Kehidupan Ujang ini ibarat meniti perjalanan yang panjang. Kehidupan Ujang juga ibarat seperti membaca satu cerita yang tak pernah habis.Terlalu banyak langkah yang tersangkut dan tersasar dari landasannya. Terlalu banyak cerita yang perlu difahami. Terlalu banyak keputusan yang perlu Ujang buat. Terlalu banyak halangan dan permasalahannya. Ada perjalanan yang mudah, Ada perjalanan yang pendek, Ada perjalanan yang bermasalah, dan Ada juga perjalanan yang indah.
Ada masanya Ujang berjalan agak laju kerana mungkin jalannya lurus tanpa ada halangan. Langkah Ujang diatur dengan mudah dan teratur, tanpa perlu menoleh kebelakang. Ada ketikanya, perjalanan itu terpaksa Ujang berhenti seketika, kerana memberi ruang untuk insan lain melaluinya, mungkin kerana mereka lebih penting untuk sampai ke destinasinya. Kadangkala langkah Ujang tersangkut dan tersaduh, lalu tersungkur, mungkin kerana Ujang tidak perasan laluan itu terdapat halangan dan lubang-lubang yang tertimbus oleh daun-daun kering. Ada ketikanya, laluan Ujang terhalang, bukan kerana memberi laluan pada insan lain, bukan kerana halangan fiziakal yang nyata, tapi kerana keadaan jurang yang terlalu merbahaya untuk meneruskan langkah. Lalu Ujang berpatah balik.
Biar bagaimanapun langkah Ujang, biar bagaimanapun kepayahan laluan Ujang, setiap detik yang Ujang lalui, pasti tertinggal satu kenangan bersamanya. Bagaimanapun langkah yang Ujang pilih, laluan mana pun yang Ujang tuju, pasti Ujang temui beberapa persimpangan dan suasana yang perlu Ujang simpan bersamanya. Kekadang Ujang menemui kegembiraan, kecantikan, keunikan dan seringkali juga Ujang terpaksa berdepan dengan kesukaran, kesedihan dan kegagalan.
Namun seringkali Ujang tewas bila diuji. Seringkali tersasar bersama kesedihan kerana kepayahan. Ada masanya Ujang menyesal kerana kegagalan. Tapi tidak menyedari, Ujang akan diberikan sesuatu yang lebih indah darinya.
Moga setiap jalan yang Ujang pilih nanti, akan membawa dan meneruskan perjalanan ini dengan mudah dan berjaya hingga sampai kedestinasinya. Setiap tujuan yang diharapkan, pasti menanti satu harapan dipenghujungnya. Setiap kesedihan yang ditinggalkan akan memberikan satu pengalaman bagi diri Ujang....
Posted by Ujang_MD ::
1/11/2008 12:00:00 AM ::
1 Comments: