"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Monday, December 25

Merry X-Mas!!!


Hari ini..jiwa Ujang memberontak menjemput seorang insan sebagai tetamu..beberapa kala ini Ujang cuba memberi apa yang terindah buatnya..selagi terdaya Ujang(tak usah tanya siapa dirinya...)..semalam..semalaman Ujang memikir tentang dia. Ujang dah malas sebenarnya begini.namun entah kenapa ianya terjadi sendiri..walau nun jauh di sana..Ujang cuba membuat diri Ujang dekat di sisinya.

Mungkin Ujang sedang berkhayal..namun Ujang sedar hakikatnya..mungkin juga balasan khilaf Ujang sendiri..walau apa pun hidup akan Ujang teruskan hingga tuhan menjemput Ujang..namun sampai bila Ujang harus begini..berkeadaan begini..menangis tanpa air mata lagi..Ujang cuba mengenal hakikat dan ma'arifat..qada' dan qadar..sebelum ini Ujang hanya belajar, mendengar, membaca, memahami..namun hari ini Ujang harus redha untuk menerimanya..walau Ujang cuba menerima dan cuba untuk menguntum senyuman..Hmm alhamdulillah...beberapa hari ni Ujang begitu ceria kerana Ujang tahu Ujang punya sebab untuk bergembira..namun hari ini Ujang juga punya sebab untuk bersedih..mungkin makbul doa seorang insan..Ujang terima..terima kasih andai betul dia mendoakan Ujang begini...

Wah Ujang dah tak nak jiwang lagi.. Ujang dah minum kopi ngam makcik zainung tadi...dah takde sebab nak jiwang lagi..hari ni Ujang dah hepi sangat..cume ade sikit je sedihnya..tinggal sikit je..tak boleh takde sedih sebab nanti lupe diri bila gembira sangat..

Oh... lupa Ujang nak ucap merry christmas... hmmm jingle bell... jingle bell.. hehehee.. Selamat Hari Natal............

Posted by Ujang_MD :: 12/25/2006 09:26:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.