"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Friday, February 3

Menangani persoalan hidup!!

Kali ini ujang nak cakap hal2 berkaitan motivasi jer lah..ehehe.. azam baru?? ekeke!!Orang yang sabar dan tabah ini mampu memanfaatkan waku mereka sehari-hari sehingga tidak ada waktu untuk mereka meratapi nasib malang yang menimpa.Yup.. kalau lah uajng boleh bersifat demikian... Ujang cuba mengikuti prinsip, tidak ada yang dilahirkan bahagia.. setiap orang harus berusaha agar kebahagain itu datang dalam kehidupan. Bagi ujang.. memang tersangat sukar untuk kita bersikap tegas dan tabah semasa kita di timpa malapetaka. Cubaan hidup yang sering datang bertubi-tubi, lama-kelamaan akan merobohkan ketahanan mental manusia sehingga menjadi putus asa serta menyesali diri sendiri. bah kan tidak kurang juga yang mengalami gangguan jiwa kerana terlampau memikirkan masalah yang menimpa. ujang pun banyak perkara yang membebankan diri.. samalah kita2 menangani masalah ini....Orang2 yang mampu bertahan dalam kemelut masalah selalunya berusaha menikmati hidupnya. Mereka menjalani kehidupan secara apa adanya sama ada rasa kecewa, bahagia, sedih, marah dan sebagainya. Ketika mereka gagal mencapai kejayaan besar yang di idamkan, maka mereka bersedia pula menerima kejayaan kecil yang datang. orang-orang yang tabah ini agak mampu mengambil sisi baik dari bahagian kehidupan mereka. Cuba korang pikir... salah satu sikap khas orang-orang yang mampu bertahan dalam kemelut hidupnya adalah pantang menyerah. Cuba korang pikir.. daripada menyesali persoalan, lebih senang berusaha dengan diam-diam untuk merubah keadaan, betapapun anehnya cara mengubah itu. Terus mencuba dan menyakini bahawa usahanya akan membawa perubahan, betapapun kecilnya..dengan cara ini semangat hidup tidak akan surut. Yakinlah.. "Tuhan tidak akan merubah nasib seseorang jika orang itu sendiri tidak mahu berusaha merubahnya". Memang bukan mudah untuk menjadi tabah tapi adalah tidak salah untuk mencuba.. yupp.. uajng sendiri akui.. memang payah. Jika kita mampu mengatasi segala masalah kita akan boleh berkata mereka yang gagal berkata mereka yang gagal akan berputus asa tapi aku bukanlah yang gagal!!Hmmmm hehheehee!!! ye tak yer kan??? wakaaka.. cubalah setakat yang termampu!!!

Posted by Ujang_MD :: 2/03/2006 12:34:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.