"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Thursday, May 12

Kisah Malang Seorang Lelaki PLU (Episode 3-5)

Tetapi Bella hanya mendiamkan diri.Mungkin dia belum pasti dengan keadaaan sebenar. Memang wajar bagi seorang isteri yang dapat membaca gerak dan tingkah laku seorang suami. Demikianlah juga halnya dengan Bella.Dia sebenarnya telah dapat mengetahui perkara yang sebenarnya.Tetapi hanya mendiamkan diri,mungkin kerana mahu mengekalkan hubungan antara seorang isteri dengan suaminya.
Namun,diam bukanlah bererti redha.Dalam keadaan diam tersebut,Bella sebenarnya menyimpan perasaan dendam terhadap diriku.Dan dendamnya itu tidak diluahkan melalui mulut,tetapi dengan tingkah laku yang benar benar dapat menghiris perasaanku.Perasaan dendam Bella terkuak juga akhirnya ketika salah seorng stafku mengalami kecelakaan.Pada tanggal 15 April 19--,jam 10.00 pagi, saat itu aku terpaksa menghantar seorang stafku yang tertusuk perutnya dengan gunting yang sedang di gengam.Ketika itu aku benar benar panik dan keadaannya semakin parah tatkala sampai di hospital menyebabkan dia di tempatkan di ICU. Segala-galanya selesai aku uruskan tepat pukul 1.00 tengahari.
Kemudian aku bergegas semula ke tempat kerja, tetapi sebelum sempat berbuat demikian perutku telah menunjukkan isyarat untuk diisi.Memang sejak pagi lagi aku tidak menjamah sebarang makanan.Lantas aku pun pergi mencari sebuah restoran terlebih dahulu.Dan ketika aku baru saja sampai di sebuah restoran langkahku terhenti.Sekilas pandang, aku dapat melihat kelibat seseorang yang sangat ku kenal, terutama dari baju, rambut, mahupun dari gaya berjalan.Tapi kelibat itu di kepit oleh seorang lelaki muda.Dan aku yakin bahawa dia adalah Bella.Di saat itu, secara tiba-tiba terus terlintas di fikiranku segala kecurangan yang telah ku lakukan bersama-sama Razman."Mungkin inilah balasan dosaku selama ini", rengut hatiku bercampur dengan perasaan kesal.(to be continue)
azmi chendering kuala,terengganu.

Posted by Ujang_MD :: 5/12/2005 07:09:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.