"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Thursday, November 29

AKHIRNYA

Sekarang Terengganu asyik hujan. Monsun Cup dekat Pulau Duyong pulak dah start semalam.. jadi Jambatan Sultan Mahmud tu sibuk yang teramat lah.. hingga Ujang nak balik ke rumah pun makan masa hampir setengah jam. Jalan banyak di tutup kerana bagi laluan pada acara pembukaan Monsun Cup.. Mujur lah time tuh tak hujan.. Semasa nak sampai kat rumah Ujang dah tengok kelibat Makcik Zainung dari jauh.... Ujang dah cakap jangan buat keropok time musim tengkujuh ni.. tapi dia degil jugak.. tetap nak buat.. Kan dah susah nak keringkan keropok. Bila ujang nampak jer Mak dari jauh terus Ujang lalu ikut belakang rumah...Biasalah.. kalau lalu depan nanti.. nampak jer Ujang pasti ada kerja yang Ujang kena buat nanti..

Lagipun misi Ujang belum selesai lagi. Ujang mesti laksanakan dengan jayanya misi yang Ujang rancang ni. Ujang mesti mintak tolong dengan Shakira. Biarlah mengadap Shakira walaupun sekejap.. janji apa yang Ujang nak tercapai. Tak apalah... Ujang bagi kelonggaran untuknya hari ni.. dia bagi makan ISABEL kat dapur.. tak apalah.. untuk hari ini. Ujang mesti rasuk si Shakira nih.. Selalunya Shakira akan ikut apa yang Ujang katakan.. tau jer lah kan?? Kalau membantah. Rambutnya akan ku kerjakan..tengok lah!!

Ujang cakap perlahan-lahan dengan Shakira. Masa ni jer berkesempatan untuk Ujang bercakap dengan Shakira.. Kalau Makcik Zainung dah balik nanti... hancur berkecai harapan Ujang. Ujang bagi tahu Shakira suruh dia ajak Makcik Zainung pergi kerumahnya bila dia balik nanti. Tujuan Ujang?? Muahahha.. kawan Ujang nak datang rumah... Kita orang ada satu plan yang mana....hmmm. Ujang tahu plan nih boleh buatkan Makcik Zainung kena darah tinggi.. jadi lebih baik Ujang mintak tolong Shakira bawa Makcik Zainung pi balik rumah dia... Pandai-pandai lah si Shakira tu cakap yang mak dia tolong suruh jaga baby ker.. Kan??

Balik jer dari buat keropok.. terus Shakira cakap kat Mak... ujang diam seribu bahasa nih.. Buat-buat tidur... telinga mendengar nih.. Biasalah.. wang rasuah Ujang dah bagi pada Shakira... malah janji manis telah Ujang taburkan padanya.. bahawa Ujang akan beli sekor kucing jantan untuk gantikan JOHN pada ISABEL.. Hmmm yang nie terus terang Ujang cakap... JANJI SETAN. Muahaha!!

Kadang-kadang Ujang pelik dengan Makcik Zainung nih.. Dia pakai ilmu hitam kah?? Dia pakai ubat jampikah?? bela hantukah?? Ujang tahu semua tu takk.. tapi kan?? Dia macam tahu yang shakira ni berpakat dengan ujang... Ujang dengar kat telinga nih Mak cakap.."Pok Su mung hok suruh dok?? ".. Tapi Shakira nih mungkin ada mewarisi sedikit ilmu dari Ujang kut.. iaitu buat muka beruk.. haa... pikirlah korang muka beruk macam mana yer... hhahaha... Shakira tak cakap apa.. Cuma diam.. Pheww... mujurlah Makcik Zainung pi jugak akhirnya.. Yaahooooooooooooooo..

Ujang telefon member.. apa lagi.. cepat-cepat mereka datang... Buat apa?? Adalah kerja orang tua... apapun Ujang puas buat benda tuh... lantak korang nak pikir apapun... Im heppy!!!!!!!!!!!!

Posted by Ujang_MD :: 11/29/2007 11:13:00 AM :: 2 Comments:

Post a Comment

Wednesday, November 28

RUNGUTAN

Pulang ke Terengganu, ujang rasakan sungguh pantas masa berlalu. Pejam celik sudah melangkah hari. Bila berada berjauhan seakan masa tidak berganjak.. Entahlah.. inilah di namakan perasaan bukan?? Dah lama Ujang tidak cerita pasal Makcik Zainung kan?? Bermula dari mula Ujang pulang ke Terengganu hinggalah sekarang.. Ujang rasakan seakan dapat hidup dan amalkan akitiviti Ujang seperti dulu. Indah sangat. Mungkin di sebabkan perkara ini lah Ujang rasakan masa begitu pantas berlalu.

Mula Ujang sampai.. Makcik Zainung dan Shakira sudah menunggu di beranda rumah. Shakira, Ujang tengok dah lain macam sikit.. Tapi biarkanlah dulu.. Ujang masih penat. Tak kuasa Ujang nak layan Shakira ni. Seperti biasalah, kalau Ujang nak balik pasti Ujang telefon Mak dahulu suruh masak daging masak pedas. Inilah lauk yang paling Ujang suka. Perghh berselera Ujang makan..

Dah lama Ujang tak bersembang dengan Mak. Wah... Ujang cakap kat Mak.. dia nampak slim sikit. Melerek jer senyum Mak... Tapi memang ketara lah Mak kurus.. Bimbang jugak.. yer lah mana tahu, makcik Zainung sakit ker apa ker... Yang susah Ujang jugak nanti. Mak ada cakap pasal kakak Ujang nak bertunang jumaat lepas.. Ujang pun pening... Kakak mana pulak yer?? setahu Ujang semua kakak Ujang dah kawin.. semua dah ada anak pun... Tau mak cakap apa bila Ujang cakap macam tu.... serius.. Ujang memang tak perasan langsung yang kakak Ujang yang nombor dua dah bercerai... Tak pasal-pasal Ujang kena BENGONG dengan Mak.. hehehe!!

Tapi kenapa sampai nak bertunang?? Dah janda.. anak pun ada. Makcik Zainung ni terus berseloroh.... katanya.. "Aku dok pahang dengan kakak mung tuh.. nok tunang wak natang babi mende gok dok tau..kalau gatal nok berlaki.. nikoh terus.. ye ahh nok tunang.. pahtu nok wak makan-makan lagi.. aku gok yang kene buat nasi nya... kalau dok wak kang.. kata mok dok sayang anok".... Ujang senyum jer... malas nak panaskan lagi hati Mak.. silap haribulan Ujang sekali yang kena nanti.. woooo serik.. nanti bising dia bebel.. riuh sekampung.. malu beb...

Mak sambung lagi..."Mu tau dok.. dia nok tunang ngan saper??".. Ujang hanya geleng kepala. "Kakak mu dok cari orang tua.. nok ke orang muda... pulok tu nok nikoh ngan anok teruna..... dok sedor diri sungguh.. muka letok mana dok tau".. Ujang diam jer.. dengar jer lah mak nak lepaskan perasaan... "Yang paling aku geram... dia suruh aku wak nasi... doh kepok aku guane?? dok reti sungguh"... Tengah Ujang duk dengar syarahan Makcik Zainung itu.. Ada calling... Hmmm memang panjang umur kakak Ujang ni..

Ahhhh.... tidak.........tidakkkkkkkkkkkk... Makkkkkkk...... Ujang pun nak turut bebel mak...... Makkkkkkkkkkk. "Aku tau doh bakpe"... Mung pun nak marah kan?? Aikk.. mak macam dah tahu jer..." Dia suruh mung pasang khemah kang??".. Hmmm jawab Ujang... tak pasal-pasal Ujang pun kene. Kalau tak buat kan merajuk.. Jadi hari tuh Ujang dengan Mak hanya membuat dosa dengan mengumpat pasal Kakak Ujang hehehe!!

Dah lah.. buat sakit hati sajer bila cakap pasal Kakak Ujang... yang paling Ujang rasa tertekan bila Mak cakap bakal abang ipar Ujang tuh sama umur dengan Ujang... huwaaaaaaaa... think positif Ujang..!!! Makcik nung pulak Ujang tengok muka masam giler.. mungkin malu satu.. dan satu lagi esok dia tak boleh buat keropok kerana nak buat persiapan majlis pertunangan akak esok.. Sabar jer lah mak.. nak buat macam mana kan?? Kan mak kan??

Ohhh.... berita yang Ujang tunggu selama ini telah termakbul..Mak cakap JOHN dah mati kena langgar dengan kereta.. Kesian katanya.. Ujang tak cakap apa... senyum sorok-sorok.. Bagus apa.. Pertama Ujang tak dapat banyak dosa kerana pukul JOHN.. Kedua.. Ujang tak selalu gaduh dengan Mak.. sebabkan JOHN tuh..lah Ujang jadi porak-peranda dengan Mak.. Shakira nak menyampuk pasal JOHN.. Cepat-cepat Ujang pintas.... "Mung duk diam kalau tak nak kene sakit"... Terus diam.. kadang-kadang uajng kesian gak tengok Shakira nih.. Tapi perangai dia tuh yang Ujang buat jadi sakit hati... Cuba kalau dengar cakap... kalau Ujang cakap jangan bela kucing.. haa.. ikut.. ni tak melawan....... Tu yang dia asyik kena dengan Ujang selalu tuh.

Jadi... sekarang Ujang isytiharkan bahawasanya....JOHN.. telah mati... beliau meninggalkan seekor balu yang bernama ISABEL.. Ohh.. kesian ISABEL.......... Simpati dekat JOHN sebab tak dapat lahirkan zuriat untuk ISABEL.. kah.. kah kah............ Tapi..... bahagia cuma seketika..... Ujang dengar Makcik Zainung cakap nak pergi beli kucing baru gantikan JOHN.............WAAAAAAAAAAAAAAAA

Posted by Ujang_MD :: 11/28/2007 10:54:00 AM :: 2 Comments:

Post a Comment

Tuesday, November 27

SEBUAH KEINGINAN

Terbuka mata Ujang...setelah lama tertidur kaku....tersentak nafas..melihat ada putih menyelubungi diri Ujang...tidak Ujang mengerti....apa yang sedang Ujang alami....terlantar pada putih ini...seperti sudah tiada lagi....

Terbuka hati Ujang....setelah lama tertutup sepi....tersentak angan- angan Ujang ini...melihat putih menyelebungi Ujang lagi....tidak Ujang fahami....penghujung jalankah arah ini....rasa seperti bukan laluan nan sepi...

Terbuka kata hati...setelah lama terselindung rapi....tergamam mata ini...melihat putih di hadapan kini... tapi silap pula pandangan ini...ini bukan seperti putih itu lagi...tetapi sudah tercemar mati....sudah jadi kotor hanyir...sudah jadi busuk hati....sudak tidak serupa lagi...

Terbuka sudah pintu itu...terbuka seperti sentiasa lalu...tidak jemu untuk menunggu...tidak jemu untuk menerima Ujang....sesalan terasa begitu dekat pada diri Ujang....tetapi kadangkala tergapai tangan Ujang ini...kuat Ujang ingin mencapainya....Ujang ingin pulang ke jalanMu..

Tapi...
Siapalah Ujang...
Apa bezanya Ujang...
Apa lebihnya Ujang..
Ujang sama sahaja..
Ujang berdosa padaMu..
Ujang lalai jauh dariMu
Terusan berdosa padaMu....
Hingga bila Ujang tak tahu...
Hingga mana Ujang belum tahu...
Sering sesat seperti saat itu...
Sering bertanya bertalu-talu...
Sering hilang di awangan itu...
Siapala Ujang....?

Apa yang Ujang inginkan saat ini? Ujang ingin berteriak sekencang-kencangnya. Apa lagi? Ujang ingin menumpahkan air mata ini sebanyak-banyaknya. Apa lagi? Ujang ingin menolak perasaan yang bergejolak ini, bahawa ini semua adalah tidak benar. Apa lagi? Ujang masih ingin tetap tersenyum. Hadapi dengan senyuman, semua yang terjadi biar terjadi. Hadapi dengan tenang jiwa, semua kan baik-baik saja.

Damn it. This is dedicated to my endLess thoughts of things that seems to cross my mind lateLy.... i look at myself constantLy and smile at all the stupid decisions ive made...and still wonderin why it all dont make sense...

Posted by Ujang_MD :: 11/27/2007 10:35:00 AM :: 1 Comments:

Post a Comment

Monday, November 26

KEMATIAN

Teringat Ujang pada kematian. Ujang sering tertanya. Apakah ada kehidupan selepas kematian?? Apakah erti kematian?? Apakah ianya sekadar berhentinya degupan jantung dan terhentinya otak dari beroperasi atau sekadar terputusnya sedutan nafas?? Atau adakah kematian itu bererti tamatnya satu riwayat panjang kehidupan lalu di kambus kedalam bumi, kedalam tanah tanpa ada rentetan yang lain?? Apakah kehidupan itu persembahan teater yang sementara sifatnya. Ya, sekali lagi, adakah kehidupan setelah kematian?? Syurga?? Neraka??

Kehidupan semula. Apakah Ujang akan bangkit semula sebagai satu bentuk kehidupan yang baru yang berbeza? Sebagai haiwan misalnya, atau kembali menyerap kedalam roh insan yang bakal lahir lalu bernafas semula sebagai manusia yang baru. Kalau begitu Ujang pohon sungguh-sungguh, jangan jadikan Ujang seperti sekarang... jangan jadikan Ujang seperti ini. Ia satu keterasingan yang.. arghhh, Ujang sungguh-sungguh takut, Ujang sungguh-sungguh bimbang.

Siapa yang dapat menjawab persoalan ini?? Adakah kematian lagi selepas kematian? Atau apakah ada ada satu lagi bentuk kehidupan yang berbeza dari kehidupan di bumi. Tetapi tetap di namakan hidup. Kalau begitu Ujang akan di humbankan kemana?? Neraka?? Kerana Ujang macam ni?? Di mana Ujang boleh dapatkan jawapan??

Lihat bagaimana seekor tikus yang terapung di permukaan air, terkapai-kapai dan terkial-kial minta di selamatkan. Ia akan lemas. Ia sedar akan kematian. Arghh tragisnya, tikus yang tidak kenal konsep bunuh diri masih berusaha pada saat-saat akhirnya untuk terus hidup. Matikah yang akan menyerkupnya?? Dan lihat, tikus itu berputus asa. Ia lemah. Ia longlai. Ia sekadar menyerah. Ia sudah berhempas-pulas. Ia sudah tidak berdaya. Ia tenggelam sedikit demi sedikit. Separuh badannya, kepalanya, muncungnya sahaja kelihatan. Lihat pula misainya, dan pangkal kepalanya, dan ia terus tenggelam, terus ke dasar kolam. Lemas dan kematian. Ah.. ngerinya. Apa yang ada setelah itu? Kematian?? Apa itu kematian?

Opsss... nanti dulu. Sesungguhnya Ujang tidak bersedia sepenuhnya. Ujang tak tahu apa ada selepas kematian. Apa bekal yang harus Ujang sediakan?? Sejahat mana kekejaman makhluk yang bernama kematian itu. Terlalu zalimkah?? Bagaimana mereka yang menempuh mati dalam kedamaian, dengan ketenangan itu?? Jasa apa mereka di kurniakan kondisi sedemikian?? Bingung.. Tuhan.. berikanlah Ujang hidayah dan keberkatan.....

Posted by Ujang_MD :: 11/26/2007 10:44:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Sunday, November 25

MENGELAMUN

Pernah korang mengelamun?? Seronok bukan?? Itulah Ujang jika kehidupan ini terasa sunyi. Mengelamun sendirian membuatkan Ujang terasa bahagia walaupun Ujang tahu mustahil untuk mendapatkan apa yang Ujang cuba lamunkan. Semalam tiba-tiba sahaja Ujang terasa terpanggil untuk melihat pantai. Pantai membuatkan Ujang merasa lapang dan tenang. Pantai yang cantik dan permai. Pantai yang segar dan nyaman. Malangnya jauh tidak tercapai. Ujang menggeliat. Ujang kadang-kadang meronta sekejap ke kiri kemudian ke kanan. Menggelupur ingin lepas.

Bagaikan ikan terperangkap di jaring nelayan. Berusaha untuk melepas kembali ke laut. Semakin gatal. Semakin tumbuh. Semakin zahir. Ujang bersayap. Laung Ujang dengan penuh girang. Sayap untuk terbang. Untuk bebas. Untuk meninjau-ninjau ke serata tempat. Jadi Ujang akan terbang. Terbang tinggi dan jauh. Ujang merasa nikmat sekali. Ujang mengibas sayap kiri. Kemudian mengepak sayap kanan. Ujang rasa tinggi. Kian tinggi di atas. Ujang sedang terbang.. Oh... nikmat tak terkata.

Erang- erot Ujang terbang. Awan gemawan cantik. Biru dengan busar-busar putih. Ujang mendarat. Jatuh melantun-lantun di atas awan. Seronok. Mengelamun Ujang sendirian. Ujang pun tak tahu apa yang Ujang cari sebenarnya. Kegembiraan?? Mungkin..... Selalu Ujang ingat ayat ini.

Gerimis semalam mengingatkan,
Ada yang terluka.
Gerimis pagi menyedarkan,
Ada yang sengsara.
Cuma gerimis tidak mengkhabarkan,
Akulah yang menderita.

Tersenyum Ujang seketika. Lumrah alam bukan?? Patut akur?? Semestinya....

Posted by Ujang_MD :: 11/25/2007 10:59:00 AM :: 3 Comments:

Post a Comment

Saturday, November 24

SALAHKAH??

Ujang sudah tidak tahu apa nak cakap lagi. Bila mengenangkan tentang hal ini... Ujang hanya dapat mengeleng-gelengkan kepala. Rasa marah pun ada, rasa kesal pun ada, rasa sedih pun ada! Rasa hati dan perasaan yang bercampu-baur tidak tentu hala dan keruan melanda diri ini.

Kadang-kadang Ujang merasa diri ini sudah ditipu. Kadang-kadang dada ini merasakan sebak dan pilu. Dada yang sedang marah dan hati yang sakit... siapalah yang tahu? Ujang dah tak tahu apa nak cakap lagi!

Berlembut pun sudah.... Bertegas pun sudah. Berbagai-bagai cara dan atur kata alas berbahasa telah pun Ujang gunakan. Namun... masih jua begitu!

Ujang suruh membaca... masih lagi malas!
Ujang suruh berkumpul... masih menjauhkan diri.

Ujang suruh menulis... masih tidak di endahkan.
Ujang dah tak tahu apa nak buat lagi.....

Apalah beratnya... usaha dan perbuatan menulis itu?
Apalah susahnya.... meluahkan fikiran dan pendapat dengan perbuatan menulis itu?
Apalah dosanya.... memohon ampun kepada Tuhan dengan perbuatan menulis itu?
Apalah bebannya.... menceritakan pengalaman hidup sendiri... buat pedoman orang lain sebagai contoh tauladan dengan perbuatan menulis itu?
Apalah malunya... bersikap jujur melahirkan pendapat dengan perbuatan menulis itu?

Entah.... lah?
Ujang pun dah tak tahu kenapa masih begitu.

Kenapalah.....?
Masih dengan lagak dan gaya kiasu!
Masih dengan ego dan kesombongan.
Masih dengan fikiran dan kesibukkan.

Masih dengan mengada-ngada.
Masih dengan alasan dan tipuan.
Masih terus takutkan... bayang-bayang.

Inikah yang dinamakan tali persahabatan? Inikah yang dinamakan sumpah dan janji seorang manusia yang jujur lagi beriman? Inikah dia senyum manis seorang manusia yang mencari syurga dan keredaan Tuhannya? Inikah yang dinamakan ketenangan hati dan kebahagian jiwa seorang manusia mujahid? Inikah dia manusia sahabat satu perjuangan dan satu perjalanan? Atau inikah yang dinamakan syaitan yang bertopengkan manusia?!!

Entah....lah. Ujang hanya mampu merenung hari yang bakal mendatang....

Posted by Ujang_MD :: 11/24/2007 10:58:00 AM :: 2 Comments:

Post a Comment

Friday, November 23

TERLUPA LAGI

Adakalanya Ujang terlupa untuk menoleh setelah apa yang Ujang lalui. Namun dengan tidak sengaja, Ujang cuba mencari nostalgia yang telah lama Ujang tinggalkan. Mungkin kerana terlalu rindu saat itu, atau Ujang di ingati semula memori itu dengan bertemu keadaan yang baru..

Ujang bukan ingin mencari nostalgia lampau yang telah Ujang kuburkan bertahun-tahun lamanya. Cuma detik ini, tiba-tiba, datang menerjah di kotak minda ini..Di saat Ujang sering menyatakan, damaikan hati ini..hilangkan resah di dada ini..

"Andai Ujang boleh berbicara, sudah pasti pungguk takkan menjadi penunggu.."

Posted by Ujang_MD :: 11/23/2007 11:59:00 AM :: 2 Comments:

Post a Comment

Thursday, November 22

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Mungkin, semakin Ujang mengenali seseorang itu, semakin Ujang tak suka.... Sepatutnya, semakin lama mengenali seseorang itu, semakin suka kepadanya...

Banyak persoalannya..

Semakin Ujang kenal seseorang itu, semakin Ujang fahami akan perangainya. Sejauhmana perkenalan yang wujud akan memberi ruang kepada Ujang untuk mengetahui semua kebaikan atau keburukannya. Malah sifat kebaikan yang sering ditunjukkan, ada yang berkisah benar, dan tak kurang juga lakonan semata-mata. Manusia mana ingin memperlihatkan keburukannya kepada orang lain? Dan sampai bila untuk terus berlakon? Atau keikhlasan yang tersembunyi yang tak mampu Ujang nampak dengan mata kasar. Pada hakikatnya, semua manusia mempunyai sifat baik dan buruk. Tak ada kesempurnaan. Dan tak perlulah berpura-pura.

Jangan mengubah diri kerana cinta, sebab cinta bukan kata-kata, tapi perasaan dari hati yang tersembunyi, yang dapat di baca oleh jiwa. Cinta itu istimewa, jika diberikan kepada orang yang bertuah dan mahalnya cinta jika didagangkan dengan keikhlasan.

Posted by Ujang_MD :: 11/22/2007 11:13:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Wednesday, November 21

SAHABAT

Sekarang Ujang berada di Kuala Terengganu. Semalam tidak kemana.. Terengganu di simbahi hujan lagi.. Memang lama Ujang merindui saat macam ni. Ujang ke bilik.. sudah lama benar Ujang tidak mengemas bilik. Lantas tangan ini dengan ringannya melakukan tugas yang sedia menanti. Satu di persatu di kemaskan. Barang yang tak di perlukan Ujang buang.. barang yang masih di perlukan pula Ujang simpan. Ujang terjumpa satu surat.. lantas segera Ujang membaca. Ujang tersenyum, surat bersetemkan United States. Tanpa sabar lagi, cepat-cepat Ujang keluarkan isinya. Yup, memang sah dari kawan rapat Ujang dahulu, Nadira. Ujang membaca. Setiap baris ayat demi ayat.. Senyuman Ujang memanjang, tidak pernah putus.

Ujang,

Aku selamat di sini. Kota raya yang aku tinggal sekarang yang indah dan penuh nostalgia. Oh, ya, kota ini sudah mula di bajui keputihan salji. Aku memang tidak suka musim macam ini Ujang. Gerimis salji memang menyusahkan. Kedinginan yang di bawanya menyeksa!

Ujang,

Aku di sini bahagia di sisi keluarga yang tercinta. Kami mesra sekali. Ujang, barangkali aku jarang pulang ke Malaysia lagi kerana aku di sini terlalau sibuk dengan kerja. Aku bercadang mahu menetap sahaja di sini. Soal kerja tidak timbul. Orang berkemahiran katakan . Aku masih ingat lagi Ujang ketika di zaman persekolahan dulu. Lucu benar jika aku ingati semula.

Ujang, sepanjang persahabatan ini, aku dapat merasakan sesuatu yang sejati. Benar-benar tulus darimu Ujang. Hanya saat ini, aku tergambarkan semula wajah kalian. Sahabat-sahabatku yang sebenarnya. Paling aku tak dapat ingati bila engkau kena gantung dekat kipas syiling oleh cikgu Lim yang mengajar subjek Pengajian Kejuruteraan Awam. Engkau seorang sahaja yang kena denda sebab tak buat kerja yang di amanahkan. Siap engkau menjawab lagi apabila Cikgu Lim memarahi engkau Ujang. Yer lah engkau Pengawas Sekolah ketika itu. Bila di ingatkan ketawa besar aku dengan muka selamba engkau tu. Teringat pantun yang pernah kita garapkan selepas habis SPM dahulu.. jika engkau ingatlah.. Pantun ini masih aku simpan sampai sekarang tau.

Sulaman kebaya cantik menawan,
Di sulam seni indah berseri,
Teman ketawa kiri dan kanan,
Teman menangis seorang diri.

Ujang, aku amat merindui zaman persekolahan kita Ujang. Aku amat merindui kawan- kawan. Hanya kenangan membuatkan aku tersenyum girang. Jika dapat di undur waktu, akan aku habiskan sisa hidupku dengan teman-teman . Sedikit puisi aku sisipkan untukmu Ujang.. Ia khas untukmu. Moga kau hayati bersungguh-sungguh.

Jika kau berpisah dari sahabatmu
Jangan bersedih hati
Sebab apa yang paling kau cintai pada dirinya
Akan lebih jelas pada saat-saat dia tiada
Laksana bukit
Bagi si pendaki kian jelas dari dataran

Sekian, terima kasih tidak terhingga kerana memahami diri ini sepanjang persahabatan. Maaf sekali lagi Ujang, aku cuma manusia. Ya manusia biasa.


Nadira Alias,
Fifth Avenue, New York

Ujang melipat lmpiran surat itu semula. Tersenyum Ujang seketika. Nadira seorang sahabat perempuan yang kental. Sanggup berjauhan demi mencapai cita-cita. Perempuan memang gagah sebenarnya... memang dari segi zahir mereka nampak lemah.. Ujang akui dari segi batinnya perempuan jauh lebih kental dari lelaki. Ketabahan?? Kesetiaan?? Lelaki mustahil dapat tandinginya. Ujang seorang lelaki, namun kenyataan tetap kenyataan..

Posted by Ujang_MD :: 11/21/2007 12:54:00 PM :: 1 Comments:

Post a Comment

Tuesday, November 20

ILUSI?

Sepanjang hari Ujang bingung sendirian. Ujang kacau dengan perasaan yang pelbagai. Ujang amat benci jika perasaan ini hadir dalam benak fikiran Ujang. Entah kenapa tiba-tiba wajah Makcik Zainung muncul berkali-kali di ruang mata. Ujang berasa sesak nafas dan ada air yang bertakung di mata. Mak lihatlah anakmu yang menderita ini. Dan duduk bermenungkan begini mak mengingatkan Ujang bagaimana kita sengsara bersama dulu. Mak, kau manusia tabah yang Ujang kagumi selalu. Ujang lihat sendiri kecurangan suamimu mak ketika dulu, tapi mak masih boleh percaya?? Mak bersabar.

Ahh.. karut.. SAL?? Semudah itu Sal berubah hati dulu? Secepat itu?? Ujang masih menyayangimu Sal. Ujang cuba setia ke akhir hayat Ujang. Ujang tidak berubah sebaliknya kau yang berbohong Sal. Ujang boleh menjagamu Sal.. berilah harapan pada Ujang sekali lagi. Tiada peluang lagi kah untuk Ujang tebus kesalahan? Ujang telah pun menyerahkan seluruh hidup Ujang ini untukmu. Seluruhnya.Percayakah kau Sal???

Posted by Ujang_MD :: 11/20/2007 10:04:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

Monday, November 19

APA YANG UJANGMD SUKA?

Ujang suka Matahari???

Tak!!! sebab cahayanya memanaskan perasaan Ujang yang setia...

Jadi Ujang suka Salji???

Tak juga!!! sebab ledakannya membeku setiap ruang hati Ujang..

Ujang suka apa sebenarnya???

Ujang suka Bulan..cahayanya tak pernah menyakitkan, cahayanya memberikan seribu impian pada Ujang..biarpun kekadang cahayanya ada dan tiada, namun Ujang sedar setiap lempahan cahaya yang di pancarkan hanya untuk Ujang..Ujang yang setia melihat sinarnya..

Di hamparan langit yang luas, Ujang dikelilingi bidadari bintang yang bergerlapan, sesekali terasa cemburu keakraban antara mereka. Namun Ujang perlu akur, Ujang cuma Pungguk yang setia pada sinarannya..Ujang lah Pungguk yang tak pernah lupa pada janji itu... Bualan si pungguk yang sentiasa merasakan keindahan cahaya bulan memberikan satu kedamaian untuk Ujang....

Posted by Ujang_MD :: 11/19/2007 03:19:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

Saturday, November 17

SIAPA UJANGMD?

Ramai yang bertanya... kenapa mesti UjangMD?
Kenapa tidak orang lain?
Sebenarnya UjangMD ada jawapan tersendiri
Tapi mungkin tak sama dengan orang lain

Rupanya tak seindah pelangi
Sinarnya tak secerah mentari
Saiznya tak seluas langit,
Namun cahayanya cukup untuk menyimbah bumi..

Ada orang suka tengok UjangMD
Ada orang benci melihat UjangMD juga
Ada juga sering berbicara dengan UjangMD
Ada juga yang petah mencerca UjangMD

Walau siapa pun ...
Walau dimana pun ...
Walau apa pun anggapan ...
UjangMD tetap UjangMD..dan tak mungkin jadi orang lain
Ingat semua UjangMD juga tak pernah diminta untuk memahaminya.

UjangMD belajar menerima dan memberi ..jika itu miliknya.

Posted by Ujang_MD :: 11/17/2007 09:15:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

Thursday, November 15

SELAMAT PENGANTIN BARU



Alhamdulillah... seorang lagi kawan Ujang... atau lebih tepat lagi pengungjung setia blog Ujang... siapa tak kenal dengan celotehnya di tag board.. tak lain tak bukan memperkenalkan JUNKOPILE!! Junkopile nak bina masjid woo.... Tahniah dari UjangMD!! Ujang doakan semoga kekal ke anak cucu... yang penting sekali di harap majlis pernikahan nanti berjalan lancar seperti yang telah di rancang. Insya-Allah Ujang akan datang.... sekiranya tiada masa terluang Ujang kirim hadiah jer lah yer Junkopile.. tapi kan... bila dah bagi hadiah tu jangan lupa balas balik dengan bunga rampai ahaks... Jom kawan-kawan blogger.. ramai-ramai kita meriahkan pernikahan Junkopile.... Bila??? Ahad 9 December 2007. Untuk lebih detail klik kad jemputan di atas!!

Posted by Ujang_MD :: 11/15/2007 10:18:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

KEMBALI...

Agak lama Ujang tidak menulis blog ini. Maaf teman bukan Ujang sengaja biarkan blog ini kekosongan tanpa sebarang penulisan tapi Ujang teramat sibuk dengan final exam yang baru habis petang tadi ni. Pheww.. akhirnya baru Ujang tahu perit bila dah sambung belajar masa tua-tua bangka ni. Apa yang Ujang baca semua tak lekat di kepala .. rasa stress sangat. Entahlah Ujang tak tahu macam mana result Ujang .. adakah Ujang lepas ke sem berikutnya..Serah pada takdir jer lah sekarang.

Rindu pada kampung halaman.. itu yang dapat Ujang katakan. Alhamdulillah lepas habis exam petang tadi.. Ujang dah dapat melepas rasa lega. Tiada tekanan. Cuma sekarang Ujang perlu menjalani kursus induksi selama seminggu di Sungai Buloh. Selepas tu akhirnya dapatlah Ujang pulang ke Terengganu jumpa Makcik Zainung yang tercinta. Tapi cuma seminggu. Ujang akan bergegas ke Kuching kerana ada kursus selama seminggu di sana. Selepas tu Ujang akan singgah ke Taiping sebelum pulang ke Terengganu kembali. Begitu padat masa Ujang.. tidak macam dulu.. Banyak masa terluang. Boleh ke pantai melihat ombak.. melihat alam ciptaan Tuhan.. melihat bintang berkelipan.. tetepai sekarang semua tuh dah jauh dari Ujang. Masa yang tidak mengizinkan.. itu yang dapat Ujang tafsirkan.

Rindu lagi.. itu perasaan Ujang ketika ini. Ujang sering menyatakan hati merindui seseorang, namun Ujang tak pernah terfikir, Ujang telah mengabaikan perasaan itu kepadanya...Ujang selalu ingin dirindui, adakah Ujang pernah menjadi perindu pada dirinya..Ujang ingin selalu disayangi, namun pernah kah Ujang pamirkan sayang itu dihatinya..

Mungkin Ujang tersilap memberi andaian. Jika ingin dirindu, hanya perlu menjadi penunggu rindu..Jika ingin disayangi, hanya perlu menanti sayangnya. Kerana andaian itu, mungkin Ujang akan kehilangan insan yang pernah berada dihati..kerana itu hati terlalu rindu padanya. Kerana itu, rindu tak pernah sampai untuknya..dan kerana rindu juga, kenangan itu hampir lenyap dari kamus hidupnya.

Andai hari ini, masih ada rindu itu, sampaikan tinta rindu untuknya..Biarpun ucapan itu semakin lemah, biarpun bicara itu semakin perlahan..katakan rindu itu miliknya. Rindu ini tak pernah padam, rindu ini tertanam di hati, terkubur di jiwa..

Posted by Ujang_MD :: 11/15/2007 09:35:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.