan cencaru bakar, ayam masak tomato, paling best bila ujang suruh mak buat agar2 santan.. Mak tak cakap banyak terus ke pasar dan buat untuk ujang. Ujang makan berdua dengan mak.. Cukup iNdah.. Ujang sayang kan mak... rasa hilang semua sakit bila hati melonjak kegembiran bila kemesraan bertandang.

Ujang nih jenis tak malu sket kalau dengan mak.. walau dah berbulu pun. Kalau kat rumah ujang tak suka berbaju... suka pulak pakai boxer sahaja.. seluar dalam sure tak pakai dah. So.. bergoyang2 lah adik tuh... mak selalu marah.. tak senonoh katanya... hhehhee Mudah ujang jawab.. ala.. tak der orang gak.. cuma kite berdua jer.. Nak tahu mak kata apa?? eheehee... Doh mung ingat mata aku hok tengok nih dok dose??? ehehe..... Mak O mak... terimalah seadanya anak mu ni mak... keh keh... Apapun uajng sayangkan mak ujang lebih segalanya.. Tak sabar tunggu nak berbuka pose sama2 dengan mak esok.. kiter berdua jer mak ek???ehehhee. akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan Ujang... memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah.. sampai masuk univesiti.. sampai kita boleh rasa naik kapal terbang... boleh rasa duduk kat negari orang... Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu Ujang balas.. Sekian terima kasih. - sayangilah ibu anda selagi anda berpeluang menyayanginya. bahagiakan lah ibu anda sehingga ke akhir hayatnya sebagaimana ibu anda membahagiakan anda sejak kecil hingga dewasa sesungguhnya, syurga berada di tapak kaki ibu.

Posted by Ujang_MD :: 9/23/2006 10:53:00 AM :: 1 Comments:

Post a Comment

Thursday, September 21

Meniti Hari...

Begitulah hidup kita seharian ini, kadang kala watak yang kita tidak suka itulah yang mewarnai hidup kita, watak yang memberikan kita kepahitan hidup agar kita lebih menghargai kemanisan hidup itu. Watak-watak ini akan sentiasa berlegar disekeliling samada kita mahu atau tidak dan watak ini akan lebih mematangkan kita dalam menghadapi hidup. Tapi janganlah kita terlalu terpengaruh dengan watak-watak ini sehingga kita sendiri terperangkap dengan dengan kehadiran watak-watak ini. Yup.. ujang try nasihat diri Ujang sendiri.. mudah-mudahan...

Sambil tersenyum sendiri, Ujang menghabiskan masa-masa lapang hanya di rumah.. entah tak tahu hala-tuju ke mana.. . Mujur Mak ada.. boleh jugak di ajak bersembang. Malunya Ujang pada mak dan kakak. Perghh konon berlagak pandai lah ujang nih last2 ujang gak yang terkena.. Huwaa... malu siot..Macam nih.. jiran ujang.. suaminya mati... so ujang pi lah ziarah ngan mak hari jumaat lepas.. Yang ujang musykil si isteri nih kucup dahi suaminya yang telah siap di mandikan.. Persoalan ujang Tak ke batal wuduk si jenazah tuh??? Kita sedia maklum kan.. suami isteri kalau bersentuh time ada wuduk .. sekaligus sama sekali terbatal wuduk kedua-duanya kan??? so??? Bila part macam nih?? terbatal jugak lah kan??? So berlaku lah perdebatan ujang dengan makcik zainung. Jeng jeng jeng!!! Waa.. malunya nak citer!!

Ujang: Mok... orang nok tanya nih.. mok ingat dok mase kite pi nawat Pok Su Embong ari tuh.. Mok tengok dok bini dia cium dahi .. .. tapi mase tuh mayat siap doh mandi.. dok batal ke wuduk jenazah tuh mok wei??

Makcik Zainung: Dok batal.. bakpe mung tanye.. dok kang hok tu pong mung dok tau??

Ujang: Bakpe dok batalnya.. laki bini.. kalau sentuh mase ada wuduk soheh batal wuduk die... mok nih...

Makcik Zainung: Mung tanye aku sangat bakpe kalau mung tau doh??? Kalau aku kabo kang mung kata aku nawok...dok kabo kang kata aku malas layang ke mung.. ikut pandai mung ahh dik..orang kabo tak boh dengor...

Ujang: Doh benda betul.. tu ikut mazhab imam Shafie lagi tuh.... Fuh... terer ujang!!( Bangga cuma seketika...tiba2.. kuarlah kata2 hikmah dari mulut makcik zainung... uwaa... malu siut.. habis.. hilang semua kebanggaan itu... yang ada itu kemaluan wakakakaka)

Makcik Zainung: Mung Dik hok.. baru setahun jagung wak pandai.. nih nok kabo ke mung nih... Memang ah... suami-isteri akan terbatal wuduk bila bersentuhan..Tapi bile suami mati.. isteri boleh cium suami dia dan wuduk jenazah suami dia tak terbatal dan hanya isteri yang terbatal wuduk jika isteri mase tuh berwuduk. Mung nok tahu bekpe??

Ujang: Ho... bakpe?? Semacam dah ujang nih..


Makcik Zainung: Dengor molek nih nok kabo.. buka lubang telinga besor2. Nok tahu bakper jenazah suami dok terbatal dan hanya wuduk isteri jer terbatal (sekiranya isteri berwuduk). Sebabnya ialah.. Jenazah tuh dok ambik wuduknya sendiri, sebaliknya wuduk dia di ambil oleh orang yang masih hidup... so mung faham dok???

Ujang: Berfikir... eh.. gituh?? Malunya....

Makcik Zainung: (Takkan korang tak tahu ngan mulut makcik zainung korang nih..) Lain kali jangan wak ikut sedap mulut je cakap.. kang doh kene tuh.. baru setahun jagung ada hati nok lawang aku.. pergh...

Ujang: Cam nak menitis air mata.,. huhuhu.. thnxx mom.. uwaaaa...

Ada sedikit kecerian.. Mak lah tempat ujang mengharapkan kasih dan sayang.. Semalam rindu pada sal makin menjadi-jadi lagi... Entah hati ujang rasa lembut sangat mahu called Sal..Alhamdulillah.. Sal angkat... hampir 2 minggu lebih Ujang tak dengar suara sal.. terubat segalanya.. Sal dari percakapannya ujang dengar cool n steady jer.. macam tak der apa yang berlaku.. Semalam rasa heppy sangat.. mungkin dapat dengar suara sal kut.. ohh itu dah cukup.. Banyak yang sal tanya ujang.. kesihatan ujang... itu lah ini lah... rasa macam permulaan perhubungan pulak.. yup.. mana mungkin ujang dapat lupakan terus sal.. mungkin mengambil masa.. akan ujang cuba usahakan,,,, Terima kasih Sal.. picked up my pone!!

Aik... kadang2 Terasa pahit pula. Inilah yang dinamakan kehidupan, ada kala manis ada kala pahit. Sentiasa penuh dengan cabaran dan ujian. Meneruskan kehidupan Ujang?? Itu dah pasti.... Berbekalkan mutiara-mutiara yang berharga. Mutiara yang bernama pengalaman. Apakah arah tujuan? Ujang serahkan semua ini kepada Tuhan. Matlamat hidup Ujang untuk mengumpul ibadah dan amalan, serta bersiap sedia untuk menghadap Tuhan. Ujang akhiri dengan sesuatu surah yang bermakna di dalam hidup Ujang.


Surah Al- Baqarah ayat 214:[214] Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).Setiap ujian itu ada ganjarannya. Kesabaran dan keredhaan pada setiap berlakunya sesuatu itulah yang akan membentuk keimanan seorang muslim. Dunia adalah medan perjuangan bagi orang ?orang mukmin, dan ganjaran bagi mereka yang redha pada Qada?dan Qadar?adalah syurga, sesuatu tempat yang kekal selama ?lamanya.

Posted by Ujang_MD :: 9/21/2006 10:31:00 AM :: 2 Comments:

Post a Comment

Wednesday, September 20

BodohKah Diri Ini??

Akal, hati dan nafsu, tiga perkara yang begitu kuat mempengaruhi sesuatu tindakan manusia. Ada manusia yang rosak disebabkan nafsu, ada yang hancur kerana mengikut kata hati, ada yang merana hanya kerana dia tak guna akal dan fikiran. Tiga perkara ni begitu berkait rapat antara satu sama lain. Nafsu, sentiasa mengajak dan mendorong kita untuk berbuat sesuatu. Hati pulak kita selalu kategorikan sebagai perasaan. Sama ada kita perlu ikut atau tidak sesuatu yang didorong oleh nafsu. Dan tugas akal pulak adalah untuk kita berfikir dan membuat keputusan sama ada perlu ikut atau tidak perkara yang didorong dengan hati dan nafsu tadi.

Jadi, dalam ketiga-tiga perkara ini, yang mana satu paling penting?Kalau kita lihat kedudukan akal, hati dan nafsu ni, nafsu letaknya di bawah sekali, hati di tengah2 iaitu di bahagian dada, dan akal terletak di kepala kita. Kalau berdasarkan kedudukan ini, dah jelas kepada kita bahawa nafsu lah yang perlu dikawal dan akal lah yang mengawal. Nafsu memang mendorong dan mengawal segala keinginan seseorang manusia, maka ia perlulah di landaskan dengan gerak hati dan diputuskan pulak oleh akal kita. Kalau kita menurut kata hati atau menurut nafsu semata-mata dan tidak berlandaskan dengan pemikiran ataupun akal, maka mudah lah kita terpesong atau mungkin ia bakal merosakkan diri sendiri.

Semalam.. time ujang pening dan rasa seakan nak demam semalam.. ujang teringatkan SaL.. entah lah bila sakit selalu ujang ingatkan Sal.. dia yang banyak kasi nasihat.. banyak teman ujang bila sakit.. bila time macam nih rasa kosong.. itu ujang tak dapat nak nafikan.. Semalam rasa rindu kuat sangat... entah tedetik hati Ujang ingin menelefon Sal.. Ujang malu sebenarnya.. tapi dis ebabkan rindu yang teramat sangat ujang called juga Sal.. tapi tak terangkat... Tdo dah ker dia?? atau???? entah lah.... Kadang2 ujang pikir.. bodohkah ujang?? Kata nak menyendiri tapi dalam masa yang sama merindui.. Ujang pun bingung dengan diri ujang.. adakah dis ebabkan sifat ego dan sifat tak nak mengalah ujang??? Ujang pun pelik kenapa ujang called sal sedangkan uajng mahu jauh darinya... "Maafkan abg sayang... mungkin terlalu ikut kata hati....".. Mungkin perlukan masa untuk lupakan ini semua... Maaf sekali lagi.... Bodohnya ujang!!

