"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Saturday, October 27

RENTAK HIDUP

Rentak kehidupan diteruskan lagi dalam mencari erti kewujudan diri seringkali Ujang terkeliru antara kehendak dan keperluan. Terkadang ada sesuatu yang tak boleh terungkap tapi terbeban saat jiwa meronta ingin berkata lidah terkunci tiada berdaya...

Baru baru ini Ujang keletihan amat sangat. Ah tugasan tetap tugasan dan amanah tetap dilaksanakan, teringat kata teman penting kan apa yang lebih penting dari yang penting .. Ah tekanan kali ini rasanya ... isk cam nak pecah balik balik otak nih.

Terkadang Ujang terlalu asyik dengan masa hadapan sehingga Ujang terlupa dan mengabaikan masa kini. Hari ini ternyata hari yang penuh cabaran malahan entah mengapa hari ini seakan menguji kesabaran Ujang... Ah terkadang bila mana Ujang terlalu berlembut hati pasti ada yang mencuba untuk menguji... sungguh hari ini amarah yang muncul dari sudut gelap hati ini sungguh menakutkan... terdiam dengan tingkah Ujang. Ramai rakan yang terkejut barangkali terkesima dengan kemarahan ini.... ah sungguh Ujang tiada berniat cuma.. barangkali tekanan dan kesibukan yang dihadapi buat masa ini menyedarkan sisi gelap yang satu lagi... ah mungkinkah Ujang kembali ke satu tika yang dahulu?

Ah... saat ini Ujang terlalu rindukan pujukan bonda... barangkali ... atau mungkinkah ia kan terjadi... Sungguh Ujang tidak mampu melepasi masa lalu kerana masa kini terlalu menyiksa Ujang... mungkinkah akan datang seseorang yang memberi harapan masa hadapan buat Ujang?"

Posted by Ujang_MD :: 10/27/2007 05:17:00 PM :: 2 Comments:

Post a Comment

Wednesday, October 10

HILANG DAN PERGI

Arghhh tak sabar rasanya nak pulang kekampung esok. Rindu sangat pada Makcik Zainung.Dah lama Ujang tak makan nasi Cik Nung.. ikan singgang cicah dengan belacan pheww.. best giler.. Flight esok jam 8pm... doakan Ujang selamat sampai ke Terengganu yer..

Malam ini.. tergerak lagi jari-jemari untuk menulis sedikit warkah untuk Kak Mayang. Bila tadi membaca sms yang di hantar terasa sayu sangat.. entah lah.. mungkin Ujang terlalu berperasaan.

Untuk akak.. ingatlah.Kenangan satu perjalanan yang tertinggal dalam ingatan. Tidak dapat di lepaskan oleh masa. Berbekas di minda, tertanam di jiwa. Kenangan sering menjadikan seseorang itu tidak kenal masa depannya. Kenangan boleh menerbangkan perasaan. Kenangan membuat seseorang itu sukar menentukan tujuannya.

Setiap orang akan membawa sebahagian dari kenangan sebagai semangat. Dan dijadikan juga kenangan sebagai dendam. Ada yang menyimpan rapi di hati, di jaga dan di baja agar ianya tetap segar. Ada juga yang biarkan kenangan itu berlalu bersama detik masa, berterbangan dan bertaburan. Namun ada yang menutup setiap ruang kenangan dengan rapi, agar detik kenangan itu tertanam dan bernesan tanpa nama.

Disebalik kenangan, bukan kesilapan masa yang datang. Mungkin sesuatu yang berlalu amat bernilai untuk di kenang, amat sayang untuk dibuang, dan amat pedih untuk di simpan. Ingat itu akak...

Adakalanya Ujang tahu akak terlupa untuk menoleh setelah apa yang akak lalui. Namun dengan tidak sengaja, akak cuba mencari nostalgia yang telah lama akak tinggalkan. Mungkin kerana terlalu rindu saat itu, atau akak di ingati semula memori itu dengan bertemu keadaan yang baru..

Ujang tahu akak bukan ingin mencari nostalgia lampau yang telah akak kuburkan bertahun-tahun lamanya. Cuma detik ini, tiba-tiba, datang menerjah di kotak minda akak kan??..Di saat akak sering menyatakan, damaikan hati ini..hilangkan resah di dada ini..

Ujang juga tahu akak, bukan mudah untuk meringkaskan sesuatu kenyataan yang panjang lebar yang telah tersimpan bertahun-tahun lamanya. Janji yang melibatkan ungkapan dan restu dari kedua pihak..Berjanji itu satu akad yang perlu di laksanakan..kadang-kadang bila kita banyak berjanji maka akan kerap pula memungkiri. Kenangan lalu akan sentiasa menghantui. Ia datang menagih janji yang tidak pernah dilunaskan. Ia datang bagai mimpi. Datang dalam perasaan dan selamanya ia boleh jadi satu beban emosi... Ingat kak...Setiap pilihan dan keputusan itu ada harganya..

Ujang juga tahu akak sering cuba melarikan diri apabila perasaan dan emosi terganggu..boleh akak berhenti seketika daripada terus berlari dan terkejar-kejar..?? Pengalaman lalu memang satu petunjuk terbaik yang boleh mendewasakan. Tapi tak boleh selamanya menggalas beban kenangan kerana akan membuat akak selalu menoleh ke belakang, lantas memperlahankan langkah ke hadapan....

Akak orang yang luka hatinya, perlu didorong bukan didesak atau dipaksa. Maka nak jatuh cinta bukan senang, kadangkala sekali seumur hidup. Semakin banyak di pelajari, semakin banyak tidak mengerti...Hakikatnya akak sering mahu sesuatu yang sempurna, namun akak jarang untuk berkorban..kadangkala perkara terbaik di dunia tidak boleh di lihat atau dipegang, namun begitu ia boleh dirasai dengan hati..

"Walau Ujang masih tidak nampak jelas, namun cahayanya sudah cukup menyimbah dipermukaan bumi kak."

" Andai Ujang dapat tunaikan janji..tentu terbangnya setinggi awan"

Posted by Ujang_MD :: 10/10/2007 11:45:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

Tuesday, October 9

SELAMAT HARI RAYA


Di kesempatan ini UjangMD, Makcik Zainung dan Kak Mayang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya... Andai ada kesilapan harap di maafi kepada kawan-kawan Blogger dan pengunjung Blog Ujang. SELAMAT HARI RAYA!! Yippie.. balik Terengganu beraya Rumah Makcik Zainung!!!


Entah lah kali ini Ujang lakarkan entri bukan untuk diri Ujang tetapi buat seorang kakak yang sekarang amat bermakna buat diri Ujang. Buat kak Mayang.. andai dia mengerti apa yang Ujang lakarkan.. bukan untuk menghakimi tetapi sekadar mengingati.. Ingatlah kak...Cinta datang bukan bermaksud bermulanya satu kehidupan yang baru, tetapi ia datang untuk menceriakan lagi kehidupan yang sedia ada...

Akak mesti ingat juga...Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai kita, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cinta kita kepadanya. Dan ada hal-hal yang sangat ingin kita dengar tetapi tidak akan pernah kita dengar dari orang yang kita harapkan untuk mengatakannya. ..

Menyatakan tidak perlu bersuara. Bersuara tidak perlu didengari. Didengari tidak perlu memahami. Memahami tidak perlu bersetuju. Bersetuju tidak perlu diterima. Diterima tidak bermaksud berjanji. Dan bila berjanji perlu di tepati dan tidak bermaksud untuk berubah... Ingat itu akak.. jadikan ia satu prinsip yang abadi!!

Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi...

Dalam melayari kehidupan, kita akan menyusur jalan-jalan dan menetap setiap langkah satu persatu. Andai langkah di angkat dengan lambat, bermakna lewatlah untuk sampai ke destinasinya. Namun kepayahan untuk mengatur setiap langkah, pasti sesekali kita menoleh ke belakang. Tak perlu terlalu lama menoleh detik langkah yang di tinggalkan, apa yang di tinggalkan sebelumnya..kerana perjalanan yang singkat ini, mungkin membuat kita terlewat untuk sampai ke matlamatnya...Lepaskan bebanan yang tidak sempurna untuk di pegang, teruskan mencari sesuatu yang tertanggunh selama ini..Hiasi setiap langkah kehadapan dengan penuh yakin, dan jangan sesali apa yang telah kita lalui sebelumnya kerana semua itu pengajaran yang mendewasakan...


