Untuk memenuhi keperluan seks buat seketika, bolehlah! Suzi ketawa sambil menggeleng perlahan. Kesepian adalah masalah hati dan perasaan yang berkaitan dengan jiwa yang memerlukan pengisian yang konsisten. Aku terkejut dengan argument Suzi itu. Betul kata Suzi. Masalah aku pula, makwe aku lari kerana aku memberitahu yang aku nie bekas gay. Suzi pun nampak terkejut dengan pengakuanku itu. Dia menatap teliti kewajahku , bagaikan tidak percaya. Lelaki segagahmu, gay?Aku ingat yang gay tu selalunya fonen-fonen. Atau yang memakai perhiasan secara abnormal, cucuk di hidung, cucuk sebelah telinga dan sebagainya. Aku ketawa terbahak-bahak.Tidak semestinya begitu. Lagipun aku nie gay yang jantan, ujarku dengan bangga sambil mengharapkan komen lanjut darinya. Aku tidak yakin gay jantan akan tetap jantan apabila berhadapan dengan wanita.Aku sudah bersedia untuk membuktikan kejantananku terhadap wanita. Mana tahu, aku boleh menjadi lelaki sejati dihadapan Suzi. Suzi mahu buktinya? tanyaku. Dia tidak menjawab, selain tersenyum penuh makna. Kemudian tanpa biacar apa-apa, kami bergandingan meninggalkan pub. Dengan berkenderaan masing-masing kami menuju kesebuah hotel yang di sepakati. Sejam kemudian kami sudah berada diatas katil sebuah hotel mewah. Suzi cuba memainkan peranannya, ternyata aku gagal. Suzi juga kelihatan kecewa. Aku benar-benar loya dan lemah untuk bertindak balas. Kejadian itu membuatkan aku kurang yakin paad diriku sendiri. Aneh sungguh nasib diriku dan batinku. Dihadapan perempuan aku tidak merasa jantan, sebaliknya berasa jantan apabila dihadapan jantan. Untuk melupakan kekecewaan, aku meyibukkan diri dengan bekerja. Aku selalu melakukan kerja lebih masa.Namun,kekuatan fizikal aku ada hadnya.Akhirnya selama seminggu aku jatuh sakit.Saat begitu, keinginan pada belaian kasih seorang wanita, begitu mendesak.Perhatian dan curahan kasihku terhadap mama, sudah ku koyak-koyakan kerana mama menyakitkan perasaan ku sebagai anak.Adakah lagi wanita yang sanggup menerima ku yang homoseks? Adakah wanita yang sanggup bersuamikan lelaki bekas gay? Boleh di katakan, segala-galanya dapat ku beri melainkan hanya seks!Di kota metropolitan, bukanlah susah, sesuatu yang berkaitan antara lelaki dan perempuan. Lelaki, cukup saja dengan kereta dan wang atau kad kredit untuk di jadikan modal untuk memikat perempuan.Manakala perempuan pula menonjolkan wajah dan tubuh yang menarik, bermodalkan kerlingan mata serta keberanian menyahut ajakan lelaki. Keadaan itulah yang ku manfaatkan. Balik kerja, aku pergi ke pusat membeli belah. Aku memborong barang-barang yang sebenarnya bukanlah di perlukan sangat.(to be continue)
Posted by Ujang_MD ::
5/24/2005 10:47:00 AM ::
0 Comments: