"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Wednesday, May 11

Kisah Malang Seorang Lelaki PLU (Episode 2-5)

Kata Raz, kehadiranku ternyata membawa tuah dan keuntungan sebab caraku mencuci rambut pelanggan begitu bersih, ditambah pula dengan sentuhan tanganku yang pejal sehingga kerap kali membuat para pelanggan hampir terlena. Apatah lagi memilihku untuk mendapatkan "servis". Maka bertambah ramailah pelanggan yang menjadi pengunjung tetap salon itu.
Lantaran itu, Razman telah membiayaiku untuk mengikuti kursus kecantikan demi untuk menambahkan lagi pengetahuan dan teknik mendandan(jantan nak belajar buat keje fonen leh ker?) Setelah memperolehi pendapatan yang agak lumayan, gaya hidupku pun mula berubah, baik dari segi penampilan mahupun wawasan. Dan akhirnya aku juga telah rela menjadi "peliharaan" Razman kerana ternyata juga dia seorang pengamal homoseksual.Aku terpaksa melayan segala keperluan biologisnya sehingga lama kelamaan aku turut mejadi ketagih(ye lah makan benda sedap. masuk zat plk tu hehe). Ketika itu aku baru saja mencecah(kata org plu.. anak-anak ikan). Kerana aku pernah merasai hidup sebagai orang miskin, maka aku tidak suka membazirkan wang mengikut sesuka hatiku sahaja. Menyimpan dan menabung adalah menjadi keutamaanku kerana aku juga berfikiran bahawa satu hari nanti aku akan berkahwin seperti lelaki-lelaki lain yang berkemampuan. Meskipun aku sering melakukan seks songsang dengan Razman, tapi aku juga masih mampu untuk tertarik dengan wanita(bisexsual la tu).Ramai juga wanita-wanita yang tertarik denganku disebabkan ketampanan aku dan kedudukan ekonomi aku yang kukuh(angkat ekor sendiri lagi). Tetapi hanya seorang wanita sahaja yang benar-benar telah berjaya menambat hatiku. Bella merupakan seorang wanita yang benar-benar menarik dan menawan. Akhirnya aku telah mengahwininya pada tanggal 1 Jun 19--. Pada peringkat awal, ternyatalah aku bahagia memperisterikannya. Dan setahun kemudian kami dikurniakan seorang cahaya mata dan di ikuti dengan anak kedua 2 tahun kemudiannya. Rezekiku juga semakin meningkat dengan bertambahnya cawangan menjadi empat buah kesemuanya. Aku merasa sangat bahagia dan bangga, lebih-lebih lagi Bella adalah seorang yang pandai menghias diri, menguruskan ekonomi dengan cekap, juga bijak menguruskan ke empat-empat buah saloon yang berada berjauhan antara satu sama lain. Bella juga turut bertanggung jawab mereka bentuk pakaian pengantin serta segala hal ehwal kelengkapan pengantin. Semuanya menjadikan salon kami benar-benar lengkap dengan segala keperluan pelanggan. Secara zahirnya, hubungan kami kelihatan amat baik. Mereka semua tidak menyedari bahawa aku juga turut mempunyai hubungan sulit dengan Razman. Hakikatnya, aku benar-benar menyintai dia(sudah.. 2-2 engkau sapu). Dialah satu-satunya lelaki yang ku cintai dan menggemari hubungan seks dengannya. Tetapi anehnya, kehangatan hubungan suami isteri juga tetap mampu ku nikmati meskipun kadang-kadang timbul perasaan bosan, terutamanya pada ketika Bella kelihatan lesu melayaniku(best lagi hubungan sesama jenis ehehe). Kemantapan material semata-mata tidak selalu menjamin kebahagian perkahwinan. Walaupun kegiatan homoseksual ku dengan Razman masih dapat di tutup rapat, namun akhirnya bau busuk yang terhasil dari hubungan tersebut mula tercium oleh isteriku sedikit demi sedikit....(to be continue)

azmie..chendering kuala,terengganu


Posted by Ujang_MD :: 5/11/2005 10:46:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.