"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Saturday, May 6

RINDU MENCENGKAM!!

Hari ini ujang bercuti tapi terpaksa pergi ke tempat kerja sekejap coz ada kerja yang patut ujang siapkan.. sempat ujang called SAL.. yeah.. mungkin dia rasa risau sebab ujang langsung tak hubungi dia.. ternyata tepat sekali! Entah uajng makin rapat kembali dengan abg din.. rasa dekat sangat dengannya! Dia pandai menambat hati ujang!! Percakapannya selalu buat ujang terleka.. selalu ingin menjaga tutur biacar bila bercakap dengan ujang.. ternyata dia seorang yang begitu peramah! Tak pernah prejudis!!
Duk kat tempat kerja makcik zainung pulak called suruh balik hmm nak ke dungun tengok atuk.. cepat2 ujang balik!! terus bersiap n pergi ke Dungun.. kesian atuk.. hmm kaki dah dua belah tak der.. sakit jantung pulak!! Kesiannya.. tapi nak buat macam mana!! pergh.. ada panggilan pulak.. dari sepupu ujang.. merangkak anak sedara mak ujang lah eheh!! Hmm dapat anak pulak.. adus.. berkejar2 ujang ngan mak.terus ke rumah dia orang kat area batu 6!! perghh!! penat... balik rumah pun dah lewat!!
Maaf kat Jat.. masih geram lagi ngan perangai jat yang entah melampau2..(terus terang .. abg ujang langsung tak suka perangai jat sejak malam tuh.. so u understand kan?? Kalau Jat nak buat perkara bodoh.. jangan bagi tahu abang.. buat jer.. nak bunuh diri ker.. nak telan ubat 100biji ker.. nak kelar leher sampai putus ker..nak bawak motor macam mat rempit sampai accident ker.. jangan bagi tahu abg ujang.. buat jer ok? kalau still tak leh nak ubah perangai tuh.. jangan call abg ujang k!! Lain Jat yang abg ujang kenal dulu nagn Jat yang abg ujang kenal sekarang). Bila malam menjelma.. ingatan ujang pada Sal..
Hmm entah lah.. makin menjadi2!! Mak ujang pun acapkali duk kata ujang giler lepas balik KL!! perghh memang makcik zainung... anok mung memang giler babi doh!! Giler tahap dok tahu nok kate benda doh mak cik zainung wei!! Hmm bila dah duk mengelamun sorang2 macam nie.. macam2 ujang pikirkan.. kekadang uajng nak lari dari bersendirian.. kerana tak mahu pikir benda yang bukan2.. tapi bila keadaan dah lagu nie.. apa nak di kata kan??
Betul lah kata orang sekuat mana pun diri kita ia tetap di kenali sebagai insan yang lemah jugak..sentiasa memerlukan sokongan dan kata-kata semangat untuk meneruskan perjalanan hidup.. termasuk diri ujang!! Ujang memang dah angau di lamun cinta.. dan ujang bersyukur sangat2 sebab di ketemukan dengan Sal..!! Tapi tatkala memikirkan dirinya yang jauh di sana. keresahan meluap2 datang!! Serta merta membuatkan semangat ujang kian menghilang. Kadangkala ujang turut merasakan hati kecil uajng ini tidak di jaga betul-betul oleh mu.. ohh itu mungkin perasaan ujang yang melampau.. tapi argh!!
Syukur sangat2.. sebab Sal dah mula rapat dengan Jat arghh lega!! Tu pun dengar dari mulut Sal..!! Alhamdulillah!! tapi bila ujang pikir.. kenapa perasaan itu datang??? Mungkin semua itu wujud kerana rasa bimbang yang terlampau sangat?? Di bayangi dengan pengalaman lalu.. terhadap kepercayaan yang pernah musnah ketika dulu!! Sememangnya susah untuk membina semual kepercayaan baru terhadap insan lain.. kerana bayangan lalu sering melalui memori ini!! yeah.. uajng bertanya diri sendiri.. sejukkan hati sendiri!!
Suatu saat dan ketika.. yang boleh mengurangkan perasaan resah ini. tatkala ujang bersama teman-teman, borak sana, borak sini...khusyuk dengan kerja tanpa menyedari masa berlalu! Tapi...masa itu ada hadnya.. bila malam sudah menjelma, semestinya membawa diri untuk pulang dan saat itu terus teringat tentang mu kembali!Cuma kepadaNya tempat ujang bermohon.Kerana yang pasti ia mampu mengurangkan keresahan hati ini serta dapat pulihkan semangat ujang!! Argh.. Lily!! Thnx for everything!! Hmm harap hari yang mendatang lebih bermakna dalam hidup ujang!!zzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Posted by Ujang_MD :: 5/06/2006 10:10:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.