"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Wednesday, June 20

MACAM=MACAM

Seperti apa yang Ujang janji dengan Makcik Zainung semalam maka janji pun di laksanakanlah. Dalam keseronokan nak belanja Makcik Zainung nih.. jadi rasa bad mood pulak. Biasalah kalau tak cucu kesayangan dia tuh yang buat hal. Ujang memang geram dengan Shakira nih. Tak padan dengan pompuan.. mengalahkan jantan. Pernah Ujang cakap kat dia

"Buang Ujung kelentit mu tuh, tukar dengan adik awang nok??"

Tapi biasalah kan.. kalau kata apapun kat mangkuk hayun tuh macam cakap sorang-sorang ler. Haram tak di layan. Ujang janji nak belanja Makcik Zainung jer bukannya cucu kesayangannya sekali. Tapi tak.. Cik Nung nih baik sangat.. di ajaknya Shakira sekali. Tak ke sakit hati.. Baru nak beramah mesra dengan Cik Nung naik motor.. alih-alih terpaksa naik kereta sebab Shakira nak pergi sekali. Maka di sebabkan geram yang amat sangatkan ...terpacul lah kata-kata ini dari mulut Ujang.



"Mok bakpe mung dok bawok sekali JOHN ngan ISABEL,"



Ujang dengan Makcik Nung kadang-kadang biasanya percakapan guna "mung" "aku" jer. Bila perati memang agak kasar kan?? Bila Ujang cakap macam tu dengan Mak. Tapi percakapan macam tu dah lali bagi Ujang dcengan Makcik Zainung. Kalau orang lain dengar pasti kata Ujang anok derhaka ehhe... Apapun Cik Nung tetap rock walaupun tiap-tiap malam sakit urat ehehe! Terus Makcik Zainung balas kata-kata Ujang tadi nih.. tak nak mengalah katanya.




Kucing giler


"Mu jangan cabor aku.. kang aku bawok sungguh kang"

Ujang diam terus. Malas nak bertegang urat saraf dengan Makcik Zainung sebab Ujang tahu dah malapetaka yang akan mengundang Ujang pabila melawan Cik Nung tuh.. Ouchh tak sanggup Ujang! Kang tak pasal-pasal riuh rendah satu kampung T##### D#####.

Yang buat Ujang geram lagi nih bila Ujang sebut jer pasal Kucing dua ekor tuh.. terus anak beranak tuh turun semula dari kereta.. Ujang tanya kemana nak pergi.. Dua- dua diam!! Ishh lama bebenor Ujang menunggu, terus Ujang masuk dalam rumah nih. Astarfirullah halazim!! Panjang Ujang mengucap. Apa nak jadi lah dengan dia orang nih.. nak tahu buat apa?? Haa... baca sendiri ler perbualannya.. Ujang malas dah nak repeat!!

"Shakira..ambil Tok sikat jap.... Tok nok sikat bulu JOHN nih.. abih luruh"


"Tok, ISABEL ngan JOHN dok makan agi, kite gie ambik nasi ek"


"Dok payoh wi nasik, kang Tok kabo doh.. mung ambik ikang buang tulang"


"Doh susu nok abih doh Tok, kite ambik susu Tin (Cap Teko) ahh.. kekgi kite bulu susu nespray"

"Ho ah... jangan wa panas sangat air tuh"


Sedih Ujang tengok dua orang nih. Ujang nak bising Ujang takut Makcik Zainung yang akan bising dulu. Jadi cara terbaik diam membisu dan menggelengkan kepala sudah! Ujang tak tahu lah apa istimewa sangat JOHN dan ISABEL tuh. Kalau ikutkan hati mahu buang jer. Lama Ujang menunggu.. pastu dengar lah Makcik Zainung bersuara.. jom ahh nok pi makang.


"Sudoh doh Mok wi makang ke anok angkat mung?"

"Mung jangan nok cakap banyok. ada aku suruh mung ker?"

Ujang diam je lah malas nak layan. Bila dah macam nih.. geram ada .. dendam kesmuat pada Shakira makin tebal.. tapi sempat jugak Ujang sekeh kepala dia time nak masuk kereta hehee!! Makcik Nung hanya makan ikan bakar dengan Tom Yam.. Si Shakira tuh makan nasi goreng.... Ujang pulak?? hehehe... makan hati ehhe!! Tak ler.. Ujang makan nasi ayam ehehe!! Sebelum balik sempat lagi Ujang cakap kat Makcik Nung..

"Mok , tak mboh bungkus tek makanan ke anok mung dua ekor kat rumoh?"

Belum sempat Cik Nung menjawab cepat2 Ujang masuk kereta hehe!! Dah tahu bala kalau masih tercegat kat situ. Apapun Ujang puas hati.. janji Ujang pada mak dah Ujang laksanakan!!

Posted by Ujang_MD :: 6/20/2007 11:37:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.