"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Friday, June 30

DARI LUBUK HATI SAL

Abang...
Sal tak salahkan abang di atas keterlanjuran abang. Dan sebagai manusia, memang sepatutnya Sal terluka dengan keterlanjuran ini. Dan abang sedar akan kenyataan ini, kan? TETAPI, hakikatnya, Sal nak abang tahu dan sentiasa sematkan dalam hati abang bahawa Sal TIDAK AKAN sekali2 menyalahkan abang di atas apa yang telah berlaku. Pada Sal, kita berdua masih lagi dalam proses untuk belajar tentang erti cinta dalam kehidupan seharian kita. Dan sudah pasti kesilapan akan berlaku kerana kita adalah manusia biasa. Manusia biasa tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Dan dari kesilapan itulah nanti kita akan belajar tentang erti kehidupan. Tetapi, perlu juga diingat. Kesilapan yang berulang tidak wajar berlaku kerana manusia telah dianugerahkan dengan akal yang boleh dibentuk agar menyatakan sesuatu perbuatan itu adalah silap dan salah. Dan jika masih tetap melakukannya, hasil negatif yang dijangkakan pasti akan berlaku.


Abang...
Kehidupan ini merupakan sebuah sekolah yang amat besar. Lagi lama seseorang manusia itu hidup, lagi banyak ilmu yang akan dia pelajari. Cinta pula merupakan salah satu dari cabang ilmu yang akan kita pelajari di Sekolah Kehidupan. Dan inilah ilmu yang kita sama2 sedang pelajari pada ketika dan saat ini. Ilmu tentang cinta.


Abang.....
Ilmu tentang cinta amat luas.....terlalu luas. Cinta yang teragung ialah cinta kita kepada tuhan. Manakala cinta di antara kita menuntut kejujuran dan kesetiaan yang amat tinggi dari kedua2 belah pihak kerana hakikatnya; jarak di antara kita amat menuntut kita supaya 100% yakin dan percaya pada pasangan kita. Ini bukan mudah untuk dilakukan bagi sesetengah orang. Tetapi bagi Sal, kita berdua telah berjaya melaluinya, kan?


Abang....
Pintu kemaafan sentiasa terbuka. Sal tak pernah membenci atau berdendam dengan abang kerana abang ialah nyawa dan jiwa Sal. Sekiranya Sal membenci abang, itu bermakna Sal telah membunuh nyawa & jiwa Sal sendiri. Sal tidak akan sekali2 buat begitu. Dan jika abang meninggalkan Sal pula, itu bermakna abang sendiri telah membunuh nyawa & jiwa Sal. Sanggupkah abang buat begitu?...


Abang.....
Sebenarnya tidak sukar menanam kepercayaan dalam diri seorang manusia yang bernama Sal. Cukup sekadar abang menutup terus pintu dan ruang yang boleh menghanyutkan abang bersama dengan nafsu yang boleh merosakkan hubungan kita. Tutup terus pintu tu. Jangan sekali-kali bagi ruang walaupun sedikit. Sal sudah berkali2 menasihati abang tentang perkara ini tetapi abang masih berpegang dengan kata2 abang, "bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi". Dan sekarang ni abang lihatlah. Walaupun bukan tangan abang yang memulakan tepukan, tetapi kekuatan tangan yang satu lagi telah membawa abang hanyut bersama2 dengannya. Mengapa ini terjadi? Ini terjadi kerana abang telah membuka ruang kepada tangan yang satu lagi untuk mendekati diri abang. Abang terlalu yakin dengan diri abang bahawa abang tidak akan sekali2 hanyut TETAPI hakikatnya abang juga manusia biasa yang akan tewas dengan nafsu. Berkali2 Sal sudah mengingatkan abang tentang perkara ini, kan?


Abang.....
Bukan niat Sal untuk mengongkong abang. Jauh sekali mengawal hidup abang. Tetapi, sekiranya abang jujur dan ikhlas mencintai Sal, Sal rasa tak perlu ada ruang yang membolehkan abang bersama2 dengan orang lain tanpa kehadiran dan pengetahuan Sal. Maksud Sal, ruang bagi orang2 yang mempunyai niat **x dengan abang. Ruang ini perlu diberi perhatian dengan mewujudkan Sal di dalamnya. Atau dengan cara lain, tutup sahaja ruang itu kerana apa yang Sal nampak, kesan negatifnya lagi besar berbanding dengan kesan positif.


Abang....
Sekiranya abang benar2 mencintai Sal, hanya ini jalan yang terbaik. Berkongsi segala2nya. Sekurang2nya dengan cara ini abang akan rasa bersalah untuk curang kerana Sal sentiasa ada di samping abang.... Dan Sal nak abang tahu, keputusan untuk memutuskan hubungan bukanlah satu keputusan yang terbaik walaupun dalam hal ini jelas kelihatan abang yang bersalah. Ini kerana Sal masih memegang erat tali cinta kita dan Sal tidak akan sekali2 melepaskannya walaupun setinggi gunung ombak dan badai melanda. Dan sekiranya abang meninggalkan Sal, itu bermakna abang telah meletakkan racun pada hati Sal yang sememangnya sudah terluka dan sudah pasti ianya akan membunuh nyawa dan jiwa Sal.


Abang....
Sekiranya abang sayangkan Sal.....sapukan ubat pada hati Sal yang terluka. Dan janganlah pula abang sapukan racun yang boleh membunuh Sal....

Abang....
Ketahuilah...
Sal sayang abang....
..... sampai mati.

Posted by Ujang_MD :: 6/30/2006 03:10:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.