Maaf kak andai Ujang terkasar bahasa... diri sekadar ingin berkongsi, diri ini juga sekadar ingin menemui apa yang di kaburi... Ampun sekali lagi!!

Posted by Ujang_MD :: 10/09/2007 09:40:00 PM :: 2 Comments:

Post a Comment

Saturday, October 6

KENANGAN RINDU

Satu persatu kenangan bertamu.. sewaktu kecil dahulu seringkali Ujang bertanya apa yang ada diakhir sebuah perjalanan.. adakah seseorang atau sesuatu yang menanti, adakah disitu nanti perjalanan Ujang berakhir...

Namun semenjak beberapa bulan ini Ujang menyedari sesuatu perkara... seringkali jua Ujang memburu sesuatu yang tiada pernah Ujang lihat hanya untuk SATU SEBAB iaitu kerana UJANG BELUM MEMILIKINYA. Dan bila mana ini berlaku Ujang akan terus memburu dan memburu sehinggalah akhirnya Ujang sedari apa yang Ujang mahu senantiasa disisi Ujang! Dekat namun tak terlihat hanya kerana Ujang memandang terlalu jauh... dan akhirnya Ujang akan sedari kehilangan ia bila mana ia semakin MENJAUH!

Ujang teringat sebuah petikan dalam risalah "Aku tidak mementingkan kesudahan mahupun jawapan sebuah pertanyaan namun apa yang aku pentingkan adalah keseronokan dalam mencari jawapan itu dalam erti kata yang mudah proses lebih bermakna dari sebuah jawapan". Benar atau tidak Ujang bukanlah seorang hakim untuk menjatuhkan hukuman namun ikhlas dari hati Ujang lebih mementingkan sesuatu yang Ujang perolehi dalam rentak kehidupan ini berbanding apa yang akanUjang temui pada keesokan harinya... Bukankah kitab pernah mencatatkan "Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan pesan dengan kebenaran dan berpesan pesan dengan kesabaran" Ah terkadang Ujang seringkali terlupa ....

Baru- baru ini Ujang seringkali keletihan, entah kenapa sayu tiba- tiba menguasai diri entah mengapa teringat uban dirambut bonda menyebabkan Ujang seringkali menyalahkan diri entah bila Ujang mampu memberi bahagia buatnya!

Seringkali jua Ujang tertanya- tanya adakah ini jalanan kehidupan seorang perindu? Rentak kehidupan dimainkan, bersendirian diatas pentas tanpa teman menemani yang ada hanyalah pengkritik mahupun penonton yang bersedia untuk mentertawakan diri atau memberi kata kata sinis.... sungguh bagi mereka kegagalan Ujang adalah satu perkara yang mereka nantikan dan sungguh mereka hanya sekadar mentertawakan dan menghina kerana bagi mereka kewujudan Ujang adalah sesuatu yang tiada pernah memberi sebarang makna..

Ah ada waktunya apa yang Ujang inginkan hanya berehat ditepian pentas kehidupan ini namun terkadang cerca mereka kedengaran sungguh bicara terkadang menghiris jiwa ah walaupun arah Ujang serupa namun Ujang memilih jalanan yang berbeda, Ujang mendaki puncak yang berbeda dan kerana perbedaan pendapat seringkali Ujang diperlekehkan .... ah saat ini alangkah indah andai ada bahu untuk bersandar, andai ada telinga sudi mendengar, andai ada tangan yang mampu menghangatkan pipi yang kedinginan.. andai ada hati yang mampu mencairkan kedinginan dijiwa ini.....


Ah itu hanyalah angan kosong sekadar kata- kata seorang insan jalanan yang mencari erti kehidupan sendirian yang menari bertemankan titis hujan....

Posted by Ujang_MD :: 10/06/2007 05:35:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.