Atika adalah kerani sebuah bank. Syarikat tempat aku bekerja menggunakan khidmat bank tersebut. Aku tertarik hati padanya lantaran dia peramah dan penyabar. Usianya 24 tahun. Dialah yang selalu melayaniku setiap kali aku berurusan dengan bank. Bermula dari urusan bank itu, seterusnya saling berbincang menerusi telefon hampir setiap hari, lalu terbitlah bibit simpati aku kepadanya. Dari situ kami perkemaskan lagi hubungan dengan makan tengahari bersama di restoran. Pergi shopping dan makan malam bersama. Aku bahagia sekali kerana ternyata sudah dapat mengahrapkan kehadiran wanita di sisiku. Hubunganku itu tidak terasa telah berlalu enam bulan. Ketakutan yang masih bersisa di relung hatiku selama ini, muncul juga ke permukaan. Ia terjadi saat aku dan Atika sedang berada di dalam restoran yang nyaman , tenang dan suasana yang sungguh romantis. Wajahnya yang manis dapat bersinar-sinar mengambarakan kegembiraannya. Senyumannya tidak pernah lepas di bibirnya. Setiap kali menatapku terasa benar dia menyayangiku. Ketika itu, di hadapanku ada orange juice dan di depannya ada lemon tea. Kami duduk saling berhadapan. Kaki-kaki kami di bawah meja bertumpu satu. Kami baru saja selesai sarapan malam. Ramli.. suara Atika terdengar lembut. Tangannya menggapai tanganku dan jari-jari kami saling meramas. Ada apa Tika? Katakanlah.., balasku, tidak kalah mesranya. Begini..! Tapi.., Ramli marah tak? Tika tahu kan? Saya ni jenis anti marah. Begini. Tika mahu tanya adakah Ramli betul2 sayang kan Tika? Dia menatap mataku dalam2 dengan matanya yang cantik itu. Mengapa tanya begitu? Kan saya sangat sayangkan Tika! kataku dengan suara bergetar. Itulah kali pertama aku menyatakan maksud cinta pada seorang wanita, biarpun usiaku sudah berusia 32 tahun. Tika kurang yakin.., katanya dengan senyuman manis. Mengapa?, tanyaku. Kita sudah selalu bersama barang kemana, tapi.. Aku diam, menunggu. Ramli tak pernah cium Tika. Cium pipi pun tidak. Adakah Ramli takut mecium akan membuatkan Tika hamil? Aku terhenyak dengan pertanyaannya itu. Memang aku tak pernah menciumnya, bahkan selama hayatku, aku belum pernah mencium mana-mana wanita pun..(to be continue)
Posted by Ujang_MD ::
5/21/2005 10:01:00 AM ::
0 Comments: