Hari ni balik dari praktikal terus tido. Pehtu pegi tempat praktikal semula kerana ada beberapa dokumen perlu disiapkan untuk meeting hari Jumaat ni. Balik ke rumah semula dalam pukul 5 petang. Baru nak letak kepala atas bantal, ibu pulak mintak tolong packing barang2 untuk kakak Sal yang stay kay Indy, US. Kebetulan member kakak Sal balik holiday ke Malaysia. So kakak Sal mintak tolong member dia tu bawakkan sekali beberapa jenis makanan kering, rempah ratus dan lain-lain bila balik ke US nanti. Mula2 Sal nak jugak tolong. Tapi bila dah banyak sangat kelengkapan untuk packing barang takde, jadik mood nak tolong tu tiba2 hilang. Jenuh la ibu membebel marahkan Sal. Sal melawan jugak sket2. Tapi last2 Sal diam jugak sebab ibu tiba2 diam.....huhuhuhu...sori ek bu...
Pehtu Sal sambung tido. Memang mengantuk sangat. Semalam balik ke rumah dalam pukul 7 malam. Pehtu bergayut dengan buah hati intan payung busuk dari pukul 12 mlm sampai pukul 4 pagi....macam2 yang dibualkan. Tu sebab mengantuk sgt hari ni...
Bangun balik dari tido dalam pukul 7 malam tadi. Bukak 6260, ade sms dari member ajak main squash kat dewan. Dah lama tak main sama2 katanya. Alahai...malasnya nak kluar rumah sejak akhir2 ni. Sal lebih suka duduk memerap dalam rumah. Paling tidak pun pegi dusun arwah abah. Lebih kurang 17 kilometer dari rumah. Saje jenguk2 kot2 ade semak yang perlu ditebas. Sekarang ni musim manggis keluar putik. So kena la tebang semak2 yang tumbuh kat bawah pokok tu supaya akar senang nak serap air hujan. Nanti barulah buah tu jadik sihat. Erm...lagipun, semenjak dah ade abang Ujang dalam hidup Sal ni, Sal lebih suka tunggu sms atau call dari buah hati Sal tu berbanding dengan menyibukkan diri dengan orang2 lain...
Erm, sementara tunggu azan maghrib. Sal duduk termenung tepi tingkap. Pandang langit senja. Ntah kenapa tetiba hati ni rasa syahdu sangat. Bila tengok burung2 terbang pulang ke sarang masing2. Bila tengok matahari terbenam slow2 di balik bukit. Jelas terbukti semua makhluk Tuhan kat bumi ni ada rutin kehidupan masing2 yang dah ditentukan oleh tuhan. Begitu jugak dengan hidup Sal. Hati ni makin bertambah syahdu. Rasa kecik je diri Sal ni jika nak dibandingkan dengan langit yang terbentang begitu luas........
Sebenarnya. Hati ini cinta kepadamu. Sebenarnya. Diri ini rindu kepadamu. Tapi aku tidak mengerti mengapa cinta masih tak hadir. Tapi aku tidak mengerti mengapa rindu belum berbunga. Sesungguhnya, walau ku kutip semua permata di dasar lautan. Sesungguhnya walau ku siram dengan air hujan dari tujuh langitmu. Namun cinta takkan hadir. Namun rindu tak akan berbunga. KUCUBA MENGHULURKAN SEBUAH HADIAH KEPADAMU. TAPI MUNGKIN KERANA ISINYA TIDAK SEMPURNA TIADA SERI. KUCUBA MENYIRAMNYA AGAR TUMBUH DAN BERBUNGA. TAPI MUNGKIN KERANA AIRNYA TIDAK SESEGAR TELAGA KAUTHAR. Sesungguhnya, walau ku kutip semua permata di dasar lautan. Sesungguhnya walau ku siram dengan air hujan dari tujuh langitmu. Namun cinta takkan hadir. Namun rindu tak akan berbunga. Jika tidak mengharap rahmatmu. Jika tidak menagih simpati pada mu ya Allah. Tuhan HADIAHKANLAH kasihMu kepadaku. Tuhan KURNIAKANLAH rinduku kepadaMu. Moga ku tahu syukurku adalah milikMu...
Sal nak solat maghrib dulu...tata~. Mwah.
Posted by Ujang_MD ::
6/14/2006 07:52:00 PM ::
0 Comments: