"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Saturday, September 22

DEKAT ATAU JAUH

Kata orang, pandangan lelaki selalunya jauh-jauh. Sebab itu yang dekat-dekat jarang lelaki nampak. Kata orang, pandangan wanita itu di dekat-dekat. Sebab itu di dalam hal-hal pendidikan, penjagaan serta urusan mengemas perempuan lebih hebat dari lelaki..hmmm..Tiba-tiba Ujang bagai tersedar sesuatu..

Dalam asyik teropong yang jauh-jauh, terlupa ada insan yang berdekatan..Insan yang sering berikan perhatian tetapi tak pernah dihiraukan..Insan yang tak putus-putus berikan harapan, namun tidak Ujang sedar rupanya Ujang membalas dengan kehampaan..
Ujang tak sedar, rupanya insan yang Ujang anggap kawan itu, sebenarnya telah melakukan apa yang lebih bermakna dari erti persahabatan...Mungkinkah itu ertinya teman !!!

Ahh... malas Ujang nak fikir.. kata Kak Mayang jangan peningkan kepala fikirkan yang bukan-bukan terus pandang kehadapan.. tapi awas jangan pandang belakang ehehe!!

Posted by Ujang_MD :: 9/22/2007 06:21:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

Monday, September 17

ADUH PERASAAN

Ujang pun bingung kenapa Ujang menjadi pemendam rasa..

Sebulan menjadi pemendam amat memedihkan naluri dan emosi. Namun desakan dan keadaan membuatkan Ujang terpaksa menanggung bebanan ini. Ujang bukanlah jenis manusia yang kuat dan tabah menyimpan rasa. Bila hati berbicara pasti lidah mengungkap kata.

Sebulan ini kurang lebih Ujang telah bertukar rupa. Terpaksa menjadi manusia jadian lain peranan. Kalau ikutkan hati ini, mahu saja dibiar barah memakan rasa. Tapi akal menjanjikan suatu logikal bahawa selagi dipendam semakin diperkasam.. keadaan yang harum mendikit menjadi masam. bicara akal, luahkan saja..biar pedih sekarang,namun menjamin kemanisan berpanjangan.

Namun terfikir sekarang, bila keadaan sudah agak lewat, bila bebanan rasa telah diungkap kata, kadang kadang menjadi pemendam rasa adalah lebih baik dari suka melafaz kata. Biar terpaksa berpura. Kerana diri ini lemah amat menanggung derita ini. Mata yang berat pun tak mahu lagi berehat. Perut yang lapar juga tak dipeduli lagi. Kaki melangkah ke merata tanpa ada tujuan. Diri berasa keseorangan. Semangat melayang tak pulang -pulang.

Ujang menanggung duka derita bila hati terlalu berat menanggung pelbagai persoalan tanpa penjelasan. Sekarang menanggung pula derita bila kesal meminta penjelasan.

Posted by Ujang_MD :: 9/17/2007 09:20:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

Wednesday, September 12

KELUHAN HATI

Rasa ingin seperti berlari ..mencari, sedangkan jaraknya terlalu hampir. Siapa tahu, hati sekecil itu berani memendam rasa. Siapa tahu, rahsia hati yang sering mencari di mana rindu itu. Atau hanya datang untuk menjahit semula resah yang kian terlerai dari langkah yang tersasar. Jika Ujang mahu diterima, Ujang harus belajar menerima diri sendiri...Betul kan??

Adakalanya sesuatu yang tak mampu dilaksanakan, akan mendatangkan rasa kekesalan. Jika terus dibiarkan, mungkin akan menyesal seumur hidup. Cukupkah dengan memujuk hati, agar dapat melupakan sesuatu yang tertangguh selama ini!! Ujang sendiri pun tak pasti.

Tak mungkin masa di kembalikan semula. Biarpun semua orang kata 'Life must go on'. Namun setiap hakikat yang diterima, tak sama yang di alami. The most difficult phase of life is not when you don't understand yourself. Mungkin sesuatu yang berlalu amat bernilai untuk di kenang, amat sayang untuk dibuang, dan amat pedih untuk di simpan. Betul kan??

Ada ketikanya, tidak nampak atau tidak perasan kesilapan yang dilakukan. Hinggalah ditegur. Ada ketikanya kesilapan itu benar, tapi amat sukar untuk memaafkan. Namun ada ketikanya memang sedar, tiada apa-apa kesilapan yang dilakukan, tapi masih tidak dapat menerima hakikatnya. Pasti bukan??

