"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Wednesday, July 13

Lelaki Bi!!!!!


Image hosted by Photobucket.com

Lelaki biseksual bukanlah mandul. Cuma naluri dan keinginan seksual mereka luar biasa. Mereka mampu mengadakan hubungan seks dengan wanita dan mampu pula bergelar bapa. Namun, secara semula jadi, mereka lebih puas melakukan hubungan seks dengan kaum sejenis. Ada yang mengatakan bahawa apabila mereka menjalin hubungan intim bersama isteri, mereka masih membayangkan diri mereka bersama-sama lelaki lain. Fantasi seperti ini dikatakan amat membangkitkan nafsu mereka!Gay biseksual dikatakan lebih berbahaya berbanding gay biasa. Lelakibiseksual tidak akan teragak-agak melakukan apa sahaja terhadap sesiapa yang cuba menggugat hubungan mereka dengan lelaki lain. Sekiranya mereka mendapati hubungan luar tabii mereka terancam, maka mereka akan hilang pertimbangan. Perangai mereka tidak ubah seperti seorang pesakit jiwa. Menurut pengkaji dari Amerika Syarikat, golongan lelaki biseksual hanya mementingkan diri sendiri dan tidak mengambil kira perasaan orang lain sama ada ahli keluarga, sanak-saudara atau anak sendiri. Pasangan gay menjadi lebih penting daripada isteri. Hal ini diakui beberapa lelaki biseksual yang ditemui. Mereka juga mengaku bahawa mereka tidak mampu memuaskan isteri masing- masing kerana sebenarnya mereka tidak mempunyai sebarang naluri seksual terhadap isteri. Keinginan yang melimpah-limpah untuk melakukan hubungan seks dengan kaum sejenis biasanya menutup keinginan mereka untuk berasmara dengan wanita. Biasanya perkahwinan golongan biseksual berakhir dengan penceraian kerana mereka tidak mendapat kepuasan yang diinginkan daripada isteri mereka iaitu seorang wanita. Sebaliknya, mereka akan terus menjalin hubungan dengan pasangan sejenis walaupun undang-undang tidak membenarkan perkahwinan sejenis.

Posted by Ujang_MD :: 7/13/2005 09:32:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.