"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Monday, May 23

AKU BEKAS GAY, ISTERIKU BEKAS LESBIAN (6-9)

Nikmat melakukan hubungan sejenis tidak kurasai seperti dulu lagi. Mungkin juga aku kerana aku melakukan dengan perasaan marah dan kecewa. Wanita berusia 28 tahun, bernama Suzi menjelma dalam hidupku. Aku berkenalan dengan janda beranak satu ini kerana kebetulan sedang sama-sama bersendirian di sebuah pub. Saat itu, kuperhatikan dia semacam kegelisahan. Sebentar- sebentar dia mengisi gelas dan minum, serta merokok. Pada masa yang sama, aku juga sedang gelisah, memikirkan diriku sendiri. Kecewa cinta dengan Atika kurasakan bertambah sakit. Salahnya aku juga kerana terlalu jujur dan berterus terang. Mengapa Atika tidak mahu lelaki gay seperti aku ini? Adakah sudah tidak ada tempat lagi bagi diriku dihati seorang perempuan? Dalam keadaan gelisah itulah aku mendekati dan berkenalan dengan Suzi. Ditengah perbincangan itulah dia mengaku janda beranak satu. Aku menghargai sifat terbuka dan jujurmu itu , Suzi. Aku sendiri bukan lelaki yang masih teruna lagi, kataku dengan sedikit ketawa. Status perkahwinan bukan penting bagiku, jawab Suzi. Siapapun kamu aku suka bersembang. Aku tahu kamu bersendirian dan kini sedang bermasalah, katanya dengan ketawa menyusul. Kami ketawa bersama, meneguk arak bersama dan merokok bersama. Kami kian rancak bersembang apa saja, biapun kepalaku separuh pening kerana arak. Suzi, wanita yang bernasib malang. Suaminya bermain cinta lagi dengan wanita lain. Begitu antara yang diceritakan Suzi. Suzi cuba mengekori kemana suaminya bermain cinta. Dengan mata kepalanya sendiri dia melihat suaminya bermesra dengan seorang wanita di sebuah pub. Suzi bermaksud mengingatkan suaminya suaminya bahawa sudah beristeri dan mempunyai 1 orang anak, tetapi dihadapan orang ramai dia dimaki dan dipukul teruk. Itulah antara puncanya penceraian Suzi. Sudah setahun dia menjanda dan mempunyai tekanan hidup. Dalam dunia ini masih ada ramai lagi lelaki. Tinggal lagi wanita secantik Suzi, hanya memilih sahaja, mana satu.Dapatlah menghilangkan kesepian kataku. (to be continue)

Posted by Ujang_MD :: 5/23/2005 04:01:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.