PAGI ini dingin sekali. Gumpalan asap akan kelihatan setiap kali Ujang menghembuskan nafas. Ujang meniup udara ke kedua-dua tapak tangan Ujang. Kemudian Ujang menggosokkan kedua-duanya laju-laju untuk mendapatkan haba. Ujang memandang ke arah langit. Tak nampak apapun kecuali awan pekat menyelimuti alam sekeliling. Angin dingin kelihatan menolak awan menghala ke ufuk barat. Ia sedang mengumpul awan ke daerah-daerah tertentu.. entahlah daerah mana kan???sebelum membiarkannya gugur sebagai hujan. Begitulah putaran alam. Tapi.. Ujang tak macam awan tuh.. Ujang senang sekarang keh keh keh..
Dengar perkataan bebas pun hati nie dah mula terlonjak gembira.. entah lah Ujang cukup riang sekarang... Cukup rasa diri ini bahagia tatkala diri ini yang dulu di landa derita chewahh.. betull .. Ujang cakap begitu sebab ujang dapat rasakan yang jiwa ujang nih seakan dah bebas.. bebas dari segala hal.kerana Ujang berjalan mengikuti kemana kaki Ujang ingin melangkah, Ujang melihat mengikuti kemana mata Ujang ingin memandang, Ujang berlari mengikuti arah yang Ujang cuba buat sendiri, Ujang juga cuba terbang dengan sayap Ujang. Ujang mendengar sesuka telinga Ujang dan Ujang bermimpi sesuka imaginasi Ujang kerana sekarang Jiwa Ujang bebas... Ujang juga berusaha dengan kaki Ujang, Ujang berusaha dengan mata Ujang, Ujang berusaha dengan arah Ujang, Ujang juga berusaha dengan sayap Ujang, Ujang berusaha dengan telinga Ujang serta Ujang cuba berusaha dengan mimpi Ujang agar selalu menuju kearah Sang Pencipta.. Dan Kini ujang dapat semua itu.. alhamdulillah...
"Mereka lihat kutersenyum gembira bagai tiada duka begitu indah dipandangan.."
Alahai, sesuai dengan kata-kata diatas.. hari ini, Ujang berasa gembira.. tak tau kenapa.. mungkin dah habis semua beban di kepala kut.. Ujang pun tak tau.. bangun jerk gembira.. yer ker.. tak tau apa petanda.. Ujang pun malas nak menakwil atau menafsirkan.. yang penting Ujang gembira dan tersenyum.. Muahahaha....
Entah ler... kadang2 Ujang hanya tersenyum mengenangkan kehidupan ini... Kadang2 kehidupan yang mainkan kita kan?? hahahaaha!! Niee ha.. kawan Ujang sorang nih pun macam dah putus cinta.. Semalam ada call Ujang mintak nasihat.... Pandai ker Ujang nak nasihat??? Wakakaa... Diri sendiri lintang pukang macam lahabau.. ada hati nak nasihat orang.. tapi Ujang ada experience.. so apasalah Ujang kongsi kan??? Pengalaman akan mematangkan seseorang.. so tak salah kan Ujang kasi nasihat?? walau diri sendiri hampir jadi orang bodoh dulu?? hehehee
Kawan Ujang cakap.. adakah patut dia menjauhkan diri dari orang yang di cintainya??? Ouch.. sama dengan Ujang dulu.. Ujang pun pernah alami perkara yang sama...Katanya lagi..Aku membawa diri kerana aku pasti aku tidak lagi di perlu. Aku tidak mencari kerana aku yakin dia tidak akan peduli. Dan aku berjaya buktikannya. Itulah jawapan yg aku inginkan… bila dia tidak lagi mencari.. secara automatiknya.. jawapan sudah dapat aku perolehi....
Kata kawan Ujang lagi....Sampai bilapun jika aku terus kalah pada perasaan hati. Aku tidak akan tahu hal sebenar. Sekurang2nya apa yg aku lakukan kini membuktikan hakikat sebenarnya. Kata kawan Ujang lagi..., dia tak dapat lakukan apa yang dia lakukan. Dia tiada kekuatan untuk itu. Dia tak mampu. Payahkah?
Ujang pun bingung tak tahu nak cakap apa... buntu... tapi hati nih kan tengah gembira.. so idea tuh berkembang pesat jer la kan?? or Ujang pun dah jatuh cinta lagi??? ahaks... biarlah rahsia... keh keh.. So kalau dah tengah gembira nih... macam2 lah idea keluar.. harap Kawan Ujang nih tabah ler huhuhu
Ujang bilang sama kawan Ujang yang di landa malang itu...Ujang juga tidak mampu mulanya. Bohong kalau Ujang cakap Ujang mudah untuk melakukannya. Tipu Ujang cakap kalau Ujang suka melakukannya. Tapi perlukah mencari seseorang yang ingin hilang dengan sengaja? Perlukah lagi mengejar2 sesuatu yang tak ingin di kejar? Perlukah mendesak sesuatu yang tak ingin bergerak dan berganjak? Bodoh kalau lakukan semua itu. Cukup2lah melayan kebodohan selama ini.
Korang tahu lah.. sebagai penasihat kita mesti profesional kan??? hahaahhaa!! Walau Ujang sendiri GILER WAKAAKA!! Ujang basuh lagi telinga kawan Ujang tuh ehehe.... " KO tahu tak... dulu Ujang pernah berjanji dan cuba nekad dalam diri...Tau apa Ujang buat?? Ujang kuatkan hati untuk tidak mencari. Biar dia hilang. Biar dia tidak datang. Biar dia pergi. Usah menahan sesuatu yang tidak mahu hinggap di hati. Siapa kita untuk menahan semua itu daripada terjadi? Kita hanya mampu memujuk hati. Jika rasa sayang. Biarkan dia pergi. Jika rasa rindu biarkan dia berlalu. Ada yang terbaik menantinya di hadapan. Diri kita tidak sempurna. Usah mengheret dia bersama-sama merasai kekurangan diri kita. Dia berhak untuk mendapatkan yang terbaik untuk diri sendiri. Memang Ujang rasa macam sampah mulanya. Tapi bila di fikirkan, sampah itulah yang tinggi nilainya bila di kitar semula.. betulkah? Kan kan?? Ikut falsafah nih.. kalau nak gembira macam Ujang sekarang kah kah.....
Ujang pun dah mula jadi makcik Zainung nih.. dah start membebel... ahh.. biar lah bukan bil tepon Ujang pun yang bayar heehhe..... Ujang nagging lagi .."Cuba letakkan diri kita di tempat yang tertinggi. Andainya kita jatuh dan sakit lagi kita sudah ada cara untuk mengubatinya. Bukankah Allah maha mengetahui. Setiap kejadian itu pasti ada hikmah yang tersembunyi. InsyaAllah.Wah Wah!!Tidak selamanya hujan akan berpanjangan. Tidak selamanya gerimis akan mengundang. Bila sampai waktu matahari menunjuk diri pasti akan tersenyum jua. Sabar kan hati untuk menanti. Biarlah ianya mengambil masa selama mana pun. Pasti kita bangga dengan diri sendiri dan tidak akan membiarkan orang lain mempersendakannya lagi. Betul ke tidak???
So... sebelum Ujang letak pone semalam... Ujang kasi pencuci clorox sedikit untuk kawan Ujang... So pengajaran yang berguna wahai sahabatku yang terima nasib yang sama denganku.. huhuhu.... Ambillah semua nih sebagai iktibar. Manusia nih mudah di bentuk.. terutama sekali hati.... so pandai2 lah kita kendalikannya ok?? so .. penat dah menaip nih.. Bbyyee
Posted by Ujang_MD ::
12/20/2006 09:09:00 AM ::
1 Comments: