"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Thursday, July 14

Bukan isu baru

Trend kehidupan gay telah lama bertapak di Malaysia tetapi tidak diperkatakan secara terbuka. Apatah lagi, golongan gay biasanya bijak menyembunyikan kegiatan mereka. Bagaimanapun, belakangan ini, ramai yang sudah berani mendedahkan orientasi seksual mereka secara terbuka. Gay pub juga semakin banyak di ibu negara dan menjadi tumpuan golongan gay mencari pasangan atau keseronokan sementara. Apabila naluri seks mereka memuncak dan tidak dapat bersama dengan pasangan sejenis, mereka akan menjadi terumbang-ambing dan mengalami tekanan emosi bagaikan seorang pesakit jiwa yang merana. Perangai mereka tidak akan ubah seperti seorang penagih dadah yang ketagihan. Mereka mudah radang dan sugul. Mereka akan mencari lelaki untuk melepaskan nafsu. Apabila mereka terlalu ghairah dan terdesak, maka berlakulah kes sodomi tanpa mengira batasan umur. Terdapat juga gay yang masih dapat mengawal diri dan memuaskan nafsu mereka dengan melakukan onani sambil membayangkan pasangan masing-masing atau tubuh mana-mana lelaki yang mereka sukai. Beberapa gay yang ditemui berterus-terang bahawa hanya selepas itu, mereka akan terasa lega dan mampu menumpukan perhatian terhadap kegiatan lain. Pakar psikologi mengakui bahawa golongan gay pandai berahsia serta bersikap sangat posesif. Mereka hanya akan berkongsi rahsia dan barangan kepunyaan mereka dengan pasangan sejenis. Mereka juga kuat cemburu sekiranya mendapati ada lelaki lain yang bergaul rapat dengan pasangan mereka. Situasi ini tidak ubah seperti seorang lelaki yang sangat posesif terhadap teman wanitanya. Bezanya adalah bahawa temannya itu juga seorang lelaki. Realiti yang perit Tanggapan masyarakat bahawa gejala gay hanya berlaku di kalangan masyarakat tertentu adalah salah. Kita juga tidak boleh terus berpura-pura bahawa budaya gay hanya berlaku di negara-negara barat. Memang telah terbukti bahawa ramai pemuda yang berpendidikan tinggi serta berasal daripada keluarga yang memiliki pegangan agama yang kuat turut menjadi gay. Malah rata-rata responden yang telah membantu penulis dalam menghasilkan artikel ini terdiri daripada pemuda berpendidikan tinggi, mempunyai status dalam masyarakat, mahasiswa serta ada yang sudah berumah tangga. Responden ini juga terdiri daripada pemuda pelbagai kaum. Jalan keluar Perasaan luar tabii ini tidaklah salah pada pandangan dan pegangan golongan gay. Bagi mereka, perasaan itu lahir secara semula jadi. Malah, menurut mereka, apa salahnya menjalin hubungan dengan kaum sejenis. Dalam hal ini, pengkaji psikologi remaja mengakui bahawa setiap insan akan melalui satu fasa dalam hidup di mana mereka akan tertarik kepada kaum sejenis. Perasaan ini adalah normal dari segi kajian psikologi. Tidak semua pemuda yang pernah menaruh hati terhadap lelaki lain bertukar menjadi gay. Hanya mereka yang terus melayan perasaan dan membiarkan fikiran mereka dikuasai naluri luar tabii menjadi gay atau lelaki biseksual. Realiti yang membimbangkan adalah bahawa ramai pemuda berpendidikan tinggi – sama ada di dalam negeri atau di luar negara – memiliki orentasi seks golongan gay atau biseksual. Sepatutnya golongan berpendidikan lebih tahu berfikir secara rasional dan memilih mana yang baik, mana yang salah.

Image hosted by Photobucket.com

Begitu juga, pemuda yang lahir dalam keluarga yang ada pegangan agama yang kuat juga menjadi gay atau biseksual. Keadaan ini amat mengecewakan kerana mereka gagal menggunakan ilmu dan didikan agama untuk memilih jalan yang betul. Ramai golongan gay yang akan marah jika kita mengatakan mereka memilih jalan yang salah. Bagi mereka, pilihan mereka mungkin tidak tepat tetapi tidak juga salah. Akan tetapi, jika begitulah halnya, mengapa pula mereka tidak mahu mengakui orientasi seksual mereka secara terbuka? Golongan gay dan biseksual di negara kita tidak berani mendedahkan identiti sebenar kerana takut dicaci dan dipandang rendah oleh masyarakat. Aktiviti mereka dijalankan secara licik dan tersembunyi. Masing-masing pandai sembunyi rahsia. VCD lucah yang memaparkan aksi pasangan gay pula membantu menambah ghairah mereka. Satu persoalan utama dalam mengupas fenomena gay adalah sama ada perbuatan mereka terdorong oleh perasaan cinta atau keinginan memuaskan nafsu semata-mata. Penulis telah mengajukan soalan ini kepada responden terbabit. Rick mengatakan bahawa dia amat mencintai pasangannya. Menurutnya, dia tidak dapat membayangkan kehidupan tanpa kehadiran pasangannya. Dia juga sedar bahawa masyarakat di sini tidak boleh menerima hakikat orentasi seksual golongan gay seperti dirinya. Maka, dia dan pasangannya bercadang berhijrah ke luar negara.Akan tetapi Rick juga tidak menyangkal bahawa terdapat golongan gay yang mencari pasangan sejenis semata-mata untuk memuaskan nafsu. Gay begini sering bertukar-tukar pasangan. Malah, sekumpulan gay mungkin terlibat dalam seks bebas di mana mereka saling bertukar pasangan untuk memuaskan nafsu.
Golongan gay yang suka bertukar pasangan juga sering pergi ke pub dan kelab malam untuk mencari pasangan baru. Mereka biasanya akan cuba mempengaruhi remaja dan pemuda untuk terlibat sama dalam kegiatan mereka yang di luar tabii. Remaja yang belum berfikiran matang pula mungkin terjebak kerana dikuasai rasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Natijahnya amat memedihkan. AIDS dan HIV adalah pembunuh nombor satu bagi para gay dan biseksual. Temu bual penulis dengan beberapa kaunselor pesakit HIV dan AIDS mendapati ramai yang disahkan HIV positif adalah sama ada penagih dadah, pelanggan pelacur atau gay. Bebas daripada noda Sekali terjebak tidak bermakna tiada jalan keluar. Terdapat juga gay yang berjaya mengatasi serta melepaskan diri daripada naluri seks di luar tabii. Seorang responden, Joe, tanpa segan silu mendedahkan bagaimana dia merupakan seorang gay semasa zaman bujangnya. Dia terjebak ke dalam kancah kehidupan gay sejak berusia 15 tahun. Sembilan tahun kemudian, dia berpeluang bertemu seorang wanita yang mula dicintainya. Mereka menjadi pasangan kekasih. Namun, Joe mendapati bahawa dia masih bernafsu terhadap lelaki. Teman wanita itu pun akhirnya mendapat tahu perkara sebenar. Wanita itu telah merasai kejanggalan pada diri dan perangai Joe. Akhirnya Joe berterus-terang kepada kekasihnya. Mujurlah wanita itu tidak meninggalkan Joe. Sebaliknya, Joe dibawa untuk menjalani ujian darah beberapa kali. Akhirnya doktor mengesahkan Joe tidak menghidap HIV atau AIDS. Joe dan teman wanitanya sangat gembira mendengar berita itu. Joe bersyukur dan bertaubat. Dia juga mengikuti sesi kaunseling. Kini Joe bergelar suami dan bapa kepada dua anak. Hidupnya bahagia. Namun, Joe mengakui bahawa kadang-kadang timbul naluri dan keinginan untuk bermesra dengan kaum sejenis. Terutama apabila dia terpandang lelaki yang tampan dan bertubuh sasa. Bagaimanapun, dia cepat-cepat sedar bahawa jika perasaan itu terus dilayan, mungkin tidak akan ada peluang kedua untuknya. Pada kali pertama, dia terselamat daripada dijangkiti HIV dan AIDS. Tidak ada jaminan bahawa dia akan terselamat pada kali kedua.Soalnya, berapa ramaikah golongan gay yang memiliki semangat waja seperti Joe untuk pulang ke pangkal jalan? Berapa ramai yang sanggup melawan naluri gay mereka? Ternyata ramai yang tewas dan terus khusyuk dipukul ombak nafsu seks luar tabii. Ramai pula yang mengatakan bahawa kehidupan mereka sebagai golongan gay adalah tidak salah dan tidak timbul keperluan untuk mereka pulang ke pangkal jalan.Apakah hanya penyakit dan kematian mampu menyedarkan mereka? Atau mungkin sahaja kita sebagai seorang rakan, teman, ahli keluarga dan anggota masyarakat perlu memikirkan apakah tanggungjawab dan peranan kita dalam membendung serta mengatasi masalah ini.

Posted by Ujang_MD :: 7/14/2005 11:07:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.