"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Sunday, March 30

MUJUR

Dalam meniti liku-liku kehidupan ini, Ujang seringkali berasa kecewa. Kecewa kerana sesuatu yang terlepas dari genggaman tangan, keinginan yang tidak kesampaian, kenyataan yang tidak dapat diterima.. dan akhirnya ia mengakibatkan sesuatu yang mengganggu jiwa dan perasaan.

Hidup ini ibarat sebuah belantara. Tempat Ujang mengejar segala keinginan dan sememangnya manusia diciptakanNya mempunyai kehendak dan keinginan. Namun, tidak semua yang Ujang inginkan akan tercapai, tidak setiap yang Ujang idamkan mampu menjadi realiti. Dan, bukan sesuatu yang mudah untuk menyedari dan menerima kenyataan bahawa apa yang bukan menjadi milik Ujang tidak perlu Ujang tangisi. Ujang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum iaitu Ujang mesti berjaya, mesti bahagia atau yang lainnya.

Berapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa segalanya adalah pemberian Allah yang Maha Pemurah sehingga kejayaan itu membuatnya sombong dan bertindak mengikut nafsunya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan tenang dan sabar sedangkan dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak Ujang.

Apa yang memang menjadi hak Ujang di dunia, pasti akan Allah tunaikan. Namun apa yang memang bukan milik Ujang, ia tidak akan mungkin Ujang miliki, walaupun ia mungkin telah menghampiri Ujang, walaupun Ujang telah bermati-matian mengusahakannya. Seorang mukmin tidak akan bersedih ketika ditimpa musibah, malapetaka, dan sebagainya. Tetapi Ujang bersyukur kepada Allah dan menjadikan musibah itu sebagai peringatan dari Allah terhadap diri Ujang.

Oleh itu, bila Ujang merasa sedih ketika ditimpa musibah, maka Ujang bukan mukmin sejati. Sebab, apa pun musibah yang menimpa Ujang, selalu menguntungkan diri Ujang, sebagaimana sabda Rasulullah dalam sebuah hadis: “Sungguh menakjubkan! Urusan orang mukmin selalu menjadi hal yang menguntungkan bagi dirinya. Dan yang demikian itu hanyalah dialami oleh seorang mukmin.”

Maka, jangan Ujang tangisi apa yang bukan milik Ujang! Kerana, ia memang bukan milik Ujang! Maka, bersihkan hati ini, ikhlaslah.. redha dengan ketentuanNya. Kerana, Ujang ini adalah sebenar-benar hamba! Moga Ujang lebih kuat dan dekat kepadaNya.

Posted by Ujang_MD :: 3/30/2008 03:31:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.