"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Saturday, March 24

Meniti Hidup!!!

Yippie.. ujang bercuti lagi.. ehhee tapi kat terengganu nih asyik hujan jer.. dah 3 hari hujan... Biasalah kalau dah hujan.. nak berjalan pun malas... Tapi mujurlah pagi jumaat semalam tak hujan.. Pheww pi jogging woo.. rasa berat badan naik pulak... tapi kawan2 kata ujang ok jer...29waist.. 62kg.. tapi perasaan ujang kut melampau hehe.. tapi bagus gak jogging seminggu sekali.. bagus untuk kesihatan jantung ehehe... Ujang tak keseorangan.. anak sedara Ujang Shakira dan kawan dia (merangkap anak jiran ujang lah hehehe) pun turut sama join Ujang berjogging kat Taman Syahbandar. Dah benar2 lain taman Syahbandar yang lama dengan yang baru sekarang.
Kekadang Ujang tak berapa setuju dengan kerajaan Terengganu dengan memajukan kawasan ini.. Mana tak nya.. banyak peristiwa bersejarah dekat taman syahbandar di hapuskan.. contohnya Tugu yang menjadi panduan bagi kelasi kapal.. habis di robohkan.. Ha.... benda sejarah buat apa nak di hapuskan.. tahulah nak majukan dan memodenkan negeri Terengganu.. tapi nilai esotika.. serta khazanah lama perlu di jaga. Nanti apa yang kita nak tunjuk pada anak cucu- cicit kita nanti?? Haa.. saper nak jawab?? Ha.. satu lagi.. habis di robohkan anak tangga yang menjadi sejarah bagi Bukit Puteri....semata-mata nak bina bangunan baru kat bawahnya.. Kenapa perlu robohkan?? walau tak di robohkan sepenuhnya tapi benda sejarah kan?? Kalau korang tak caya cuba bukak buku tingkatan2 atau 3.. haa... ada menceritakan sejarah semasa kesultanan dulu.. aduss.... Ujang betul2 memprotes nih..
Dah melalut Ujang..lepas jogging terus anak sedara ajak pergi makan nasi air atas Pasar Besar Kedai Payang... Ha.. budak2 pun ada karenah dia kan.. sabar je lah.. Ujang cakap kongsilah semangkuk nasi air tuh bersama kawan dia.. eh.. tidak.. cakap nak satu sorang.. Ujang menurut... Ha.. 5-6 di suap.. haa dah kenyang.. so yang baki saper nak makan?? Apalagi.. Ujang suruh jugak makan sampai habis.. kalau tak duduk lah dia kat situ sampai ke petang.. 2 orang sekali berlinang air mata... hehee.. Bukan ujang kejam kawan2.. tapi nak ajar cara2 nak berjimat cermat kan?? ehheee.... Ujang ke bandar menaiki bot penambang.. hari nih free sebab ada perkampungan hadhari kat muzium Losong.. anak sedara ajak Ujang tapi ujang pulak malas...
Kat rumah pulak.. makcik zainung dah menunggu.. yer lah makcik zainung korang tak dapat buat keropok dah 3hari sebab hujan hehee....Mak ajak ujang kerumah mak sedara ujang.. katanya sakit.. teruslah Ujang pergi.. orang sakit2 nih tak leh buat main2. Kang kalau ada apa2 nanti menyesal tak sudah. Hmm.. lama jugaklah bertapa kat rumah mak sedara Ujang nih.. hanya seorang je lagi mak sedara Ujang sebelah mak yang tinggal.. yang lain semua dah meninggal.. aduss.. kecil betul keluarga Ujang kan?? Tak sama dengan keluarga yang lain.. adik beradik sampai 12 orang.. Ujang suka keluarga yang ramai.. bila berkumpul pasti meriah.. tapi itu semua hanyalah impian yang tak mungkin menjadi kenyataan. Namun ujang pasrah ehehe...

Hari ini semua yang indah2 berlaku ke atas diri Ujang.. Sebab itu ujang percaya dalam hidup ini kita perlu tabah dalam menangani apa jua masalah yang di hadapi... Untuk makcik zainung yang ujang sayangi hehe.. i luv u so much.. ingatlah makcik zainung... cintaku hanya untukmu ehehe

Posted by Ujang_MD :: 3/24/2007 12:33:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.