"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Wednesday, June 14

11.20 malam...

Sal nak mintak pendapat pembaca semua tentang conversation Sal dgn Abg Ujang kejap tadi (11.20 mlm). Conversation tu lebih kurang macam ni :

Sal : Abang..
AU : Yep.. (batuk2)
Sal : Abg demam yer
AU : Ha`ah..sakit dari semalam ...
Sal : Oh, sakit sebab buat kerje berat untuk preparation kenduri semalam ye.
AU : Ha`ah.
Sal : Abg, knp abang tak reply lgsg sms Sal hari ni.
(Tiap2 hari kami x pernah missed sms @ call)

AU : Maxis abg tinggal 0.00 sen.
Sal : Ok takpe. Ngape abang tak topup?
AU : Takdok duit.
Sal : Ok takpe. Abg online kejap ptg tadi kan?
AU : Ha`ah. Tapi awak takde.
(Abg Ujang online lebih awal dari Sal dan Sal tak tau dia dah online & mungkin tengah tunggu Sal)

Sal : Sal tegur abg. Tapi masa tu abg pulak away. Sal tunggu jugak....tapi abg takde. Sal pegi solat maghrib.
AU : Ok.
Sal : Tapi lepas solat Sal tengok abg dah quit. So, Sal anta sms pada abg. Sal bgtau Sal rindu sgt pada abang sebab hari ni satu sms pun abg tak reply (sebab takde kredit). So, kalau2 abg nak sembang dgn Sal, Sal online balik pukul 9 nanti dan tunggu abg sampai pukul 10. Abg dapat tak sms tu?
(Pernah satu hari Abg Ujang rindu sgt nak bercakap dgn Sal. Tapi Sal tak dpt nak reply sms dia dari pagi sampai ke petang kerana takde kredit. Malam tu Sal hantar jugak sms pada abg ujang lepas Sal dah topup handset. Tapi abg ujang terus cakap yang Sal bersikap dingin dgn abg ujang, nak jauhkan diri dr abg ujang dan abg ujang terus merajuk hanya kerana Sal tak reply sms dia dari pagi sampai ke petang. Jenuh Sal pujuk dia balik. So, hari ni Sal taknak lagi jadi kes macam ni. So, walaupun Sal tau dia takde kredit, Sal cuba jugak hantar sms pada abg ujang dengan harapan dia takkan cakap lagi yg Sal bersikap dingin dengan dia. Sal tak bole nak call dia sebab Sal pun memang takde duit sgt. Jadik Sal bajet untuk try hubungi abg ujang walau dgn ape cara sekalipun : sms, call atau ym)

AU : Dapat.
Sal : Kenapa abg tak online?
(Sal bertanya dalam nada yang lembut)

AU : Malas. Saya tido.
(Sal tergamam kejap. Tapi Sal paham. Abg ujang mungkin tak brape sihat. Mungkin perlu rest. Sal pujuk diri Sal)

Sal : Abg malas nak ckp dgn Sal ke?
AU : Ha`ah malas. Awak tau tak kat sini ribut petir? Takkan saya nak online bende tu time macam gini?
(Tetiba abg ujang tinggikan suara. Sal taktau pun tgh ribut petir kat sana. Takpe. Sal pujuk diri Sal supaya tak ambik hati dengan sikap abg ujang)

Sal : Ok takpe. Esok abg topup ke?
(Sal bertanya dengan penuh harapan)

AU : Ha`ah. Esok saya bayar hutang sekali. Saya ade hutang awak kan? Masuk **** hari tu. Saya tak makan harta orang.
(Sal rasa kecik hati sgt bila abg ujang cakap mcm ni)

Sal : Abg, duit Sal duit abg jugak. Abg pun penah ckp duit abg duit Sal jugak. So nak berkira apa.

AU : Tapi awak pernah cakap saya hutang awak masuk ****
Sal : Sal tak pernah cakap abg hutang Sal pun. Sal cuma bagi contoh.
(Sal pernah ckp sepatutnya dia yg bayar untuk Sal bila masuk **** malam tu. Sal ckp mcm tu bukan kerana ape pun. Sal ckp mcm tu sebab sblm tu abg ujang ada kluarkan duit abg ujang untuk orang lain (&Sal). So, bila nak masuk ****, dia sendiri pulak dah takde duit. So, Sal rasa tak patut dia gunakan duit dia untuk orang lain (& Sal) hingga dia sendiri takde duit untuk enjoykan diri dia bersama2 dgn Sal.)

AU : Tak kira tak kira. Esok saya topup handset saya & saya bayar hutang awak.
(Terlintas dlm fikiran Sal. Tadi abg ujang kate dia takde duit nak topup. Tetiba ade pulak duit. Siap nak bayar duit pada Sal lagi. Erm, mungkin esok dia akan cuba buat sesuatu untuk dapatkan duit dan bayar duit Sal serta topup henset dia).

Sal : Tak payah la bayar duit Sal tu. Abg tu, topup je henset abang. Yang pasal duit masuk **** tu takde mende la. Lupakan je. Lagipun dulu abg penah menangis sebab Sal tak bagi abg bayarkan saman untuk Sal, kan? Abg cakap abg kecik hati & ckp yang Sal ni mcm nak pinggirkan abg sebab taknak bagi abg susah & senang sama2 dengan Sal. So sekarang Sal berada pada kedudukan abg. Sal pun rasa kecik hati sebab abg taknak ambik duit dari Sal. Sal mcm abg jugak. Abg rasa kecik hati bila Sal buat macam tu. Sal pun rasa kecik hati jugak bila abg buat macam tu.
AU: Siapa suruh awak ikut saya?
(Sal terkejut bila abg ujang cakap macam ni. Sal sedih dan tertanya2. Perlu ke abg ujang ego dengan Sal hanya untuk bende2 yang macam ni...:-( )

AU : Erm. Ok la. Ade ape2 nak cakap lagi? Saya takde ape nak ckp dah.
(Kecik hati Sal. Dulu abg ujang pernah ckp Sal bersikap dingin & cuba nak jauhkan diri dari dia bila Sal tak reply sms dia. Tapi hari ni....usahkan nak reply sms, ckp dgn Sal pun dia macam taknak dah)

Sal : Eh, abg taknak ckp dgn Sal ke?
AU : Ha`ah. Saya nak tido.
Sal : Abg nak jauhkan diri dari Sal ke?
AU : Ha`ah.
(Sal terkejut. Kalo dulu Sal pujuk dia bila Sal tak reply sms & hubungi dia. Tapi hari ni bila abg ujang sendiri yang tak reply sms & hubungi Sal, usahkan nak pujuk malah abang ujang siap mengaku yang dia nak jauhkan diri lagi. Sal tergamam. Mata Sal dah mula berair....Sal pujuk diri Sal sendiri. Abg Ujang tgh demam. Kalau tak dia takkan buat mcm ni....)

Sal : Ok la.
AU : Ok bye.
(Tanpa good nite, tanpa take care, tanpa miss u dan tanpa love u seperti yang biasa kami buat. Abg ujang terus matikan panggilan)


Sal kecik hati sangat malam ni. Kenapa abg ujang boleh cakap mcm ni pada Sal? Seharian tak berhubung. Tiba2 bila dah berhubung dia ckp mcm ni pulak....Sal menangis lagi.....

Posted by Ujang_MD :: 6/14/2006 11:50:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.