"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Sunday, May 14

SEDIH..PILU.. SAYU..

Ujang gembira sekali dengan adanya Sal di sisi.. cukup lengkap diri ini.. rasa gembira sangat diri ini.. Kenangan bersama Sal cukup menggamit perasaan ujang..Selama beberapa hari Sal di terengganu banyak perkara yang terjadi.. banyak perkara indah yang tak dapat ujang lupakan.. tak tergambar betapa seronoknya ujang ketika itu... lupa diri seketika bila diri berada dalam kegembiraan. Hari2 yang di sambut dengannya cukup membuat ujang terhibur dengan gelak tawa.. dengan rajuk tangisnya.. semua itu membuatkan ujang tersenyum keseorangan..
Tika malam menjelma ujang dan Sal bagaikan merpati dua sejoli turun memadu asmara.. cukup romantis.. Bila bulan purnama menjadi saksi.. bila bintang di langit menghakimi diri.. arghh.. sesekali terlintas di hati biarkan lah situasi ini tak berganjak pergi.. biarkan ia kekal abadi selamanya di sini! Namun itu mustahil.. tersenyum girang ujang melihat keasyikan Sal bermain di gigi pantai.. seronok.. katanya inilah kali pertama dia mandi pantai.. seronok bukan kepalang.. Entah kenapa hati ujang rasa begitu lega.. hati ujang rasa begitu selesa bila melihat Sal tersenyum.. cukup manis... cukup membuatkan ujang bertambah sayang akan dirinya!! Kemaruk cintakah ujang??
Yeah.. ujang akui.. bila korang duduk di tempat ujang.. korang tahulah betapa indahnya alam percintaan.Masih teringat ujang detik2 kemesraan ujang bersama Sal..mnadi pantai berpelukan..sambil di terangi cahaya bulan.. di susuli pula dengan ombak laut yang begitu tenang.. hanya kami berdua mandi-manda di situ hingga malam menjelma.wah.. pegalaman yang cukup berharga buat ujang...Dalam hati ujang.. ujang mahu Sal gembira.. kerana bila sal gembira ujang turut menumpang sama dan ujang merasa cukup puas bila Sal tersenyum ketawa! Dalam keseronokan ada jua perselisihan faham.. namun cepat2 ujang tepis.. ujang tak mahu percutian ini suasana menjadi muram.. ujang mahu pertemuan dengan Sal kali ini betul2 boleh menghiburkan hatinya!3hari bersama Sal banyak perkara baru yang ujang pelajari..
Banyak perkara yang dapat ujang teladani! Terima kasih Sal..Sal banyak menyinari kehidupan abg kini.. terima kasih sayang.. entah selepas Sal balik tengah hari tadi ke perak.. tubuh ujang panas.. memang dari semalam lagi ujang dah rasa nak demam.. tapi hari ini rasa tubuh betul2 tak sihat.. panas sangat.. Hmm demam..ohh andai Sal ada di sis menemani ujang yang kesakitan ini..
Maaf..ujang tak dapat letak ariticel hari ini.. kepala pening sangat.. tubuh betul2 tak larat.. demam makin menjadi..doakan ujang sembuh cepat!! aminnn

Posted by Ujang_MD :: 5/14/2006 03:38:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.