"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Sunday, June 24

IMAGINASI

Di kaki gunung itu. Warna-warna indah bertaburan. Bunga-bungaan menguntum mekar berserakan di sana sini. Haruman semerbak bagai dapat dirasa. Berbagai spesis tumbuh melata. Rama-rama berterbangan turut hinggap di kuntuman yang ada. Silih berganti. Ohh indahnya.. pheww. sastera giler woo!!! Sambung lagi..

Nun di kejauhan, kelihatan sepasangan Adam dan Hawa berlari riang berkejaran di persada yang penuh pesona. Bagaikan betapa bahagianya mereka. Indah! Segalanya cukup indah, unik dan menakjubkan. Sukar untuk diungkap dan diterjemah dengan kata-kata.

Tiba-tiba...

Kosong. Hilang. Pandangan sekeliling lenyap. Hilangnya sudah warna-warna indah yang berserakan. Oh! Rupanya mimpi.

Wahai mimpi yang indah! Kenapa cepat berlalu?” Bisik si hati keci Ujangl sewaktu terjaga dari lena setelah subuh kian melewati.

Aduhai…hebat sungguh imaginasi yang menjelma. Penuh abstrak. Kalaulah semua itu adalah sebuah dimensi yang wujud di alam realiti, alangkah indahnya suasana hidup ini. Namun yang jelas, semua itu hanyalah sebuah mimpi indah yang terbantut lantaran dikejutkan oleh waktu yang akan menginjak ke siang di mana wujudnya sebenar-benar realiti kehidupan.

Mimpi itu mainan tidur” ujar Makcik Zainung. "Mimpi itu layar imaginasi, sesungguhnya ia sandiwara lena" Demikian pula ucap si pujangga.

Ya Ujang akui pelbagai andaian boleh ditafsirkan dengan mimpi. Cukup unik. Dan setiap dari kita mungkin akan mengalaminya. Di kala mata terpejam lena, ia mungkin hadir menjelma membawa pelbagai igauan lamunan, lantas menjengah ke lubuk minda dan memercikkan imbasan, mengintai sejenak ketakjuban alam maya.

Posted by Ujang_MD :: 6/24/2007 11:16:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.