Korang nak tau tak orang yang pertama menggunakan tembakau dan menghisapnya??? Hmm masyarakat Indian di Amerika Utara dan Selatan. Aapabila Christopher Columbus dan penjelajah-penjelajah yang lain datang ke amerika, mereka menemui masyratakat ini, menggunakan tembakau dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, mereka menghisap paip sebagai simbol keharmonian dan keamanan sesama mereka!! Masyarakat Indian ini juga mempercayai bahawa tembakau mempunyai nila-nilai perubatan, jadi mereka menghisap paip yang berisi tembakau untuk melindungi diri dari penyakit yang tertentu!! Tembakau buat pertama kali di perkenalkan di Eropah adalah pada abad ke 16, berdasarkan idea perubatan orang indian tersebut. Paip di perkenalkan ke Eropaholeh Ralph Lane, gabenor pertama Virginia. Pada 1586, beliau memperkenalkan dan seterusnya mengajar bagaimana untuk menggunakan paip indian itu pada Sir Walter Raleigh. Menjelang 1619, banyak paip telah dibuat di London dan para pembuat paip seluruh London mula menubuhkan persatuan. Hari ini tentunya tembakau di hisap dalam bentuk atau dengan kata lain rokok!! Tabiat merokok sebenarnya sudah laam di praktikkan!!! para penjelajah dari Sepanyol menemui masyarakat asli di Hindia Barat dan Mexico menghisap rokok. Di Hindia Barat, penduduknya menggunakan kulit-kulit kayu pokok palma yang nipis untuk membalut tembakau untuk di jadikan rokok. Manakala di mexico pula, sekam jagung menjadi medium utama!! Kertas sebagai membalut rokok, mula di perkenalkan oleh orang Sepanyol. Tabiat merokok merebak ke seluruh negara-negara berhampiran Mediterranean dan Laut Hitam, khususnya di kawasan-kawasan di bawah pengaruh Turki. Askar-askar Inggeris yang berperang di Crimea pada 1854-1856, menyukai rokok Turki dan membawanya balik ke London. Seterusnya, selang beberapa tahun kemudian, kilang rokok yang pertama mula di buka di London!! HAAA... NIE SERBA SEDIKIT TENTANG SEJARAH ROKOK.. KORANG PANDAI ISAP JER. EKK?? EHEHEEH!!APAPUN!!!! PERHATIAN!!!!!! AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA:MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN!!! P/s!!!! Dah tertera jelas amaran kerajaan tapi kenapa kita masih degil jugak ekk?? tapi.. hmm harap kan rokok jugak... hasil kerajaan di perolehi.. ehhheee!! pikir lah!! huhuhu wakaka!!
Posted by Ujang_MD ::
1/16/2006 11:01:00 AM ::
0 Comments: