"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Sunday, May 22

AKU BEKAS GAY, ISTERIKU BEKAS LESBIAN (5-9)

Kenapa Ramli tak jawab? tanya Tika sambil tangannnya di tarik spontan dari genggamanku. Aku masih terbawa2 dengan angan-anganku. Mengapa, ya? Mungkin dia berasa aku memang menyukainya? Dan tanpa berfikir panjang, aku menjawab jujur. Tika maafkan aku dengan kebodohan aku ini. Nampaknya aku kena bnyak belajar darimu. Aku nie sebenarnya seorang gay yang sedang belajar untuk melepaskan diri agar menjadi sorang lelaki normal. Ramli gay,,,,? Bagaikan berbisik, kalimat itu meletus dari bibirnya. Ada kengerian yang amat dari suaranya. Ya Tika itulah aku! Aku ingin jujur pada orang yang amat aku cintai, tambahku. Terima kasih diatas sikap terbukamu. Mari kita pulang, ajaknya membuatkan aku kehairanan. Dalam perjalan pulang, suasana menjadi beku. Ku lihat Tika menitiskan air mata yang kemuiannya di hapuskannya. Kau menyesal, Tika? Kau marah? tanyaku. Aku kecewa. Tidak pernah terfikir olehku, aku menjadi kekasih seorang gay. Aku bukan membenci Ramli. Tapi.. Ramli.. carilah wanita yang mampu menerima kenyataan ini. Terus terang, Tika tidak sanggup daripada kelak turut menerima.. Atika tidak meneruskan kata-katanya. Sehinggalah kami tiba dirumah, suasana tetap bisu. Aku dimintanya tidak turun dan menghantar ke muka pintun seperti biasa dan tidak juga dia mencium pipiku seperti sebelum ini, pada setiap kali perpisahan. Aku benar-benar menyesal kerana berterus-terang padanya. Aku fikir dia dapat menerima kenyataan dengan penuh pengertian. Rupanya tidak semua orang boleh mengampunkan gay yang ingin kembali kejalan yang benar. Hubunganku dengan Tika yang kurasa indah dan utuh itu, hancur berkecai hanya kerana aku bercakap dengan sejujur-jujurnya. Dengan kekecewaan itu membawaku ku kembali ke alam gay. Aku memuaska diriku dengan kucing-kucing manis kelompok gay yang ku kenali sebelum ini. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku menggunakan kondom, kononya untuk mengelakkan daripada HIV atau AIDS. Namun kejenuhan hidup sebagai gay dan keinginan untuk menjadi sorang lelaki normal, kembali mengusik diri. (to be continue)

Posted by Ujang_MD :: 5/22/2005 10:11:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.