"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Tuesday, May 10

Kisah Malang Seorang Lelaki PLU (1-5 episode)

Keheningan pagi bandar begitu menyentuh perasaanku. Namun, terpaksa juga aku tinggalkan lantaran tak sanggup lagi menanggung derita mental. Padahal dari segi bisnes, bandar tersebut merupakan kota bertuah bagiku. Bandar XX telah memberikan curahan rezeki yang tak terkira banyaknya. Memang kuakui bahawa aku bukanlah lelaki yang benar-benar suci, sebab selain aku menyintai isteriku, aku juga turut menyintai lelaki. Mungkin lucu jika aku katakan sejujurnya bahawa aku sangat menyintai isteriku Bella, tetapi mengapa aku juga boleh menyintai sesama jenis, walaupun kini sudah mulai pulih..?
Aku di lahirkan pada 7 Jun 19-- sebagai anak bongsu dari 2 adik beradik yang kesemuanya lelaki. Di sebabkan masa dulu masih belum membangun seperti sekarang, ayah hanya seorang peniaga kecil dan ibu pula seorang suri rumah, maka keadaan ekonomi keluarga kami juga adalah sukar. Kerana itulah sejak kecil lagi ayah selalu mengingatkan kepada anak-anaknya, agar tidak berharap agar dapat melanjutkan pelajaran peringkat yang lebih tinggi.
Memang benar pun, untuk menamatkan SPM sahaja aku harus membanting tulang menjual kuih muih yang di sediakan oleh ibu dengan menghantarkannya di warung-warung yang sudi menjualkannya. Hasil jualan akan kami berikan kepada ayah untuk dijadikan modal keesokan harinya pula.
Jangan katakan duit lebih, untuk maakn pun kami harus rela dengan menu yang agak sederhana. Demikianlah sukarnya kehidupanku di masa lalu, sehinggakan masa remajaku hilang percuma tanpa aktiviti-aktiviti yang menggembirakan kecuali kenangan pahit semata-mata.
Walau bagaimanapun, aku masih boleh bersyukur kerana memiliki fizikal yang sempurna sebagaimana teman-temanku yang lain. Bah kan aku boleh lah di kategorikan (cukup-cukup makan.. "can do"). Aku tetap aktif melakukan aktiviti- aktiviti olahraga , bersosial dan sebagainya tanpa pernah berasa malu. Namun apa yang aku tak dapat lupakan ialah naluriku. Sifat inilah yang tak dapat aku sembunyikan dalam diriku..Aku berasa seperti orang bodoh dan kerdil. Namun aku tak punya kekuatan untuk membela diri. Aku hanya mampu berharap semoga aku dapat memperbaiki diri. Pada tahun 1995 aku berjaya menamatkan SPMku. Tetapi kerana masalah kewangan, aku tidak punya pilihan selain mencari pekerjaan. Bagaimanapun bukanlah semudah membalikkan tangan meminta belas kasihan orang, apalagi bagi yang belum berpengalaman sepertiku.
Sebagai seorang penganggur, aku mudah menjadi marah apabila di tegur. Orang tuaku sendiri telah menjadi serik untuk berbicara denganku. Aku menjadi semakin berkecamuk, sehinggalah aku menemui seorang teman lamaku ketika di sekolah menengah dulu... Namanya Razman, dan ketika itu penampilannya sudah jauh berbeza. Dia kini lebih tampan dan bersih dengan berpakaian yang serba mahal dan moden, bahkan "perfume"nya juga begitu menusuk hidungku. Aksesori pakaiannya juga kelihatan agak berlebihan dengan mengenakan rantai dan gelang yang menempel di badannya , menjadikan dia lebih hebat dariku(menyerlahkan dirinya sebagai plu). Jika nak dikirakan secara realitinya aku lebih berwajah tampan darinya (siap angkat ekor sendiri ekee). Razman tanpa ku tanya telah menceritakan perjalanan hidupnya selepas SPM. Sungguh tak ku sangka bahawa jejaka berbadan tegap seperti dia bekerja di dunia dandanan rambut serta telah memiliki tiga buah saloon dengan tenaga pekerja seramai 14 orang.(ingatkan fonen jer yang buka saloon nie.. jantan pun buka jgk ). Melihat keadaan aku yang masih menganggur, dia terus menawarkan aku untuk membantunya di saloon.(boleh ker aku bekerja di saloon. aku bukannnya fonen). Sejak dari itulah gaya hidupku berubah...(to be continue)

(azmie... chendering,kuala terengganu)

Posted by Ujang_MD :: 5/10/2005 11:10:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.