Tertiba hati dipagut sayu yang amat sangat!! kenapa erk Ujang sendiri tak tahu.. ruang hati tetiba menjadi seperti sangat disakiti dan tersakit.. sebenarnya sejak pagi kelmarin lagi setelah dapat sms dari mu. tapi Ujang buangkan rasa itu jauh2.. buat2 bodoh.. kenapa mesti melayan perasaan itu kenapa? sakit betul kepala bila kita berada dalam keadaan begini antara kewajaran dan tidak wajar.. Ujang ingin kau melupakan Ujang.. membuangkan Ujang jauh2 dari hatimu kerana Ujang bukan diperuntukkan untukmu... ingin sekali Ujang tamatkan semuanya.. tapi ada rasa sayang dan rindu yang melekat.. Ujang renung dalam2 pada skrin kaca... adakah rindu itu telah terlerai...? petang !! ada kesakitan dalam perasaan bila Ujang merasakan kesakitan apa yang dinamakan rindu..

Jangan tinggalkan Ujang seorang diri tak sanggup lagi dilukai....maafkan Ujang jika salah Ujang peristiwa yang pernah Ujang alami dulu...kaulah segalanya.. yang menyinari hidup Ujang.. kasih hanya satunya yang Ujang cintai........Ujang sebenar ingin memberikan engkau bahgia.. tapi Ujang tak mampu kerana Ujang bukanlah ditakdirkan untuk dimiliki oleh sesiapa.. Ujang adalah seorang pengembara yang lebih suka sendirian dalam hidup ini.. kadang2 memang Ujang perlukan seseorang sangat perlukan.. tapi seketika cuma Ujang akan kembali dalam diri alam sendiri.. hidup dengan mimpi2 manis yang pernah Ujang lakarkan...Adakah ujang giler?? entah lah..... Ujang bodoh?? Pun tak pasti...

Posted by Ujang_MD :: 9/20/2006 10:39:00 AM :: 1 Comments:

Post a Comment

Tuesday, September 19

Shyt!!!

Hidup ini adalah medan dugaan buat manusia. Berjaya atau tidak bergantung pada jalan mana yang kita mahu pilih. Jadi berhati-hatilah memilih jalan. Penilaian kebaikan pada mata manusia dan Allah adalah berbeza. Baik pada kita tidak semestinya yang terbaik buat kita disisi Allah...dan sebaliknya juga. Kita berdoa setiap hari, Wahai Tuhanku, kurniakanlah Ujang kebaikan dunia dan kebaikan akhirat dan jauhkanlah Ujang dari azab neraka...tetapi ingatlah dan telitilah hakikat bahawa hasanah (kebaikan) yang kita pinta dari Allah, adalah berdasarkan hasanah pada tafsiran Allah. Mungkin sakit itu baik untuk kita...jadi Allah kurniakan kita sakit...bukan kerana Allah zalim, nauzubillah...tetapi ianya adalah kerana Allah amat sayangkan kita....Dia sedang memberi yang terbaik untuk kita. Hanya bila kita lapangkan dada kita pada ketentuan Allah, barulah rasa redha itu akan hinggap dalam hati dan hanya bila kita buka mata hati kita pada kasih sayang Allah, barulah kita akan nampak hikmah disebalik setiap ketentuanNya.

Semalam Ujang ada konflik lagi dengan seseorang...Ujang memang dah tak tahan rasanya...ikut hati mau je meletup...tapi bila Ujang fikirkan takda gunanya Ujang meletup...Ujang simpan perasaan tu...Ujang pun teringat...hadis Rasulullah SAW yang berbunyi, "Dari Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah saw. bersabda: Bukanlah orang kuat itu dengan menang bergulat, tetapi orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah"...so Ujang nak cuba jadi camtu..walaupun masa tu rasanya dah tak boleh tahan...Ujang kuatkan semangat jugak. Hari ni...serpih serpih dan tempias kemarahan tu masih terasa...belum dapat dibuang sepenuhnya...jadi Ujang cari cara lain nak lepaskan perasaan...Haa... blog....

Yerlah semalam ujang tak pi kerja coz pi klinik... duk kat klinik dapat pulak msg yang buat ujang hangin satu badan.. Baru marah kita nak hilang.. dan kita cuba nak saluti dengan rasa sayang kembali... ehh.. dia buat hal lagi.. duk hantar sms yang bukan-bukan... Siapa yang tak sakit hati?? Siapa yang tak kan baran kalau smsnya macam &^%$#@! !!! Nampak sangat ujang nih macam nak kan s*x semata-mata.. daripada bait2 sms nya.. Hey?? Kalau nak boleh di cari.. tak perlu bagi tahu nak use Con**m ker apa ker.. tak perlu.. kenapa begitu mudah kuar ayat yang macam tuh huh??? Gila S*x sangat kah Ujang nih?? Sampai macam2 sms di hantar?? Arghh lantak lah tu baru satu hal.. tak termasuk yang lain lagi.. Please la.. leave me alone... dun distrubed me.. biarkan lah ujang.. tolong lah..!! Jangan ikut sedap mulut cakap.. "bila habis madu sepah di buang".. Ujang tak pernah buang.. cuma ujang rasa bosan dan meluat dengan sikap iyu ajer.. Eantah lah.. but please lah stopped it!! Tolong lah Ujang yer lah selalus akit.. jangan tambahkan sakit uajng please.. biar uajng dengan mak ujang jer sekarang.. tolong yer!!

Perasaan ni kalau disimpan...dia boleh jadi macam virus yang makan daging...especially daging hati kita. Lagi lama kita biar...lagi rancak dia makan daging kat dalam. Lagi kuat kita pendam...lagi cepat dia merebak...dan sesungguhnya...perasaan yang terpendam kita ni...boleh diumpamakan macam kanser...dalam diam makan diri...jika tak dikenal pasti...dia kan lagi menular dan bila dah lama baru kita nak acknowledge perasan yang terpendam ni...mungkin masa tu ianya dah terlambat...sebab macam mana kanser boleh berakar umbi dalam daging sehingga sukar diubati...begitulah jugak perasaan terpendam kita...ianya akan memakan diri sendiri kan?? kan??" You can only heal what you feel. Once a person has healed emotionally, most everything in life falls into place. Until a person allows themselves to feel their pent-up feelings, they won’t be able to allow themselves to feel alive. Their current physical, mental, emotional and spiritual problems are connected with resisting feeling pent-up feelings and with release comes the awareness that heals."

Posted by Ujang_MD :: 9/19/2006 11:20:00 AM :: 1 Comments:

Post a Comment

Monday, September 18

Harapan...

Malam ini kenapa entah ujang on pc.. nak tidur tak dapat.. tak tahu lah.. mata begitu segar sekali.. jam di dinding pun dah pukul 12tgh malam. Pening kepala Ujang dah buat hal balik.. sekarang makin menjadi.. Takut jugak ujang.. kut2 terjadi benda yang sama seperti dulu.. rasa macam tubuh tak bermaya sangat.. rasa lesu.. semua ada.. Kekadang pun ujang bingung. Penyakit datang lagi ker? Tak nak Ujang.. tapi kalau nak sakit pun tak leh buat apa kan??? Kadang2 ujang syukur jugak bila Tuhan bagi penyakit kat ujang.. sekarang baru uajng beringat pada-Nya.. Baru rasa nak bersyukur apa yang dah ujang kurnia.. Baru nak sujud pada-Nya bila Ujang dalam sengsara. Entah malam ini Ujang rasa sunyi sangat.... Di rumah hanya ada emak dan Ujang.. Rasa malam ini kesiangan sekali.. Kadangkala ujang rasakan.. tiada beza antara malam dan siang. Rasa kosong... Rasanya uajng tak pergi kerja esok.. Berat sangat kepala nih.. Ujang nak ke hospital .. Insya-allah pagi esok.. Ujang takut penyakit lama datang balik.. nak cuba pi buat temu janji esok...... Harap2.. tak ada apa yang berlaku... sebab sekaran g ujang kerap sangat rasa macam nak demam.. panas2 badan seperti dulu... takut Ujang.... Mudah-mudahan Ujang di juahi dari segala penyakit.. amennn

Posted by Ujang_MD :: 9/18/2006 12:13:00 AM :: 1 Comments:

Post a Comment

Sunday, September 17

Rindu Itu Bukan Milikku

Ujang tak tahu di mana harus Ujang mula kan..rasa hati Ujang ini!! Bila Ujang terkenang kan dirinya payah untuk Ujang mengerti adakah ini suratan yang maha esa atau permainan dalam dunia. Ikutkan hati Ujang ini tak mahu lagi Ujang merasa cinta. Ujang tak mampu membuat dirinya bahagia..memang rasa di hati ini ingin di belai, ingin di sayangi tapi semua itu tak kan mungkin terjadi..Ujang cuba hapuskan rindu ini. Tapi Ujang tak mampu melawan takdir..bila wajahnya datang dalam hati Ujang Ya Allah engkau saja memahami hati hambamu ini..Ujang tak mengerti Ya Allah apakah erti semua ini..Ujang cuba harungi hidup ini tanpa bercinta dan Ujang tak mahu di cintai & Ujang tak mau menyintai tapi Ujang tak mampu.

Semakin Ujang cuba hapuskan ia..ia makin kuat..bila hati Ujang tak terkawal air mata ini yg jadi saksi. Betapa Ujang seksa. Ujang tak mengerti Ya Allah apakah satu sumpahan terhadap Ujang atau Ujang memang dilahirkan begini..Ujang mahu bebas dari rasa ini..tapi Ujang tak mampu..berilah Ujang petunjuk Ya Allah. Kenapa nama dia sentiasa di hati Ujang..Ujang tahu dia juga m'cintai Ujang tapi.... . Arghh cinta itu tidak memilih sesiapa atau hati sesiapa kalau ia mahu datang..ia tetap datang..sangat megejutkan tanpa kita sedari ia terjadi. Kalau lah Ujang mampu menolak semua ini. Semua ini takkan terjadi!! Tapi Ujang bukan ada kuasa mahu mengubah semua ini..

Bila sebut rasa cinta.. entah rasa fed-up. Cinta itu tidak memerlukan sebarang syarat….cinta itu adalah apabila kita di lihat ‘Cantik’ di mata orang yang menyintai kita ketika orang lain tidak tahu di mana letaknya keistimewaan kita…..cinta itu juga adalah suatu keinginan untuk melihat orang yang kita cintai itu bahagia dan gembira walaupun dia sendiri tidak menyedari akan kewujudan kita….Adakalanya kita begitu mencari cinta yang jauh sehingga terlupa akan cinta yang sebenarnya selama ini ada dihadapan kita…Memberikan segala sokongan….Mengambil berat akan hal kita….Tapi sudah menjadi adat manusia…Yang jauh asyik teringat….yangg ada Di depan mata langsung tak terpikat .....

Cinta itu tidak menuntut kita menjadi orang lain….Tetapi menjadi diri sendiri…..Cinta yang suci tidak menuntut perubahan atau pengorbanan yang besar demi orang yang kita kasihi…..Jika dia tidak dapat melihat ‘Kecantikan’ Dan keistimewaan dalam diri kita….Nyatalah orang itu bukan ditakdirkan untuk kita…

Ujang mahu gembira seadanya... Ujang mahu lupa segalanya.. cuma satu sekarang pegangan Ujang.. ""Cinta yang agung hanyalah cinta kepada Pencipta...iaitu cinta yang pasti dan abadi,telah Ujang tahu itu dan ia mekar dalam hati ini. ".. walau perit untuk terima bulat2 apa yang telah terjadi.. Ujang pasrah!! Apa yang Ujang harap dari Mu Ya Allah, tak sanggup lagi Ujang lalui keadaan sebegini untuk seterusnya....tapi Ujang sedar......kehendak MU mengatasi segalanya.......suburkan sahaja iman di hati ini.....Ujang redha.....

Posted by Ujang_MD :: 9/17/2006 11:30:00 AM :: 2 Comments:

Post a Comment

Saturday, September 16

Sukarnya...

Sukar...Itulah yang sering kita ucapkan. Yup.. Ujang pun pernah cakap sesuatu itu sukar untuk kita lakukan kerana tak termampu oleh kudrat kita. Adakah ia doa? Lalu makbul dan benar semuanya sukar? Dihimpit, tersepit, lemas dan melemaskan. Hidup ini memang sukar. Yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang menggolek. Hidup ini memang seperti roda. Tapi roda hidup Ujang begitu pantas putarannya. Hingga Ujang pening dan rasa loya.
Kelmarin duka, semalam gembira... hari ini duka kembali merona. Berat beban ini, tambah berat bila Ujang bebankan orang lain.Betapalah tidak patut Ujang bebankan orang lain.

Tapi... ya... seperti orang lain juga ... mimpi selalu mengasyikkan, dan Ujang terapung di awangan. Beberapa kali di tepuk bahu Ujang... ingin Ujang sedar. Ujang masih hayal dipeluk bantal. Tapi bukankah kejayaan itu terbit setelah melepasi semua kepayahan?... dan harapan agar damai muncul menyelibungi hujung rimba? Ujang terbeban, bila Ujang bebankan orang lain. Sedang saban waktu Ujang berhasrat untuk menitipkan bahagia dan tenang dalam hati orang lain. Ujang hanya berusaha, bukan berniat menyusahkan. Jika kepayahan dan beban tertimpa padamu... Ujang pohon kemaafan yang panjang. Kesukaran itu bukan Ujang yang aturkan, percayalah Ujang hanya berusaha. Dan sekiranya perlu Ujang menebus semula semua kesukaranmu itu... insyaAllah akan Ujang usahakan.

Memang sukar mencari bahagia dalam kehidupan ini. Ujang tidak tahu bagaimana dengan kehidupan kalian... tapi ia benar dengan kehidupan Ujang. Kehidupan adalah pencarian, adalah perjalanan kearah sesuatu yang abadi. Kenapa kesukaran sering memayungi perjalanan? Otak Ujang yang lembab dan tak banyak membaca ini memberitahu... supaya kita sentiasa ingat kita ini lemah dan sentiasa mengingati keEsaan Allah s.w.t. Supaya kita sedar sebab musabab kewujudan kita, supaya kita tau menghargai senafas udara... dan entah dan entah lagi...
Sudah Ujang luahkan. Sudah Ujang letakkan di tempat yang rata. Hukumlah Ujang seusia dunia... Ujang penuh sedar ini kesalahan yang sangat besar. Ujang terlupa tangan Ujang tak tercapai awan lalu Ujang tergamak menjanjikan sesuatu yang berlawanan.

Hanya kerana ingin gembira dan meraih rahmatNya seperti kalian juga. Ujang sedaya upaya melonjak tinggi... dalam mimpi gemawan itu berjaya Ujang tawan... dalam realiti, Ujang masih terlopong-lopong mendongak dan kempunan. Tiada suatu daya pun untuk Ujang kotakan apa yang Ujang ilhamkan. Mungkin Ujang terbaik di sini, di hujung rimba... sendiri... hanya selayaknya diteman ungas dan percikkan kali. Mengemis senafas bayu mesra buat mengadun secangkir mimpi... tanpa menyusahkan korang atau atau sesiapa.


Tapi Ujang tetap bersyukur kerana kehidupan yang begitu sederhana yang Ujang lalui ini juga cukup indah, sedikit pun tiada cacat celanya. Alhamdulillah Tuhan mencukupkan bagi Ujang dalam kekurangan ini... syukur...

Posted by Ujang_MD :: 9/16/2006 11:04:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Thursday, September 14

Mahu Tersenyum!!

Pagi hari ini adalah pagi selepas hujan. Sekali lagi Ujang tuliskan... Ujang suka pagi selepas hujan... ia segar. Ujang tidur nyenyak semalam. Bahang hangat desa ini lenyap disirami hujan.
Mataharinya garang hari ini, gemawan yang sentiasa membayangi permukaan bumi sudah turun memesrai bumi, jejari cahaya yang mesra merangkul bumi tanpa sebarang halangan. Cinta matahari kepada bumi termakhbul hari ini. Oh ya, hari ini hari Khamis, ahaks.. hari last keje dan hari Ujang... kerna itu ia seindah ini.

Seawal pagi kilaunya sudah cerah. Ujang dongak ke langit, langit membiru. Ujang hela nafas dalam dan dalam... sejuknya mengusir debu hitam yang semalam memalapkan pandangan.
Ujang ingin pinjam tenang dan cerah mentari... pinjam hangatnya cairkan beku yang semalam menakluk hati. Ujang ingin pinjam segar bayu pagi yang berhembus... segarkan jiwa yang semalam gundah dan celaru. Ini hari baru. Hidup ini singkat. Ujang ingin gembira seadanya. Hari ini Ujang tak mahu ia terbazir dengan nestapa. Biarlah walau hanya untuk seketika... izinkan Ujang gembira.

Tersenyumlah... tersenyum lah bersama Ujang, walau di mana kalian berada. Tersenyumlah, hari ini kita hilangkan duka dan nikmati ceria dan bahagia sahaja. Kita simpan selunaknya kasih sayang pinjaman Ilahi. Moga suatu masa ia tersulam indah memekarkan hati kita. Setelah semua kabut nan kelabu ini menyisih, usahlah berbuat apa pun... kita tenang dan tersenyum sahaja ya... !!!


Ujang mengingatkan diri, agar memilih jalan yang tenang dan mudah. Kerana semua ini punya implikasi dalam kehidupan yang dilalui. Jika Ujang sentiasa tenang minda mampu menggarap sesuatu yang tidak mungkin ketika Ujang gelisah. Jika Ujang tenang, Ujang berupaya berfikir sesuatu yang jauh lebih baik dan inovatif. Bila Ujang tenang, banyak kerja yang mampu Ujang selesaikan. Bila Ujang tenang, Ujang jadi sihat. Bila Ujang tenang, dunia lebih berseri dan sentiasa tersenyum pada Ujang. Bila Ujang tenang Ujang mampu menenangkan kamu sekalain juga kan? kan??

Akhir-akhir ini Ujang memilih untuk berjalan di jalan yang mudah dan tenang. Walau seketika Ujang harap Ujang mampu dan beroleh rahmatNya dalam pencarian yang belum padam, sebelum terpadam.Sukar mencari bahagia yang melibatkan orang lain. Lalu wujud pengorbanan. Ujang lihat dia terkorban. Banyak kali terkorban. Ujang tau ia tulus, tapi Ujang jua tahu dia setiap detik benar-benar terkorban. Ujang lihat tongkatnya patah, dagunya berdarah, dadanya robek dan hatinya hancur luluh terserak kesegenap pelusuk hitam. Ujang mau kutip dan satukan semuanya, membalut yang luka, memberinya tongkat yang baru dan berkilat, merekat dan menyembuh hati nya... tapi Ujang sedar keupayaan Ujang terbatas.

Ujang hanyalah hamba yang hina, selalu lalai dan leka, selalu lupa dan alpa, selalu engkar dan banyak dosa... tapi Dia tidak pernah menidakkan Ujang. Tidak pernah berhenti menyayangi Ujang, tidak pernah abai kebajikan Ujang. Terus memeluk Ujang di dalam kasih sayangNya yang utuh dan mesra. Sungguh Ujang malu, pada diri sendiri, pada alam, pada bumi...
Kasih sayang itulah yang dipinjamkanNya sepanjang perjalanan kita menuju fana. Kasih sayang itulah yang menyubur dan mententeramkan hati memesrai nurani. Kerana kasih sayangNya kita beroleh bahagia dan ceria. Siapalah Ujang tanpaMu? Siapalah Ujang tanpa belas dan belai mesraMu.

Sekiranya benar... begini kurniaMu... Ujang redha dalam tangis dan sendu terharu, sekiranya ini rahmah dariMu, maka sungguh Ujang sujud dalam insaf yang panjang Ya Allah... KuasaMu luas, apa sahaja kehendakMu terlaksana, Ujang hanya hamba dalam liku hidup penuh pancaroba memohon sekelumit bahagia untuk hidup penuh makna sebelum akhir masa.

Adakah korang semua setuju, jika Ujang katakan... apa sahaja yang kita mahu, adalah datang dari kudrat kita sendiri untuk melaksanakannya. Ujang memilih jawapan ya. Dan nyatanya Ujang memang pakar dalam mencari masalah. Ujang mahu mengelak, melepasi diri jauh dari gelung yang menjerat kaki Ujang untuk berada lama di daerah kelam dan berbatu kerikil tajam ini. Tapi saban waktu pula Ujang terjerat oleh rasa dan kudrat diri sendiri.
Ujang telah kejam pada diri Ujang sendiri, itu Ujang pasti. Adakah korang juga begitu? Adakah korang telah kejam pada diri korang sendiri selama ini? Siapa yang korang julang, siapa yang korang tatang? Mampukah korang menjulang, mampukah korang menatang bila tangan korang reput diracun dari dalam?
Ujang tak mahu teracun dari dalam... moga Tuhan permudahkan Ujang mencari jalan yang mudah dan tenang... ayuh semua kita bergandingan, kita selalu utuh bila bersama. Kita kupas alam dan cari kekuatan... kita mampu gegarkan dunia sekali lagi... kali ini kita tidak perlu sesiapa! (Kecuali keluarga dan Tuhan.)


Perjalanan kita sering menguji, terutamanya menguji ketabahan. Sejauh mana dan seteguh mana keimanan. Ujang selalu lupa sesuatu yang datang itu ujian. Samada Ujang terima bulat-bulat sebagai bala atau. Bila gembira Ujang ketawa. Bila sedih Ujang menangis. Moga Ujang sentiasa akan ingat gembira itu ujian, sedih itu juga ujian. Dulu pun Ujang sudah mengingatkan diri, hari ini Ujang ingatkan semula... Ujang kan mudah lupa...

Oh.. esok Ujang cuti.. ujang nak lupa segalanya.. Ujang nak bawa makcik zainung jalan2 pi Dungun esok.. Dah lama ujang tak pi jalan2 ngan mak .. last pi Rantau Panjang... Sekarang Ujang nak tyumpukan perhatian pada mak sajer.. Ujang tak nak pikir hal lain.. cukup ada emak dalam hati Ujang...

Ya Allah Ya Rahim, Tuhan sekalian alam langit dan bumi, permudahkanlah bagi Ujang segala yang sukar, lapangkanlah bagi Ujang segala yang sempit, nyamankanlah bagi Ujang segala yang sesak, tiupkanlah bagi Ujang segala yang lunak, peliharalah Ujang dalam iman dan kesedaran tentang kuasa dan kebesaranMu Ya Allah.... sesungguhnya memudahkan segala yang sukar, melapangkan yang sempit, menyamankan yang sesak, adalah mudah bagiMu, amin ya rabbalalaminnn

Posted by Ujang_MD :: 9/14/2006 10:22:00 AM :: 3 Comments:

Post a Comment

Wednesday, September 13

Bila Di Buru Rindu

Alhamdulillah.. hari nie ujang bertambah sihat.. demam dah ok.. cuma pening kepala yang belum hilang sepenuhnya... Batuk pun dah berkurangan.. Ulser pun dah mula mengecut,, Alhamdulillah..Syukur pada Tuhan. Rindu?? Hanya dalam blog ujang dapat luahkan rindu Ujang.. cara ini ujang dapat hilangkan rasa tension ujang..Maaf!! Malam ini juga seperti jua malam-malam yang lalu.. Ujang pandang kelangit tinggi.. bintang bercahaya kelam, malap dan muram suasananya. Bulan menangis lagi, sayu dan mendayu merintih pilu seakan tahu gelodak jiwa ujang. Sang pungguk pula berbisik sayu, yang di rindu entah kemana... Oh angin khabarkanlah, wahai bayu bisikanlah resah dan rindu ini kepada dia yang jauh di sana..Entah lah.. mengarut betul ujang tapi itulah yang ujang rasakan sekarang. Di sebalik tabir malam ini rindu uajng bertandang lagi. Tiba-tiba ujang berasa seakan sayu kerana yang di rindu.. entah.... uajng pun tak tahu. Rasanya ingin sekali uajng kutip semula satu persatu rindu ujang yang bertaburan itu.

Rasanya ingin kumpul semula.. tapi.... arghh entah lah!! Tapi hari nie tidak seperti hari2 semalam.. uajng begitu ikutkan perasaan.. Sekarang hati ini sedikit tenang.. Ujang patut akur apa yang telah terjadi.. Ujang harus terus hidup.. Kekadang uajng nak kembali seperti dulu.. time ujang hidup sorang2.. hanya dengan mak.. balik keje terus keluar jumpa member.. malam menjelma baru balik rumah dan masuk tdo.. mahu jadi seperti dulu.. insya allah.. ujang akan lupakan sedikit demi sedikit.. hanya masa yang boleh menentukan segalanya.

Andainya Ujang tiada lagi..Bermakna Ujang membawa diri.Pergi jauh darimu.Tiada lagi di mata.. namun tidak di hati.Andai Ujang tiada lagi..Sekadar mengundur diri. Menghitung telapak menjejaki bumi. Di mana awan berarak di situ Ujang berhenti. Andainya Ujang tiada lagi.. Bertaubatlah dirimu. Mentelah Ujang masih di sisi, renunglah dalam hat. iPerlukah Ujang lagi..?Andai Ujang tiada lagi..Simpan segala kenangan jauh di sudut hati. Pendamlah segala impian, pasti ada rahmat menanti. Biar tuhan yang tentukan, mungkinkah Ujang akan kembali?Andainya Ujang tiada lagi..Kau ujang bawa sampai mati. Walau ke hujung hayat bertemankan sepi.Kau kan tetap abadi, bersemadi dalam hati......tiada pengganti..

Ujang tak tahu dah apa nak jadi dengan uajng.. biar masa jer lah tentukan.. ujang malas nak pikir dah... ujang malas nak ambil kisah dah.. Sekarang cuma satu jer pendirian ujang.. apa orang nak kata.. Lantak lah... Tak kisah!!

Posted by Ujang_MD :: 9/13/2006 11:26:00 AM :: 4 Comments:

Post a Comment

Tuesday, September 12

Dosa tidak terampun...

Hari ni genap 8 hari abg ujang membisu. Terus membisu dan membisu. Dan seperti menjadi satu sifat, bila tiada tempat untuk luah rasa rindu Sal akan pegi ke rumah abah… Sal akan tido di sebelah abah… Sal akan peluk abah erat2…..

Ye, bila Sal berada di rumah abah, Sal dapat rasakan satu ketenangan menyelinap di dalam lubuk hati. Sal dapat
rasakan seolah2 rindu tu disambut oleh abah. Terasa seperti abah mendengar rintihan rindu tu. Terasa seperti abah menepuk2 bahu dan memeluk erat tubuh Sal agar hilang rasa rindu… Oh tuhan…. Kalaulah Sal dapat ulang balik kehidupan bersama abah, sudah pasti Sal akan buat yang terbaik untuk abah… Sal takkan malukan abah.Sal takkan biarkan abah pergi jumpa Tuhan dalam keadaan abah sedang tertunggu2 Sal balik… “Bah, maafkan orang….”….. Menyesalnya Sal sampai ke mati…..

Erm.. Pagi ni Sal demam balik. Semalaman tido kat luar. Nasib baik mak tak perasan. Sal dah kunci pintu bilik sebelum kluar smlm. Mesti mak ingat Sal dah tido… Adus. Kaki kanan masih terasa berdenyut2. Ade bengkak kecik kat area buku lali. Tak tau sebab apa. Tapi malam semalam, memang terasa macam ade benda yang banyak kaki merayap kat kaki Sal. Sal ingatkan ulat gonggok…Tak jelas kelihatan kerana hari amat gelap. Sal tepis dengan kaki kiri tapi tak kena. Kemudian terasa benda tu macam melarikan diri… masa tu la Sal dpt rasakan yang bende tu memang ada banyak kaki…. Tapi tak tau ape bendenya. Sal pasti bende tu yang gigit kaki Sal hingga bengkak....

Erm… terasa sangat macam Sal kehilangan sesuatu. Rasa kosong. Empty. Empty heart. Kini baru Sal tahu bahawa sememangnya hidup Sal akan terasa kosong sekiranya takde bende tu. Hidup Sal tak akan ceria sekiranya takde bende tu. Hidup Sal macam terawang-awang dan serba tak kena sekiranya takde bende tu… Ye, “bende” tu ialah kasih sayang. Kasih sayang dari kekasih yang amat Sal cintai… arghh…. merepek lagi……

Erm, memang hakikatnya ‘nature’ abg ujang ialah dirinya itu penuh dengan kasih sayang. “Kasih sayang” bermakna “abg ujang” dan “abg ujang” bermaksud “kasih sayang”. Sememangnya “abg ujang” itu ialah seorang manusia yang penuh dengan “kasih sayang”. Dirinya begitu ikhlas untuk berkongsi kasih sayangnya dengan sesiapa saja. Kasih sayang abg ujang itu sifatnya terlalu luas..... tidak kira pada siapa dan tidak perlu dipertikai… Itulah nature “abg ujang”. Yang satu ketika dulu hidupnya sendiri kemarau dengan kasih sayang……

Dan Sal pula amat pentingkan diri. Sal cuba untuk menyekat kasih sayang abg ujang yang begitu luas. Sal cuba menyekat dan mengubah “nature” abang ujang. Sal cuba bertindak mengikut kata hati tanpa menghiraukan “sifat semulajadi” abg ujang…

Oh tuhan…. kenapa sekarang baru Sal nampak semuanya ni? Kenapa Sal tidak nampak sejak dari dulu? Kenapa Sal selalu membiarkan airmata abg Ujang menitis kerana kejahilan Sal sendiri? Kenapa Sal biarkan airmata abg Ujang menitis di ruang tamu rumah ijat pada satu subuh yang hening? Kenapa Sal begitu kejam dan bodoooooo…….

Abah tak pernah menyekat kasih sayangnya pada Sal. Apa yang Sal nak, semuanya diperolehi. Buat la ape2 pun. Sal tak pernah terfikir bahawa kadang2 apa yang Sal buat tu kadang2 akan membuatkan abah kecik hati. Sal tak pernah fikir pasal perasaan seorang abah. Dan abah pula tak pernah halang sebab abah tahu Sal ialah anak abah dan bukan anak orang lain. Abah tetap akan sayangkan Sal seperti anak2 yang lain walaupun apa yang Sal buat tu kadangkala membuatkan abah kecik hati…. Besarnya nilai kasih sayang seorang abah terhadap Sal, kan?

Begitulah abg ujang. Nilai kasih sayangnya terlalu luas. Begitu luas. Itu “nature” abg ujang. Abang ujang TAHU bagaimana dia perlu membahagikan kasih sayangnya. Yang mana untuk mak. Yang mana untuk kawan2. Dan yang mana untuk Sal. Sebenarnya Sal takde hak untuk menyekat kasih sayang abg Ujang. Sal cuba menyekat satu sifat semulajadi yang amat baik yang ada pada diri seorang manusia yang bernama abg Ujang. Ini sudah salah. Memang Sal sudah salah. Memang Sal sudah buat silap. Sal buta….

Allahuakbar….
Semalaman Sal berada disisi abah, banyak kesilapan dan kesalahan yang Sal cuba korek sampai dapat. Ye, banyak sungguh. Terlalu banyak. Sampai tak terucap dengan kata2…
Kepada abg din : Sal betul2 mintak maaf bang. Kepada ijat : Sal mintak maaf dik. Kepada hana : Maafkan Sal. Kepada PutraAftus : Sal mintak maaf. Kepada semua kawan2 abg ujang : Sal betul2 mintak maaf.
Terasa kerdil diri ni. Begitu besar kesalahan Sal pada kalian semua….....

