"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Friday, July 15

XXX Hidup Penuh Noda?

Anda ternampak seorang lelaki lembut berjalan dan datang ke arah anda. Anda cuba mengelakkan diri daripada bertembung atau bercakap dengannya. Atau anda mungkin melihat mereka, lalu tersengih menyindir. Anda mungkin terasa jijik kerana membayangkan gaya hidup mereka.Gambaran di atas adalah satu senario yang sering berlaku dalam masyarakat kita. Tetapi anda perlu tahu bahawa bukan semua lelaki lembut berkelakuan luar tabii. Ada juga yang lurus dan mempunyai semua kriteria lelaki sejati. Tetapi secara semula jadi, mereka lebih lembut dan menunjukkan sifat kewanitaan.Bagaimana pula dengan lelaki yang kelihatan seperti lelaki sejati tetapi mempunyai rahsia tersendiri? Itulah golongan yang rahsia mereka ingin penulis selongkar melalui artikel ini.

Siapakah gay
Siapakah mereka? Bagaimanakah kita boleh mengenali golongan ini? Hasil tinjauan dan temu ramah penulis mendapati bahawa kita tidak dapat mengesan orientasi seks golongan gay dengan mata kasar.Namun, mungkin bermanfaat jika kita cuba mengetahui beberapa sifat gay yang telah dibuktikan melalui penyelidikan. Menurut seorang pakar perubatan dari Paris, lelaki homoseksual ataupun lebih tepat lagi gay adalah lelaki yang hanya meminati kaum sejenisnya. Mereka hanya cenderung mengadakan hubungan intim dan hubungan seksual dengan lelaki lain

Posted by Ujang_MD :: 7/15/2005 11:04:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.