"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Friday, June 23

DEFINASI CEMBURU

SITUASI
Andaikan si A & si B is a couple. Si A suka berkenalan dan berjumpa dengan ramai orang. Ini memang dah jadik hobi si A sejak dari dulu lagik. Dan sememangnya ramai pulak orang yang suka nak berkenalan dengan si A ni. Walaupun si A beriya2 mengatakan bahawa takde orang yang nakkan dia sebab dia tak hensem(interm of love) TAPI hakikatnya orang still nakkan kat dia untuk s** walaupun orang tu dah tau si A ni dah ada couple. Ini adalah kenyataan yang rasanya semua orang dah tahu berdasarkan kisah2 sebelum ini. WALAU BAGAIMANAPUN, kenyataan ini boleh berubah sekiranya si A berpendirian tegas dan telah membuat keputusan untuk berubah kepada sesuatu yang lebih baik & tidak mahu menjadi seperti dulu lagi. Dan perlu di ingat, daya tarikan sexual bukan hanya berkaitan dengan paras rupa wajah sahaja. Ada orang yang suka melihat kepada style kerana kadangkala "style" itu juga mampu mewujudkan daya imaginasi sexual. Ada juga orang yang suka melihat kepada bentuk tubuh yang berketul-ketul. Dan tidak mustahil juga ada orang yang mampu melahirkan daya imaginasi sexual hanya apabila mendengar suara (contohnya suara orang mengerang) walaupun dia tahu muka orang yang mengerang tu tak hensem mane pun. Kalo tak percaya, cuba anda fikirkan dari mana wujudnya istilah "main sambil tutup muka dgn bantal" atau "cyber/fon sex"? Bukankah itu bukti nyata bahawa sex itu bukan hanya berdasarkan paras rupa sahaja? Ok. Untuk mendefinasikan cemburu, mari kita kaji kes di bawah ini (macam nak ngajar orang cara menjawab soalan SPM pulak..huhuhuuhu)...


KES 1
Selepas bercouple, si A dah buang hobi dia yang suka berkenalan dengan ramai orang sebab dia dah jumpa somebody yang betul2 boleh jadik couple dia iaitu si B. So si A nak bagi full commitment pada si B dan dia dah malas nak ambik port pasal orang lain. Sesiapa yang ajak si A dating ke, jumpa ke, romen ke, s** ke, ape ke.... semuanya si A tak layan 100%. Si A ni telah menerima hakikat bahawa manusia ni memang mudah kecundang kalo digoda. So, untuk mengelakkan godaan2 tu, si A cuba untuk mengelakkan diri dari bertemu dgn orang2 yang kebanyakkannya suka sgt nak tgk gambar 18sx dan separa 18sx dia (of course daya tarikan sexual dah bermula di sini). Kalau direnungkan kembali, dalam sejarah pun dah tertulis tentang kisah "godaan" ni. Ahli ibadah yang dah beribadah selama 70 tahun pun akhirnya kecundang hanya dengan godaan s**. Apatah lagi kita ni yang tak se-alim itu, kan?.

TAPI malangnya si B masih tak percaya pada kejujuran si A yang dah tak layan orang lain dan dah bagi full commitment pada dia. Si B masih menuduh si A menggatal dengan orang lain walaupun si B dah bagi penerangan dengan panjang lebar. Si B terus-menerus menanam rasa cemburu dan syak-wasangka walaupun si A sudah explained dan memujuk si B berkali-kali.

KESIMPULAN
Si B amatlah bongok..Ini lah namanya CEMBURU BUTA. WAJIB di elakkan kalau pasangan inginkan perhubungan yang bahagia & berkekalan. Kalau si B masih taknak berubah, si A WAJIB bagi tempeleng 88 kali sehingga si B pengsan dan sedar balik dan bagi tempeleng lagi sebanyak 8 kali sehingga si B pengsan semula dan tersedar balik lalu terus meminta maaf atas keterlanjurannya menuduh si A yang bukan2. AWAS !!




KES 2
Sama seperti KES 1. Cuma bezanya, si A suka melayan orang melalui telephone. Berjumpa dan berkenalan dengan orang secara LIVE tidak berlaku sama sekali kerana si A tau pasangannya akan berasa kecik hati kalau dia pergi berjumpa & berkenalan dengan orang lain.

