"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Wednesday, May 18

AKU BEKAS GAY, ISTERIKU BEKAS LESBIAN (2-9)

Secara amnya wanita itu mempunyai naluri keibuan yang baik dan bertanggungjawab. Mereka hadir disisi lelaki untuk saling melengkapi. Takdirnya lantaran sebagai insan mulia,demikianlah yang selalu diambil kesempatan bahkan dianggap lemah! Biarpun aku mengkagumi wanita bahkan berasa menerima kenyataan bahawa wanita itu indah dan mempunyai daya tarikan, pun sukar untuk aku menggemari wanita. Aku tetap seperti "gay" sebelum ini juga yakni menggemari kaum sejenis. Aku belum mampu mengelak dan menghindari tatapan mesra "kucing-kucing manis" yang menwarkan kepuasan fizikal. Aku selalu menangisi nasibku dan memohon kepada Tuhan, agar membuka jalan terbaik bagiku. Aku ingin hidup normal seperti orang lain, berkahwin dan mempunyai anak dan hidup bahagia. Hidup sebagai gay bukanlah kemahuanku. Ia terjadi begitu lantaran telah terlanjur sehingga terbiasa pula. Kenikmatan itu telah membuatkan aku ketagih dan terbuai-buai. Sedar tidaknya aku telah berada dialam gay. Aku ingin berenang ketepian dan kemudian menjadi manusia sejati. Aku tahu, ia memerlukan kekuatan batin dan perjuangan yang gigih serta pengorbanan yang besar. Aku berasa ngeri menghadapi penderitaan yang bakal mencabut nyawaku perlahan-lahan setelah menjadi penghidap penyakit AIDS kelak. Ketakutan itu membuatkan aku lebih terdorong untuk menadapt maklumat lanjut mengenai penyakit AIDS. Aku menghubungi pihak berkenaan. Pernah juga aku menghubungi NGO berkaitan. Dari situ aku memberanikan diri, adakah aku ini sudah ditulari penyakit berbahaya itu ataupun belum. Aku menangis tersedu bagaikan kanak-kanak, ketika hasil ujian darahku didapati negative. Aku mendapat nasihat dan panduan agar berusaha meninggalkan kebiasaan melakukan hubungan seks sejenis. Mereka pun faham, untuk melakukannya bukanlah perkara yang mudah. Mereka tidak meyalahkan sifat gay aku, bahkan cuba menasihatkan agar aku lebih sedar dan memahani keperluan hidup sihat dan corak masa depanku. Dalam keadaan terdesak, aku perlu menggunakan kondom, kata mereka. Pun aku cuba mengelak sebarang hubungan jenis paling tidak aku melakukan onani.(to continue)

Posted by Ujang_MD :: 5/18/2005 10:54:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.