"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Wednesday, May 25

AKU BEKAS GAY, ISTERIKU BEKAS LESBIAN (8-9)

Aku memang sedang meburu dan buruanku adalah wanita. Tapi.. entah siapa? Sejak aku berubat dengan seorang tabib, bomoh dan doktor, akhirnya aku pulih dari penyakit gay. Untuk itu, aku perlu menguji dengan mecarai "lawan" dari kalangan wanita yang bersih. Aku takut dengan [elacur kerana aku sudah bersih. Kekadang sengaja pula aku mundar-mandir dalam super market dengan menolak troli kosong kesana sini, hanya untuk mencari lawan. Isteri sedang sakitkah bang? Tiba-tiba satu sapaan lembut dari arah belakangku. Mungkin dia melihat seakan aku aku sedang gusar dengan menolak troli kosong kesana kemari. Aku menoleh. Kerlingan matanya menggoda. Giginya berbaris putih bak mutiara. Aku membalas dengan mengatakannya tidak pandai meneka. Aku membeli belah hanya untuk menengok perempuan untuk dijadikan makwe! jawabku selamba sahaja. Wanita itu ketawa kecil. Aku pula mencari lelaki untuk dijadikan pakwe, ujarnya tak kalah nekadnya. Bahkan berani datang mendekati dan memperkenalkan diri. Perkenalan sementara itu membuahkan hasil. Kusebut namaku sambil menjabat tangannya erat. Dia pun memberitahu namanya. Ruby? Seperti nama batu permata yang terkenal dan mahal, ujarku. Ya!Aku bukan wanita murahan, guraunya. Seperti sepasang suami isteri yang sedang sarat berbelanja, kami masing-masing beriringan menolak troli yang kini sudah mula sarat dengan barang-barang. Terus nak ke hotel atau nak pergi makan dahulu? tanyaku sebaik sahaja menghidupkan enjin kereta. Kau fikir aku ni perempuan penghibur heh? Dia mencubit lenganku bagaikan bersungguh-sungguh benar sampai aku pula yang mengelak. Penampilanmu, memang bukan. Tapi keberanianmu semacam mencari makan, kataku. Kalau begitu kita berbual-bual di restoran sahaja ok? usulku. Aku menghala keretaku ke Restoran Nelayan. Sambil menjamu selera, kami bersembang-sembang. Berbual dengan Ruby rasanya seperti berbual dengan kenalan lama yang sudah intim, penuh ketawa dan serba gembira. Dia pandai mebuat jokes, dan aku memang suka humor dan kelakar. Dia lulusan kolej disalah sebuah pusat pengajian di Eropah. Dia bekerja di sebuah syarikat besar sebagai pengurus pemasaran. Ruby, terus terang, katanya mengalami tension dalam hisup terutama, stelah kembali ke tanah air dua tahaun terakhir ini. Adakah kamu lebih sesuai di Eropah? Tidak juga. Masalahnya biasa sahaja. Cumanya disini aku berasa susah sedikit untuk mendapatkan kawan berlawan cakap yang sesuai. Banyak tatacara yang perlu di patuhi oleh seseorang wanita. Banyak batas-batasnya yang membuatkan aku berasa asing di negeri sendiri. Padahal, aku baru sahaja 10 tahun tinggal di Eropah. Aku rasa, mungkin masalah kemampuan menerima etika dan budaya yang tinggi. Tapi lama kelamaan jadi petahlah. Tak juga, balasnya. Jadi? Terus terang ya, aku nie bekas lesbian. (to be continue)

Posted by Ujang_MD :: 5/25/2005 10:42:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.