Terbayang betapa jernihnya mata abg ujang tatkala memandang ke arah Sal sewaktu Sal duduk di seat belakang kereta. Renungan mata
abg Ujang menceritakan segala kasih sayangnya untuk Sal yang ada dalam dirinya. Tapi Sal ego. Sal nampak semua tu. Tapi Sal sengaja buat tak nampak. Sal tengok benda lain yang akhirnya menyebabkan abg ujang dan sal jadi macam ni… How stupid I was….

Allahuakbar…

Gembiranya hati Sal bila melihat abg Ujang melepaskan segala perasaannya di tepi pantai... tiada lagi marah2, tiada lagi mengamuk2 seperti dulu.... Sal bangga kerana abg Ujang berusaha untuk menjadi setabah emaknya. Tabah mengharungi liku2 kehidupan walaupun sehingga kini airmata masih lagi menjadi peneman emaknya sewaktu bermunajat ditengah malam. Cuma bezanya, tabah emak kerana ditinggalkan tetapi tabah abang ujang kerana meninggalkan....


Sudah pasti kesalahan ni perlu Sal pikul sampai mati...Sudah pasti kesilapan ini akan terus menghantui hidup Sal sampai mati. Sudah pasti Sal tidak akan lagi menjadi Sal yang dulu... Sal kini semakin lemah.... lemah kerana tiada lagi kasih sayang yang pernah Sal mimpikan. Tiada lagi kasih sayang yang pernah Sal perolehi dari abah dan bersambung pula oleh abang ujang selama 27 tahun 3 bulan 5 hari. Semua tu dah takde dah. Bangun Sal, bangun! Tapi bangun untuk ape? BANGUN dan TEBUS balik kesalahan kau tu !!! Nak tebus balik macam mane? Semuanya dah takdeeeee... tau tak? Dah takde !!!! Kenangan petik strawberry kat cameron, kenangan kat lata kinjang, kenangan kat umah ijat, kenangan main games kat genting, kenangan masuk thailand takde pass, kenangan mandi sama2 kat pantai, kenangan naik keta lembu kat melaka, kenangan konvo kat JB, kenangan bersuap, kenangan dibelai bila nak tido, kenangan merintih ketika sakit, kenangan bergaduh, kenangan neck-tie, kenangan jam tangan, kenangan air liur dan segala 1001 macam kenangan semua dah takdeeeeeeeeeeeeee. Dah takdeeee !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ya Allah, kalaulah Engkau beri kesempatan untuk aku tebus balik segala kesalahan…...

Posted by Ujang_MD :: 9/12/2006 11:10:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Kasih Bersinar Jauh

Siang dan malam, cerah dan gelap ujang harungi hidup ini..Siang yang di redah juga bagaikan terpenjara. Hidup kini yang tidak begitu di kongkong adalah satu kenikmatan berbanding dahulu yang lebih memeritkan. Adakah ini satu penyeksaan? Adakah semua ini penderitaan?? Adakah juga ada satu kenikmatan dalam kongkongan?? Siang dan malam tiada bezanya. Cerah dan gelap berwarna sama. Sekarang ujang bila tension.. suka pergi ke pantai.. jerit puas2 di tengah malam. Hilang rasa malu, hilang rasa kecewa, hilang perasaan geram, hilang perasaan dendam, hilang perasaan kasih, hilang perasaan sayang dan yang tinggal hanya perasaan seronok dan rasa bagaikan nak terbang.. ujang puas bila buat begitu.. biar ujang kongsi masalah dengan alam walau hakikatnya tiada jawapan dari mereka.

Hari ini.. kesihatan ujang makin kurang sihat... demam nampaknya still on macam biasa.. batuk pulak makin mejadi.. tapi ulser dalam mulut dah berkurangan.. Pening masih tak hilang2.. walau ubat darah tinggi ujang tak pernah missed dan ubat2 yang lain ujang tak pernah ketinggalan dari menelan ubat siang dan malam.. Kuasa Tuhan.. kalau nak kan kemudaratan .. kemudaratan lah yang kita lalui begitu sebaliknya.. Sudah takdir ilahi..terima jer lah dengan redha.. Kita sebagai manusia hanya boleh merancang tapi Dia lah yang menentukannya.

Mak ada bertanya kesihatan ujang.. mungkin dia perasan kut.. nasi yang dia masak langsung ujang tak jamah.. tak ada selera... cuma yang menjadi pembuka selera ujang.. sup-sup panas.. tapi mak mana sempat nak buat.. hehe tu pun masak nasi pun berkejar2 sebab nak pergi sambung buat keropok pulak.. Nak ke kedai malas.. so... tahan lapar jer lah.. Ujang cuba perhati diri mak.. macam mana seorang pompuan macam mak begitu tabah melalui liku hidup tanpa suami di sisi? Tertanya Ujang sendiri.. Ujang nak jadi macam mak.. tapi mampukah Ujang?? Pernah Mak cakap... kita kene belajar melepaskan apa yang kita sayang Dik... Nak tahu kenapa?? Sebabnya.. kita belum pasti bahawa orang yang sudah jadi milik kita itu, akan terus bersama kita atau tidak..kerana hati manusia cepat berubah...".. Yup.. berfikir ujang sejenak.. betul jugak apa yang mak katakan...Harap ujang dapat jadi macam mak..Insya allah!!

Perasaan tidak pernah berbohong. Setiap inchi tubuh meratah debunga kasih yang menular bagaikan kanser membuatkan ujang tidak mengerti akan emosi. Sekejap tersenyum.. sekejap tertawa dan sekejap berasa begitu sedih. Terasa bagaikan terhambur kawah air mata yang sentiasa masa untuk meledak. Bila hati dah kusut macam nie barulah ingat Tuhan.. begitu lah manusia bukan?? Bila time happy.. Tuhan pun kita alpa.. sembahyang pun tidak pernah di buatnya.. Tapi bila dah bala menimpa baru ingat Tuhan. Ujang Pohon ke hadrat Allah supaya di kuatkan semangat melawan dugaan Tuhan ini dan melayari kesunyian hati yang teramat sangat. Hanya mereka yang mengalaminya sahaja tahu erti kesedihan, kepiluan dalam kesunyian yang mencekam. Dengan air mata yang menitis tanpa hentinya, Ujang menadah tangan memohon pertolongan-Nya. Ya-Allah tolonglah hamba-Mu ini. Ujang tak mungkin dapat meneruskan hidup ini kalau sekiranya terus-terusan di duga sebegini. Ujang pasti sakit, Ujang pasti derita, ujang pasti gila akhirnya kalau Ujang terus-terusan begini. Ya-Allah! Tolonglah!! Tolanglah hamba-Mu ini"

Ujang sememangnya sayangkan SaL. Sal juga ujang tahu menyayangi Ujang. Ujang sentiasa berdoa supaya hubungan Ujang dengan Sal tidak berakhir dengan permusuhan. Walau bagaimanapun, segalanya di serahkan pada takdir. Hanya takdir yang akan menjawab segala permasalahan hidup serta pergolakan hubungan yang sentiasa tidak menentu antara Ujang dengan Sal. Masa akan tentukan segala-galanya dan Ujang terpaksa sabar dengan apa yang sedang berlaku dan yang akan berlaku.. Ujang pasrah. Kekadang perasaan ujang sentiasa bergelodak dan penumpuan pada terhadap kehidupan seharian sudah tidak menentu. Sekejap okey.. dan sekejap lagi rasa macam nak hambun jer masalah nie jauh2. Kepedihan sakit ini hanya yang di rasai oleh mereka yang pernah mengalami keadaan ini. Hanya mereka jua yang tahu bagaimana sakitnya.

Ujang tahu masalah ini berpunca dari uajng jugakk.. Ujang sendiri yang mahu menyepikan diri. dan ujang sendiri yang kene risikonya. Entah lah kenapa hati ujang rasa sakit sangat.. hati memberontak mahu berbaik.. tapi dalam masa yang sama geram andai perkara yang sama berulang lagi.. Sebab tu lah uajng suka berada di khayalan sendiri. Jika ujang duduk di dalam bilik. Ujang suka bermain dengan perasaan, mengingati semula kenangan manis bersama Sal yang tak boleh di lupakan. Mahu sahaja ujang lari dari hidup ini kerana terlalu banyak kenangan antara ujang dengan Sal. Kekadang uajng rasakan bagaikan ada tubuh Sal di sisi. Jari-jermari Sal uajng genggami. Pipi terasa di cium oleh Sal. Mulut terasa nasi yang di suap oleh Sal. Air yang di kongsi minum bersama Sal masih terasa manisnya. Kata-kata pujukan dari Sal kadang2 terasa terngiang-ngian di telinga ujang.. manjanya.. tangisnya.. buat uajng mengingatinya.

Entah lah.. uajng pun bingung. Sakit yang cukup menyakitkan. Sakit yang tiada ubatnya. Tiada doktor di dunia yang boleh mengubati sakit ini. Sepanjang perhubungan Ujang dengan Sal, tak pernah ujang bergaduh seteruk ini, tak pernah berselisih faham dan tak pernah ada perasaan tak puas hati sesama sendiri seperti ini. Entah lah... Bagaimana boleh ujang lupakan Sal sebab tiada pahit dari kemanisan yang sentiasa wujud antara kami?? Bagaimana boleh Ujang harungi hidup ini setelah kasih sayang yang Sal curahkan sentiasa membayangi hidup ini?? Semakin di cuba melupakan Sal, semakin terbayang wajah Sal di ruang mata. Senyumannya, gerak-gerinya, renungannya dan segala-gala tentang diri Sal begitu memilukan bila di ingati.

Entah lah.. kadang2 ujang rasa bodoh bila jadi macam nih.. Ujang pun kadang2 tak faham apa yang ujang inginkan sebenarnya.. Nak balas dendam pada Sal?? Jauh sekali... Nak bagi pengajaran pada Sal?? Tak pernah terlintas di hati.... Mungkin uajng dah serik.. ataupun dah fed-up dengan perangai Sal?? Entah lah.. kekadang perasaan itu timbul.. namun uajng cuba tepis.....Dah pening kepala duk menaip.. @#$%&*

Posted by Ujang_MD :: 9/12/2006 09:52:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Monday, September 11

Macam-Macam Dugaan!!

Hidup sepi tak berteman . Unggas berpasangan ceria berterbangan..Sunyi hati keseorangan.. kekadang rasa cemburu melihat binatang ciptaan Tuhan begitu intim bersama pasangan.. alangkah indah kalau Ujang jadi burung.. bebas kemari tanpa di halang.. alangkah bahagia jika ujang jadi ikan bebas di lautan yang tak bertepi... Hmm.. angan-angan sajalah menjadi santapan jiwa sekarang. Tidak pernah terfikir usia tua begitu cepat menjelma. Tidak pernah tergambar di usia ujang nie begitu menyedihkan, tidak pernah terbayang usia ujang seperti ini begitu memilukan. Dengan usia ujang itu bertambah sayu apatah lagi hanya bertemankan kesunyian bertemankan sepi seorang insan yang bernama Ujang.. ohh!!

