"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Sunday, December 16

MENYESAL

Pasal Shakira Ujang nak ketepikan dulu sebab Ujang rasa sedih sangat ketika ini. Rasa menyesal.. rasa terkilan.. rasa bersalah.. semua hadir ketika ini. Kadang-kadang Ujang tahu Ujang mungkin bertindak di luar batasan.. tapi Ujang tidak sedar apa yang Ujang buat.. bila sudah Ujang lakukan barulah Ujang menyesali.. Entah kenapa Ujang tak dapat nak buang perangai jahat tersebut...

Ujang dah buat Makcik Zainung kecik hati lagi semalam.. Hanya perkara kecik Ujang dah buat satu dosa besar... Makcik Zainung dah keluarkan airmata kerana Ujang.. Ujang akui memang salah Ujang.. Ujang tak patut buat macam tuh.. Ujang sebagai anak patut taat pada mak.. tapi semalam Ujang betul-betul jadi anak derhaka..

Ujang rasa bersalah sangat kerana tengking Makcik Zainung semalam.. kalau dapat undur apa yang telah Ujang lakukan sesekali rasa ingin menarik balik apa yang telah Ujang buat... mak maafkan Ujang.. semalam Ujang tengok sendiri Makcik Zainung duk tepi beranda mengesat air mata.. Yup.. Ujang tahu mak berkecil hati dengan sikap Ujang.. Mak.. maafkan Ujang..

Ujang tahu Ujang bersalah.. Uajng minta maaf dengan mak.. mak senyum dalam kepahitan.. Mak tetap maafkan Ujang.. Ujang dengan mak kembali ceria.. tapi mungkin esok hari Ujang akan ulangi lagi?? Tuhanku.. ujang tahu.. tanpa usaha Ujang tak dapat ubah perangai Ujang ini.. tapi.. arghh.. Ujang bingung..

Posted by Ujang_MD :: 12/16/2007 03:40:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.