"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Friday, April 6

CANDAK SOTONG..

Hari ni kisah makcik Zainung tak ada yer sebab makcik zainung tiada di rumah. Kemana? Ke rumah anak2 dia lah.. kan hari minggu nih.. Ujang nak citer pasal diri Ujang lah pulak muahaha.. Apapun untuk langkah berjaga-jaga Makcik Zainung membawa JOHN sekali ke rumah anaknya itu muahahaa. Maka senang lenang lah ujang di buatnya. Semalam Ujang pergi Candak Sotong. Pergi ramai2 dengan member .. sewa bot nelayan..
Seorang kene bayar RM30. Tak lah mahal.. ini kali ke-3 Ujang pergi candak sotong di tengah lautan. Seronok.. kapal besar.. pergi pulak 12 orang memang seronok.. 7 lelaki 5 perempuan. Pulak tuh sekarang musim sotong mengawan dan yang paling menarik bulan tengah mengambang. Cantik lautan di simbahi cahaya bulan.. Ketika ini hati ini begitu tenang sekali.. hilang segala rasa duka.. hilang segala rasa nestapa.. yang ada sekarang hanya gelak tawa bersama teman yang seusia..(haa.. ujang dah start jiwang dah ni.. ahh tak nak ler..). Tapi malangnya.. ada je nasib tak menyebelahi Ujang.. Ujang tertinggal pil tahan mabuk.. adus.. mati ujang..
Ujang paling alah dengan gelombang.. kalau naik bus jauh-jauh pun boleh mabuk.. inikan pula naik kapal laut... Kali ini Ujang betul2 berada di tengah lautan... Bila bulan mengambang pasti sotong banyak yang akan timbul di permukaan kerana terlihat pantulan cahaya.. lagipun sekarang musim sotong mengawan.. huwaa.. mesti dapat sotong yang tengah bertelur.. best woo telur sotong.. kalau kat sini.. satu tong tin susu tuh... rm5 harga telur sotong perghh mahal gila. Tapi korang tahulah kan??
Ujang mana makan sotong uwekk.. hhehehe.. tarak suka woo...
Biasa lah kan bila di tengah lautan.. bila gelombang.. Ujang pun mula dah hayun kepala nih... rasa gelap semacam jer.. tapi leka lagi candak sotong nih.. tiba2 muntah berwarna hijau dah Ujang.. huhuhu.. Ujang mabuk laut dah.. terus pengsan. Sedar2 pun bila dah sampai kat darat.. Tnegok jam dah subuh hehe.. Ujang tengok semua dah berkumpul nih nak bagi sotong. Akhirnya dapat 4kilo seorang jer.. terus balik. Sotong bagi kat Jiran.. dan Ujang terus sambung tidur.,.. bahagianya sebab tiada gangguan suara Makcik Zainung serta JOHN.. ZZZZ

Posted by Ujang_MD :: 4/06/2007 04:42:00 PM :: 4 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.