"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Tuesday, July 12

Dua Jenis XXX!!

Terdapat dua kelompok gay. Kelompok pertama adalah gay tulen atau sejati. Kelompok ini hanya meminati lelaki. Lazimnya, mereka hanya tertarik kepada kaum adam. Sentuhan selamba seorang lelaki pada mana-mana bahagian tubuh mereka sudah cukup untuk membangkitkan keghairahan mereka. Lelaki yang tergolong dalam kumpulan ini akan mencari pasangan yang menunjukkan kecendurangan yang sama. Mereka akan berhati-hati dalam mencari pasangan kerana takut kegiatan mereka dihidu oleh orang lain. Mereka mampu mendapat ereksi walau dengan hanya melihat dada seorang lelaki yang terdedah.
Sekiranya lelaki gay tidak berjaya mendapat pasangan untuk melayani keinginan seksnya, dia akan melakukan onani untuk memuaskan nafsu. Lelaki yang tergolong dalam kumpulan ini juga jarang bergaul dengan wanita. Mereka selalunya tidak meminati wanita. Kalau pun ada gay yang bergaul dengan wanita, mereka tidak akan begitu rapat dan akan cuba mengelakkan diri daripada terlalu intim dengan wanita. Walaupun mereka berdampingan dengan wanita cantik yang mengghairahkan, nafsu syahwat golongan gay biasanya tidak terangsang. Malah, salah seorang lelaki gay yang ditemui berkata, dia membenci wanita kerana wanita dilihat sebagai saingan yang mampu memikat lelaki lain. Golongan gay seperti ini juga tidak akan mendirikan rumah tangga dengan erti kata, tidak akan mengahwini wanita. Seorang lagi responden yang ingin dikenali sebagai Rick menyatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang rasa ghairah terhadap wanita lalu hanya melihat mereka sebagai manusia yang boleh dibuat kawan. Itu sahaja. Dia amat menyayangi pasangannya yang juga seorang gay. Menurut Rick, dalam hubungan itu, dia memainkan peranan wanita manakala pasangannya memainkan peranan lelaki. Jangan terkejut jika anda berpeluang mengunjungi ruang tamunya. Gambar-gambar lelaki bogel dan dalam aksi yang mengghairahkan memenuhi dinding ruang tamu. Tidak kurang juga foto Rick dan pasangannya dalam pelbagai pose. Kelompok kedua pula diklasifikasikan sebagai biseksual. Maksudnya, mereka menjalin hubungan seksual dengan kedua-dua jantina; wanita mahupun lelaki. Lelaki yang tergolong dalam kategori ini mungkin sudah berumahtangga dan mempunyai cahaya mata. Malah, ramai lelaki biseksual berkahwin sekadar untuk menyembunyikan rahsia hitam mengenai orientasi seksual sebenar mereka. Mereka sedar bahawa mereka adalah gay tetapi sekiranya mereka mempunyai isteri dan anak, maka tiada siapa pun yang dapat mengesan orientasi seks mereka yang sebenar. Tambahan pula, secara fizikal, mereka kelihatan seperti lelaki sejati dan normal. Beberapa lelaki biseksual yang sempat diwawancara berkata, tiada siapa pun dapat menghidu naluri seksual luar biasa mereka kerana mereka licik mengatur langkah. Mereka mempunyai dua identiti; satu sebagai lelaki normal yang bernafsu terhadap wanita dan satu lagi sebagai gay yang bernafsu terhadap lelaki. Lelaki biseksual bukanlah mandul. Cuma naluri dan keinginan seksual mereka luar biasa. Mereka mampu mengadakan hubungan seks dengan wanita dan mampu pula bergelar bapa. Namun, secara semula jadi, mereka lebih puas melakukan hubungan seks dengan kaum sejenis. Ada yang mengatakan bahawa apabila mereka menjalin hubungan intim bersama isteri, mereka masih membayangkan diri mereka bersama-sama lelaki lain. Fantasi seperti ini dikatakan amat membangkitkan nafsu mereka! Gay biseksual dikatakan lebih berbahaya berbanding gay biasa. Lelaki biseksual tidak akan teragak-agak melakukan apa sahaja terhadap sesiapa yang cuba menggugat hubungan mereka dengan lelaki lain. Sekiranya mereka mendapati hubungan luar tabii mereka terancam, maka mereka akan hilang pertimbangan. Perangai mereka tidak ubah seperti seorang pesakit jiwa. Menurut pengkaji dari Amerika Syarikat, golongan lelaki biseksual hanya mementingkan diri sendiri dan tidak mengambil kira perasaan orang lain sama ada ahli keluarga, sanak-saudara atau anak sendiri. Pasangan gay menjadi lebih penting daripada isteri. Hal ini diakui beberapa lelaki biseksual yang ditemui. Mereka juga mengaku bahawa mereka tidak mampu memuaskan isteri masing-masing kerana sebenarnya mereka tidak mempunyai sebarang naluri seksual terhadap isteri. Keinginan yang melimpah-limpah untuk melakukan hubungan seks dengan kaum sejenis biasanya menutup keinginan mereka untuk berasmara dengan wanita. Biasanya perkahwinan golongan biseksual berakhir dengan penceraian kerana mereka tidak mendapat kepuasan yang diinginkan daripada isteri mereka iaitu seorang wanita. Sebaliknya, mereka akan terus menjalin hubungan dengan pasangan sejenis walaupun undang-undang tidak membenarkan perkahwinan sejenis.

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com

Posted by Ujang_MD :: 7/12/2005 10:47:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.