Ini merupakan first posting dari Sal. Abg Ujang serahkan blog ni pada Sal. Sal tak pandai nak handle blog yg kompleks ni. Banyak sangat aplikasinya. Jadik, Sal ambik keputusan untuk handle blogging part saja. Yang lain-lain biar Abg Ujang yang uruskan...
Holiday kat Cameron tempohari memang banyak meninggalkan kenangan buat kami berdua. Terasa begitu indah sekali bila saban hari kita terjaga dari tidur dan melihat orang yang kita sayang berada di sisi dan sedang enak dibuai mimpi indah (bukan mimpi basah ye sayang..hehehehe). Bukan kat sebarang tempat pulak tu tapi nun jauh di puncak dunia.... hehehehehe...
4 hari kami bersama terasa waktu berlalu begitu pantas. Memang terasa MASA amat mencemburui kami berdua. Saat yang paling aku tak dapat lupakan ialah bila Abg Ujang suruh aku stop driving sekejap di tengah-tengah hutan belantara dalam perjalanan ke Cameron. Masa tu aku dah gabra gile. Ingatkan Abang Ujang kena rasuk ke ape ke. Ye la, tak pasal2 suruh aku berhenti driving. Kat tengah2 hutan pulak tu. Rupe2nya, Abang Ujang nak kiss pipi aku sambil wish hepi besday. Aku tergamam sekejap. Bila tgk jam kat dashboard kereta, baru aku perasan masa tu dah pukul 12.00 tengah malam. Waaaaaaa........ dah bertambah lagi umur aku rupenye. Patut la rasa lain macam jek....huhuhuhu. Aku rasa terharu sangat bila Abang Ujang buat macam tu. Benar2 rasa diri ni dihargai....
Di puncak gunung tu, kami jadi macam belangkas. Ke hulu ke hilir seperti pasangan yang sedang mabuk dalam dunia percintaan mereka sendiri. Rasa macam best gile bila Abang Ujang dengan selambe suap aku makan kat tengah2 orang ramai. Langsung takde segan2. Waaa..... tak pernah aku rasa macam ni punya daring time bercinta...first time neh....huhuhuhuh....
Banyak tempat yang kami lawat semasa di Cameron Highlands. Siap ambik gambar guna video camera lagi. Ada satu part tu, semasa kami petik Strawberry kat ladang. Kami ada mengajar sorang nyonya ni buat keje jahat mencurik buah-buah Strawberry kat satu partition ni. Tokey ladang ni bijak tau. Partition yang ade buah Strawberry yang besar2 dia tak bagi masuk. NO entry katanya....cessssss. Customer dah bayar mahal2, dia bagi petik Strawberry yang bantut2 je ek. Siap la kauuuu.....So, aku & Abg Ujang pun memulakan aktiviti mencurik Strawberry. Best woo....buat keje jahat dengan mencurik buah Strawberry. Buah tu pulak memang besar2 & rangup2. Kecur air liur. Memang suka sgt bila dapat petik strawberry yang besar2 dan merah menyala macam tu.
Berbalik pada kisah nyonya tadi. Nyonya ni dah penah kena sound dengan tukang kebun kat situ sebab petik Strawberry kat kawasan larangan. Tapi nyonya ni tak pernah serik. Bila kami ajak dia mencurik Strawberry, dia boleh ikut lagi. Kami ni pulak jenis manusia yang tak tamak. Jadik kami petik ala kadar je la. Yang aku heran tu, nyonya ni tak pernah puas. Dia terus sambung petik Strawberry walaupun kami dah siap memetik. Nyonya tu siap terbongkok2 menyorok di balik rimbunan daun Strawberry yang menghijau. Dia igt tukang kebun kat situ tak nampak dia mengendap2 macam tu. Sekali KANTOI !!!....Apa lagi, kaw-kaw si nyonya tu kena sound...huhuhuhuhu. Part yang kelakar tu bila si Nyonya ni boleh buat muka paling bodoh dan paling selamba dalam dunia walaupun dia dah kena sound bertubi2. Boleh nyonya tu buat muka tenggiling macam tu. Memang takde perasaan langsung...ekekekekeke...
Dalam saat manis bercinta tu, sudah pasti ada satu dua peristiwa yang membuatkan kami bertengkar & merajuk, kan. Tapi aku rasa benda tu makin merapatkan hubungan kami berdua. Aku makin mengenali diri Abg Ujang dan Abg Ujang juga makin mengenali siapa diri aku.....Sepanjang tempoh holiday, memang banyak peristiwa pahit manis yang telah mengajar kami tentang erti kejujuran, tanggungjawab, cemburu & kasih sayang yang sejati. Aku sgt bersyukur pada tuhan kerana dalam meniti kehidupan di atas mukabumi ni, aku telah dipertemukan dengan insan seperti Abg Ujang yang amat jujur & ikhlas dalam menghargai cinta... Dan setiap kali aku mengenangkan tentang ini, sudah pasti airmata aku akan gugur kerana gembira.....
Abang Ujang, Sal amat mencintai Abang Ujang. Sal nak kita sama2 bahagia. Sal nak Abg Ujang jadi insan yang paling bertuah dan paling gembira kat atas mukabumi ni. Sal tak hiraukan pasal orang lain dah. Apa diorang nak cakap, cakaplah. Pada Sal, Sal dah ada plan yang tersendiri untuk menentukan masa depan Sal. Sal akan handle plan ni slow2 dan berhati2 supaya kita tidak tergelincir. Sal taknak tergesa2 kerana sekali tersalah step, padahnya akan menimpa diri Sal dan diri abang sendiri....
Sayang, Sal harap sayang tak khianati cinta kita. Sal sekarang bukan Sal macam dulu lagi. Abang Ujang sekarang pun bukan macam Abang Ujang yang dulu lagi. Kuasa cinta telah berjaya mengubah diri kita berdua. Kita berdua menjadi insan yang amat menghargai dan mengkagumi cinta....
8 June 2006, 8:34 am. Sayang, Sal tau. Ketika ini, saat ini. Ada satu perkara besar telah berlaku dalam hidup sayang. Perkara yang bakal menentukan halatuju jatidiri insan yang dikenali sebagai UjangMD. Perkara yang akan menjadi sejarah penting dalam hidup insan yang dikenali sebagai UjangMD. Perkara yang bakal menjadi pertarungan antara maruah dan kasih sayang insan yang dikenali sebagai UjangMD. Dan perkara ini juga bakal menentukan masa depan hubungan kita.....
Sayang, Perkara ini bukan datang dengan sendiri TAPI kita sendiri yang mencarinya. Semuanya kerana terlampau jujur dengan perkara2 yang MEMANG WAJIB kita merahsiakannya. Kejujuran itu memang penting dalam sesuatu perhubungan. Tetapi kejujuran yang membabi buta kelak akan memusnahkan diri kita sendiri.....
Sayang, Inilah realiti kehidupan kita semua sebagai makhluk tuhan di mukabumi ni. Kita dijadikan bersuku2 dan berpuak2 agar kita belajar mengenali antara satu suku dengan suku yang lain. Tapi perlu di ingat, tidak semua suku boleh menerima suku yang lain. Tidak semua puak boleh menerima puak yang lain. Dan kerana itulah sejak dari dulu, sejak dari zaman Adam as, manusia tidak pernah berhenti berperang. Semuanya kerana sifat ingin menakluki PEMIKIRAN dan CARA HIDUP suku yang lain. Inilah realiti kehidupan.
Sayang, 6 June 2006. Pada tarikh ini, kita telah menyalakan api peperangan. Kita bertempur di medan peperangan tanpa persediaan yang rapi. Kita berdua berhadapan dengan 1000 musuh yang lengkap bersenjata. Tapi sayang, kita ada panah kasih sayang dan busar cinta yang sejati... Kita akan gunakan panah & busar ini untuk menentang musuh kita. Walaupun perlahan dan memakan masa berpuluh tahun, kita TAKKAN TEWAS sayang....ini janji Sal. Ini sumpah Sal. Semoga kasih sayang kita kekal hingga ke akhir hayat.
Sayang, Saya cintakan awak sampai saya mati.....
Posted by Ujang_MD ::
6/08/2006 09:22:00 AM ::
0 Comments: