Balada lagi kisah Ujang ini. Entah apa yang hendak Ujang tuliskan hari ni. Fikiran Ujang buntu, tak tahu nak tulis apa, tapi Ujang mahu menulis. Jemari Ujang ini seakan-akan memanggil Ujang untuk menaip walaupun Ujang tak tahu nak taip apa. Tiada cerita yang menarik hari ni. Tiada episod ataupun drama pada hari ni. Yang pasti hari ni Ujang rasa bebas, bebas menanggung perasaan. Ujang terima hakikat apa yang selalu Makcik Zainung cakapkan pada Ujang "Kita belajar melepaskan apa yang kita sayang".. Cuba walau tak termampu... cuba lagi.. dan kini?? entah la!! Segala kekusutan yang mengganggu benak Ujang selalu sahaja datang. Ujang fikirkan takkan ada orang yang pernah faham apa yang Ujang rasa. Tapi orang ni lain, dia bukan sahaja memahami malah memberikan kata-kata semangat kepada Ujang. Jangan mudah beralah dengan sebarang halangan. Itu yang selama ini Ujang fikir. Terima kasih Makcik Zainung. Tapi Ujang manusia biasa, biar sejauh mana Ujang berkeras untuk teruskan hidup ini, walau setebal mana ego Ujang, Ujang tetap mempunyai kelemahan. Sampai satu masa Ujang sudah tidak mampu untuk bertaut pada kasih-Nya lagi. Biar Ujang percaya, walau Ujang diuji oleh-Nya adalah satu hikmah kepada Ujang, Ujang tak bisa untuk menahan gejolak jiwa yang meronta-ronta untuk dilepaskan dari sebarang kesusahan. Maka mengalirlah air mata seorang lelaki. Dulu masa kecik-kecik Makcik Zainung selalu berkata bahawa, sebagai lelaki Ujang harus tabah. Air mata kaum Adam amat berharga. Kerana amat berhargalah, Ujang linangkannya ke atas nasib Ujang kini. Ujang tidak mahu linangan air mata ini berlalu ketika Ujang tidak mampu mengubah apa-apa sekali pun. Ketika itu, mungkin juga air mata Ujang sudah kering dan yang mungkin berlinang hanya lah tangisan darah kerana menyesali dengan pilihan hidup yang salah. Makcik Zainung pernah cakap pada Ujang, air mata kaum Adam untuk Penciptanya. Ya, memang air mata Ujang ini untuk Pencipta Ujang. Kalau bukan Ujang tidak menitiskan air mata Ujang kepada Pencipta Ujang, kenapa Ujang mempersoalkan kenapa Ujang? Kenapa Ujang harus terima ini semua? Kenapa tiada cara lain? Banyak sangat yang ingin Ujang tanya pada-Nya. Semakin Ujang bertanya, semakin Ujang jumpa dan kenali, siapa diri Ujang sebenar.......
Kalau difikirkan jiwa gila Ujang ini, mahu sahaja Ujang berlari tanpa henti entah ke mana sahaja. Hujung dunia. Mungkin. Kemudian, Ujang semahunya menjerit sepuas-puasnya sehingga Ujang kehilangan suara dan menjerit kembali sehingga satu dunia mampu mengerti apa yang Ujang rasai selama ni. Entahlah, Ujang tidak segagah itu kerana Ujang tidak berdaya, dengan tangan Ujang diikat, kaki Ujang dipasak pada bumi, jiwa Ujang dibiarkan melayang di awangan mencari nyawa Ujang sendiri. Ketawa kecil Ujang sejenak bila memikirkan benda gila yang boleh Ujang lakukan untuk membuatkan hati Ujang rasa tenang dan puas. Mungkin juga dengan berbual dengan Makcik Zainung tadi, sedikit sebanyak membantu Ujang dalam memandang hidup ini. Benar juga kata orang, communication is the best way. Walaupun ianya tidak menawarkan pilihan kepada penyelesaian masalah Ujang, namun Ujang bersyukur, sekurang-kurangnya Ujang dapat melihat kemungkinan. Mungkin Ujang patut teruskan permainan ini. Mungkin juga Ujang patut teruskan tapi bukan cara ini. Entahlah. Kemungkinan-kemungkinan inilah yang menunjukkan Ujang bahawa dunia di luar sana ada seribu satu macam bahagia yang belum Ujang temui. Belum tiba masanya lagi untuk Ujang ke sana dan Ujang belum bersedia. Bukan Ujang yang memberitahu diri Ujang. Tapi sekeliling Ujang. Ya, Ujang belum bersedia untuk ke sana. Belum cukup apa yang Ujang bawa untuk ke sana. Banyak lagi yang perlu Ujang bawa, bukan sahaja perasaan Ujang yang tidak tentu arah, tapi jiwa Ujang yang masih lagi hilang. Ujang harus cari jiwa Ujang. Pagi ini Ujang bukan sahaja menulis tanpa haluan tapi Ujang menulis dengan senyuman. Ujang pun tidak tahu apa yang Ujang senyumkan. Adakah hari ni hari yang bahagia bagi Ujang? Tidak. Adakah hari ni Ujang dapat yang Ujang cari? Tidak. Mungkin juga Ujang tersenyum kerana Ujang mampu menulis tanpa memikirkan apa yang patut ditulis. Ujang hanya menurut kata hati Ujang untuk menulis. Tulis. Tulis dan tulis. Luahkan segalanya. Makcik Zainung pernah bertanya pada Ujang, kau tak ada seseorang yang istimewa? Ujang jawab sejujurnya. Tidak. Mak menceritakan ketika dia ada seseorang yang istimewa menemaninya, dia rasa bersemangat untuk meneruskan hidupnya. Segalanya terurus. Hidup bagaikan di awangan-awangan. That’s the power of love! Entahlah pada Ujang, Ujang lebih senang sendiri. Tenang. Tak perlu Ujang menyediakan setiap jawapan untuk persoalan yang akan ditanya. Kerana Ujang sendiri pun tak ada jawapan kepada setiap persoalan di dalam jiwa Ujang. Ujang yakin, Ujang mampu menguruskan segala perasaan Ujang, walaupun payah. Ego lelaki katanya. Ujang sangat ego. Tepat sekali, Ujang sememangnya ego. Bagaimana harus Ujang lakukan, kalau bukan kerana ego UJang ini, Ujang tidak sampai di sini hari ni. Siapa yang harus Ujang percaya, kalau bukan ego Ujang sendiri. Kemudian Makcik Zainung menceritakan lagi tentang bagaimana, orang lain mempermainkan dirinya. Rakannya sendiri. Dia menceritakan pada Ujang, bahawa jangan mudah percaya kepada orang lain, biar orang itu kawan baik sehidup semati. Dia kata, walau serapat-rapatnya kita dengan kawan kita, lambat laun kita akan bergaduh juga nanti. Begitu optimistik. Ujang suka cara itu. Itulah yang dirasainya sekarang, orang yang benar-benar dia percaya menikam dia. Bukan dengan pisau kata Mak. Dengan keris. Bukan dibelakang, tetapi dihadapan. Hebatnya! Ujang tidak pernah mempercayai orang lain selain daripada diri Ujang sendiri. Ujang marah. Ujang benci. Ujang sakit hati. Ujang geram. Bukan pada orang lain. Tetapi pada diri Ujang sendiri. Kerana kadangkala diri Ujang tidak pernah memberikan kata putus yang benar. Ada juga silapnya. Terima kasih. Mungkin juga dengan cara ini Ujang akan belajar. Belajar untuk meletakkan kesalahan ke atas bahu Ujang sendiri tanpa menunding jari kepada orang lain. Hurm, entahlah apa lagi mahu Ujang taipkan di sini. Biarlah Ujang melenakan mata Ujang, mungkin dengan cara ini akan membuatkan jemari Ujang berhenti daripada meniti setiap huruf di atas papan kekunci ini. Ujang mahu esok Ujang jadi orang baru tapi dengan jiwa lama Ujang. Hilanglah perasaan hiba dari hati ini, terpadam rindu, bila Ujang kembali lagi untuk menaip lagi di lain hari. Mahu Ujang lena. Selenanya. Tapi tak leh juga kerana sekarang time kerja.. huwaa...
Posted by Ujang_MD ::
6/13/2007 10:20:00 AM ::
0 Comments: