Saturday, June 10
SEMINGGU BERLALU
Mula2 sekali Sal nak mintak maaf pada semua pembaca blog ni kerana sudah lama Sal dan Abg Ujang tak mengupdate blog. Petang tadi Abg Ujang mengadu pada Sal. Katanye blog ni sudah tidak berseri seperti dulu. Kalau dulu, setiap hari ada sahaja entry baru yang boleh dibaca dan dijadikan iktibar. Tapi sekarang, nak buat satu entry pun susah. Jadi untuk mengembalikan seri blog ni, mulai hari ini Sal akan kembali menulis bersama2 dgn Abg Ujang.
Sebenarnya, terlalu banyak perkara telah berlaku dalam tempoh seminggu yang lalu selepas kami pulang dari Cameron Highlands. Terlalu banyak peristiwa aneh telah berlaku. Sal tidak pernah mengalami keadaan seperti ini dan sudah tentunya ia akan menjadi satu pengalaman yang mendebarkan diri Sal. Ada di antara peristiwa2 yang berlaku telah membuatkan Sal terfikir tentang kebesaran Allah dan fitrah kejadian manusia. Sal tak boleh nak beri komen dengan panjang lebar tentang perkara ini kerana ianya terlalu peribadi. Lagipun, ilmu agama Sal masih belum mencukupi. Cuma satu Sal harap, Allah mengampuni dosa2 kita semua kerana kadangkala mungkin tindakan kita agak tersasar dari norma kehidupan dan kalimah tauhid. Na`uzubillah...
Kepada sayang,
Sal mintak maaf kerana melarang sayang pergi ke Tok Bali. Sal tahu sayang terkilan tapi sayang taknak luahkan kerana nak menjaga hati Sal. Sayang, jangan macam tu. Kalau sayang nak pergi jugak, pergi je. Sal ni berfikiran terbuka. Pusing ikut mane sekalipun, last2 mesti Sal mengalah jugak....percayalah...
Sayang, Sal harap sayang banyak bersabar dalam menempuh ujian hidup. Sayang adalah insan yang terpilih. Allah menguji sayang dengan pelbagai ujian yang berat2 supaya dosa2 sayang yang lalu terhijab dari api neraka, insyaAllah.
Sayang, Sal pinta agar sayang tidak memberi peluang kepada syaitan laknatullah untuk menakluk diri kita. Syaitan2 ni sentiasa berusaha mencari jalan untuk merosakkan diri kita. Sasaran mereka ialah JIWA2 manusia yang KOTOR dan LEMAH. Sebelum mereka berjaya menguasai diri kita sepenuhnya, kita wajib bertindak lebih awal. Caranya ialah JANGAN biarkan mereka bermain2 dengan jiwa dan perasaan kita. Mereka berupaya menakluki diri kita, menghasut kita supaya BERTINDAK secara tidak waras dan akhirnya membawa kita ke dalam neraka sekiranya kita terlalu menurut kata hati dan mengabaikan kewujudan serta keesaan Allah SWT.
Sayang, Berjanjilah dengan Sal. Kuatkan hati. Kuatkan semangat. Jangan biarkan diri kita terbuai dengan perasaan yang melalaikan kita secara total dari mengingati Allah. Biarlah sejahat mana kita sekalipun, asalkan kita sentiasa mengingati dan menempatkan Allah di tempat yang pertama.
Sayang,
Sal sayang abang sampai mati tau.....
Posted by Ujang_MD ::
6/10/2006 11:48:00 PM ::
0 Comments:
Post a Comment