Sunyi dan sepi, adalah ulam hidup santapan harian. Ujang tahu ujang sendiri yang mahu menyepikan diri.. mahu hidup menyendiri.. tapi entah.. fikiran ketika ini sangat serabut.. tak tahu mana hala-tuju yang nak ujang ikuti.. betul lah.. "ikut rasa binasa, ikut hati mati". Hari nih.. ujang kurang sihat.. tubuh panas macam nak demam... cepat2 ujang makan ubat.. so still ok balik lah.. tapi semalam kepala ujang betul2 berdenyut.. nak buat kerja pun tak boleh.. pening bukan 2-2 belah kepala cuma belah kiri sahaja.. entah lah.. mungkin sebab makan daging pedas kut.. ujang betul2 terliur so ambil lah sedikit.. mungkin dah nak sakit... terima jer lah.. batuk makin menjadi.. ulser dalam mulut tak usah kiralah.. Terengganu sekarang cuaca panas sangat.. tak tertahan.. di tambah pulak ujang duduk berhampiran pantai..Macam2 dugaan.. Tuhan berikan tatkala ini.. pelbagai musibah..

Kekadang uajng nak lari jer dari semua pergolakan perasaan nih.. nak lari jer dari penyakit yang ujang tanggung nih.. tapi apakan daya ujang.. berserah pada Illahi.. mudah-mudahan keajaiban akan berlaku nanti.. Insya Allah!! Bila malam menjelmaUjang berasa cukup kecewa.. kecewa dengan kehidupan.. Ujang berasa cukup derita.. Kenapa?? Kenapa tak ada manusia yang jujur lagi di dunia ini?? Sambil berjalan-jalan dalam kegelapan malam, bertemankan cahaya bulan.. Ujang menangis.. Hanya itu mampu ujang lakukan..Yup.. Lelaki menangis??? Biarkan.. Ujang menangis kerana mengenangkan nasib diri yang menimpa diri ini..Entah lah.. Tak adakah orang yang betul-betul menyayangi ujang di dunia ini?? Semuanya palsu..Menanam tebu di bibir tetapi berulamkan racun di hati. Kasih yang luhur di pinta tetapi begini pulak jadinya...

Bertanya pada malam yang gelap, merisik pada daun yang kaku, memandang pada bulan terang yang mengambang , mendengar pada kesunyian malam yang pekat, meneroka langit yang terbentang luas, semuanya tidak memberikan ujang jawapan. Semuanya hanya kaku. Jawapan yang ada hanya melukut pada diri Ujang sebenarnya merintih dahagakan kasih sayang. Ujang sunyi... Ujang sepi... Ujang ksong... Ujang tak punya apa-apa.. Tolong!! Tolong!! Tolonglah ujang!! Tolonglah selamatkan diri Ujang. Ujang tak tahan lagi menanggung derita ini. Ujang terlalu sakit bertemankan kesepian..Ujang tahu tiada siapa yang mendengar jeritan ujang .. hanya yang mendengar rintihan ini hanyalah Tuhan Yang Maha Esa.

Rintihan dan jeritan ini hanyalah di lihat malam suram yang menyembunyikan pelbagai peristiwa pahit manis. Kekadang uajng pernah berfikir.."Buat apa jadi baik kalau jalang yang mereka mahu.. Jadi jalang senang.. Tak payah punya perasaan.. Tak payah punya hati.. tak payah dambakan kasih sayang.. tak perlu bersungut di tingal kekasih.. atau di sakiti kekasih...Tak perlu merayu mengharapkan cinta..Tak perlu wujud kekosongan di jiwa.. yang perlu ujang ada.. ialah HATI BATU.... Entahlah.. Ujang penat sangat.. harap demam tak menjadi.. harap pening beransur hilang..Ujang mahu rehatkan diri... Ujang ada selitkan 2 lagu.. kene dengan batang hidung sendiri bila membaca bait-bait liriknya... dan lagu nicky astria yang ujang dengar dalam radio semalam.. cukup membuatkan ujang terpana....

::Download::Samsons - Kenangan Terindah.mp3 Lyric
::Download::Nicky_Astria_-_Samar_Bayangan.mp3 Lyric

Posted by Ujang_MD :: 9/11/2006 02:04:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

Betul kata abang....

Betul kata abg Ujang. Sebenarnya, dalam percintaan ni, jaraklah yang banyak menyedarkan kita tentang dimana cinta kita. Jaraklah sebenarnya yang menjadikan pasangan itu semakin intim. Jaraklah yang banyak menguji kesetiaan dan pengorbanan. Jaraklah yang akan menyebabkan satu pasangan berfikir dengan mendalam sebelum mengambil apa2 keputusan terutamanya bila hubungan dilanda krisis. Semakin jauh jarak di antara dua pasangan yang bercinta, sebenarnya semakin kuat ikatan cinta tu. Benar kata abang ujang. Dan itulah rasa yang sayang alami hari ni….

Dan benar kata abang ujang. Bila abg ujang mengambil keputusan untuk mendiamkan diri, sayang semakin banyak berfikir dan terkenang tentang kesilapan demi kesilapan yang sayang telah lakukan. Semakin lama abg ujang berdiam diri, semakin lama juga sayang merenung diri. Dan semakin jelas kesalahan yang sayang dah buat. Memang benar, sayang selalu mendesak dan menyusahkan abang. Sayang selalu fikirkan tentang “sesuatu” yang abg Ujang harus buat untuk sayang. Tapi sayang sendiri jarang memikirkan tentang “sesuatu” yang sayang sendiri harus lakukan untuk abg Ujang…. Sedangkan kesudian abg Ujang untuk menerima sayang dalam hidup abg Ujang itu sendiri merupakan rahmat yang paling besar untuk sayang…. Tapi sayang alpa….

Kekadang sayang terfikir. Mungkin kerana sifat sayang inilah tuhan banyak menguji hidup sayang. Sayang dilahirkan dalam keluarga yang kuat pegangan agama dan dikelilingi oleh adik-beradik yang hebat2. Tapi sayang sendiri sebenarnya merupakan pemusnah kepada reputasi keluarga. Sayang tak bijak dalam pelajaran. Sayang juga pernah terlibat dengan kes polis. Dan pagi ni selepas solat Subuh, sayang teringat kembali betapa malunya arwah abah semasa sayang terlibat dengan kes polis tu. Sayang terkenang balik betapa malunya mak bila melihat result SPM sayang yang jauh lebih teruk berganda2 berbanding dengan adik-beradik yang lain. Abang ujang sendiri pun, senakal2 abang, abang masih bijak dalam pelajaran. Abang masih mampu membanggakan keluarga. Tapi sayang tidak. Sayang cepat lupa diri dan sukar ambil pengajaran. Sayang selalu memikirkan tentang tanggungjawab orang lain tanpa memikirkan tanggungjawab sayang sendiri. Kerana itulah Tuhan mengambil abah tanpa sayang berada disisinya. Sayang terseksa tapi sayang masih alpa… Terukkan sayang ni?

Bila abg Ujang hukum sayang macam ni, baru sayang mengerti dan nampak di mana silap sayang. Sayang banyak menyusahkan abang…. terlalu banyak. Tak terhitung dan tak mungkin dapat dimaafkan dengan kata2… Patutlah abg ujang membisu dan terus membisu. Phone tidak berangkat dan sms tidak berbalas. Mungkin kata2 “abg maafkan sayang” dah tak terluah lagi kerana terlalu banyak kesalahan yang sayang dah buat…

“Oh tuhan, sudah terlalu banyak Engkau berikan ujian pada abg Ujang. Dari abg Ujang kecil hinggalah sekarang. Mengapa Engkau hadirkan aku sebagai penambah ujian dan beban dalam hidupnya? Mengapa Engkau hadirkan aku sebagai kaca dan bukannya permata dalam hidupnya? Mengapa Engkau terus menguji abang Ujang dengan pelbagai cara termasuklah ketika dia berusaha mencari sinar kasih sayang? Mengapa tuhan? Mengapa?... Aku ingin menjadi permata dalam hidup abg Ujang. Aku tidak mahu menjadi kaca yang hanya berkilauan kerana di panah mentari dan bukannya berkilau kerana dirinya sendiri. Tolonglah tuhan. Kasihanilah abg Ujang. Bantulah aku…”

Sayang tau mesti ramai yang kata sayang mengada2 bila tulis posting macam ni. Mesti ada orang kata sayang macam nak raih simpati. Biarlah. Biarlah apa orang nak kata. Sayang dah serik menyusahkan abang ujang…. Sayang benar2 serik….. Tak pernah rasa serik sehebat ni…

“Tuhan, ampunilah dosa aku. Bantulah aku menjadi yang terbaik. Yang terbaik untuk diri sendiri dan yang terbaik untuk orang lain termasuklah abg Ujang. Aku insan yang amat lemah… terlalu lemah dan selalu alpa. Bantulah aku, tuhan. Aku inginkan kebahagiaan dalam mencari kasih sayang dan bukannya kesedihan dan kesepian”….

Maafkan Sal kerana terlalu emosi hari ni. Tapi ntahlah… semakin hari, semakin besar dan jelas kesalahan yang Sal lakukan… maafkan sayang, abang.. berilah sayang peluang yang seterusnya untuk perbaiki diri sebelum masa terus mengejar usia…..……

Posted by Ujang_MD :: 9/11/2006 01:30:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

Sunday, September 10

Kesepian dan kerinduan

Satu minggu yang penuh dengan kesepian dan kerinduan....
Sepi kerana perbuatan yang menjadi rutin sejak sayang bergelar kekasih abg Ujang tiba2 tidak lagi menjadi rutin. Sepi kerana suara yang biasanya menyulami hari2 kehidupan sayang tidak lagi kedengaran... Sepi kerana madu dan racun tidak lagi sama2 menjadi rencah kehidupan dan saling mengubati tetapi hanya racun yang menjadi hidangan... Sepi seolah2 sayang menghadapi sebuah kematian... Sepi seperti amat mustahil untuk mengulangi kembali kegembiraan seolah-olah segalanya sudah mati dan dibawa pergi. Dan kini seperti hanya menunggu saat2 kematian sayang sendiri agar sayang dapat bersama2 dengan kegembiraan yang dah dibawa pergi tu untuk dinikmati di dunia yang lain...

Seminggu yang berlalu terus terasa sepi dan rindu.....

