"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Sunday, June 12

SAHABAT!!! (Episode 3)

M memberitahu bahawa dia akan ke luar daerah bagi mengikuti latihan sebuah pasukan beruniform. Ini bermakna aku dan M tidak lagi bertemu sekerap dulu. Begitupun M tidak pernah jemu menghantar berita kepadaku. Betapa dia menghargai ikatan persahabatan yang di bina. Masa terus berlalu. Kandungan surat yang M layangkan padaku semalam benar-benar membingungkan. Aku bingung bila dia meminta talian persahabatn kami di nokhtah kan!! Sedangkan selama ini M menjadi pendengar masalahku yang setia. Alasannya, kenangan waktu bersama SD masih segar di ingatan. Lebih-lebih lagi bila aku bersamanya. Tidak mahu terus berperang dengan perasaan sendiri, dia nekad membuat keputusan. Apa lagi yang boleh aku lakukan selain akur dengan kehendaknya. Nyata jodoh persahabatn kami masih kuat. Sekian lama tidak berutus berita, M akhirnya mengutusiku pada suatu hari.
Kami layari bahtera persahabatn tanpa sebarang masalah. Kadang-kadang M menceritakan latihannya di sana. Pastinya korang semua menyatakan yang kami sudah sampai pada tahap bercinta kan? Jangan terkejut jika aku mengatakan tidak kerana antara kami takkan mungkin berputik rasa cinta. Namun jika di takdirkan aku terima biarpun jauh di sudut hatiku aku ingin mengelaknya (to be continue)

Posted by Ujang_MD :: 6/12/2005 11:08:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.