Ada ketikanya, akan terasa kehilangan, sedangkan sesuatu yang hilang itu ada dihadapan kita. Ada ketikanya tercari sesuatu yang lalu, sedangkan yang hilang itu telah lama terkubur. Ujang janganlah terlalu banyak membanding, nanti sukar untuk membezakan, jangan terlalu banyak memilih, nanti tak tahu untuk membuat keputusan. It's better to be hated for what you are, than to be loved for something you are not. Yeah.. im try.. selamat berpuasa kalian!!

Posted by Ujang_MD :: 9/12/2007 09:43:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

Saturday, September 8

BERIKAN KEKUATAN

Ujang kira perjalanan hari-hari sebelum ini memang begitu menyedihkan. Berbagai cerita disebaliknya Ujang lalui diluar kesedaran hati. Di sebalik resah dan duka, berbagai semangat dan dorongan Ujang perolehi. Melalui kawan, teman, sahabat, seseorang yang sudi menyanjung masa menemani Ujang biarpun seketika semuanya Ujang hargai dengan seikhlas hati.
Bermula disini, Ujang belajar sesuatu yang semakin jauh dari hati..mungkin. Kekuatan yang ada, semakin menjejaskan keyakinan. Namun "seseorang" yang tak pernah jemu mengubati dengan semangat 'kekuatan' melahirkan semangat rasa dijiwa, kekuatan yang terbatas Ujang cuba selitkan dengan keyakinan..kerana disebalik gambaran yang tertulis, telah terlumrah dengan hikmahNya..kenapa mesti menolak dengan kesedihan..
Bukan diantara Ujang dengannya ada talian..cuma sekadar bersua di maya..namun tak pernah meninggalkan sedetik waktu Ujang bersendirian...berbagai maklumat dikumpul..berbagai cara dan cadangan diberi. Jika tiada had yang ada, mungkin sanggup menemani di sisi..berbual dan memberikan kekuatan itu..mengutip setiap duka dan dilepaskan untuk mengembirakan hati ini..siapakah sebenarnya teman ini..??? Tentu Kak Mayang yang Ujang kasihi.... Terima kasih yer kak!!
Terima kasih Kak Mayang, yang sudi hantarkan apa jua pertolongan pada Ujang ketika Ujang berada jauh ditabir awan..dan untuk Kak Mayang yang sentiasa ingin berkongsi masalah biarpun Ujang jarang bertamu..dan Untuk Kak Mayang yang banyak membantu ketika Ujang disituasi begitu...
Rasa terlalu banyak masa, bila disedari..banyak pula yang belum dilaksanakan...seolah-olah detik itu tak mencukupi..Mengingati semula detik perbualan itu....apakah selama ini masa itu tidak begitu penting hinggakan tanpa disedari terlalu lama semua itu ditinggalkan..Masa tak pernah kejam meninggalkan setiap saatnya. Malah Ujang jarang sekali untuk melihat perjalanan masa itu ..hingga bila tersedar..seoalah-olah masa tidak cukup untuk menanti... Perjalanan masa semakin terbatas..atau Ujang perlukan sedikit lagi masa untuk saling mengenali kehidupan ini????

Ujang ingin mengejar masa..supaya detik itu dapat seiring menyinari insan yang disayangi..

Posted by Ujang_MD :: 9/08/2007 05:24:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

Thursday, September 6

DETIK HARI LAHIR!!

Saat Ujang dipenuhi perasaan rindu, Ujang ucap dengan penuh harap dan balutlah dengan keyakinan. Ujang pasti sang bayu yang berhembus lembut akan mengirimnya pada orang-orang yang Ujang rindui. Pasti alunan mesra pupukan bayu akan membias bersama aroma rindu, melintasi samudera, menerobos ruang juga waktu menemui dia yang dituju. Dan rindu pun menyatu dalam mimpi indah yang bertamu. Indahnya.... hanya Tuhan saja yang tahu..

Pernah Ujang fikir untuk siapakah kerinduan Ujang ini?? Sering berlegar di kamar hati ini sehingga kini Ujang masih tidak mengerti untuk siapakah perasaan ini..
Pernah juga Ujang bertanya pada sang bayu petang namun seperti biasa tiada Ujang temui jawapan, lantas terus Ujang bertanya pada angin malam tapi segalanya tetap kelam.

Ketika ini hujan yang turun terus mencurah. Tatkala ini juga jiwa merindu penuh resah. Hati berkata jiwa merasa kerana betapa kuat kerinduan yang bertapa. Ujang terdiam dalam kegelisahan mencari erti sebuah kerinduan. Pergilah wahai rasa yang mendera jiwa.. bebaskan Ujang dari belenggu yang menyeksa...

Tanggal jam 12 tengah malam nanti.. maka genaplah Umur Ujang 2+. Tak sabar menunggu Makcik Zainung menelefon ucap selamat hari lahir... Tak sabar juga menunggu kak mayang ucapkan sesuatu pada Ujang.. Tapi terima kasih kepada kawan baik Ujang di atas kek secret recipe dan mug beserta coklat yang di berikan.. hanya ucapan terima kasih dapat Ujang hulurkan.. tanda ucapan terima kasih di atas pemberian dan ingatan... terima kasih!! Ujang tak sabar nak tunggu detik nih!!

Posted by Ujang_MD :: 9/06/2007 10:19:00 PM :: 1 Comments:

Post a Comment

Wednesday, September 5

BIINGUNG

Ujang agak runsing dengan kesihatan Ujang sekarang ini. Bingung pun ada!!! Kenapa Ujang sering sangat demam... Pergi ke klinik pergi buat ujian darah tak ada apa.. Selama 3 bulan Ujang tinggal di Sungai Buloh ini sudah 4 kali Ujang demam.. Bukan sehari dua tetapi memakan masa selama 4-5 hari. Sudah dua kali Ujang pergi test darah... Tak puas hati dengan goverment punya Ujang pergi pula ke klinik swasta.. tetapi tetap sama.. Tak ada apa yang mencurigakan.
Ujang selalu bagi tahu makcik zainung masalah kesihatan Ujang tak menentu.. di suruhnya Ujang pulang.. tapi nak buat macam mana masa begitu terhad untuk Ujang pulang ke kampung. Ujang masih ingat lagi.. kalau Ujang demam... makcik zainung pasti jaga Ujang.. Kalau Ujang muntah Makcik Zainung tolong ambilkan kain.. Kalau tubuh Ujang panas Makcik Zainung lah yang ambil kain basah letak di atas dahi Ujang..
Jika Ujang tiada selera untuk makan.. pasti Makcik Zainung akan masak bubur berlaukkan daging pedas... Tapi sekarang??? Cuma Ujang dapat bagi tahu yang Ujang demam..tapi semua kerja Ujang kena buat sendiri.. Ujang tahu Ujang kena berdikari sendiri namun Ujnag sedar segala kenangan Ujang dengan Mak pasti Ujang tak kan dapat lupakan sampai bila-bila. Kata Kak Mayang Ujang patut pasrah... Yer... Ujang pasti.. walaupun perit..
Hari-hari yang Ujang lalui di sini agak suram.. penuh kesedihan.. Bukan tiada kawan sebagai peneman tetapi tidak sama dengan buah hati Ujang iaitu makcik zainung yang tersayang. Bila Ujang sendirian ujang teringatkan Mak.. Biarlah orang nak cakap Ujang lembik.. Ujang tak kisah. sebab Ujang memang punyai perasaan yang lemah... Namun masih ada yang sudi memberi semangat pada Ujang... Dia selalu ada di sisi Ujang.. Walau tak semanis senyuman namun sedikit sebanyak hadirnya Kak Mayang buat Ujang berhati girang..

Posted by Ujang_MD :: 9/05/2007 10:53:00 PM :: 1 Comments:

Post a Comment

Saturday, September 1

TERIMA KASIH

Ujang dah tahu nak cakap apa lagi untuk entry kali ini. Cuma di sini Ujang mahu berterima kasih pada seseorang yang banyak menceriakan hidup Ujang. Terima kasih Kak Mayang. Dia banyak buat Ujang tersenyum. Dia banyak buat Ujang riang ketawa. Ujang mahu berterima kasih kepada Tuhan kerana menemukan Ujang dengan Kak Mayang. Tatkala diri ini ketandusan.. Kak Mayang banyak memberi sokongan. Walaupun masih belum ernah berjumpa tetapi Ujang rasakan sudah lama mengenali Kak Mayang.

Kak Mayang terima kasih atas bantuan yang di hulurkan. Cuma ungkapan terima kasih sahaja yang dapat Ujang lafazkan. Ujang pun kadang2 tersenyum seorang diri.. kenapa Ujang dengan Kak Mayang begitu akrab sekali. Dulu sekadar berbicara di blog ini tetapi sekarang sudah melebihi percakapan ilusi dan sekarang Ujang dah berkongsi suka dan suka dengannya. Terima kasih..

Posted by Ujang_MD :: 9/01/2007 01:21:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.