Si A TIDAK menyedari bahawa orang ramai nak berkawan dgn dia disebabkan oleh s** (walaupun ada yang ikhlas berkawan namun mungkin tak ramai). Kalau dinilai, byk email2 dan sms2 yang boleh dijadikan bukti. Sikit2 nak password sikit2 nak password (18sx), betul tak? Pehtu nak fonsex la ape la... Namun si A masih menafikan bahawa ramai orang suka nak berkenalan dengannya kerana pada anggapannya dirinya tidak sehensem mana (dia terlupa bahawa daya tarikan sexual boleh wujud dari pelbagai sebab). TAPI yang pastinya, dia tetap tak berjumpa dengan orang lain kerana dia tidak mahu menimbulkan perasaan curiga pasangannya. Kadangkala si A bergurau dgn mengatakan bahawa dia nak berjumpa dengan orang lain tapi sebenarnya dia tidak melakukannya. Dan sebagai pasangan, sudah pasti si B ade sedikit rasa cemburu bila si A melayan orang lain melalui telefon walaupun dia tahu si A takde niat ape2 pun. Walaupun dia tahu cinta & sayang si A hanya untuknya, si B tetap ada sedikit rasa cemburu. Biasala kan..buah hati..... Walau bagaimanapun, cemburu si B tidaklah lama. Paling lama pun 1 malam jek. Esoknya kembali normal seperti takde ape2 yang berlaku..

KESIMPULAN
Inilah yang dinamakan CEMBURU TANDANYA SAYANG. Rasanya, perasaan macam ni memang tak dapat dielakkan oleh setiap pasangan kerana perasaan cemburu yang macam nilah sebenarnya bukti yang kita sayang pada pasangan kita, betul tak? Rasenya, tak wujud pasangan di dalam dunia ni yang langsung takde perasaan cemburu antara satu sama lain. Kalau perasaan seperti ini tidak wujud, ini bermakna mereka bukanlah satu pasangan (bercouple). Mungkin si A dan si B merupakan jiran satu taman perumahan sahaja. Atau mungkin juga mereka merupakan jiran sekampung. Atau yang paling tidak pun, mungkin mereka merupakan rakan sepermainan sewaktu kecil2 dolu.......huhuhuhuhu.. sentimental beb. Tangkap ikan puyu guna tangan sambil libas belut buat macam kipas helikopter yang sedang berputar....huhuhuhuhu....sadis...




KES 3
Si A masih nak berjumpa & berkenalan dengan ramai orang. Si A mahu si B menerima hakikat bahawa dia berkenalan dengan orang lain hanya untuk suka2 dan takde tujuan lain. Walaupun email2 dan sms2 yang di terima oleh si A telah menunjukkan unsur2 aktiviti seksual, namun si A masih berkeyakinan bahawa "bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi". Si A dengan sengaja membiarkan diri berada di dalam situasi yang berisiko. Si A tidak menyedari bahawa manusia ni sebenarnya amat lemah bila berhadapan dengan godaan s**. Si A terlupa bahawa ahli ibadah yang dah bermunajat dengan tuhan selama 70 tahun pun tewas kerana godaan s**. Ini adalah pengajaran yang paling besar yang pernah tuhan tunjukkan.

So of course si B akan merasa cemburu. Tapi si B tak boleh nak voice out kerana si A masih tetap dengan pendiriannya bahawa "bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi" tanpa mengambil kira pengajaran yang tuhan dah tunjukkan pada ahli ibadah tadi. Pada si A, semua orang berniat baik. Semua orang ikhlas nak berkawan dengannya walaupun hakikatnya sms2 dan email2 dari orang2 tu ada terselit unsur2 godaan.

Si B tidak boleh berbuat apa2 walaupun perasaan cemburu menyelubungi dirinya. Yang hanya boleh di lakukan oleh si B hanyalah pasrah pada tuhan dan berharap tuhan melindungi diri si A dari godaan2 seperti yang pernah dilalui oleh ahli ibadah tadi. Di samping itu, si B berusaha untuk menanam keyakinan bahawa si A tidak akan tertewas dengan nafsu walau hakikatnya si B tahu manusia itu amat lemah bila berhadapan dengan godaan s** kerana tuhan pernah memberikan pengajaran mengenainya....

KESIMPULAN
Taktau macam mana nak definasi jenis cemburu yang macam ni. Mungkin CEMBURU WAJIB kot. Maknenya MEMANG WAJIB ada perasaan cemburu. Atau mungkin boleh didefinasikan sebagai CEMBURU MAKAN DALAM. Jenis cemburu dimana situasinya seperti "di luah mati emak, di telan mati bapak". Rasanye si B memang betul2 insan yang kuat kalau dia berupaya menanam keyakinan bahawa si A tidak akan tunduk pada godaan s** (atau cinta) yang mungkin akan di hadapi oleh si A....semoga tuhan memberikan kekuatan kepada si B.....

Posted by Ujang_MD :: 6/23/2006 10:45:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.