"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Thursday, April 20

PETUA NAK BAGI 'TAHAN LAMA'...HEHEHE LELAKI TENTU SUKA.

KELAPA PARUT

Untuk lebih tahan lama... Selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan pada 31 December 2006. Dan sebelah lagi pada 1 Januari 2007. Wah?... Tahan sampai 2 tahun kan?... Amazing! Jangan lupa hujung tahun nie Cuba tau...

NASI/LAUK

Biar tahan lebih lama... Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab TU lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS

Barangan emas bila dah terlalu banyak dikenakan zakat. Tapi kalau untuk lebih 'tahan lama'... Bayar la zakat untuk barang kemas TU. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi... Padan muka korang... Hahaha!

PAKAIAN TAHAN LAMA

Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing machine. Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach. Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan! Kalau boleh pakai baju member, baju sendiri simpan elok-elok.

KERETA

Lepas beli, simpan kat garaj... Bungkus elok-elok... Jangan bagi angin masuk... Jangan bagi abuk masuk... Jangan bagi wap air masuk. Pagi-pagi panaskan enjin Dan Hari-Hari lap kereta. Bayar loan bulan-bulan sampai abis loan... Gerenti kereta tahan lama...

KENYANG

Kalau nak tahan lama... Sebelum makan baca bismillah Dan DOA... Akhir makan... DOA Dan ucap alhamdullillah.. Jangan jadi macam setan...

UMUR

Umur nak tahan lama?... Jangan Merokok!... Rokok nak tahan lama?... Jangan Hisap!...
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang... Sendiri mau ingat aaaa...

HUBUNGAN

Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan... Jujur Dan ikhlas.

KERJA

Kerja kalau nak "tahan lama" jangan asyik nak baca posting dalam forum aje macam korang... Dah tak ada kerja lain ke... Kalau BOSS nampak tak pasal-pasal kena tendang.

Kalau bab yang Ttttuuutttttttttttttt...pandai-pandai la korang cari sendiri... tak kuasa Ujang nak layan..Byee!! Nok Jadi Orang Baik Doh... Selama Ning Pong Wak Jahat Sokmo.. Tapi Wak Baik Pong Orang Dok Nampok..Bila Wak Jahat Sekali Bila-Bila Orang Ingat!! pergh!!

Posted by Ujang_MD :: 4/20/2006 11:29:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.