"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Wednesday, December 19

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Sekejap jer masa berlalu.. esok dah tiba Hari raya Aidiladha. Tahun lepas Ujang beraya di Kluang Johor.. tapi tahun ni Ujang beraya di Terengganu. Memang betul lah kata Makcik Zainung.. beraya kat tempat orang memang tak best.. beraya kat kampung sendiri jugalah yang paling seronok.

Terengganu memang agak meriah perayaan aidiladha nih. Mest banyak lembu di korbankan. Tahun nih Makcik Zainung tumbangkan seekor lembu... dan Ujang dalam perancanagn nak tumbangkan YASI dan Shakira jugak nih. Esok mak dan Ujang tak ada kat rumah..semua ke rumah kakak Ujang. Lepas sahaja lembu di sembelih esok.. Mak dan kakak nak masak daging masak merah.. pheww.. biasalah dah jadi aktiviti tahunan makcik zainung bila dah masak daging dia akan suruh Ujang bagi kan pada jiran tetangga.

Ohh Ujang jtak sabar nak tunggu esok.. Ujang dah cakap awal-awal kat Cik nung.. Lidah lembu dan ekor lembu janganbagi kat orang... Ujang paling suka. Phew... mesti syok.. selalunya makin daging import hari-hari.. tapi esok dapat makan daging fresh lagi.

Shakira? Tak kuasa Ujang nak cakap pasal dia hari ni.. sebab Makcik zainung ada kat rumah.. nak sakat dia pun tak dapat.. jadi secara automatik tak ada citerlah untuk dia muakaka. Cuma YASI.. Ujang kasi pengajaran sikit.. ambil penyepit baju.. haa .. kepit kat telinga dia.. mauahhaa. Di kesempatan nih.. Ujang nak ucap selamat hari raya aidiladha pada semua teman-teman blogger dan juga pengunjung blog UjangMD. Maaf ler kalau ada salah silap yer..

Posted by Ujang_MD :: 12/19/2007 11:14:00 AM :: 3 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.