"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Thursday, January 10

PAHIT RASANYA...

Dah 10 hari Ujang tinggal kat Sungai Buloh nih.. dah macam-macam Ujang lalui. Ujang sekarang nih masih tak larat nak menulis banyak-banyak.. tapi hati ni tetap memberontak nak menjengah juga blog Ujang yang dah seminggu lebih Ujang tinggalkan. Entah lah apa nak jadi dengan Ujang nih.. Maksud Ujang perihal kesihatan Ujang yang terbantut lagi..

Semasa berada di Terengganu.. hampir sebulan lebih Ujang tak mengalami demam.. tapi bila Ujang datang kat sini.. dah datang balik demam Ujang.. adakah di sebabkan oleh enviroment kat sg buloh nih?? ataupun?? Arghh Ujang pun pening.. malas nak pikir.. hampir 5 hari Ujang demam tak boleh nak bangun.. Ujang seorang.. seksa rasanya.. Ujang tak pernah demam macam nih.. malam-malam tak dapat tidur..tonsil pulak makin menjadi-jadi.. bukan sajer tak dapat nak makan.. nak cakap pun asyik keluar air liur sahaja..

Ujang dah tahan lagi.. 2 kali Ujang jumpa doctor.. di beri suntikan dan macam-macam ubat.. tapi demam ujang masih sama.. suhu masih 39+. Memang tinggi suhu.. Ujang dah tak tahan.. telefon Makcik Zainung.. last-last dua beranak menangis.. jauh.. Mak nak tolong macam mana.. Masa ni lah Ujang pikir.. kalau mak ada disisi Ujang time sakit nih.. mesti seronok.. Mak akan jaga Ujang.. mak akan suap Ujang makan.. mak akan mandikan Ujang.. tapi kat sini.. semua Ujang kena buat sendiri.. Ujang kena mandi sendiri walau tak larat. Ujang kena makan sendiri walaupun Ujang tak ada daya kudrat.. Pada siapa Ujang nak mengadu nasib Ujang ketika ini.. airmata nih dah puas Ujang titipkan..

Hanya sendu.. Mak asyik telefon Ujang bertanyakan khabar.. Ujang tahu mak risau.. tapi apa yang boleh mak buat.. terus terang Ujang cakap.. Ujang tak puas dengar suara mak.. Ujang nak mak di sisi Ujang.. Ujang nak mak usap rambut Ujang seperti selalu... tengah tengok tv pun mak gosok- gosok kepala Ujang... Ya Allah Ujang rindukan saat ini.. ohh air mata Ujang nak jatuh lagi.....

Posted by Ujang_MD :: 1/10/2008 01:21:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.