Seperti yg dikhabarkan oleh en. Q....(bukan nama sebenar).. Kisah ini benar-benar terjadi dikampung aku & aku merupakan pelakon utama dlm tragedi nie. Nama kampung aku terpaksa aku rahsiakan atas faktor2 tertentu. Oklah, biar aku namakan kampung aku tu sebagai "Kampung London Tambahan" sebagai nama samaran kampung aku yang glamer tuh (harap takde sesapa yg sensitip lak sbb nama kampung samaran nie takde kena mengena ngan kampung yg hidup atau kampung yang mati kat Malaysia yg tercinta nie...) Insiden nie terjadi padaku sewaktu aku masih kanak2 dulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang, jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya.Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula dan begitulah seterusnya.... Pada suatu hari, aku mngikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk,aku melihat kain pelikat tok imam tersepit dicelah punggungnya. Aku yang 'konon' ingin membantunya,terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksud nya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi Apalagi, melatah lah tok imam tadi!! Abis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu,berbirat punggung aku dirotannya.Itulah serba sedikit cerita aku di masa aku kecik-kecik dulu....
Posted by Ujang_MD ::
7/20/2005 11:57:00 AM ::
0 Comments: