"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Tuesday, April 15

SEMAKIN SIHAT

Hari ini Ujang boleh bangun dah.. Syukur pada Tuhan. Boleh Ujang lakukan aktiviti harian Ujang seperti biasa... Rasa senang hati sangat.. cuma kadang-kadang badan Ujang rasa lemah.. mungkin kekurangan tenaga. Ujang kerap makan glucose. Itu jer modal yang Ujang ada.. nak makan masih kurang lagi.


Ujang tengok wajah Ujang kat cermin makin cengkung. Takut pulak Ujang tengok.. seluar semua longgar-longgar. Dengan janggut yang tumbuh tanpa shave.. janggut yang panjang.. misai yang main menebal.. Ujang sakit memang kebersihan diri Ujang agak kurang memuaskan.. hari ini Ujang cuba bersih kan diri setelah seminggu tak mempeduli kebersiahan diri.


Ujang hari ini telefon mak.. hilang rasa rindu. Mak banyak berceloteh dengan Ujang.. macam-macam perkembangan negeri terengganu di ceritakan. Bangga Ujang menjadi rakyat Terengganu. Biarlah orang nak cakap negeri terengganu nih kuno ke apa.. bagi Ujang terengganu penuh dengan ketenangan.. terutama sekali rumah Ujang. Bila Ujang sedih pasti ke pantai Ujang melepaskan kesedihan.. tapi kat sini nak lepas pada apa?? pada lori?? pada jalan??

Yeo pun Ujang tak lupa telefon. Yeo memang risau tahap kesihatan Ujang.. tapi jarak yang membataskan.. cuma nasihat dan dorongan sahaja yang di beri.. semua itu sudah memadai.. Ujang bahagia semasa sakit.. kak mayang juga tak putus-putus bertanya khabar.. alangkah bahagia Ujang jumpa insan seperti mereka semua..

Posted by Ujang_MD :: 4/15/2008 06:09:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.