"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Thursday, April 6

Erti Sebuah Persahabatan!!

Entah.. tergerak hati ujang untuk berceita tentang perkara ini!!Dalam dunia ini, ujang tidak punya sesiapa kecuali diri ujang sendiri.. tetapi dalam ujang bersendiri.. ujang benar2 beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami ujang.Sebagaimana ujang mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat.. begitu juga dia. Tetapi ujang sering terlupa akan hal itu.. ujang cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan ujang..Ujang rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Ujang tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.Bagi ujang.. itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Ujang terlupa.. ujang juga pernah membiarkan dia ternanti nanti.. kerana ujang juga ada janji yang tidak ditepati. Ujang beri beribu alasan.. 'memaksa' dia menerima alasan ujang.Waktu itu.. terfikirkah ujang tentang perasaannya?? .. Seperti ujang.. dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi ujang sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa disisi ujang pada waktu ujang memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan ujang.. segala rasa kecewa dan ketakutan.. harapan dan impian ujang luahkan.. dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masaalah.Selalunya ujang terlalu asyik bercerita tentang diri ujang.. hingga kadang kadang terlupa kawan ujang juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama ujang.
Pernahkah ujang memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya.. rasa takutnya??.. Pernahkah ujang menenangkan dia sebagaimana dia menyabarkan ujang??Ikhlaskah ujang mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya??Mampukah ujang menjadi sumber kekuatannya seperti dia meniup semangat setiap kali ujang merasa kecewa dan menyerah kalah?


Dapatkah ujang yakinkan dia bahawa ujang boleh dipercayai.. ujang boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah.. agar tidak rebah??Bolehkah ujang menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan??Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan.. kerana dia juga seorang manusia.. dia juga ada rasa takut.. ada rasa bimbang.. sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.. jadilah ujang kawannya itu.. Ujang selalu melihat dia ketawa.. tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang ujang sangka. Disebalik senyumannya itu.. mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.. disebalik kesenangannya.. mungkin tersimpan seribu kekalutan.. ujang tidak tahu...... tetapi jika ujang cuba jadi sahabat seperti dia.. mungkin ujang akan tahu...(kepada kawan2 ujang.. i luv u very2 much.. thnx u thnx u!!)

Posted by Ujang_MD :: 4/06/2006 03:29:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.