"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Wednesday, December 28

SERIBU SATU HAL MENGENAI VIAGRA!!

Adus.. pening gak bila pikir bab penggunaan viagra nie... ye lah kegunaannya semata2 untuk hubungan ###!! tapi kesan sampingannya seribu satu macam.. duk baca artikel pasal menatang haram jadah nie.. rasa takut pun ada huhuhu!! So ujang share ngan korang semua.. renungkanlah.. nak buang semua yang negatif dah hehehe!!!

SlLDENAFIL citrate adalah nama saintifik bagi Viagra. Iadiambil daripada kumpulan ubat-ubatan yang dipanggilPhosphosiesterase inhibitors. Fungsinya adalah untuk menghalang aktiviti sesuatu enzim.Pada masa sildenafil gagal menunjukkan kesannya mengawal ketidaknormalan tekanan darah tinggi, didapati pula kebanyakan pesakit yang mengamalkan kumpulan ubat ini yang kebetulan mempunyai masalah mati pucuk, dilaporkan mengalami ketegangan zakar.

Bagaimanakah sildenafil berfungsi?
Sildenafil berfungsi dengan menghalang enzim yang terdapat di dalam zakar yang secara semula jadinya menghasilkan bahan kimia dipanggil cyclic GMP. Cyclic GMP terhasil apabila berlakunya rangsangan seksual.Ia amat penting dalam mewujud dan mengekalkan ketegangan zakar secara normal. Lebih lama cyclic GMP berada di dalam zakar, peluang untuk mencapai dan mengekalkan ketegangan zakar adalah lebih baik.

APAKAH KESAN KESAN SAMPINGANNYA?
Sakit Kepala
kesan sampingan yang biasa berlaku. Satu daripada 10 lelaki men galami sakit kepala dan tambah teruk lagi apabila mengambil dos yang lebih tinggi.

Gangguan visual (buta warna) kehilangan kebolehan untuk membezakan antara biru dan hijau. Ini kerana mata mengandungi enzim yang lebih kurang sama dengan enzim yang dikeluarkan oleh Viagra. Lebih kurang tiga peratus pengguna mengalami masalah penglihatan

Tekanan darah rendah secara tiba-tiba tekanan darah rendah boleh berlaku Viagra bersama nitroglycerin atau ubat anti-hypertensive berisiko sama ada jatuh pengsan atau kejutan.

Priapism Walaupun ia tidak pernah berlaku dalam ujian, mengikut teori, lelaki yang mempunyai penyakit anemia, leukemia atau urethral inflammation menghadapi risiko mendapat priapism (ketegangan yang tidak normal selama empat Jam atau lebih). Tanpa rawatan, priapism akan menyebabkan kerosakan tisu dan menyebabkan impotens.

Koronari Koital Kadangkala impotens adalah petanda awal penyakit jantung, kencing manis dan beberapa jenis kanser. Mengambil Viagra mungkin boleh mengancam jiwa. Lelaki yang mempunyai masalah koronari dan tidak melakukan hubungan seksual beberapa tahun perlu berjumpa doktor.

Penganiayaan Tidak siapa tahu kesan-kesan jangka panjang pengambilan Viagra yang terlalu banyak terutama kepada lelaki yang menyalahgunakannya. Walaupun secara relatifnya ia merupakan ubat yang selamat, terdapat kemungkinan pengguna secara psikologi akan terlalu bergantung kepadanya dan tidak boleh mencapai ketegangan tanpa Viagra.


Posted by Ujang_MD :: 12/28/2005 02:27:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.