"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Saturday, June 11

SAHABAT!! (episode 2)

Apapun tanpa pertolongan M, pasti persahabatanku dengan SD tidak seerat ini. Manakan tidak, dialah yang berperanan sebagai posmen tatkala kami ingin mengirim berita. Dalam hujan lebat, dia kuyup semata-mata ingin menyampaikan warkah terbaru SD buatku. Sesungguhnya M benar-benar berjasa kepada kami berdua.
1o JANUARY
SD pergi buat selama-lamanya. Rupa-rupanya kesakitan yang dirasakan selama ini adalah berpunca dari serangan barah. Menurut M, keluarga SD tidak pernah tahu tentang penderitaan yang dideritainya selama ini. Hanya M yang tahu bahawa selama ini SD sebenarnya berperang dengan maut. Meskipun sudah berulang kali, rasa sayu tetap terbit tatkala membaca warkah terakhir dari SD. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Meskipun SD telah tiada, aku dan M terus bersahabat baik.Malah M sering memberi kata-kata semangat dan dorongan kepadaku. Rupa-rupanya masih banyak yang aku tidak tahu tentang M selama ini. Sedikit pun tidak aku sangka, disebalik ketenangan wajah M menyimpan banyak rahsia. Panas yang aku harapkan rupanya hujan di tengah hari. Hubungan yang terjalin sejak sekian lama akhirnya terlerai tanpa dapat diselamatkan lagi. Biarpun sedih dan kecewa, aku redha dengan perpisahan yang aku lalui bersama teman istimewaku ini. Mujurlah M tidak putus-putus memberikan aku semangat untuk tabah menghadapi semua ini. (to be continue)

Posted by Ujang_MD :: 6/11/2005 12:06:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.