Jika benarlah ada rasa sayang, mengapa manusia itu sendiri terlalu mengikut kata hatinya sendiri?
Jika benarlah ada rasa sayang, mengapa manusia itu sendiri yang menghadirkan kesedihan yang berpanjangan?
Jika benarlah ada rasa sayang, mengapa manusia itu sendiri yang menghadirkan rasa kelam yang berpanjangan?
Jika benarlah ada rasa sayang, mengapa manusia itu sendiri yang membiarkan masalah berpanjangan sehingga kita sendiri pun penat dan pening melihatnya?
Jika benarlah ada rasa sayang, mengapa manusia itu sendiri yang mempercepatkan proses perpisahan sedangkan memang sudah pasti akan ada satu masa nanti Tuhan Allah Azzawajalla sendiri yang akan memisahkan manusia dan menyebabkan manusia rasa sedih dan kelam yang berpanjangan?...

Tak perlu difikir. Tak perlu diharap. Tak perlu dipinta. Memang sudah pasti Allah akan datangkan perpisahan dan kesedihan itu melalui kematian. Dan sudah pasti ketika itu nanti amat mustahil untuk kita mengembalikan kegembiraan yang pernah kita lalui.....

Kerana itulah sayang memohon keampunan dari abang. Sementara kita masih diberi peluang untuk saling memaafi dan melupakan segala yang sedih dan kelam, adalah lebih baik sayang gunakan peluang yang ada untuk sama2 bergembira. Memanglah sekali-sekala saat2 sukar itu akan terjadi, tidak kira dimana, bila dan dengan sesiapa pun - baik dengan rakan sekerja, kawan, keluarga, kekasih malah dengan diri sendiri. Dan memang tidak salah untuk membisu dan berdiam diri serta membiarkannya berpanjangan dalam sehari dua dengan niat untuk memberi pengajaran pada diri kita dan pada orang lain. Tapi, bila ianya dibiarkan berpanjangan berhari-hari, malah perasaan tu pulak terus dipupuk dan disemai, dari situlah nanti akan masuk hasutan syaitan yang akhirnya akan menyebabkan kita sendiri menyesal sampai ke akhir hayat. Mengapa kita perlu memilih sesuatu yang negatif dan bertemankan hasutan syaitan yang akhirnya akan menyebabkan kita menyesal sedangkan kita boleh memilih untuk mendapatkan kebahagiaan? Fikir2kanlah bang...

Seminggu terus berlalu....

Kesepian dan kerinduan makin sayang rasai..... Tolonglah bang.... sayang amat merindui abang. Sayang terima abg seadanya dan abg terimalah sayang seadanya... abg masih igt tak motto kita?... "Pasangan paling hodoh didunia, kan?"... Erm... Kenanglah saat2 manis kita. Selagi tuhan beri kita peluang untuk perbaiki diri, kita gunakanlah sebaiknya... Tak guna mempercepatkan proses kesedihan kerana realitinya kesedihan dan perpisahan itu tetap akan terjadi melalui kematian dan ketika itu sememangnya penyesalan sudah tidak berguna dan semua peluang telah tertutup....

"Dan seboleh-bolehnya kuingin mengikutmu. Walau ke lurah dalam, sanggup aku tenggelam. Demi kerana sayang, akan ku serah jiwa dan raga. Engkau saja yang sentiasa, bermain difikiran tiap masa dan ketika. Tak terlintas dihati ini, untuk curang kepadamu oh kekasih. Aku harap pendirian engkau juga, sama2 pertahankan kesetiaan. Walau diacuh belati tajam mengugutku, cinta aku kasih aku tetap untukmu..... hingga ke mati. Hanya itu mampu ku beri......"

Seminggu yang berlalu terus terasa sepi dan rindu....
Sepi kerana secara physicalnya memang Sal sendiri suka memerap dalam bilik selepas bergelar kekasih. Tidak mahu lagi jadi seperti dulu. Melepak dan berembun kat Damansara Uptown atau Bukit Bintang pada setiap malam minggu atau malam2 biasa bersama dengan kawan2 yang kelihatan seperti tiada komitmen pada kehidupan di hari tua. Asyik melepak - bersembang huha huha -balik rumah - penat - tido - esoknye pegi keja -balik keje - melepak lagi. Sesekali terfikir, takkan la sampai ke tua Sal nak buat macam tu. Memang seronok bila dapat merasai kebebasan seperti tu tapi hati ni tetap terasa kosong terutama bila tibanya saat2 tertentu. Bila tiba saat2 dimana Sal memerlukan seseorang yang paling hampir berada disisi - tidak kiralah hadir secara fizikal, melalui telefon, melalui sms ataupun hadir melalui internet, email, surat atau apa2 saja...

Asalkan ada seseorang yang detik hatinya sentiasa hadir bersama dengan Sal, itu sudah cukup membuatkan Sal rasa ada seseorang yang hatinya sentiasa hadir dalam diri Sal - hatinya akan rasa rindu bila sayang rasa rindu, hatinya akan rasa sayang bila Sal rasa sayang, hatinya akan cuba untuk menggembirakan Sal apabila Sal bersedih atau kesepian, hatinya yang sedih atau kesepian pula akan gembira bila Sal cuba untuk menggembirakan malah hati Sal sendiri akan tahu bilakah dia memerlukan Sal untuk memenuhi tuntutan batinnya dan hatinya pun turut akan tahu bilakah dirinya diperlukan oleh tuntutan batin Sal. Sudah pasti realitinya keperluan2 seperti ini tidak mampu diperolehi dari seseorang yang bergelar "kawan" kerana akan ada satu, dua, tiga atau lebih perkara yang secara tabi`inya akan menghadkan perbuatan Sal dengan seseorang yang bergelar "kawan"...

"Kawan" boleh mengutuk Sal sepuas hati sekiranya terdapat kelemahan pada diri Sal. "Kawan" boleh mentertawakan Sal sekiranya Sal terbuat silap. "Kawan" juga boleh bermanja2 "brutal" dengan Sal (bermanja2 romantic tak bolehlah sebab itu melibatkan perasaan). "Kawan" juga boleh mengatakan "i love u" pada Sal dan Sal juga boleh katakan "i love u" padanya (sudah pasti "i love u" ni untuk semua kawan dan tidaklah pulak untuk kawan2 yang terpilih dan "ada rupa" sahaja. Itu "I love u" ada "makna" namanya....). Malah "kawan" juga boleh menasihati Sal sekiranya Sal memerlukan nasihat darinya. Tetapi, adakah "kawan" mampu mempertahankan maruah Sal dari segala tohmahan kalau tidak kerana wang ringgit dan sebarang kepentingan? Adakah "kawan" mampu untuk mendukung Sal ke hulu ke hilir sekiranya Sal menjadi orang kurang upaya? Adakah "kawan" mampu untuk mencuci luka dan nanah yang ada ditubuh Sal sekiranya Sal memerlukan? Adakah "kawan" mampu untuk mencuci najis dan segala kekotoran yang ada dipunggung Sal sekiranya Sal memerlukan? Adakah "kawan" mampu untuk bersama2 dengan Sal sekiranya Sal dikelilingi oleh kekotoran dan kemiskinan?

Sal selalu menilai sifat manusia dengan meletakkan diri Sal sebagai bahan eksperimen di mana-masa saja. Dan terbukti bahawa orang yang bergelar "kekasih" Sal sekarang sememangnya sifatnya itu lebih dari seorang "kawan". Tidak akan ada "kawan" yang sanggup turun beratus kilometer semata2 untuk meraikan kebahagiaan Sal tanpa mempedulikan masalah kerja dan emaknya yang sedang sakit, tidak akan ada "kawan" yang sanggup ponteng kerja semata2 nak memastikan dirinya ada bersama2 dengan Sal pada pukul 12 malam - **Jun, tidak akan akan "kawan" yang sanggup membuang kehidupan "malam"nya kerana ingin bersama2 melelapkan mata dengan Sal, tidak akan ada "kawan" yang sanggup berhabis wang ringgit turun ke Kuala Lumpur setiap bulan hanya untuk melepaskan rindu dengan Sal, tidak akan ada "kawan" yang sanggup tidur di atas pantai sambil memegang gambar dan mengenang kisah suka-duka di pantai yang sama malah tidak akan ada "kawan" yang sanggup "menjilat" kekotoran yang ada pada tubuh Sal......

Dan kerana tidak akan ada "kawan" seperti itulah Sal tidak mentafsirkan dirinya sebagai "kawan" malah meletakkannya sebagai "kekasih" yang tempatnya nun jauh di lubuk hati Sal. Kerana tidak akan ada "kawan" seperti itulah Sal sanggup driving JB-KL-KT directly berseorangan untuk bertemu dan melepaskan rindu dengannya. Kerana tidak akan ada "kawan" seperti itulah Sal sanggup menemankannya dalam keadaan apa sekalipun. Kerana tidak akan ada "kawan" seperti itulah Sal sanggup menyerah segala harta-bende dan berkongsi segala apa yang Sal ada dengannya. Kerana tidak akan ada "kawan" seperti itulah Sal sanggup melupakan dulu sakit kencing berdarah mak kerana menghargai kesudiannya bertemu dgn Sal. Kerana tidak akan ada "kawan" seperti itulah Sal sanggup serah sepenuhnya diri Sal sehingga tiada lagi istilah "top" dan "ego" dalam diri Sal.....

Dan kerana tidak akan ada "kawan" seperti itulah Sal telah meletakkan dirinya sebagai "kekasih" yang layak memiliki diri Sal ni sepenuhnya... Dan sememangnya dia layak bergelar "kekasih". Kerana dia seorang "kekasih"lah Sal wajib bersedia mempertahankan maruahnya dari segala tohmahan dan bukan kerana wang ringgit atau sebarang kepentingan. Kerana dia seorang "kekasih"lah Sal wajib bersedia mendukungnya ke hulu ke hilir sekiranya dia menjadi orang kurang upaya. Kerana dia "kekasih"lah Sal wajib bersedia mencuci luka dan nanah yang ada ditubuhnya sekiranya dia memerlukan. Kerana dia "kekasih"lah Sal perlu bersedia berjaga ditengah2 malam untuk mendengar rintih sakitnya. Kerana dia "kekasih"lah Sal wajib bersedia mencuci najis dan segala kekotoran yang ada dipunggungnya sekiranya dia memerlukan. Kerana dia "kekasih" lah Sal wajib bersedia bersama2 dengannya sekiranya dia dikelilingi oleh kekotoran dan kemiskinan.... Dan bukannya hanya bersama dengannya di saat2 kegembiraan dan kesenangan...

Kata hikmat melayu - "Kawan gembira senang dicari, kawan berduka sukar ditemui". Yes, memang benar kata2 hikmat. Kerana yang ditemui ketika berduka tu bukanlah "kawan" tetapi seseorang yang amat rapat dan bergelar "kekasih"...

Erm... ntahlah. Seminggu yang berlalu penuh dengan kesepian dan kerinduan. ..:-(





Posted by Ujang_MD :: 9/10/2006 09:15:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

IZINKAN!!

Hari ini Ujang lebih banyak diam, tidak seperti hari-hari kelmarin. Entah hari nie kepala
berdenyut2 sangat.. nak kata tak cukup tidur rasa lebih dari cukup.. darah tinggi datang kembali?? Ohh tidak.. hari2 ujang tak pernah missed ubat.. tapi kalau dah nak sakit.. sakit jugakkan?? Tak perlah! Mungkin Ujang tahu tentang jalan yang pernah Ujang lalui. Likunya begitu tajam, seperti hendak gulingkan ujang ke sisi-sisinya yang berduri. Tapi Ujang tidak menangis, meski dua tiga kali Ujang terjerembab, terhantam pohon, tergores ranting yang berduri. Sebab Ujang tahu, jika Ujang merintih, tiada apa yang akan berlaku…

Sepi Ujang sendiri, terkadang saat seperti inilah yang Ujang suka. Di sini lah Ujang boleh menjadi bahagian diri Ujang yang lainnya, menjadi seorang pasif. Tak ada yang perlu tahu tentang diri Ujang, tak ada yang perlu peduli tentang yang apa Ujang lakukan. Arghh… maaf.. biar Ujang luahkan hasrat hati Ujang.. Maaf!! Ujang merenung, dan Ujang menyedari banyak yang hilang dari diri Ujang. Ahhh..... Ujang bosan, Ujang jenuh, Ujang tak tahu lagi apa yang harus Ujang lakukan lagi.

Perasaan boleh datang dan pergi begitu saja......Cinta tak harus berakhir bahagia.....kerana cinta tidak harus berakhir..... Cinta sejati mendengar apa yang tidak dikatakan....dan mengerti apa yang tidak dijelaskan, sebab cinta tidak datang dari bibir dan lidah atau pikiran........ melainkan dari HATI. Itu yang ujang tafsirkan!! Sekarang baru ujang rasa..Ketika mencintai seseorang, jangan mengharapkan apapun sebagai balasan, kerana jika demikian, bukan mencintai namanya, melainkan.....kepalsuan. Jika mencintai seseorang, harus siap untuk menerima penderitaan. Kerana jika mengharap kebahagiaan, bukan mencintai namanya, melainkan....memanfaatkan. Hmm itu yang ujang rasai sekarang… entahlah.. izinkan ujang luahkan apa yang bersarang teman!!

Kekadang Ujang rasa lebih baik kehilangan harga diri dan ego bersama seseorang yang dicintai daripada kehilangan seseorang yang di cintai, kerana ego yang langsung tak berguna itu......Arghh Peninggg!!

Pernah beranggapan.. alangkah indahnya jika seseorang yang mencintai Ujang akan selalu berusaha membuat Ujang tersenyum dan tertawa walau terkadang caranya membingungkan Ujang. Alangkah indahnya jika seseorang yang mencintai Ujang, rela melepaskan Ujang pergi bila bersamanya Ujang tidak bahagia dan akan ikut bahagia walau yang dicintainya bahagia bersama orang lain? Alangkah indahnya jika seseorang yang mencintai Ujang, Mungkin tidak mengetahui semua tentang diri Ujang. Tapi ia tau bahawa setiap detik yang ia lalui? Ia mencintai Ujang, tidak peduli apakah hari ini Ujang mencintainya atau tidak... Pernahkah Ujang mencintai seperti itu ???? Tertanya-tanya.. mungkin agaknya..sebab itu lah dia lakukan demikian rupa!!

Ujang menyerah…..Menyerah pada sebuah perpisahan??? Entahlah!! Ujang cuba dorong diri Ujang untuk mencari rasa manis yang lain. Ujang cuba paksa diri Ujang untuk bahagia walau hakikatnya pahit. Ujang kira perpisahan akan selalu menyedihkan kerana pada awalnya terdapat kebahagian. Tapi yang membuatnya tambah menyakitkan adalah mengingatnya kembali dan tersedar bahawa semuanya tak ada lagi.. itu yang Ujang tak mahu sebenarnya.. arghh giler!! Ujang cuba tak berusaha untuk melupakan dan jangan selalu mengingatinya? Mudah-mudahan….. biarkan saja?

Mengelamun kini…Satu - satunya cara mencintai yang baik adalah membiarkan orang yang Ujang cintai menjadi dirinya..Atau bahkan membantunya untuk menjadi diri nya sendiri,..Bukan mengambil Identitinya,..untuk membuatnya menjadi bayangan Ujang..Tapi terkadang orang yang Ujang sayangi adalah orang yang telah kehilangan dirinya..Bagaimana mungkin orang yang Ujang sayang mampu untuk menjadi dirinya...Sementara orang yang Ujang sayang telah kehilangan dirinya,..Telah kehilangan cita -citanya..??Tapi percayalah,..Perubahan akan terjadi,..Jika Ujang menyayanginya dengan Tulus..Tapi adakah dia pun begitu???

Cinta bererti Ujang mengetahui orang yang Ujang cintai. Menyedari begitu banyak asset-aset pada dirinya, bukan cuma isi hatinya tetapi juga perilakunya,kelebihan dan kelemahan-kelemahannya. Cinta bererti Ujang peduli pada kesejahteraan orang yang Ujang cintai. Dalam ketulusan, kepedulian, bukan untuk mengikat seperti barang yang Ujang miliki. Sebaliknya Ujang peduli pada pertumbuhannya dan Ujang berharap semoga orang yang ujang sayang menjadi apapun yang di inginkannya, sekalipun Ujang harus merasakan ketidak selesaan dalam menjalani waktu.

Cinta bererti memiliki rasa hormat terhadap harga diri orang yang Ujang cintai. Ujang boleh melihatnya sebagai seseorang terpisah dari diri Ujang, dengan nilai-nilainya,fikirannya dan perasaannya dan Ujang tidak memaksanya untuk menyerahkan identitinya, menyesuaikan pada kehidupan yang ujang harapkan. Uh.. Ujang pun pening.. entah apa yang ujang cuba sampaikan… biarkan ujang berceloteh teman.. maaf!!!Cinta bererti memiliki tanggungjawab terhadap orang yang Ujang cintai.Bila ujang mencintainya,itu bererti... Ujang akur terhadap perbuatannya sebagai satu peribadi. Tanggungjawab ini tidak mengikat Ujang untuk melakukan sesuatu yang boleh Ujang lakukan sendiri malah hanya untuk menyedarkan Ujang akan siapa Ujang dan apa yang Ujang lakukan untuk orang yang Ujang cintai, dengan begitulah Ujang kemudian langsung terlibat dalam kebahagian dan kesulitan.

Cinta bererti ..... Ujang mungkin terluka bila Ujang membuka diri kerana percaya padanya, Ujang mungkin akan mengalami luka,penolakan,atau kehilangan kerana tidak sempurna, mempunyai sesuatu untuk melukai, dan kerana tidak ada jaminan dalam cinta. Cinta bererti mempercayai orang yang Ujang cintai. Bila Ujang mencintainya, Ujang percaya ia akan menerima kepedulian Ujang dan cinta ujang dan keyakinan baahwa ia tidak akan melukai Ujang dengan sengaja. Ujang percaya ia akan melihat Ujang sebagai seseorang yang layak untuk dicintai dan ia tidak mengabaikan Ujang.

Dalam sebuah hubungan cinta ada saat-saat bosan, saat rasanya Ujang ingin menyerah sahaja, saat-saat sulit dimana Ujang nyaris tak mampu bertahan, namun Ujang masih memiliki kemampuan untuk mengingat apa yang sama-sama pernah miliki di masa yang lalu dan bahawa Ujang boleh membayangkan apa yang akan kita dapatkan di masa depan seandainya kita cukup berani menghadapi masalah-masalah kita dan memecahkannya bersama-sama. Cinta itu membebaskan. Cinta itu diberikan secara bebas,tidak di serahkan kerana di minta kerana Ujang boleh melihat diri Ujang didalam dirinya dan dirinya didalam diri Ujang. Jarak dan keterpisahan seringkali berlaku dalam hubungan percintaan. Jarak dapat memperkuatkan ikatan cinta dan ia akan membantu kita menemukan kembali diri kita, sehingga kita boleh bertemu lagi dalam sebuah cara yang baru. Insya-Allah!!

Biarkan ujang melalut lagi.. Ujang hanya mahu menaip dan menulis apa yang ujang rasakan sekarang.. Ujang merasai yang Sal menyayangi Ujang,..Setidaknya peduli pada Ujang,..Tapi kenapa sulit sekali bagi kita ...Untuk cerita tentang rasa kita,..?? Apa kah sayang takut,..kalau abg bakal tembak sayang?? Apa menurut sayang…. Rasa sayang itu harus berhujung dengan kekasih ???? Tentu TIDAK...Tapi biarlah mungkin Sayang sebagai sahabat itu yang terbaik.... Mudah untuk mengatakan apa yang Ujang rasa.. Tentu mudah untuk berkata "Aku sayang Kamu" kerana kita hanya cakap hal yang kita rasakan..apa rahsianya??? Tapi pasti susah..untuk mengambil keputusan...Mencari ,..memilih dan menentukan orang yang tepat untuk jadi kekasih..Abg hanya ingin kita terbuka ,..tentang semua yang kita rasa,..Cerita tentang pandangan hidup,..Cerita tentang segalanya..Entahlah,..Abg ingin sayang menjadi orang terdekat abg...Tapi apakah abg boleh jadi Orang yang tepat untuk sayang???? Dan mungkinkah abg akan jadi orang terdekat sayang???

Jujur kenapa Ujang sekarang rasa FED-UP sama dia ??? Ujang takut ,.dengan diri Ujang sendiri,..Takut kalau Ujang lupa akan kekasih yang Ujang sayang..Takut semua kenangan Ujang..Kenangan yang pasti akan membuat Ujang membenci kata CINTA.Kenangan yang membuat Ujang pergi dan tidak akan pernah menyayanginya lagi..Masalalu yang akan membuat Ujang...Hilang.. Apalagi Dia sendiri tidak meyakinkan Ujang..Tapi entahlah..Ujang takut jenuh... dan hilang…..Sampai bila???
But for how long do I have to wait ?
I am running out of patience.
I am tired of looking for answers.
I am tired of trying to get rid of something Iike been looking for.
Tired of being confused…

Tolonglah datang seseorang yang boleh mengajarkan Ujang tentang erti hidup lebih...lebih dari yang sekadar Ujang tahu... Entahlah,...apa Ujang sememangnya dah banyak berubah..Tapi Ujang harap,..masih boleh tetap saling sayang- menyayangi...

Bingung.....???????????

Posted by Ujang_MD :: 9/10/2006 09:56:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.