Wednesday, April 11
TERIMA KASIH NAT..
Pertama sekali Ujang nak ucap terima kasih banyok2 pada NAT.. kerana bagi games ni kat ujang. NAT, mung sajer lah yang memahami diri ini.. Puas Ujang.. Walau tak dapat dera JOHN dengan ISABEL.. dapat pukul kucing dalam games ni pun sudah cukup.. terima kasih yer NAT.
Download Games Cat & Dog
Sedih Ujang..nak letak jauh2.. Ujang sudah lali dengan mainan cinta yang tak berkesudahan ini.. Baik Ujang cakap pasal makcik Zainung kan?? Makcik Zainung pun dah marah2 sebab tak tulis pasal dia..(hilang glamour dia nanti ehehe). Sebab sedih sangat 2-3 menjak ni kan.. sampai Ujang lupa nak citer pasal Permaisuri Agung Zainung binti Salleh dengan cucu kesayangan beliau ini. Sebelum itu Shakira, Makcik Zainung beli basikal baru untuknya.. Sebelum beli Ujang dah cakap kat mak.. buat apa beli basikal baru?? Basikal lama masih elok.. cuma tempat duduk dia jer perlu di ganti..
Ehh makcik Zainung cakap tak boleh.. tak per lah beli yang baru sajer.. Ujang mana boleh kan?? Basikal elok lagi.. kenapa nak membazir?? (wah infalsi sifar nampak gayanya?? Dengan Shakira jer Ujang berkira sebab muka dia memang hazab yang amat) Shakira ni mengada2 kalau korang nak tahu.. Dia sebenarnya bukan ok sangat dengan Ujang.. mulut dia nih memang tak boleh di percayai.. kalau di hulur wang baru mulut dia dapat simpan rahsia.. kalau tidak hancur.. pasti di bagi tahu rahsia itu pada neneknya.
Lagi satu Shakira nih.. tak kiralah rahsia apa pun kalau dia bertengkar jer dengan Ujang habis perkara2 lama pun di beritahu pada toknya yang di sayangi itu. Korang nak tahu.. semalam nih.. makcik Zainung sembang2 kosong dengan Shakira.. "Ira.., tok rasa kite jangan wi ah JOHN dengan ISABEL makan nasi.. kite beri dia makang ikang jer.." Shakira pun setuju je lah kan.. Tapi Ujang nih membantah... semalam pulak dalam astro ada Wrestling.. sambil cakap hal kucing ni sambil tengok Wrestling.. Ujang pun menyampuk.. "Doh sapa nok wie ikang sajer tuh bakpe.. campur ahh dengan nasi.. tauke ikang pun dok wi kucing dia kedaroh gitu".. Tapi ini balasan yang di terima Ujang "Aku mintok dengan mu pitih beli ikang?" Terus Ujang diam.. hitam tak kata putih pun tak lata.. tunduk jer lah tanda pasrah..
Terus berkemundang lagi Nurul kat telinga Ujang nih.. uwaa..." Beatnya rasa hati nak melangkah pergi., tetapi apakan daya aku terpaksa, buat kali terkahir, ingin ku mengucapkan, semoga dirimu berbahagia selalu, tentang diriku ini terserah padamu Tuhan menetukan.. Tak perlu kau bertanya kemana ku pergi, pandailah aku menjaga diri ku ini..Sekali ku melangkah biarlah ku teruskan, perjalanan ini walaupun sendirian..... Uwa... Kalau rintihan Ujang nih di dengari oleh makcik Zainung dia membalas macam ni uwaa...."Aku sudah tidak percaya padamu lagi.. lebih baik engkau segera angkat kaki,.. aku benci.. benci pada dirimu.. aku bosan.. bosan pada dirimu.." Uwaa.... jadi baik Ujang diam.. Ujang malas nak bertegang leher dengan Makcik Zainung.. Apapun Ujang nih dah besar.. Ujang nak cuba slow2 suka kat JOHN dengan ISABEL.. tapi tengok lah macam mana.. Sebab Ujang tak janji.. k chow...
Posted by Ujang_MD ::
4/11/2007 07:45:00 AM ::
0 Comments:
Post a Comment